Mambang Records
SELAMAT DATANG KE FORUM MAMBANG RECORDS
KITA BERKONGSI MAKLUMAT DAN MENGETAHUI
PERKEMBANGAN MAMBANG RECORDS BERSAMA-SAMA!

TERIMA KASIH


FORUM UNTUK FAMILY MAMBANG RECORDS
 
MBG FrontpageHomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dari kami Mambang Records...CD EP Mambang Records telah pun rasminya dikeluarkan..pada harga RM15...jika anda ingin mendapatkan CD Ep Mambang Records sila berurusan dengan JhoeBling@Raja_Mambang@Lil^Fiz...jangan ketinggalan~~...
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar
Top posters
Raja_Mambang
 
DenGz_aDzmieRa
 
~~MiSsSaRaToKyO~~
 
NU^UL89
 
LILFIZ89
 
JhoeBling
 
♪Mya_Mya♪
 
comei_ika
 
pUrple_mambAng
 
Da_MoRBiD69
 
Latest topics
Statistics
We have 168 registered users
The newest registered user is squirchris

Our users have posted a total of 16669 messages in 171 subjects
Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 106 on Mon Aug 29, 2011 10:21 pm

Share | 
 

 CERITA LAWAK

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 5, 6, 7 ... 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
Admin
Administrator
Administrator


Posts : 37
Join date : 2009-05-05
Age : 30
Location : PineappleCity

PostSubject: CERITA LAWAK   Tue May 05, 2009 10:00 pm

First topic message reminder :

KUMPULKAN KOLEKSI CERITA LAWAK ANDA DISINI.... clown
Back to top Go down
View user profile http://mbgrepublic.forumotion.com

AuthorMessage
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 11:48 am

Hai semua.
Citer ni ada la berlaku kat member aku sekitar 4 tahun yg lepas..
Once upon a time........

Satu hari tu aku dengan member aku gi la mandi manda kat satu pantai tu. Kita orang ni masing masing bawak awek..
So,selepas
sejam perjalanan dari rumah sampai la juga ke lokasi yang paling
strategik untuk pakwe makwe mandi manda,bukan merendek tau..
So,sebelum sessi mandi manda,kita orang pun jamah la makanan ringan yang di bawa bersama..
Bila
matahari pun dah tegak atas kepala, kita orang pun tukar la pakaian
yang sesuai untuk mandi manda. Adapun kita orang ni takde la pakai
spender sahaja atau bikini sahaja, masing masing pakai pakaian yang
sopan mengalahkan cipan untuk mandi..

So,apalagi masing masing pun mandi dengan lahapnya macam dah seabad tak mandi.mandi je,takde pun buat bende lain..
Lebih
kurang 10 minit berendam dan buat aksi maut lipat terjun,member aku ni
pun naik. Aku tanyalah naper dia naik cepat sangat,dia kata nak
keringkan badan. Selang 5 minit lepas tu, member aku ni pun masuk balik
ke dalam air.
10 minit lepas tu dia naik balik. Aku tanya lagi, jawapan yang sama aku dapat-nak keringkan badan..
So
lepas setiap 10 minit mandi dia akan naik ke darat lebih kurang 5 minit
untuk keringkan badan, perkara ni berlaku sampai aku pun dah naik muak
tengok..
Baru je aku nak tanya apa motif sebenarnya dia buat macam
tu tetiba je awek dia tanya, mungkin dia pun dah naik menyampah tengok
pakwe dia buat macam tu.

So dia pun tanyalah..

Aweknye:
Abang,abang ni kenapa? Lima enam belas kali masuk keluar dari pantai
ni? Konpius juga ayang tengok. Abang ada alergik ke duduk dalam air
laut lelama?

Pakwenye: Bukannye ape,alergiknye takde,apa pun
takde masalah duduk dalam pantai ni lama lama.abang cuma risau,takut
lama lama berendam air laut ni abang takut telo abang ni jadi TELO
MASIN...
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 11:48 am

Profesor Bakri adalah seorang profesor yang terkenal dengan
kepintarannya... Dia terlalu tekun dengan ujikaji yang dilakukannya
sehinggakan terlupa untuk makan minum, malah sudah dua hari tidak
pulang ke rumah... lalu isterinya menelifon..

"Abang.. ingat ya, malam ini abang mesti pulang ke rumah untuk makan malam. Jaga kesihatan", pesan isterinya.

"Ya, baik.. abang janji.. agaknya dimana kita hendak makan malam nanti?" tanya professor itu.

"Di rumah saja lah bang..".

"Baik lah.. tapi dimana tu? Saya catat alamatnya dulu...".
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 11:49 am

Seorang gadis kecil merasa badannya lemah dan sakit ketika dia berada di pasaraya bersama ibunya.

"Mama," kata gadis kecil itu..
"Bolehkan kita balik sekarang?"

"Tidak," jawab ibunya.

"Ma, saya rasa hendak muntah!" kata gadis kecil itu.

"Keluarlah, pergi ke tandas di tingkat atas..."

Setelah kira-kira 20 saat, gadis kecil itu kembali ke tempat duduknya.

"Sudah selesai?" tanya ibunya.

"Ya."

"cepatnya?"

"Saya tidak pergi ke tingkat atas.. Ma," kata anaknya lalu menyambung..
"Kat tepi tu ada sebuah kotak derma... disitu tertulis "UNTUK ORANG YANG SAKIT’"
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 11:51 am

Seorang pemuda memeriksa dirinya di sebuah klinik.. Setelah beberapa
soalan di tanya kepada doktor berkenaan penyakitnya.. Doktor itu
menyuruhnya berbaring dan membuka mulutnya kemudian mengeluarkan
lidahnya panjang2. Setelah itu doktor duduk dan menulis sesuatu di
mejanya.

Setelah beberapa minit kemudian doktor itu berdiri dan berkata..
"Sudah selesai. Sekarang masukkan lidahmu dan tutup mulutmu semula!"

Dengan kehairanan pemuda tersebut bertanya..
"Doktor,
tadi doktor suruh saya berbaring, membuka mulut dan menjulurkan lidah
panjang2, tetapi doktor tidak melakukan apa-apa kepada saya. Untuk apa
saya lakukan semua itu tadi?"

"Supaya," jawab si doktor..
"Saya boleh menulis repot kesihatan kamu dengan tenang, tidak diganggu oleh pertanyaan2mu
yang bertubi-tubi seperti tadi!"
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 11:51 am

Seorang guru bertanya kepada murid2nya...

"Siapa guru yang paling kamu semua suka disekolah ini?"

"Cikgu la!" kata salah seorang murid sambil menunjuk kepada guru yang bertanya didepan kelas..

"Kenapa saya?" tanya guru itu mula merasa bangga..

"Kerana saya selalu berpeluang untuk tidur ketika cikgu mengajar.."
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 11:54 am

Murid Derhaka

Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas....

Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua muridnya sangat diam dan bersopan..
tidak seperti biasa jika dia masuk ke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang
bising dan bermain. Lalu guru itu berkata...

"Selama saya mengajar awak semua... tidak pernah pulak saya melihat keaadan ini.
Ini sangat menghairankan... boleh sesiapa tolong beritahu.. apa sebenarnya yang terjadi??
guru itu bertanya dalam keadaan seperti hendak pitam...

Tiba-tiba.. salah seorang muridnya bangun dan berkata..
"sebab... cikgu pernah kata dulu... jika cikgu dapat melihat kami semua diam dan bersopan
cikgu akan mati terkejut.... ha ha ha" sambil memerhatikan gurunya jatuh ke lantai.. dan kelas
kembali bising macam biasa...
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 11:55 am

Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia
dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk
diinterviu.

"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri.

"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.

"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?"tanya Pak Basri lagi.

"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".

"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".

"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."

"Kalau telefonnya sedang digunakan?"

"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"

"Kalau telefon awam rosak?"

"Saya akan pulang menjemput nenek saya."

"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Pak Basri kehairanan.

"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar."
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 11:56 am

Atas saranan doktor, Mamat dihantar untuk berubat di USA kerana
penyakitnya yang agak kritikal. Sesampainya di Hospital New York, Mamat
dibawa ke bilik bedah dan dipasangkan tiub getah kiri dan kanan.

Beberapa
jam kemudian, seorang pesakit dari UK yang kelihatannya lebih parah
dibawa masuk dan diletak bersebelahan katil si Mamat. Si Mat Saleh ini
walaupun kelihatannya lemah, dia masih mencuba untuk berkomunikasi
dengan Mamat. Dia mengangkat tangannya dengan susah payah dan berkata:
"United Kingdom..."

Mamat yang juga sedang lemah, menjawab: "Malaysian..."

Setelah itu dua-duanya pengsan karena keletihan. Beberapa jam kemudian mereka kembali sedar dan cuba berkomunikasi lagi.

Si Mat Saleh berkata dengan lemah: "James...". Dijawab dengan susah payah oleh Mamat: "Mamat...".

Habis
itu mereka pengsan lagi. Beberapa jam kemudian setelah sedar, mereka
berdua masih mencuba melanjutkan percakapannya. "Birmingham..." kata si
Mat Saleh.

Dijawab Mamat: "Kuala Kangsar...". Pengsan lagi.


Tak
lama kemudian mereka sedar dan masih mencuba untuk berbual. Si Mat
Saleh yang sudah hampir kehabisan nafas berkata: "Cancer..."


Dan dengan sisa-sisa nafas yang ada Mamat menyahut: "Capricorn...!"
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 11:58 am

Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematin isteri
akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang
tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan
teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula
memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di Bandar dan
tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.

Selepas
memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang
kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda
berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain.... ...

Isteri
barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah
agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan
yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.

Suatu
petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa
yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang, abang nak tau tak,
ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/ bersetubuh kannn abang
kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan
tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau
beberapa ekor syaitan". Kata si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni
malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann, betul tak
sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang
dua hari kemudian, siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan...
bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri
berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". "tak pe...tunggula
malam". Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan...
bang". Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".

Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........

"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 11:58 am

Anak : Ibu tadi ada seorang pelajar jatuh dari kerusi.

Ibu: Jadi?

Anak: Semua orang gelak, kecuali saya.

Ibu: Awak anak yg baik.
[Ibu mencium dahi anak nya]

Anak: Ibu nak tahu siapa yg jatuh tu?

Ibu: Siapa?

Anak: Sayalah.

Ibu: Cis
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 11:59 am

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan
seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti
ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun,
dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri
seolah-olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam
diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan.

Oleh kerana
merasa tidak puashati.. seorang gadis segera bertanya kepada wanita
tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

" Apakah persembahan mereka tidak kelakar ? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar,"jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.

"Tidak..", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " getusnya.
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 12:00 pm

Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:

Isteri : Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?

Suami : Kenapa?

Isteri
: Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila
pulang kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving
betullah mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?

Suami : Nak mampus... Mana abang kenal isteri dia?"
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 12:02 pm

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang
kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah
perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia
masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik.
Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil
keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
"Bentuk macam taik."

Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
"Lembik...macam taik."

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,
"Bau macam taik."

Oleh
kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun
mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja
dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...
"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 12:02 pm

Sang suami yang baru menikah merasa hairan melihat tingkah laku
istrinya, yang pada malam pertama membuka jendela dan menatap ke langit
melihat bintang-bintang.

Dengan jengkel suaminya berkata...
"Ada apa gerangan kau menatap langit di malam pertama kita ini?" Jawab sang istri,
"Menurut
ibu saya, malam ini akan menjadi malam terindah selama hidup saya. Jadi
saya tak akan melewatkan sedetik pun keindahan malam ini, aku akan
menatapnya sampai pagi."
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 12:03 pm

Alkisah dalam satu negeri tu adalah seorang raja yang sangat ego lagi
berlagak. Dah lah tak hensem, sombonglah pulak tu. Baginda mempunyai
seekor kuda yang sangat patuh kepadanya. Kepandaian kuda ini telah
tersebar meluas ke seluruh negara. Kuda ni memang pandai giler.....
suruh buat apa pun mesti dilakukan, kalau raja suruh panjat pokok dia
panjat, suruh nyayi lagu Hattan dia nyanyi ...itu pasallah raja ni
sayang sangat kat kudenya. Tapi kude ni hanya dengar arahan raja ni
sorang je. Kerana berasa sangat ego, raja ini telah mengadakan satu
pertandingan jika ada diantara rakyatnya yang dapat mengarahkan kuda tu
duduk, dapatlah hadiah lima ratus dinar seperti yang dijanjikan kepada
rakyatnya. Apabila hari pertandingan bermula, keluarlah seluruh
rakyatnya untuk menyaksikan siapa yang boleh membuatkan kude tu duduk.

Hari
dah hampir senja tapi masih tiada yang dapat berbuat demikian...makin
egolah raja sorang ni. Tiba-tiba muncul seorang budak lalu pergi ke
arah kuda tu dan tanpa disangka-sangka kude tu terus tunduk. Maka
terkejutlah raja tadi lalu dipanggilnya budak tersebut seraya bertanya,

"Apa yang engkau buat sampai kude beta tu duduk wahai budak?"

Maka dengan selambanya budak tu berkata,
"Tadi
patik jentik telur kude tu sampai dia terduduk.(Senak la agaknya
kot...) Lalu blah sambil mengira-ngira wang yg dimenanginya. Raja yang
tak puas hati ni adakan satu lagi pertandingan. Bukannye apa... nak
cover malu.

"Kali ni beta pasti yang sapa-sapa pun takkan boleh
menyuruh kuda beta menggelengkan kepalanya" katanya dalam hati sambil
ketawa.

Maka sampailah hari pertandingan tu...ramailah rakyat
keluar nak melihat sapa yang boleh buat kude raja ni geleng kepala.
Seperti hari yg sebelumnya, dari pagi sampai la ke petang masih belum
ada siapa yang dapat membuatkan kuda raja tersebut menggelengkan
kepalanya... raja menyengih panjang sebab senja dah hampir tiba.
Tiba-tiba datang lagi budak kecik tu dan bagitahu raja yang dia nak
cuba lagi. Dengan selambanya raja berkata,

"Cubalah kalau boleh".
Budak
kecik ni pun pegi kat kude tu lalu berbisik kat telinganya. Dengan tak
semena-mena kude tu terus menggelengkan kepalanya, maka bersoraklah
orang ramai dengan kejayaan budak kecik tu lagi.
Raja berasa pelik lalu bertanya!

"Beta nak tau, apa yang kamu bisikkan tadi sampai kude beta pun gelengkan kepalanya?"
Dengan selambanya budak tu jawab,

"Nak kena jentik lagi...??"
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 12:03 pm

Ada suatu keluarga cacing sedang makan malam, bersama sama dengan
saudara saudaranya. Sedang asyik makan, anak cacing yang paling kecil
tanya kepada ibunya.

"Ibu, manusia itu apa...?" Tanyanya

"Hisssh.... kalau sedang makan jangan sebut manusia.. jijik." Kata ibunya.
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 12:04 pm

Seorang nenek memukul bontot cucunya yang telah melakukan perbuatan
yang tak sepatutnya...

Tiba-tiba ayah budak tersebut telah ternampak.... nak berdiam diri kesian pulak pada anaknya.. nak masuk campur.. tak berani...

Lalu setiap kali nenek itu mengayun rotan memukul bontot cucu, si ayah juga bertindak menampar muka sendiri.

Melihat
tindakan si ayah yang agak pelik, si nenek segera berhenti memukul
cucunya dan bertanya dengan penuh kehairanan pada si ayah.

"Kenapa engkau menampar muka sendiri?"

Jawab si ayah
"Anakku dipukul orang ... dan untuk membalas perbuatannya itu, aku telah memukul anak orang itu."
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 12:05 pm

Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada. Doktor menganjurkan agar
dia berhenti merokok dan minum minuman keras. Selain itu harus berhenti
makan daging kambing, daging kesukaan Salim.

Doktor : "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh berenang dan terbang"

Setelah
tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim mengingatkan Salim agar
makan hanya daging yang boleh berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan
kemudian Doktor mengunjungi kerumah Salim untuk melihat
perkembangannya. Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam
renang.

Mendengar itu sang Doktor merasa tenang, menyangka Salim
bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga untuk
meningkatkan kesihatan tubuhnya. Sang Doktor langsung bergegas menuju
ke kolam renang dimana Salim berada. Namun apa yang dilihatnya di kolam
renang?
"Salim berada di dalam air melatih kambing berenang"
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 12:05 pm

Seorang posmen yang datang menghantar surat.

" Assalamualaikum "

" Walaikumsalam "

" Ni rumah encik encik Sameon ye?

" Ya saya"

" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "

" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 12:06 pm

Al kisah, Seorang negro di Afrika sana sedang kehausan nak mati akibat
tak de air kat padang pasir. Sedang die mencari air, terjumpe la die
dengan jin padang pasir.
Jin tu cakap...

"Aku akan tunaikan tiga permintaan kau, oleh sebab kau dah nak KO, aku akan tunaikannye pada kehidupan lain engkau"

Negro
tu pun cakap..."Pertama, aku nak jadi putih. Kedua, aku nak sentiasa
kene air supaya sejuk dan tak dahaga. Ketiga, aku nak tengok punggung
wanita tanpa mereka sedar"

Negro tu pun mati dengan tenang nye. Pada kehidupan lain, Negro tu jadi...............

....mangkuk tandas wanita...
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 12:06 pm

Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga
lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn
sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu
dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu pun setuju utk melepaskan
mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah mereka perlu mencari 10 biji
buah dari jenis yang sama. "Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka
dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk
mencari buah-buahan tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari
puak tersebut. Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas.
Kemudian berkata ketua puak kepada anak buahnya, " Sumbatkan buah
tersebut ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh
dia!" Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki
malang tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit
dan dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia
membawa 10 biji ciku bersamanya. Dia pun dikenakan tindakan yang
sama.Oleh kerana buah ciku kecil, lelaki itu dapat bertahan sehingga
buah ciku yang kelapan. Pada masa ini, tiba-tiba lelaki tu ketawa. Maka
dia pun dibunuh.

Apabila sudah mati, roh orang yang pertama pun
berjumpa ngan roh orang yang kedua. "Kenapa kamu ketawa pada buah ciku
yang kelapan?" tanya roh pertama. Jawab roh yang kedua, "Aku nampak
rakan ketiga kita tu keluar dengan membawa buah durian!!"
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 12:07 pm

1.Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.

2.Masa sedang asyik menggosok dada motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan.

3.Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.

4.Boleh tangguh beberapa minit, pergi sambut telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.

5.Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggung jawab sekiranya hendak mula mencuci motor.

6.Lepas
cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam
sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan
enjin.

7.Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi, depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.

8.Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.

9.Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan memecat anda.

10.Jika
kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur
dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor.
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 12:07 pm

Seorang Tok Batin baru membeli motorsikal Honda dan kebetulan pada
jalan pulang terserempak dengan kawanya yang ingin menumpang, lalu
ditumpangkan kawanya itu. Dalam perjalanan kawanya merasakan Tok Batin
itu hanya mengunakan gear 1 sahaja lalu bertanyalah kawanya itu,

Kawan Tok Batin: Kenapak kamu hanya pakai gear 1 sahaja.
Tok Batin: Kalau rosak 1 gear ada 2 lagi gear.
Kawan Tok Batin:????????
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 12:08 pm

Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa... .adapun aku
dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal
bapak aku bagi aku nama tue... maybe hari Isnin nie hari dier berkenal
dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah
cintan cintun diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita
pasal aku..tak gitu...

Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg
kau lihat... dan sememangnya tidak dinafikan lagi... aku dilahirkan
sehensem-hensem umat... kerana itulah jugak... berebut awek merayu-rayu
nak aku jadik pakwe diorang... .siap ada listing lagik... tapi ada satu
bende yang sedih... .setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break
selepas aku ajak diorang naik keta aku... aku pun tak tau apasal..

Intan,
awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong
simpang, Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn
diri aku... dier le awek aku yg paling last... .muktamad dah nie...
surat menyurat takkan dilayan... ..kalo intan tinggalkan aku... .cam
awek awek aku yg dulu... sumpah aku tak nak kahwin...

Bende yang
aku nyampah tue jadik jugak..setiap kali keluar dating kat Taman Tasik
Taiping... Intan akan bersungut dan bersesungut kalau aku bawak motor
Kriss aku yang dah tak rupa macam Kriss dan jugak tak bershape macam
keris... macam macam dier komplen..dier tau aku keje sebagai driver...
takkan takde kete... bawaklah kereta awak tue..takkan nak terperap kat
rumah je... tak syok la naik moto... rambut berserabut lar... muka cair
lar... kain terselak lar... malu nanti orang tengok lar... tak buleh
nak seksi lar...

Tapi aku tak sanggup kerana aku tau kalau aku
bawak dier naik kete aku... sure itulah kali last aku akan jumpa
Intan... Intan sure akan mintak break or maybe menghaibkan diri
terus... berdesing telinga aku ... aku cakap kat dier... .baiklah...
.esok aku akan datang naik kete besar... jauh lagi besar dari kete
mesedis... . Seperti yang ku jangka..itulah kali terakhir aku berdating
dgn Intan...

Intan terus menghaibkan diri... ..aku dah agak dah
mesti terjadi punyer... ... . cuma satu je yang aku nak bagi nasihat
kat korang-korang semua ..especially depa yang pernah jadi awek aku...
or bakal awek aku...

Jgn korang pandang hina kat orang yang keje cam aku nie... .satu hari nanti...

Ndak tak ndak korang kena naik jugak kereta aku nie... ..

Yang Benar
Pemandu Kereta Jenazah
Persatuan Khairat Kematian Kuala Sepetang
Taiping Perak...
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 12:09 pm

"Mama.. hari ini saya dapat markah 100% di Sekolah," kata Yani kpd mamanya.

"Iya ke??.. macam ni lah anak Mama yang pintar.. Pelajaran apa yang kamu dapat markah 100%?" Tanya ibunya.

"Matematik 30%, Bahasa Melayu 50%, dan Sejarah 20%."
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Today at 4:01 am

Back to top Go down
 
CERITA LAWAK
View previous topic View next topic Back to top 
Page 6 of 12Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 5, 6, 7 ... 10, 11, 12  Next
 Similar topics
-
» Buku yg Akhir2 ini Kamu Baca
» [DONE] VocaPost Year-end Gathering @Jakarta
» Suka Duka Role Play World
» Vocaloid 3 China
» siapa Utaite,producer,dan lagu vocaloid favorit kaliaan?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Mambang Records :: KEDAI KOPI :: Ruangan Cerita Lawak/Serammmm-
Jump to: