Mambang Records
SELAMAT DATANG KE FORUM MAMBANG RECORDS
KITA BERKONGSI MAKLUMAT DAN MENGETAHUI
PERKEMBANGAN MAMBANG RECORDS BERSAMA-SAMA!

TERIMA KASIH


FORUM UNTUK FAMILY MAMBANG RECORDS
 
MBG FrontpageHomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dari kami Mambang Records...CD EP Mambang Records telah pun rasminya dikeluarkan..pada harga RM15...jika anda ingin mendapatkan CD Ep Mambang Records sila berurusan dengan JhoeBling@Raja_Mambang@Lil^Fiz...jangan ketinggalan~~...
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar
Top posters
Raja_Mambang
 
DenGz_aDzmieRa
 
~~MiSsSaRaToKyO~~
 
NU^UL89
 
LILFIZ89
 
JhoeBling
 
♪Mya_Mya♪
 
comei_ika
 
pUrple_mambAng
 
Da_MoRBiD69
 
Latest topics
Statistics
We have 168 registered users
The newest registered user is squirchris

Our users have posted a total of 16669 messages in 171 subjects
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 106 on Mon Aug 29, 2011 10:21 pm

Share | 
 

 Selsema BABI~

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 9, 10, 11, 12, 13  Next
AuthorMessage
Admin
Administrator
Administrator


Posts : 37
Join date : 2009-05-05
Age : 30
Location : PineappleCity

PostSubject: Selsema BABI~   Tue May 05, 2009 9:43 pm

First topic message reminder :

Malaysia boleh tangani selesema babi



Vaksin selesema bermusim dalam bentuk serbuk.

Negara sudah ada Pelan Persediaan Pandemik Influenza Kebangsaan yang menggariskan lima strategi, selain ada bekalan vaksin mencukupi

RAMAI yang tidak tahu banyak perbezaan antara selesema babi, selesema burung dan selesema bermusim atau influenza yang berlaku sepanjang tahun di Malaysia.

Jika selesema bermusim boleh ditangani dengan vaksin, sama ada vaksin hemisfera selatan (dikeluarkan setiap Mac) dan vaksin hemisfera utara (dikeluarkan setiap September), tetapi selesema babi yang diramalkan menjadi pandemik atau wabak besar-besaran ketika ini masih tiada vaksinnya.

Berdasarkan perkembangan semasa, vaksin selesema babi mungkin berada di pasaran menjelang Jun nanti.

Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Makmal Diagnostik, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Prof Datin Dr Che Ilina Che Isahak, berkata vaksin selesema bermusim tidak boleh mencegah selesema babi atau selesema burung, tetapi pengambilannya membantu dari segi pengeluaran vaksin itu sendiri jika berlaku wabak.

"Jika vaksin selesema bermusim hanya diambil pada jumlah yang sedikit pada waktu biasa, apabila berlakunya wabak, sukar untuk syarikat farmaseutikal untuk menggandakan jumlah pengeluaran mereka dan memberi keutamaan kepada pengguna," katanya.



Satu daripada sebab warga Malaysia tidak mengambil vaksin selesema bermusim kerana mereka tidak mempercayai kewujudan influenza di negara ini.

Bagaimanapun, mengikut kajian yang dilakukan Dr Che Ilina, influenza berlaku di Malaysia dan ia berupaya menjadi pandemik yang meragut nyawa.

Malah, laporan tahunan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyebut antara lima hingga 15 peratus populasi dunia terjejas dengan masalah influenza. Setiap tahun, antara tiga hingga lima juta kes influenza yang sederhana dan kronik mencatatkan kematian antara 250,000 dan 500,000 orang di seluruh dunia.

Apa yang membezakan influenza dan selesema ialah masalah jangkitan pernafasan terjadi disebabkan virus influenza yang boleh berlaku pada tahap biasa hingga membawa maut.

Jelas Dr Che Ilina, WHO sudah memberi amaran mengenai kemungkinan selesema menjadi pandemik sejak 1999. Justeru, setiap negara mempunyai pelan kecemasan tersendiri.

Apatah lagi pandemik selesema biasanya menyerang 10 tahun sekali berikutan tiada lagi imuniti di kalangan penduduk. Bagaimanapun, sudah hampir 30 tahun, dunia tidak berdepan dengan pandemik selesema yang meragut nyawa dan boleh berpindah daripada manusia ke manusia.

"Malaysia sudah berpengalaman dalam menangani wabak Sindrom Pernafasan yang Teruk (Sars) dan selesema burung, justeru, jika selesema babi menjadi wabak, ia boleh dihadapi dengan baik," katanya.

Malah dalam Pelan Persediaan Pandemik Influenza Kebangsaan (NIPP) sudah menggariskan lima strategi. Antaranya termasuklah pengawasan pertambahan jumlah mereka yang diserang selesema atau penyakit seakan selesema selain penyimpanan bekalan vaksin.

"Sebenarnya, rakyat Malaysia tidak perlu panik kerana kerajaan sudah menyediakan NIPP dan jika berlaku wabak, ia mudah ditangani," katanya.

Kata Dr Che Ilina, berbanding selesema burung, selesema babi boleh berpindah kepada manusia kerana reseptor dalam babi boleh menerima virus selesema burung dan selesema yang terjadi pada manusia.

"Sifat reseptor dalam babi dikenali sebagai 'mixing vessel' menyebabkan ia mudah berpindah kepada manusia dan berpotensi menjadi pandemik," katanya.

Selain babi, kuda dan singa laut juga boleh mencetuskan wabak selesema. Namun keupayaannya menjadi virus yang boleh berpindah daripada manusia kepada manusia belum dapat dipastikan.

"Jumlah babi yang diternak juga sebenarnya menyumbang kepada penularan wabak, apatah lagi jika penternakan itu tidak disertai dengan pelan penternakan yang betul, misalnya pemberian vaksin," katanya.

Kenyataan itu tidak dinafikan kerana seperti kes yang berlaku di Mexico, memetik sumber daripada The Humane Society United States, lokasi wabak selesema babi dikesan menternak sejuta ekor babi. Bagaimanapun, bukan semua ternakan diberi vaksin selesema.

Apatah lagi saiz ladang itu sendiri meningkat dengan banyak daripada 18 peratus pada 1993 kepada 53 peratus pada 2002.

Dengan sifat reseptor babi itu yang mudah menerima dan memindahkan virus selesema dan beban ternakan yang banyak tanpa pelan penternakan teliti, ladang babi di seluruh dunia sepatutnya dikawal selia dengan baik atau dikecilkan.
Cool

Sumber dari www.Bharian.com.my
Back to top Go down
View user profile http://mbgrepublic.forumotion.com

AuthorMessage
Raja_Mambang
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records


Posts : 2731
Join date : 2009-05-05
Age : 33
Location : PIneApPleCITy

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Wed Jun 24, 2009 1:47 am

afro

isk~~~!!!! takut aie....

Confuse Confuse Confuse

_________________


~~~~~Peace n Harmony~~~~~
Back to top Go down
View user profile
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Wed Jun 24, 2009 9:34 am

makin nait dh kes di malaysia lok...
makan doa tolak bala lah kito tuk...


Confuse Confuse Confuse Confuse Confuse
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Wed Jun 24, 2009 9:40 am

Dua lagi sekolah ditutup
-Kes influenza A (H1N1) meningkat kepada 68 orang

PELAJAR SMK Damansara Utama memakai topeng mulut berikutan salah seorang pelajar sekolah tersebut telah dijangkiti virus H1N1 semalam.

PUTRAJAYA - Dua buah sekolah lagi ditutup semalam menjadikan kesemuanya empat sekolah dengan jumlah kes meningkat kepada 68 berikutan penularan tempatan influenza A (H1N1).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd Ismail Merican semalam berkata, Sekolah Antarabangsa Seri Cempaka di Cheras ditutup sehingga Sabtu ini manakala Sekolah Kebangsaan (SK) Assunta 1 di Petaling Jaya ditutup selama seminggu.

ALIMUDDIN melekatkan notis perintah tutup pada pintu kelas Tingkatan Dua Dahlia SMK Damansara Utama semalam.

Dua hari lalu, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Jalan Davidson, Kuala Lumpur dan SK Assunta 2 di Petaling Jaya ditutup seminggu kerana penularan tempatan selesema babi.

Tiga sekolah lain iaitu SMK Damansara Utama, Petaling Jaya, SMK Seksyen 9 Shah Alam dan SM Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur kekal dengan penutupan satu kelas bagi tempoh tujuh hari.

Menurut Mohd. Ismail, kes ke-62 melibatkan seorang pelajar lelaki Sekolah Antarabangsa Seri Cempaka berumur 16 tahun iaitu kontak kepada kes ke-42.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
Raja_Mambang
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records


Posts : 2731
Join date : 2009-05-05
Age : 33
Location : PIneApPleCITy

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Wed Jun 24, 2009 9:58 am

afro

xda hujah apa2 g dh Raja Mambang ngan kes tok...tawakal jak lah g...isk~~~!!!

Sad Sad Sad Sad Sad

_________________


~~~~~Peace n Harmony~~~~~
Back to top Go down
View user profile
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Wed Jun 24, 2009 11:22 am

ku berserahhhh...
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
BuLLeT_FoR_My_sCanDaLiOuS
Mambang
Mambang


Posts : 178
Join date : 2009-06-14
Age : 27
Location : KUCHING.JAIE(SAMARAHAN).A7X.

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Wed Jun 24, 2009 11:57 am

sabar jk la..tok dugaan tuhan turunkan utk umat2 nya...kt just berdoa jk dgn NYA...NYA tauk apa yang terbaik utk umat2 NYA dan NYA tauk tahap kemampuan umat2 NYA menghadapi dugaan and cabaran hidup...jangan prnah berhenti berdoa...aminnnn...
Back to top Go down
View user profile
Raja_Mambang
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records


Posts : 2731
Join date : 2009-05-05
Age : 33
Location : PIneApPleCITy

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Wed Jun 24, 2009 12:11 pm

afro

mmg ada hikmah d sebalik semua ya bh...just hati2 jak k...peace~~~!!!

Good Good Good

_________________


~~~~~Peace n Harmony~~~~~
Back to top Go down
View user profile
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Wed Jun 24, 2009 2:25 pm

Aminn.. semoga kita dijauhkn dr penyakit itu.. AMIN..
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Wed Jun 24, 2009 2:26 pm

Pelajar perempuan kes pertama H1N1 di Johor



Seorang pelajar perempuan 19 tahun yang baru pulang dari Melbourne Australia menaiki pesawat Penerbangan Singapura SQ0238 yang mendarat di Lapangan Terbang Changi, republik itu dua hari lepas menjadi kes pertama yang dikesan positif influenza A(H1N1) di Johor, kata Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kesihatan Johor Dr Robiah Kosai. - Bernama
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Thu Jun 25, 2009 4:05 pm

25/06/2009
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Thu Jun 25, 2009 4:05 pm

H1N1: 11 lagi kes dikesan

PUTRAJAYA: Sebanyak 11 kes baru H1N1, membabitkan lapan kes import dan tiga jangkitan tempatan dikesan sehingga jam 8 pagi tadi, menjadikan keseluruhan 91 kes, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow berkata, daripada lapan kes itu, lima membabitkan warganegara Malaysia dan tiga rakyat asing dari Ireland, Australia dan Filipina.

Katanya, kes jangkitan tempatan pula membabitkan dua warganegara Malaysia dan seorang rakyat Yemen.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 91 kes iaitu 77 kes import dan 14 kes jangkitan tempatan.

"Daripada jumlah itu 35 kes sudah sembuh dan selebihnya masih menerima rawatan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kementerian Kesihatan di sini, hari ini.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Thu Jun 25, 2009 4:06 pm

12 lagi kes baru H1N1

Oleh HASHNAN ABDULLAH
pengarang@utusan.com.my


ROKIAH Yaakob membantu pelajarnya memakai penutup hidung dan mulut yang diberikan secara percuma ekoran seorang pelajar SMK Wangsa Maju Seksyen 2, Kuala Lumpur, dijangkiti HINI, semalam.

PUTRAJAYA 24 Jun – Kes selesema babi, influenza A (H1N1) di negara ini terus meningkat dengan 12 lagi kes baru dikesan.

Ia membabitkan 10 kes import baru dan dua jangkitan tempatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican (gambar) berkata, kes baru itu melibatkan dua warga Yemen dan seorang dari Indonesia manakala selebihnya adalah warga tempatan yang telah melawat negara-negara terjejas dengan wabak itu iaitu Singapura, United Kingdom, Thailand, Filipina, Australia dan Amerika Syarikat.

‘‘Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes H1N1 yang dikesan di negara ini 80 kes iaitu 69 kes import dan 11 kes jangkitan tempatan.

‘‘Semua pesakit yang telah dimasukkan ke wad adalah stabil dan sedang menerima rawatan antiviral,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Mengenai H1N1 di sini hari ini.

Sehingga kini, jumlah kes terkumpul yang disiasat kerana disyaki jangkitan influenza A (H1N1) sebanyak 1,619 kes.

Mohd. Ismail berkata, sehingga pagi ini, 44 pesakit masih berada di hospital dan disahkan positif H1N1.

‘Hospital itu adalah Hospital Sungai Buloh (24 pesakit), Hospital Kuala Lumpur (4), Hospital Pulau Pinang (4) dan Hospital Ipoh (1).

‘‘Empat lagi hospital ialah Hospital Alor Setar (3), Hospital Tuanku Ampuan Rahimah (4), Hospital Tuanku Jaafar (2) dan Hospital Umum Sarawak (2),” katanya.

Menurutnya, bilangan sekolah yang ditutup kekal empat manakala tiga lagi sekolah kekal diarah tutup satu daripada kelas masing-masing.

Bagaimanapun, beliau berkata, ibu bapa pelajar sekolah terlibat diminta terus memastikan anak-anak mereka berada di rumah dan tidak mengunjungi tempat-tempat awam termasuk kelas tambahan dan sekolah agama.

‘‘Pelajar terlibat yang mengalami gejala demam dan tanda-tanda seperti batuk, sakit tekak dan selesema hendaklah segera mendapat rawatan di hospital berdekatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa sehingga pagi ini, jumlah terkumpul kes H1N1 daripada 99 negara adalah sebanyak 53,110 kes dengan 232 kematian iaitu pertambahan sebanyak 423 kes.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
Fareez
Mambang
Mambang


Posts : 149
Join date : 2009-05-13
Age : 23
Location : Cat City

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Thu Jun 25, 2009 5:25 pm

H1N1: Arahan Kerajaan Selaras Ajaran Islam, Kata Jakim

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Arahan serta saranan kerajaan supaya rakyat Malaysia tidak berkunjung ke negara yang mempunyai risiko virus Influenza A(H1N1) bertepatan dengan ajaran Islam yang sememangnya menuntut umatnya menjaga kesihatan dan keselamatan diri.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata sehubungan itu, tindakan kerajaan itu wajar dipatuhi oleh seluruh masyarakat Malaysia dalam usaha mengawal penularan wabak virus tersebut.

"Tuntutan ini selaras dengan maqasid syariah (objektif-objektif syariah)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata Nabi Muhammad S.A.W telahpun memberi petunjuk umum bahawa sekiranya sesuatu tempat itu ditimpa wabak, kaedah kuarantin merupakan antara langkah untuk menyekatnya daripada terus merebak.

Justeru, katanya, rakyat Malaysia dinasihatkan supaya sentiasa peka dan mematuhi setiap arahan yang dikeluarkan kerajaan khususnya Kementerian Kesihatan Malaysia dari semasa ke semasa dalam usaha mengawal penularan wabak Influenza A(H1N1).
Back to top Go down
View user profile
Raja_Mambang
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records


Posts : 2731
Join date : 2009-05-05
Age : 33
Location : PIneApPleCITy

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Thu Jun 25, 2009 9:53 pm

cheers cheers cheers cheers cheers

_________________


~~~~~Peace n Harmony~~~~~
Back to top Go down
View user profile
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Fri Jun 26, 2009 12:26 pm

Lapan kes baru dikesan
Oleh Mohd Azam Shah Yaacob
mohdazam@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Situasi semasa penularan selesema babi (H1N1) di negara ini terus meningkat apabila sehingga semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesan lapan kes baru positif selesema itu membabitkan lima kes import dan tiga kes jangkitan tempatan.

Jumlah itu menjadikan kes dikesan setakat ini meningkat kepada 58 kes membabitkan 51 kes import manakala selebihnya kes tempatan.

Kes jangkitan tempatan terbaru itu membabitkan seorang murid perempuan darjah lima di Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Assunta Dua, Petaling Jaya, Selangor yang dikesan mempunyai hubungan komunikasi sebelum ini dengan pesakit ke-43 yang disahkan positif selesema babi.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata pesakit itu dikesan positif selesema babi selepas dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB) kelmarin apabila mengalami demam, batuk dan sakit tekak selain mempunyai hubungan komunikasi dengan pesakit ke 43 dikesan selesema babi.

“Ini kes kedua membabitkan pelajar yang dikesan positif selesema babi dan disebabkan itu, pihak kementerian kini sedang mengambil langkah pencegahan sewajarnya.

“Malah, berdasarkan situasi semasa itu juga, kami kini mengambil langkah dengan menutup dua sekolah bagi menghalang penularan penyakit ini membabitkan SRK Assunta Dua dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (Cina) Jalan Davidson, Kuala Lumpur bermula Ahad lalu,” katanya dalam sidang akhbar, di Lobi Parlimen, di sini, semalam.

Liow berkata, pihaknya juga mengarahkan sebuah kelas di empat sekolah ditutup daripada digunakan untuk tujuan pembelajaran membabitkan tiga di Selangor iaitu Sekolah Antarabangsa Seri Cempaka, Batu 9, Cheras, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9, Shah Alam dan SMK Damansara Utama, Petaling Jaya manakala satu lagi di Kuala Lumpur membabitkan Sekolah Menengah (SM) Wangsa Maju.

Katanya, semua ibu bapa pelajar yang bersekolah di sekolah seperti dinyatakan itu diminta memastikan anak-anak mereka kekal berada di dalam rumah bagi mengelakkan penularannya.

“Kami amat berharap setiap ibu bapa membabitkan sekolah yang kami nyatakan itu supaya memantau pergerakan anak-anak mereka dengan tidak membiarkan mereka ke tempat awam.

“Ini bertujuan supaya penularan selesema babi dapat dicegah serta dikawal terutama jika mereka mempunyai komunikasi dengan pesakit sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata dua lagi kes tempatan membabitkan seorang perempuan berusia 18 tahun apabila dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star, Kedah, Jumaat lalu.

Manakala, satu lagi kes tempatan turut membabitkan seorang wanita berusia 25 tahun yang dimasukkan ke hospital sama Sabtu lalu sebelum ujian dilakukan kelmarin mengesahkan positif selesema babi.

“Kedua-dua pesakit ini kami kenal pasti mempunyai hubungan komunikasi dengan pesakit ke 48 yang dikesan selesema babi di negara ini,” katanya.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
Raja_Mambang
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records


Posts : 2731
Join date : 2009-05-05
Age : 33
Location : PIneApPleCITy

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Fri Jun 26, 2009 12:37 pm


_________________


~~~~~Peace n Harmony~~~~~
Back to top Go down
View user profile
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Mon Jun 29, 2009 2:13 pm

29/06/2009

Bayi sah positif


Oleh Maiamalina Mohd Amin
maiamalina@hmetro.com.my




KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki berusia 15 bulan menjadi mangsa
terbaru selesema babi atau Influenza A (H1N1) apabila disahkan positif
wabak itu selepas mengalami demam dan batuk ketika dikuarantin di rumah.

Kanak-kanak malang itu kes ke-114 dilaporkan semalam, tidak mempunyai
sejarah melawat negara dijangkiti wabak selesema babi dipercayai
mempunyai kontak dengan kes ke-86 iaitu ibunya yang mengunjungi Phuket.

Sehingga jam 8 pagi semalam, terdapat 12 kes baru Influenza A
membabitkan 11 kes import dan satu jangkitan tempatan, menjadikan
jumlah keseluruhan kes setakat ini meningkat kepada 124 kes, apabila
106 kes import selebihnya jangkitan tempatan.

Ketua Pengarah
Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, bayi berkenaan menjadi kes
pertama membabitkan mangsa diperintah menjalani kuarantin selepas ahli
keluarga terdekatnya disahkan positif wabak berbahaya.

“Kebanyakan kes positif H1N1 kes import, malah setakat ini tiada kes
dikesan berpunca daripada orang yang mengelak kuarantin atau tidak
mengikut langkah terbabit (selepas diperintahkan berbuat demikian).

“Cuma satu kes jangkitan disebabkan kuarantin rumah apabila bayi ini
dikesan mengalami gejala demam dan batuk pada Khamis lalu dan
dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah pada hari sama untuk
penyiasatan.

“Dia (bayi terbabit) disahkan dijangkiti H1N1 pada
Jumaat lalu sebagai kes tempatan ke-17 dan diberi rawatan antiviral
serta dilaporkan stabil,” katanya pada sidang media di Kompleks
Kementerian Kesihatan, semalam.

Sehubungan itu, Mohd Ismail
mengingatkan mereka yang menerima perintah kuarantin di rumah supaya
tidak memandang ringan perkara itu atau melengah-lengahkannya, tetapi
lebih bertindak mendisiplinkan diri sendiri.

“Sekiranya ramai
yang mengelak kuarantin, bayangkan perkara buruk bakal
berlaku...(kerana) sedangkan kontak ibu dan anak pun ada masalah, apa
pula akan jadi jika anda yang patutnya dikuarantin di rumah tetapi
keluar merata-rata.

“Jika begitu, anda bertanggungjawab
menyebabkan penyebaran wabak jangkitan tempatan di Malaysia sekali gus
kes disahkan tidak mungkin 12 saja...mungkin 18...100 kes...jadi kami
kena tegas,” katanya.

Beliau menjelaskan 12 kes baru
Influenza A itu membabitkan tujuh warganegara Malaysia dan lima warga
asing iaitu tiga dari Indonesia dan dua lagi Amerika Syarikat (USA).

Menurutnya daripada 11 kes import itu, semuanya mempunyai sejarah
melawat negara yang terjejas dengan wabak H1N1 iaitu Melbourne dan
Jakarta sebanyak empat kes, Amerika Syarikat dua kes, manakala London
satu kes.

“Tiada kematian dilaporkan setakat ini namun sudah
ada jangkitan daripada Jakarta membabitkan kes 113, kes 121 dan kes 122
masing-masing kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dan 11 tahun.

“Kes 113, seorang pelajar warga Indonesia yang belajar di Jakarta,
tetapi bercuti melawat keluarganya melalui Singapura menaiki Sri Wijaya
Air, SJ 104 (tempat duduk 1B) bersama bapanya dan ke rumahnya di Johor
Bahru.

“Kes 121 dan 122 pula kanak-kanak berusia enam tahun dan
11 tahun yang melancong ke Malaysia bersama keluarganya menaiki Air
Asia JT 282,” katanya.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Mon Jun 29, 2009 2:54 pm

isk.. takut na saya
Back to top Go down
View user profile
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Mon Jun 29, 2009 3:05 pm

kes mkin meningkat..
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Mon Jun 29, 2009 3:09 pm

nya lah ehz..

menyeramkan saya jak
Back to top Go down
View user profile
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Mon Jun 29, 2009 5:35 pm

kes di sarawak brk 1..
harap2 1 kes jak lah.. Amin..
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
Raja_Mambang
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records


Posts : 2731
Join date : 2009-05-05
Age : 33
Location : PIneApPleCITy

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Mon Jun 29, 2009 6:34 pm

afro

aduh....dh ada d s'wak dh..isk...jgn lah menular ke bahagian lain..kuarantik lik pesakit ya aie...


_________________


~~~~~Peace n Harmony~~~~~
Back to top Go down
View user profile
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Tue Jun 30, 2009 10:31 am

30/06/2009

Jumlah kes H1N1 meningkat kepada 69 kes




Jumlah kes Influenza A (H1N1) di seluruh negara meningkat kepada 69
kes apabila 10 kes baru dilaporkan dengan dua kes tempatan, dan lapan
kes import, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai di Kuala
Lumpur hari ini. - Bernama
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Tue Jun 30, 2009 10:45 am

Lagi 20 kes dilaporkan








KUALA LUMPUR: Dua puluh lagi kes baru Influenza A (H1N1) dilaporkan
di Malaysia dengan empat daripadanya penularan tempatan, menjadikan
jumlah kes yang membabitkan penyakit itu kini mencecah 144.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata, kes
baru yang dilaporkan itu membabitkan 13 rakyat Malaysia dan tujuh
rakyat asing iaitu dua rakyat Indonesia dan masing-masing satu rakyat
Vietnam, Jerman, Australia, Jepun dan Amerika.

"Daripada 16 kes
import itu, mereka mempunyai sejarah melawat negara yang terjejas
dengan wabak influenza A (H1N1) iaitu Australia (6), Indonesia
(5),United Kingdom (2), Jepun (1), Singapura (1) dan Thailand (1).

"Empat kes jangkitan tempatan membabitkan rakyat tempatan," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Berikutan peningkatan kes import dari Indonesia dan Thailand, Mohd
Ismail berkata Kementerian Kesihatan menetapkan mulai sekarang, semua
pelawat yang datang dari kedua-dua negara itu akan diperiksa sebaik
tiba di Malaysia seperti yang dilaksanakan terhadap pelawat dari
Filipina, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat

Kes tempatan terbaru iaitu yang ke-19 membabitkan seorang lelaki
berusia 39 tahun dan kontak kepada tiga kes wabak itu (isteri dan dua
anaknya).

Dia mula menunjukkan gejala sakit tekak pada 25 Jun
sewaktu menjalani kuarantin rumah sebelum dimasukkan ke wad di Hospital
Pulau Pinang dua hari lepas dan disahkan positif pada hari sama serta
berada dalam keadaan stabil setelah diberi rawatan antiviral.

Seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dari Sekolah Tinggi Chung Hwa,
Seremban menjadi kes tempatan ke-20 dan dia adik pelajar Malaysia yang
baru pulang dari Melbourne yang juga dijangkiti wabak influenza A
(H1N1).

Dia dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban
Sabtu lalu sementara 46 rakan sekelas serta 12 guru sekolahnya
dikenakan kuarantin di rumah sehingga 3 Julai.

Kes tempatan
ke-21 membabitkan seorang guru wanita berusia 36 tahun yang mengajar di
Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahim 2, Kudat dan dia dimasukkan ke
Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu Jumaat lepas dan disahkan
positif semalam.

Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dari
Sekolah Tsun Jin Height, Jalan Loke Yew, Cheras di sini menjadi mangsa
tempatan ke-22 dijangkiti wabak itu selepas dimasukkan ke Hospital
Sungai Buloh Sabtu lepas dan disahkan positif semalam.

Menurut
kenyataan itu, pengesanan kontak sedang dijalankan dan rakan sekelas
pelajar terbabit diminta menjalani kuarantin di rumah masing-masing.

Mohd Ismail berkata jumlah pesakit influenza A (H1N1) yang masih
dirawat di hospital berjumlah 42 orang dan semuanya menunjukkan respons
yang baik kepada rawatan tanpa komplikasi manakala jumlah pesakit yang
sembuh sepenuhnya serta dibenar keluar dari hospital setakat ini 102
orang.

Jumlah kontak yang sedang menjalani kuarantin di rumah
berjumlah 618 orang, jumlah terkumpul kes yang disiasat kerana disyaki
dijangkiti influenza A (H1N1) setakat ini 2,343 kes iaitu 144 kes
disahkan positif manakala 28 kes masih menunggu keputusan.

Sementara itu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan sehingga
pukul 8 pagi semalam, jumlah terkumpul kes influenza A (H1N1) adalah
61,688 kes dengan 265 kematian daripada 112 negara, iaitu peningkatan
497 kes.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, tiada pertambahan jumlah kematian dan negara baru.

Australia muncul sebagai negara yang melaporkan pertambahan kes paling
tinggi dengan 180 kes, Singapura (145), China (51), Hong Kong (66),
Korea (21), New Zealand (16), Malaysia (12) dan Brunei (4). - Bernama



Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
Raja_Mambang
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records


Posts : 2731
Join date : 2009-05-05
Age : 33
Location : PIneApPleCITy

PostSubject: Re: Selsema BABI~   Tue Jun 30, 2009 7:59 pm

pale pale pale

ya Allah......

_________________


~~~~~Peace n Harmony~~~~~
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Selsema BABI~   Today at 10:03 pm

Back to top Go down
 
Selsema BABI~
View previous topic View next topic Back to top 
Page 10 of 13Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 9, 10, 11, 12, 13  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Mambang Records :: ISU SEMASA :: Berita Terkini-
Jump to: