Mambang Records
SELAMAT DATANG KE FORUM MAMBANG RECORDS
KITA BERKONGSI MAKLUMAT DAN MENGETAHUI
PERKEMBANGAN MAMBANG RECORDS BERSAMA-SAMA!

TERIMA KASIH


FORUM UNTUK FAMILY MAMBANG RECORDS
 
MBG FrontpageHomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dari kami Mambang Records...CD EP Mambang Records telah pun rasminya dikeluarkan..pada harga RM15...jika anda ingin mendapatkan CD Ep Mambang Records sila berurusan dengan JhoeBling@Raja_Mambang@Lil^Fiz...jangan ketinggalan~~...
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar
Top posters
Raja_Mambang
 
DenGz_aDzmieRa
 
~~MiSsSaRaToKyO~~
 
NU^UL89
 
LILFIZ89
 
JhoeBling
 
♪Mya_Mya♪
 
comei_ika
 
pUrple_mambAng
 
Da_MoRBiD69
 
Latest topics
Statistics
We have 168 registered users
The newest registered user is squirchris

Our users have posted a total of 16669 messages in 171 subjects
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 106 on Mon Aug 29, 2011 10:21 pm

Share | 
 

 berita-berita terpilih hari ini...

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3  Next
AuthorMessage
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: berita-berita terpilih hari ini...   Fri May 08, 2009 4:32 pm

First topic message reminder :

Anak menggelupur


Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: “Saya terkejut melihat anak bongsu kesayangan
menggelupur kesakitan apabila hampir separuh badannya tersimbah lilin
mendidih yang digunakan untuk kerja mencanting batik berdekatan rumah.

“Melihat keadaan itu, saya terus mengangkatnya untuk dibawa ke Klinik
Kesihatan Wakaf Che Yeh di sini selepas dia berterusan menangis sambil
menahan kesakitan,” kata Wan Hasnazura Wan Hassan, 30, ibu kepada
kanak-kanak berusia dua tahun yang melecur teruk akibat tersimbah lilin
mendidih, semalam.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 2
petang itu berlaku ketika Nur Syamimi Mohd Ali mengekorinya dari arah
belakang ketika dia sedang mengangkat kain berdekatan tempat lilin
dimasak.

“Saya tidak sedar yang anak saya mengekori dari arah
belakang dan secara tiba-tiba dia memegang saluran gas ke tempat
memasak lilin sehingga menyebabkan bekas berisi lilin mendidih itu
tertumpah dan tersimbah ke arahnya.

“Saya panik melihat keadaannya terus meminta bantuan adik, Wan Mohd
Helmi, 29, mengejarkannya ke klinik berdekatan,” katanya ketika
ditemui, semalam.

Dia berkata, Syamimi melecur hampir 40 peratus badan dan sebahagian
muka terpaksa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
Kubang Kerian kerana mengalami cedera parah.

“Hati saya pilu melihat dia menggelupar kesakitan ketika dalam perjalanan ke hospital, selain menangis tidak henti-henti.

“Saya lihat kulit Syamimi mengelupas akibat terkena lilin panas dan
jika lambat dirawat keadaannya akan bertambah parah,” katanya.

Dia berkata, anak bongsu daripada empat beradik itu sebelum ini tidak
pernah bermain di kawasan berkenaan berikutan lokasi terbabit terdedah
dengan bahaya sekiranya tidak berwaspada.

“Syamimi sebelum
ini tidak pernah dibawa ke tempat kerja ini, tetapi terpaksa berbuat
demikian kerana perlu berulang-alik dari rumah ke hospital untuk
melawat ibu yang sakit,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang
masih mendapat rawatan di wad kecemasan HUSM akan dimasukkan ke Unit
Rawatan Rapi (ICU) untuk tujuan pemerhatian kerana melecur teruk.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda

AuthorMessage
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Thu May 14, 2009 1:57 pm

Lawat rumah mayat untuk insaf


Oleh KHAIRATUL AINAL ABDUL KARIM
berita@kosmo.com.my




GHAZALI memecahkan ketulan ais sebagai acara simbolik melancarkan Briged Gerak Gempur Cegah Maksiat di Kuantan semalam.



KUANTAN - Pelaku maksiat akan dibawa melawat ke rumah mayat sebagai
salah satu program tarbiah yang dijalankan Jabatan Agama Islam Pahang
(JAIP) untuk memberi kesedaran kepada mereka.

Timbalan Pengarah JAIP, Ghazali Abdul Aziz berkata, usaha tersebut
lebih berkesan daripada mewajibkan mereka menjalani kuliah atau
penerangan yang bertujuan memberi kesedaran dan keinsafan.

"Kalau boleh kita hendak mereka lihat sendiri keadaan orang yang
meninggal dunia dan biar mereka sedar bahawa hidup di dunia bukan untuk
berseronok semata-mata, sekurang-kurangnya mereka rasa takut nak buat
maksiat lagi," katanya ketika melancarkan Briged Gerak Gempur Cegah
Maksiat di Dewan JAIP di sini, semalam.

Ghazali menegaskan, selain rumah mayat, mereka juga akan dibawa
menziarahi pesakit kronik di hospital dan rumah orang tua bagi
meningkatkan kesedaran.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Thu May 14, 2009 1:58 pm

heheh.. salam salah 1 insan yg intebiu kh?? hihihi
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Thu May 14, 2009 2:00 pm

Mati terjatuh dari tingkat 16




ANAK panah menunjukkan tempat mangsa terjatuh dari
tingkat 16 sebuah kondominium di Kuala Lumpur semalam.



AMPANG JAYA - Seorang wanita Vietnam yang baru tiga hari berada di
negara ini, mati dalam keadaan mengerikan setelah terjatuh dari tingkat
16 sebuah kondominium di Jalan 2/26, Pandan Perdana di sini, awal pagi
semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, wanita tanpa identiti
tersebut dikatakan bertengkar dengan kakaknya sejurus pulang dari
sebuah pub di sekitar Cheras bersama seorang lelaki.



MAYAT wanita Vietnam yang terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Kuala Lumpur semalam.



Difahamkan, mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an itu memasuki
negara ini pada Sabtu lalu bersama kakaknya melalui ejen sebelum dia
diperkenalkan kepada seorang lelaki tempatan.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati pertengkaran
adik-beradik itu tercetus kerana mangsa tidak berpuas hati pasportnya
diserahkan oleh kakaknya kepada ejen terbabit.

"Lelaki tersebut cuba meleraikan pertengkaran antara adik-beradik itu tetapi tidak berhasil lalu dia masuk ke bilik untuk tidur.
"Tidak berapa lama kemudian, dia terdengar satu bunyi kuat dan
apabila keluar dari bilik, dia diberitahu bahawa mangsa terjatuh dari
balkoni," katanya di sini semalam.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Thu May 14, 2009 2:01 pm

Layari internet dalam bas

Oleh: NIZHA PERIASWAMY
nizha.periswamy@kosmo.com.my




KAKITANGAN RapidPenang, Jaslinna
Mohamed Yusoff (kanan) bersama tiga penumpang melayari internet di
dalam bas di George Town semalam.



GEORGE TOWN - Rapid Penang Sdn. Bhd., (RapidPenang) menambah satu
lagi kelebihan dalam perkhidmatannya melalui pemasangan sistem internet
tanpa wayar, WiFi.

Pelancaran bas WiFi yang pertama seumpamanya di negara ini akan
memberi nilai tambah kepada sistem pengangkutan awam di bandar ini
terutama bagi melonjakkan lagi industri pelancongan.

"Buat permulaan, tiga bas dilengkapi sistem ini sebagai percubaan
selama tiga bulan sebelum dipasang dalam semua bas," kata Ketua Pegawai
Eksekutifnya, Azhar Ahmad di sini semalam.

Azhar berkata, inisiatif memasang WiFi itu akan memudahkan pengguna
untuk terus menggunakan pengangkutan awam sambil melayari internet.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
JhoeBling
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records


Posts : 1157
Join date : 2009-05-05
Age : 30
Location : PineappleCity

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Thu May 14, 2009 2:02 pm

miss_saratokyo wrote:
heheh.. salam salah 1 insan yg intebiu kh?? hihihi


di cboo imarek..aok....

_________________
Back to top Go down
View user profile http://www.mbgrepublic.forumotion.net
JhoeBling
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records


Posts : 1157
Join date : 2009-05-05
Age : 30
Location : PineappleCity

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Thu May 14, 2009 2:05 pm

Tingkat 16 Shocked ....gik tingkat 5 dah sekian upa org.......aiyaaaaaaa.......ngiluk sa palak nengar tingkat 16... Shocked pale

_________________
Back to top Go down
View user profile http://www.mbgrepublic.forumotion.net
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Thu May 14, 2009 2:50 pm

Melayu peluk babi


Oleh Kasdi Ali
kasdi@hmetro.com.my









TAIPING: Cetek pengetahuan agama dan percayakan khurafat menyebabkan
segelintir umat Islam sanggup membelai dan memeluk babi hutan
semata-mata untuk mendapatkan tuah, termasuk memenangi hadiah utama
judi nombor ekor, sekali gus meraih kekayaan segera.

Perbuatan
jahil itu yang semakin menarik minat orang Melayu dari dalam dan luar
negeri ini dilakukan di sebuah kuil di kaki bukit berhampiran sebuah
pasar raya terkemuka dekat sini.

Mereka datang untuk mencuba nasib biarpun perbuatan itu dilaknat Tuhan.

Difahamkan, kuil berkenaan memang dikenali di kalangan masyarakat Cina
dan India hingga ada yang datang dari jauh, termasuk Singapura untuk
melihat tarikan utamanya iaitu kehadiran babi hutan 30 hingga 50 ekor
pada satu-satu masa di kawasan khas setiap malam.

Malah, keunikan kuil berkenaan pernah disiarkan dalam satu program
saluran televisyen berbayar beberapa bulan lalu hingga menyaksikan
pertambahan pengunjungnya saban hari.



Majoriti pengunjung hanya mempunyai satu tujuan iaitu membawa slip
nombor ekor, geran kenderaan, wang kertas yang digunakan untuk membeli
nombor ekor untuk diusapkan ke badan babi hutan terbabit kerana percaya
ia mampu membawa tuah, termasuk memenangi hadiah utama judi nombor ekor.

Yang menyedihkan, kepercayaan itu menular di kalangan orang Melayu di daerah ini sebelum merebak ke luar Perak.

Seorang penduduk, Abdul Karim Yusop, 51, ketika ditemui Harian Metro
berkata kegiatan itu semakin menjadi-jadi sejak awal tahun ini.

“Saya tidak kisah ia dilakukan golongan bukan Islam, tetapi kesal
apabila seorang rakan bukan Islam memaklumkan ada orang Melayu turut
melakukannya.

“Rakan saya bertanya adakah perbuatan menyentuh
babi itu dibenarkan dalam agama Islam dan saya memberitahunya ia
perbuatan berdosa bagi umat Islam.

“Mendengar jawapan saya, dia
terkejut dan memberitahu terdapat ramai orang Melayu menyentuh dan
memeluk babi hutan di kuil berkenaan,” katanya.

Dia yang tidak
berpuas hati kemudian ke kuil berkenaan kira-kira dua minggu lalu dan
mengucap panjang apabila melihat beberapa orang Melayu terselit di
kalangan pengunjung bukan Islam sedang mengusap babi hutan.

Abdul Karim yang tinggal di Gunung Semanggol, tidak jauh dari kuil
berkenaan, berkata dia mengetahui individu terbabit orang Melayu
apabila salam diberikannya disambut mereka.

“Apabila saya cuba
bertanya lebih lanjut mengenai perbuatan itu, mereka mengelak sebelum
beredar. Saya sedih kerana percaya ramai lagi orang Melayu, terutama
dari luar negeri ini datang melakukan perbuatan terkutuk dan berdosa
besar itu.

“Justeru, saya berharap Jabatan Agama Islam Perak
menyiasat kerana risau jika dibiarkan berlarutan ia boleh menyebabkan
akidah umat Islam tergugat,” katanya.

Dakwaan Abdul Karim
menarik minat wartawan Harian Metro yang meninjau ke kuil berkenaan
baru-baru ini selama sehari suntuk bersama jurugambar dengan menyamar
sebagai pengunjung.

Terbukti, kehadiran orang Melayu di kuil berkenaan bukan perkara asing terutama di kalangan petugasnya.

Jumlah pengunjung mula bertambah mulai jam 7.30 malam apabila babi dari
hutan berhampiran mula memenuhi kawasan khas yang disediakan.

Selain kereta, beberapa bas pelancong termasuk dari Singapura kelihatan
hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di jalan utama memasuki ke
kuil berkenaan, manakala pihak kuil turut menjual nasi lemak yang
dibuat khas untuk diberikan kepada babi.

Kira-kira jam 9.30
malam, perhatian wartawan mula terarah kepada dua lelaki Melayu yang
datang dan kelihatan di tangan mereka beberapa keping kertas dipercayai
slip nombor ekor.

Tanpa membuang masa, dua lelaki terbabit
menuju ke arah beberapa ekor babi berhampiran mereka sebelum
mengusapnya dengan kertas di tangan mereka.

Sebaik berbuat
demikian, mereka terus beredar dan apabila dihampiri wartawan yang
bertanyakan mengenai perbuatan mereka, ini jawapan mereka:

“Apa
salahnya mencuba nasib. Saya dengar ada orang kena nombor ekor hingga
ratusan ribu ringgit apabila mengusap kertas nombor ekor atau wang
digunakan untuk membeli nombor ekor kepada badan babi itu,” kata
seorang daripada mereka sebelum beredar.

Kepercayaan karut itu
dan kehadiran orang Islam di kuil berkenaan diakui beberapa pekerja di
kuil terbabit sambil memberi contoh antara 100 pengunjung yang datang,
10 daripadanya orang Melayu.

“Semua itu (kepercayaan memegang
babi membawa tuah) terpulang kepada diri masing-masing. Kami tidak
pernah menghalang sesiapa masuk ke kuil ini. Tetapi setahu saya,
perbuatan memegang babi salah bagi orang Islam.

“Namun mungkin
mereka (orang Melayu) yang datang mempunyai alasan tersendiri. Asalkan
pengunjung tidak melakukan perkara tidak elok, kami tidak boleh
menghalang mereka memasukinya,” kata seorang petugas di kuil yang hanya
mahu dikenali sebagai Ravi, 32.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
JhoeBling
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records


Posts : 1157
Join date : 2009-05-05
Age : 30
Location : PineappleCity

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Thu May 14, 2009 3:12 pm

maka daknya tauk megang babi ya hukum nya haram....

mok nak murtad ka daknya...?
adowhhh....ya baruk manusia zaman sekarang....
No

_________________
Back to top Go down
View user profile http://www.mbgrepublic.forumotion.net
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Fri May 15, 2009 5:42 pm

dh ujung zaman laa jhoe.. huhu..
cdak sik tauk gik hukum hakam bh..
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Fri May 15, 2009 5:44 pm

Sorok mayat bayi bawah katil

Oleh OTHMAN YAHAYA
othman.yahaya@kosmo.com.my


SUNGAI PETANI - Misteri bau busuk yang dihidu oleh sebuah keluarga
selama dua hari di rumah mereka terjawab dengan penemuan mayat bayi
lelaki yang mulai reput di bawah katil anak perempuan mereka di Kampung
Kuala Sin, Bukit Selambau di sini malam kelmarin.

Lebih mengejutkan apabila mereka mendapati mayat bayi yang sempurna
sifatnya itu dilahirkan oleh anak perempuan kedua mereka yang berusia
27 tahun.

Kejadian itu terbongkar apabila pasukan dari Ibu Pejabat Polis
Daerah Kuala Muda menyerbu rumah berkenaan, petang semalam ekoran
laporan Hospital Sik yang meragui penjelasan wanita itu ketika dia
mendapatkan rawatan di hospital itu.

Difahamkan, keluarganya tidak perasan anak mereka yang bekerja
sebagai operator kilang itu mengandung memandangkan badannya yang agak
gempal dan sikapnya yang pendiam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim
Ali, wanita itu melahirkan bayi tersebut seorang diri di dalam biliknya
pada 11 Mei lalu.

"Bagaimanapun bayi yang cukup bulan itu mati sewaktu dilahirkan.
Kerana terlalu takut dimarahi keluarga, dia bertindak menyembunyikan
bayi itu di bawah katilnya.

"Dia meminta bantuan seorang saudaranya menghantarnya ke Hospital Sik setelah mengadu sakit perut," katanya.
Menurut Hashim lagi, pemeriksaan hospital kemudian mendapati wanita
itu mengalami pendarahan yang agak teruk kerana baru lepas bersalin.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Fri May 15, 2009 5:44 pm

Kos mengerjakan haji mungkin naik?








KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menolak kemungkinan akan menaikkan
tambang haji mulai tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri,
Senator Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom.

Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada keputusan kerajaan Arab
Saudi yang masih dalam proses perbincangan mengenai perkara tersebut.

"Kita tunggu perkembangan akhir daripada pihak kerajaan Arab Saudi.
Kita tidak tahu macam mana lagi, sama ada kekal, naik atau macam mana.

"Sudah tentu bila ada kemudahan yang telah dinaik taraf dan
diperbaiki dari pelbagai sudut maka ia akan melibatkan semua sudut
termasuk tambang," katanya pada sidang media di Persidangan
Antarabangsa Pelancongan Muslim, Haji dan Umrah kali ketiga di sini
semalam.

Kadar tambang haji Lembaga Tabung Haji (LTH) sekarang ialah RM9,445 termasuk subsidi RM2,600 yang diberikan oleh LTH.
Tambah Jamil, ketika ini, beberapa prasarana baru sedang dalam
pembinaan termasuk bangunan dan sistem pengangkutan yang lebih selesa
kepada bakal-bakal haji pada tahun ini.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Fri May 15, 2009 5:47 pm

Isteri bunuh suami digantung

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my




SHAMIM ketika dibawa keluar dari
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Seorang suri rumah yang merupakan ibu kepada empat
orang anak dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi
di sini semalam setelah disabitkan bersalah membunuh dan menanam
suaminya di belakang rumah mereka, lima tahun lalu.

Shamim Bano Mohammed Farooque, 41, yang pada mulanya tenang akhirnya
tidak dapat menahan perasaan lalu menangis sejurus selesai prosiding
apabila tiada anak dan saudara-mara datang menemuinya semalam.

Turut dijatuhkan hukuman serupa ialah Javeed Akhtar Abdul Waheed,
39, sepupu Shamim yang dituduh bersubahat menyebabkan kematian Reyaz
Ahamed Maruf, 39.

Ketika membacakan penghakimannya, Datuk Zaharah Ibrahim berkata,
mahkamah berpendapat pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes yang
dipinda terhadap tertuduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan
melampaui keraguan munasabah.

Shamim hanya menganggukkan kepala apabila ditanya Zaharah sama ada
faham hukuman manakala seorang jurubahasa terpaksa menerangkan kepada
Javeed.

Kedua-dua mereka yang berasal dari India diperintah membela diri
pada 21 November 2008 atas tuduhan menyebabkan kematian Reyaz di
rumahnya di No. 20, Jalan 4/12G, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi
dekat sini antara pukul 10 malam, 7 November 2004 dan 3 pagi, 8
November 2004.

Seramai 16 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.
Reyaz ialah pemilik bersama sebuah syarikat Cyplass Engineering Sdn.
Bhd. iaitu sebuah kilang kitar semula di Semenyih manakala Javeed ialah
pekerja kilang tersebut.

Mayat Reyaz ditemui tertanam di belakang rumahnya setelah
kehilangannya dilaporkan dan hasil bedah siasat mendapati mangsa mati
akibat sesak nafas dan terdapat kesan jerutan pada lehernya.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Fri May 15, 2009 5:49 pm

2 budak korban kolam keli

Oleh KAMARUDIN HAMZAH
berita@kosmo.com.my




DI KOLAM inilah mayat Munirah dan Akib Ikmal ditemui semalam.





MUNIRAH





AKIB IKMAL



BESUT - Dua kanak-kanak bersaudara ditemui tidak bernyawa dalam
sebuah kolam ikan keli sedalam dua meter di Kampung Gong Pak Mentosa,
Tembila di sini tengah hari semalam.

Mangsa, Munirah Abdul Ghafar, 3, dan anak saudaranya, Akib Ikmal
Shukri, 2, ditemui terapung di dalam kolam ikan yang terletak di
belakang rumah keluarga mereka.

Menurut ibu Akib Ikmal, Norazila Abdul Ghafar, 22, ketika kejadian
dia sedang mencuci pakaian manakala ibunya, Safinah Jusoh, 45, pula
memasak di dapur.

Bagaimanapun, katanya, ketika itu dia berasa hairan kerana tidak
mendengar suara anak dan adik perempuannya, lalu mencari mereka di
dalam rumah.

"Saya rasa tidak sedap hati dan terus keluar menuju ke kolam ikan
milik ayah, Abdul Ghafar Mohamad, 49, yang tidak berpagar dan terletak
tidak jauh dari belakang rumah.

"Saya terkejut apabila ternampak mayat Adib Ikmal terapung, tetapi Munirah tak ada di situ.
"Saya memanggil jiran-jiran dan mereka menemui mayat Munirah
tenggelam di dasar kolam," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini
semalam.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Fri May 15, 2009 5:51 pm

Tembikai 20 kali ganda lebih kecil




SEORANG budak perempuan memegang buah tembikai Pepquino yang 20 kali ganda lebih kecil daripada tembikai biasa.



LONDON - Tembikai yang bersaiz 20 kali ganda lebih kecil daripada biasa diperkenalkan di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Spesies yang jarang ditemui itu dikenali sebagai tembikai Pepquino
yang mempunyai panjang 3 sentimeter namun ia memiliki corak dan bentuk
seperti tembikai biasa.

Pepquino berasal daripada tembikai liar yang ditemui oleh beberapa
pengusaha produk makanan Belanda di Amerika Selatan yang membawanya
pulang untuk dibiakkan di dalam rumah hijau.

Walaupun rupanya hampir sama dengan tembikai biasa tetapi rasanya rangup dan segar seperti timun.
Buah itu dijual pada harga £10 (RM53) untuk setiap 250 gram yang mengandungi sebanyak 50 biji buah tembikai.
Pengurus syarikat pemasaran syarikat Koppert Cress, Anneke Cuppen
yang menjual buah itu berkata, tempahan diperoleh dari pasar New Covent
Garden, pasar New Spitalfields dan pasar Birmingham, Britain.

"Permintaan untuk tembikai ini setakat ini datang dari restoran dan
hotel. Kami berharap untuk menjual sebanyak 50 hingga 100 kotak
seminggu." katanya. - Agensi
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Fri May 15, 2009 5:54 pm

Pramugari beraksi berani dalam iklan




SEORANG pramugari Air New Zealand beraksi dalam iklan yang memerlukan tubuh badan mereka dicat.



WELLINGTON - Seorang pramugari penerbangan Air New Zealand tanpa
segan silu melucutkan pakaiannya dalam satu iklan terbaru bertujuan
mempromosikan syarikat mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Iklan yang melibatkan beberapa petugas syarikat itu beraksi dalam keadaan berbogel dan tubuh mereka hanya diselaputi cat badan.
Kempen promosi itu menjadi popular di kalangan pengguna Internet di
seluruh dunia apabila lebih 330,000 orang menonton iklan tersebut di
laman perkongsian video YouTube.

Iklan melibatkan petugas bagasi, juruterbang dan pramugari itu
direka khusus bagi menunjukkan kepada orang ramai bahawa syarikat itu
tidak mempunyai kos tersembunyi seperti yang biasa dilakukan oleh
penerbangan tambang murah.

Ia menyatakan bahawa harga tiket Penerbangan New Zealand meliputi
bayaran makan minum, bagasi, elaun dan beberapa perkhidmatan lain tanpa
caj tambahan.

Bagaimanapun, iklan yang menggunakan runut bunyi Under My Skin yang dinyanyikan penyanyi terkenal New Zealand, Gin Wigmore itu tidak akan disiarkan di Britain. - Agensi
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Fri May 15, 2009 5:54 pm

Panik tayar pesawat pecah




SEBUAH tayar pesawat Southwest Airlines meletup ketika mendarat di sebuah lapangan terbang di Texas.



HOUSTON, Texas - Penumpang-penumpang pesawat milik syarikat
Southwest Airlines yang cemas terpaksa melarikan diri menerusi laluan
kecemasan selepas sebuah tayar terbakar ketika mendarat, lapor sebuah
akhbar semalam.

Rakaman televisyen menunjukkan penumpang turun dari sebuah gelongsor
di pintu kecemasan sebelum bergegas melarikan diri di sebuah lapangan
terbang di sini pada Selasa lalu.

Dalam kejadian itu, penerbangan 519 dari New Orleans mengalami
masalah apabila sebuah tayar pesawat itu meletup dan terbakar sejurus
selepas ia mendarat di Lapangan Terbang Hobby Houston pada pukul 7.50
petang waktu tempatan.



SEORANG penumpang turun dari
gelongsor manakala seorang lagi berlari selepas pesawat yang mereka
naiki mendarat di sebuah lapangan terbang di Texas.



Seramai lima krew dan 47 penumpang berjaya melarikan diri dengan
selamat manakala pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran itu sebelum
ia merebak ke badan pesawat.

Seorang penumpang, Christine Bordenave berkata, dia menyedari
pesawat itu seperti melambung-lambung ketika mendarat sebelum
juruterbang memaklumkan kepada penumpang tayar pesawat itu meletup.

"Kejadian itu membuat saya kecut perut," kata seorang lagi penumpang, Shawn Smith. - Agensi
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Fri May 15, 2009 5:57 pm

Tragedi lepas rindu


Oleh Mohammad Ishak dan Zaid Salim
am@hmetro.com.my







JERTIH: Pertemuan dua kanak-kanak bersaudara untuk melepas rindu
selepas beberapa bulan terpisah berakhir tragedi menyayat hati apabila
mereka ditemui lemas dalam kolam ikan milik keluarga di Kampung Pak
Mentosa, Tembila, dekat sini, semalam.

Kehilangan Munirah Abd
Ghafar, 3, serta anak saudaranya, Akil Akma Syukri, 2, hanya disedari
ibu Akil, Norazila, 22, yang juga kakak Munirah apabila mendapati dua
bersaudara itu tiada di rumah kira-kira jam 12 tengah hari.

Menurut Norazila, dia yang runsing dengan kehilangan anak dan adiknya
itu mencari mereka di sekitar rumah sebelum melihat kedua-dua mangsa
terapung di kolam ikan milik bapanya di belakang rumah.

Katanya, usahanya meminta bantuan jiran untuk menyelamatkan kedua-dua
mangsa gagal apabila mereka disahkan sudah meninggal dunia ketika dalam
perjalanan ke Hospital Besut.


Menceritakan kejadian itu, Norazila yang bersedih dengan kejadian
terbabit, berkata dia dan anaknya pulang dari Johor Bahru ke rumah
ibunya, Sapinah Jusoh, 43, Jumaat lalu untuk memenuhi hajat Akil
bertemu ibu saudaranya itu.



Bagaimanapun, menurutnya, kepulangan mereka tidak ditemani suami,
Syukri Hashim, 24, yang tidak dapat cuti apabila terpaksa bertugas
sebagai atendan tempat letak kenderaan.

Katanya, dia
benar-benar tidak menyangka pertemuan itu berakhir tragedi kerana
sebelum itu sudah melarang anak dan adiknya menghampiri kawasan kolam
berkenaan.

“Mereka berdua memang rapat berikutan jarak usia mereka hanya berbeza setahun,” katanya.

Menurutnya, dia tidak menyangka rayuan Munirah supaya Akil terus
tinggal bersamanya beberapa hari lalu permintaan terakhirnya sebelum
mereka berdua ditemui lemas.

“Munirah berkali-kali
mengungkapkan perkataan rindu kepada Akil dan memintanya jangan pergi
jauh. Malah, arwah sering bertukar pakaian dengan Akil seperti ada
sesuatu tidak kena dan dan keadaan itu tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Saya tidak menyangka dalam sekelip mata akan kehilangan anak sulung
dan adik kandung. Saya percaya mereka pergi ke kolam itu untuk melihat
ikan ternakan bapa sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam
berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis daerah,
Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan
menerima laporan kejadian itu daripada kakitangan Klinik Kesihatan Gong
Medang, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari.

“Kedua-dua
mangsa dipercayai lemas setengah jam sebelum ditemui dan setakat ini
kita tidak pasti sama ada mangsa tergelincir atau mandi di kolam itu,”
katanya.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Fri May 15, 2009 5:59 pm

Berita paling pilu


Oleh Zaitie Satibi, Shahrul Nizam Mohamad dan Amir Hamzah Nordin
am@hmetro.com.my






DOA...Natirah dan suaminya, Mat Zakri Jawa berdoa di
pusara ayahnya, semalam.



KUALA LIPIS: “Ini berita paling memilukan pernah saya terima,” kata
Natirah Yunus, 45, anak Yunus Mat Ajab, 68, yang terbunuh dalam nahas
ngeri di Kilometer 24, Jalan Lipis-Jerantut berhampiran Kampung
Kerambit, dekat sini, malam kelmarin

Lebih memilukan kejadian
berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke Temerloh untuk menziarah
seorang saudara yang meninggal dunia.

Kejadian kira-kira jam 11
malam itu turut mengorbankan isteri Yunus yang juga ibu tiri Natirah,
Rosnani Che Bidin, 35, serta abangnya, Li, 47, manakala seorang lagi
abang Natirah, Nazri, 36, serta seorang saudara mereka, Ahmad Yusof
Khamis, 53, cedera apabila Proton Iswara dinaiki bertembung sebuah lori
balak tanpa muatan ketika hujan lebat.

Ahmad Yusof dilaporkan parah dan dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAH), Temerloh.


Difahamkan, ketika kejadian, kereta dipandu Li gagal mengelak lori
berkenaan yang terbabas ke laluan bertentangan ketika melalui selekoh
tajam di tempat kejadian sebelum terperosok di bawah kenderaan berat
itu.




Natirah, seorang suri rumah berkata, dia menerima berita kemalangan
ngeri itu kira-kira jam 11.30 malam selepas dimaklumkan suami, Mat
Zakri Jawa, 46.

“Kira-kira jam 9.45 malam, suami ada menelefon
arwah ayah bagi mengetahui lokasi mereka kerana saya sekeluarga dari
Maran sudah tiba ke rumah saudara yang meninggal dunia.

“Dalam perbualan telefon itu, suami sempat berpesan kepada arwah abang supaya memandu dengan cermat kerana hujan lebat.

“Bagaimanapun, kurang dua jam kemudian, suami menerima berita buruk
daripada seorang sepupu memaklumkan semua mereka terbabit kemalangan,”
katanya ketika ditemui di rumah mangsa, semalam.

Menurutnya,
sebelum kejadian bapa dan ibu tirinya tidak menunjukkan sebarang
perubahan sikap pelik kecuali abang yang meninggal dunia ada menyatakan
hasrat mahu membiayai persekolahan seorang anaknya yang belajar dalam
tingkatan enam.

“Dua hari lalu, arwah Li ada menelefon saya dan
memberitahu mahu membantu menanggung persekolahan anak saya yang
dianggap seperti anak sendiri kerana arwah belum berumah tangga.

“Hasratnya itu dinyatakan berulang-kali dan saya bersetuju kerana
sekurang-kurangnya bantuan itu dapat mengurangkan beban saya, tetapi
tidak kesampaian selepas arwah terbunuh dalam kejadian itu.

“Bagaimanapun, saya reda dan berdoa semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak
Hassan, berkata sebaik melalui tempat kejadian, sebuah lori balak tanpa
muatan yang dalam perjalanan dari Jerantut ke Lipis dipercayai terbabas
ketika mengambil selekoh sebelum memasuki laluan bertentangan.

“Kemalangan itu menyebabkan kereta dipandu Li merempuh bahagian tengah
lori berkenaan lalu terperosok di bawahnya menyebabkan semua mangsa
tersepit di tempat duduk masing-masing.

“Li dan dua penumpang
belakang, Yunus dan Rosnani meninggal dunia di tempat kejadian manakala
seorang lagi penumpang belakang, Ahmad Yusof parah.

“Bagaimanapun, Nazri yang duduk di sebelah pemandu cedera ringan dan
dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lipis (HKL),” katanya.

Menurutnya, pemandu lori terbabit berusia 39 tahun sudah membuat laporan dan ditahan bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
kerana memandu dengan cuai hingga menyebabkan kematian dan jenazah
mangsa sudah diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan di Tanah
Perkuburan Islam Kampung Ulu Teris,” katanya.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
meetunclesalamz
Senior Forummer
Senior Forummer


Posts : 326
Join date : 2009-05-07
Age : 30

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Fri May 15, 2009 11:35 pm

Malaysia:

Terdapat seorang warga malaysia yang di jangkiti peyakit H1N1 yang baru nalik dari amerika syarikat...
Back to top Go down
View user profile
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Sat May 16, 2009 10:04 am

16 mei 2009

10 kali gugur anak



Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Sri Ayu Kartikawati Amri
mfirdaus@hmetro.com.my


KUALA LUMPUR: Biarpun baru berusia belasan tahun, seorang remaja
bukan saja sanggup melakukan hubungan seks dengan lebih lima lelaki
serentak, malah melayan nafsu warga emas seusia bapanya hingga mendapat
gelaran Ratu Bohsia.

Namun, gadis berkenaan tidak seharusnya
dipersalahkan sepenuhnya kerana gelagat liarnya didorong pengalaman
hitam selepas dinodai datuk sendiri menyebabkannya ketagih mengulangi
perbuatan terkutuk itu.

Demi memuaskan nafsu gila selain
membalas dendam terhadap perbuatan datuk yang mengaibkannya, dia mula
belajar meneguk minuman keras seawal usia 12 tahun dan mengikut lelaki
hidung belang ke hotel murah untuk melakukan hubungan seks walaupun
baru beberapa jam berkenalan.

Disebabkan keghairahannya itu,
gadis terbabit mendakwa menggugurkan kandungan lebih 10 kali sepanjang
tempoh dia merelakan tubuhnya ‘diratah’, termasuk di kalangan Mat
Rempit sehingga digelar Ratu Bohsia di kalangan pelumba haram.


Pengalaman gadis terbabit didedahkan kepada wartawan Harian Metro
bukan untuk memalukan mana-mana pihak, sebaliknya pedoman kepada remaja
perempuan yang baru mengenali dunia dan mengelak mereka menjadi alat
pemuas nafsu lelaki ‘syaitan’ terutama Mat Rempit.



Gadis yang ingin dikenali sebagai Masliza, 20, berkata kehidupannya
mula berubah selepas dia dinodai datuknya sendiri menyebabkan dia lari
meninggalkan rumah sebelum berkenalan dengan seorang Mat Rempit.

Menurutnya, dia menghilangkan diri selepas berang dengan sikap ibu
bapanya tidak mempercayai aduan bahawa dia dirogol datuk sendiri.

“Setiap malam minggu, kami akan keluar merempit dan menonton aksi liar
Mat Rempit di sekitar ibu kota menunjukkan kehebatan masing-masing.

“Saya puas kerana dapat mengenali ramai ‘kaki rempit’ berhati batu dan
kagum mereka tidak mempunyai perasaan takut serta sayang kepada nyawa
sendiri ketika melakukan aksi di jalan raya,” katanya.

Selepas
seketika berkenalan, teman lelakinya mula menunjukkan wajah sebenar
apabila menyerahkannya kepada rakan untuk ‘dipakai’ secara
beramai-ramai.

Demi menjaga imej di kalangan Mat Rempit terbabit, katanya, dia terpaksa menyerahkan kesucian dirinya.

Sejak itu, Masliza berkata, dia sering menjadi habuan puluhan Mat
Rempit di hotel murah, rumah sewa mahupun dalam kereta menyebabkannya
ketagih untuk melakukan hubungan seks.

Masliza mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan lima lelaki dalam satu bilik hotel serentak.

“Ia pengalaman hitam yang menakutkan, namun saya melakukannya untuk
membalas dendam terhadap keluarga yang menganiaya saya, terutama datuk.
Lama-kelamaan ia menjadi hobi dan keseronokan kepada diri sendiri.

“Saya lari dari rumah kerana tidak dapat menerima kenyataan dirogol
datuk sendiri serta dihantui masalah keluarga yang tidak berkesudahan.

“Keluarga saya bermasalah, ibu bapa sering bertengkar dan mungkin
disebabkan itu kebajikan dan tanggungjawab mereka terhadap saya
terabai,” katanya.

Bagaimanapun, Masliza diselamatkan seorang
individu tidak dikenalinya yang menghantarnya ke hospital selepas
didapati tidak sedarkan diri gara-gara cuba menggugurkan kandungan.

Dia mendakwa sedang diburu ahli keluarganya kerana mengadu mengenai
peristiwa hitam dinodai datuknya sendiri beberapa tahun lalu kepada
pihak berkuasa supaya menarik balik laporan itu.

Bagaimanapun,
dia kini selamat dalam jagaan sebuah pusat perlindungan dan pemulihan
akhlak dan difahamkan sedang berusaha melupakan peristiwa malang itu.

Sementara itu, Pengurus dan Pakar Motivasi Didik Diri Resource, Ahmadi
Baharudin, berkata Masliza sedang melalui proses pemulihan di pusat
pemulihannya.

“Kami yakin dengan program sedia ada dapat
membantunya memulihkan semula keyakinan diri ketika berdepan dengan
masyarakat selain membina semula imej. Dia kini ibarat sedang
‘dilahirkan’ semula.

“Saya cukup terkilan dengan sikap
segelintir ibu bapa yang tidak memandang serius aduan anak mereka
kerana terlalu sibuk mengejar kebendaan walaupun perkara itu
benar-benar berlaku,” katanya.

Menurut Ahmadi, masalah keluarga penyebab utama kepada keruntuhan akhlak remaja pada zaman ini.

“Peningkatan kes seumpama itu cukup membimbangkan. Ibu bapa bukan saja
perlu mendidik anak dengan ajaran agama yang cukup, malah mengikuti
perkembangan mereka. Sikap lepas tangan akan menyebabkan masalah terus
menghantui kita semua,” katanya.


Last edited by MiSsSaRaToKyO on Sat May 16, 2009 10:28 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Sat May 16, 2009 10:10 am

Tersungkur tarik baju peragut


Oleh Saipul Adli Mohamad
saipuladli@hmetro.com.my








JOHOR BAHRU: Seorang pelajar perempuan tersungkur di atas jalan raya
ketika menarik baju pembonceng motosikal yang meragut telefon bimbitnya
di Jalan Api-Api, Taman Megah Ria di sini, petang kelmarin.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, seorang daripada peragut itu
dicekup manakala seorang lagi melarikan diri selepas kedua-duanya
terjatuh berikutan motosikal mereka digesel kereta dinaiki dua beradik,
Mohd Hasni Hassan, 27, dan Siti Roslina, 34, yang menyaksikan insiden
berkenaan.

Mengimbas kejadian itu, mangsa, Sheron Tan, 15, yang
juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Megah Ria, berkata
ketika itu, dia dalam perjalanan balik dari kelas tambahan di sekolah
ke rumahnya di taman berkenaan, kira-kira jam 5 petang.

“Jarak
antara rumah saya dengan sekolah kira-kira satu kilometer, sampai di
simpang Jalan Ketapang ke Jalan Api-Api, saya periksa telefon bimbit
kerana menerima SMS.


“Ketika itu, saya perasan dua lelaki menaiki motosikal memerhatikan saya, tetapi saya tidak mempedulikan mereka,” katanya.




Tiba-tiba, katanya, lelaki terbabit menghampirinya dan berkata
‘amoi, boleh minta nombor telefon bimbit’ sebelum dia menjawab ‘lain
kali.’

“Bagaimanapun, lelaki yang membonceng motosikal itu
turun dari kenderaan itu dan memeluk saya dari belakang kerana mahu
merampas telefon bimbit saya.

“Saya cuba melawan, tetapi lelaki
itu merampas telefon bimbit saya dan naik semula ke motosikal
ditunggang rakannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di taman
berkenaan, petang semalam.

Anak sulung daripada tiga beradik
itu berkata, berikutan geram kerana melihat kedua-dua lelaki terbabit
mahu melarikan diri, dia mencampakkan buku sebelum mengejar dan menarik
baju pembonceng sebelum motosikal itu bergerak sambil tangan kanannya
terus berpaut pada baju lelaki itu.

Bagaimanapun, selepas
beberapa langkah dan tidak mampu menyaingi kelajuan motosikal
berkenaan, dia tersungkur di atas jalan dan mengalami kesakitan di
beberapa bahagian badan serta tidak larat untuk bangun.

“Kebetulan, ibu seorang rakan sekolah saya melalui kawasan itu dan
mengangkat saya sebelum terus menghantar saya pulang ke rumah,” katanya
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Sat May 16, 2009 10:14 am

Pakaian terpakai berjenama dijual murah




RAFIDI Ismail (kanan) menunjukkan baju pilihannya di kedai bundle, Satok, semalam.



KUCHING 15 Mei - Berjenama dan murah, itulah kesimpulan yang dibuat oleh peminat pakaian terpakai atau lebih dikenali bundle.
Manakan tidak, harga baju yang dijual pada harga serendah RM5 dan
seluar berjenama pada harga RM20 amat sukar ditemui di pasaraya besar
di bandar ini.

Bagi seorang jurujual, Rafidi Ismail, 27, dia mengakui faktor kualiti adalah tarikan utama mengapa pakaian bundle menjadi pilihan.
Katanya, pakaian bundle memberikan pulangan yang berbaloi kepada peminatnya sama ada dari segi harga dan kualiti.
Malah katanya, pemilihan pakaian bundle juga menguntungkan kerana penggunanya tidak perlu belanja lebih.
''Banyak pilihan yang saya boleh dapati di sini malah baju yang
dijual adalah yang terkini mengikut peredaran dunia fesyen sekarang,"
katanya di sini semalam.

Rafidi memberitahu, penggunaan pakaian bundle tidak terhad kepada lelaki sahaja kerana banyak pakaian bundle untuk wanita dijual hari ini.
''Malah jauh lebih cantik dari pakaian baru sedia ada," tambahnya.
Rakannya, Zulnazri Zaidil, 30, berkata, dia mula mengenali bundle daripada kawan-kawannya.
''Selain harganya yang murah, saya betul-betul berpuas hati kerana
amat sukar untuk mencari rekaan bentuk baju yang berkualiti dan rekaan
yang menarik selain di kedai bundle," katanya.

Zulnazri berkata, dia tidak kisah dengan pendapat sesetengah orang bahawa amat menggelikan memakai pakaian bekas orang lain.
''Yang penting saya dapat kepuasan kerana dapat memakai pakaian yang 'ori'," katanya lagi.
Bagi Azhar Midun, 39, yang juga pembeli setia pakaian bundle,
meskipun harganya murah, dia perlu memastikan setiap kualiti yang
terdapat pada baju yang hendak di beli itu.

Katanya, tidak semua kedai dapat menawarkan gred-gred baju yang
berkualiti seperti yang diimport dari Amerika Syarikat dan Jepun.

''Asalkan ia berkualiti, saya sanggup untuk membeli pakaian itu untuk kepuasan diri," tambahnya.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Sat May 16, 2009 10:21 am

Klip video hina Islam










BUKTI...Muhammad Hatta (tengah) menunjukkan klip video
yang mempersenda azan dalam Youtube.



GEORGETOWN: Satu rakaman video klip memaparkan seorang lelaki
menghina Islam dengan mempersenda azan dan membacakan ‘hadis’ mengajak
umat Islam memakan babi, kini tersebar secara meluas di laman web
Youtube.

Rakaman selama satu minit 23 saat itu memaparkan
seorang lelaki mengajuk alunan azan, selain melakonkan adegan
seolah-olah sedang bersolat berdasarkan pergerakan tangannya.

Dia juga dilihat bersujud dengan cetakan ayat al-Quran di hadapannya
selain mempersendakan hadis nabi dengan mengajak umat Islam makan babi.

Rakaman itu diakhiri dengan gelak tawa lelaki terbabit yang tidak memakai baju sebaliknya hanya berseluar jeans.


Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat semalam oleh seorang
pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang menyedari mengenai
rakaman itu kira-kira jam 9 pagi kelmarin.




Pensyarah berkenaan, Prof Madya Muhammad Hatta Muhammad Tabut dari
Fakuliti Komunikasi USM membuat laporan itu di Balai Polis Timur Laut,
kira-kira jam 11 pagi, semalam.

Beliau berkata, rakaman yang
sudah disaksikan kira-kira 9,032 pengunjung laman web terbabit
mengandungi visual dan audio yang dimuatkan seorang pengunjung dengan
alamat internetnya didaftar di Kota Bharu, Kelantan.

Katanya,
rakaman seumpama itu mampu mencetuskan perasaan marah umat Islam dan
menggugat keharmonian kaum selain tidak peka terhadap sensitiviti
masyarakat.

“Penyiaran rakaman itu bertentangan dengan
undang-undang negara ini khususnya berkaitan agama dan hasutan selain
menyalahi akta berkaitan media.

“Ia juga seolah cuba
menggagalkan kelancaran pentadbiran baru negara dalam memartabatkan
dasar Satu Malaysia melalui perpaduan kaum,” katanya pada sidang media
di sini, semalam.

Beliau berkata, pihak berkuasa perlu
menjalankan siasatan terperinci berhubung rakaman itu dan mengambil
tindakan tegas bagi mencegah bentuk penghinaan seumpama itu berleluasa
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
pUrple_mambAng
Senior Forummer
Senior Forummer


Posts : 780
Join date : 2009-05-05
Age : 28
Location : Oil Town

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Tue May 19, 2009 12:12 am

Mayat bayi ditemui dalam tong sampah

KUALA LUMPUR - Mayat seorang bayi masih bertali pusat ditemui di dalam tong sampah di belakang sebuah kedai makan di Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini malam kelmarin.

Keadaan mayat bayi yang sudah cukup sifat dan mempunyai uri itu ditemui seorang pekerja kedai makan di situ ketika hendak membuang sampah pukul 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, mayat bayi yang dibungkus dengan surat khabar itu ditemui dalam keadaan tertonggeng di dalam tong sampah itu dengan kepalanya ke bawah.

"Pada badan mayat bayi itu juga mempunyai kesan darah dipercayai baru dilahirkan sebelum dia dibuang ke dalam tong sampah tersebut," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, pemeriksaan ke atas badan mayat bayi itu tidak menemui kesan luka.

Katanya, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mayat bayi itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-20702222.
Back to top Go down
View user profile
pUrple_mambAng
Senior Forummer
Senior Forummer


Posts : 780
Join date : 2009-05-05
Age : 28
Location : Oil Town

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Tue May 19, 2009 12:14 am

NAng laKhnat mena orunk nak molah baby cmya...argh...!!!!isk...sa nak d bunoh jak orunk cmya...boh idup bh...
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Today at 10:06 pm

Back to top Go down
 
berita-berita terpilih hari ini...
View previous topic View next topic Back to top 
Page 2 of 3Go to page : Previous  1, 2, 3  Next
 Similar topics
-
» TT coming Hari Raya Monday at The Fitness Network - 2 slots left!
» [DONE] AFAID 2013 @indonesia 3 hari wooow!!!
» T T Session During National Day and Hari Raya
» Harry Potter (svi delovi)
» [PLAN] BUKBER @ BAMBOO DIMSUM TEBET

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Mambang Records :: ISU SEMASA :: Berita Terkini-
Jump to: