Mambang Records
SELAMAT DATANG KE FORUM MAMBANG RECORDS
KITA BERKONGSI MAKLUMAT DAN MENGETAHUI
PERKEMBANGAN MAMBANG RECORDS BERSAMA-SAMA!

TERIMA KASIH


FORUM UNTUK FAMILY MAMBANG RECORDS
 
MBG FrontpageHomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dari kami Mambang Records...CD EP Mambang Records telah pun rasminya dikeluarkan..pada harga RM15...jika anda ingin mendapatkan CD Ep Mambang Records sila berurusan dengan JhoeBling@Raja_Mambang@Lil^Fiz...jangan ketinggalan~~...
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar
Top posters
Raja_Mambang
 
DenGz_aDzmieRa
 
~~MiSsSaRaToKyO~~
 
NU^UL89
 
LILFIZ89
 
JhoeBling
 
♪Mya_Mya♪
 
comei_ika
 
pUrple_mambAng
 
Da_MoRBiD69
 
Latest topics
Statistics
We have 168 registered users
The newest registered user is squirchris

Our users have posted a total of 16669 messages in 171 subjects
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 106 on Mon Aug 29, 2011 10:21 pm

Share | 
 

 berita-berita terpilih hari ini...

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3
AuthorMessage
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: berita-berita terpilih hari ini...   Fri May 08, 2009 4:32 pm

First topic message reminder :

Anak menggelupur


Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: “Saya terkejut melihat anak bongsu kesayangan
menggelupur kesakitan apabila hampir separuh badannya tersimbah lilin
mendidih yang digunakan untuk kerja mencanting batik berdekatan rumah.

“Melihat keadaan itu, saya terus mengangkatnya untuk dibawa ke Klinik
Kesihatan Wakaf Che Yeh di sini selepas dia berterusan menangis sambil
menahan kesakitan,” kata Wan Hasnazura Wan Hassan, 30, ibu kepada
kanak-kanak berusia dua tahun yang melecur teruk akibat tersimbah lilin
mendidih, semalam.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 2
petang itu berlaku ketika Nur Syamimi Mohd Ali mengekorinya dari arah
belakang ketika dia sedang mengangkat kain berdekatan tempat lilin
dimasak.

“Saya tidak sedar yang anak saya mengekori dari arah
belakang dan secara tiba-tiba dia memegang saluran gas ke tempat
memasak lilin sehingga menyebabkan bekas berisi lilin mendidih itu
tertumpah dan tersimbah ke arahnya.

“Saya panik melihat keadaannya terus meminta bantuan adik, Wan Mohd
Helmi, 29, mengejarkannya ke klinik berdekatan,” katanya ketika
ditemui, semalam.

Dia berkata, Syamimi melecur hampir 40 peratus badan dan sebahagian
muka terpaksa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
Kubang Kerian kerana mengalami cedera parah.

“Hati saya pilu melihat dia menggelupar kesakitan ketika dalam perjalanan ke hospital, selain menangis tidak henti-henti.

“Saya lihat kulit Syamimi mengelupas akibat terkena lilin panas dan
jika lambat dirawat keadaannya akan bertambah parah,” katanya.

Dia berkata, anak bongsu daripada empat beradik itu sebelum ini tidak
pernah bermain di kawasan berkenaan berikutan lokasi terbabit terdedah
dengan bahaya sekiranya tidak berwaspada.

“Syamimi sebelum
ini tidak pernah dibawa ke tempat kerja ini, tetapi terpaksa berbuat
demikian kerana perlu berulang-alik dari rumah ke hospital untuk
melawat ibu yang sakit,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang
masih mendapat rawatan di wad kecemasan HUSM akan dimasukkan ke Unit
Rawatan Rapi (ICU) untuk tujuan pemerhatian kerana melecur teruk.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda

AuthorMessage
JhoeBling
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records


Posts : 1157
Join date : 2009-05-05
Age : 30
Location : PineappleCity

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Tue May 19, 2009 12:15 am

Twisted Evil Evil or Very Mad

_________________
Back to top Go down
View user profile http://www.mbgrepublic.forumotion.net
pUrple_mambAng
Senior Forummer
Senior Forummer


Posts : 780
Join date : 2009-05-05
Age : 28
Location : Oil Town

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Tue May 19, 2009 12:28 am

Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad Evil or Very Mad ...S**L
Back to top Go down
View user profile
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Tue May 19, 2009 10:07 am

Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil Twisted Evil
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Wed May 20, 2009 10:37 am

20 mei 2009

Ikan keli kena sijil halal

Oleh SAIFUL AFFENDY SAPRAN
saiful.sapran@kosmo.com.my




KERATAN Kosmo! 18 Mei 2009.





KERATAN Kosmo! semalam.



PETALING JAYA - Pengusaha ternakan ikan keli di negara ini perlu
mempunyai sijil halal yang sah kerana mereka juga bertindak sebagai
pembekal yang memasarkan produk itu kepada pihak lain seperti peruncit.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC),
Datuk Seri Jamil Bidin berkata, walaupun permohonan sijil halal di
kalangan penternak ikan tidak diwajibkan namun sebagai pembekal, mereka
seharusnya bertanggungjawab mendapatkan sijil berkenaan.

"Sebagai pembekal, mereka mesti ingat kalau mereka tak ada sijil
halal, tidak boleh bekalkan sesuatu barang itu kepada para peruncit
yang menyediakan bahan-bahan halal," katanya ketika ditemui di sini
semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Kosmo!
kelmarin mengenai 10 kolam ternakan ikan keli di Ipoh yang didakwa
penduduk dicemari dengan air sisa kumbahan dari ladang ternakan babi
berhampiran.

Jamil bagaimanapun memberitahu, pihaknya bersedia untuk melakukan siasatan di tapak 10 kolam ternakan ikan keli tersebut.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Wed May 20, 2009 10:38 am

Lagi buaya di Sungai Klebang

Oleh ROSLI HASSAN
rosli@kosmo.com.my




BUAYA tembaga sepanjang dua meter berjemur di tebing muara Sungai Klebang semalam.



MELAKA - Setelah kelibat seekor buaya dirakam bersantai di tebing
muara Sungai Klebang Sabtu lalu, seekor lagi buaya yang dipercayai
tersesat didapati bersantai di tempat yang sama semalam.

Buaya tersebut yang dipercayai berjemur selama 30 minit mulai pukul
10.20 pagi itu sebelum menghilangkan diri, menggemparkan orang ramai
yang berada di lokasi berkenaan termasuk nelayan yang terserempak
reptilia itu.

Seorang nelayan, Ali Dolmat, 51, berkata, walaupun terdapat papan
amaran mengenai kehadiran buaya di tempat berkenaan yang dipasang oleh
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) namun,
orang ramai bagai tidak mempedulikan amaran itu kerana tetap menjala
setiap hari di muara sungai berkenaan.

"Malah ada yang menjala di tempat buaya ini sering kelihatan iaitu
di bawah sebatang pokok yang terdapat di tebing muara sungai," katanya
ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Menurutnya, penduduk luar yang datang menjala pada waktu malam di
muara sungai berkenaan juga dibimbangi tidak menyedari tanda amaran
tersebut.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Wed May 20, 2009 10:40 am

Bekas krew program TV dihantar ke Tg. Rambutan

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my




AZWANIZAM terlepas hukuman gantung atas tuduhan bunuh isteri.



KUALA LUMPUR - Seorang bekas krew syarikat produksi televisyen
terlepas daripada hukuman gantung setelah Mahkamah Tinggi di sini
semalam mengesahkan tertuduh tidak waras ketika membunuh isterinya tiga
tahun lalu.

Mohd. Azwanizam Mat Desa, 30, yang sentiasa tersenyum sepanjang
prosiding kemudian diarahkan ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu
Kinta bagi menjalani rawatan setelah mendakwa sebelum dan selepas
kejadian dia kerap mendengar suara ghaib mengatakan isterinya curang.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah ketika membacakan penghakiman
bertulisnya berkata, mahkamah berpuas hati dengan keterangan 19 saksi
pendakwaan yang membuktikan tertuduh menyebabkan kematian Azmah
Mohamad, 27.

Sehubungan itu, tertuduh disabitkan bersalah pada akhir kes
pendakwaan dan dipanggil membela diri bagi tuduhan di bawah Seksyen 302
Kanun Keseksaan.

Namun, jelas beliau, keterangan bersumpah tertuduh menunjukkan
sebelum dan ketika kejadian berlaku, dia kerap menghadapi ilusi dan
mendengar suara-suara yang membisikkan perkara-perkara jahat ke dalam
telinganya.

Dia kemudian dihantar ke Hospital Bahagia untuk pemerhatian selama dua bulan di bawah jagaan Dr. Rabiah Mohd. Salleh.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Wed May 20, 2009 10:42 am

Perompak tak berputih mata, RM8.24j lesap




KERATAN Kosmo! semalam.



KUALA LUMPUR - Sekumpulan tiga lelaki yang melarikan van keselamatan
di Taman Segar, Cheras kelmarin menghilangkan diri bersama lapan karung
berisi wang RM8.24 juta dari kenderaan tersebut.

Sumber memberitahu, polis yang menjalan siasatan mendapati van
tersebut semasa dirampas membawa 12 karung berisi wang tunai dipercayai
lebih RM10 juta.

"Ketiga-tiga lelaki bersenjatakan dua pucuk pistol telah merampas
van tersebut daripada dua pengawal keselamatan yang menunggu di dalam
van," kata sumber itu.

Menurut beliau, van yang dilarikan hanya mampu bergerak sejauh
kira-kira 200 meter dari tempat ia dirampas di hadapan sebuah pusat
beli-belah di Taman Segar.

"Polis yang menemui semula van itu mendapati kenderaan itu berkunci dan tiga perompak tersebut telah tiada," kata beliau.
Turut hilang dari van tersebut ialah lapan karung berisi wang RM8.24
juta manakala empat karung berisi wang lebih RM2 juta tidak diusik.

Kata sumber itu, polis percaya kumpulan perompak bertopeng itu mahir
dan berpengetahuan mengenai ciri-ciri keselamatan van berkenaan
sehingga mereka dapat keluar dari van itu yang berhenti secara
tiba-tiba.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah
mengesahkan sebanyak RM8.24 juta wang telah dilarikan oleh tiga
perompak itu.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Wed May 20, 2009 10:43 am

41 pelatih Akademi JPJ keluar hospital



PELATIH
Akademi JPJ (dari kiri) Zulkefli, Mohamad Farid dan Mohamad Harris
gembira ketika diiringi petugas kesihatan keluar dari Hospital Besar
Melaka semalam.




MELAKA - Negeri ini diisytihar bebas daripada jangkitan bakteria
meningitis setelah kesemua 41 pelatih Akademi Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) Tiang Dua di sini yang dimasukkan ke wad pengasingan
Hospital Melaka (HM) baru-baru ini dibenarkan keluar semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kesihatan
negeri, Norpipah Abdol berkata, tiga pelatih itu ialah Mohamad Farid
Khamis, 22, Mohamad Harris Abu Jazid, 27, dan Zulkefli Din, 22, menjadi
kumpulan terakhir yang dibenarkan keluar semalam.

"Tiada lagi pelatih yang dirawat akibat jangkitan bakteria
meningitis sejak 4 Mei lalu dan Melaka isytihar bebas daripada
jangkitan ini," katanya pada sidang akhbar di Hospital Melaka semalam.

Turut hadir ialah Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ghazali Othman.
Jangkitan bakteria itu mula dikesan melanda negeri ini pada 4 Mei
lalu selepas kematian seorang pelatih akademi berkenaan, Mohd. Hafiz
Zainuddin, 24, yang berasal dari Kelantan manakala tiga pelatih
dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, HM.

Sebanyak 85 orang daripada kira-kira 300 pelatih akademi berkenaan
juga terpaksa dikuarantin dan dipantau oleh pasukan perubatan dari
Kementerian Kesihatan.

Serentak dengan itu, Norpipah berkata, pihak pengurusan Akademi JPJ
telah menarik balik tempoh kuarantin ke atas kesemua 85 pelatih
terbabit.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Wed May 20, 2009 10:44 am

Polis yakin selesai kes ragut wanita hamil


JOHOR BAHRU 19 Mei - Polis yakin dapat menyelesaikan kes ragut yang
mengakibatkan kematian seorang wanita hamil dua bulan, Jamilah Selamat (gambar), 31, di Taman Ayer Hitam, Batu Pahat, 3 Mei lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata,
keyakinan itu berikutan pihaknya telah mengenalpasti suspek dan seorang
lagi rakannya yang membeli barang curi milik mangsa.

Katanya, polis menahan tujuh lelaki tetapi dua daripadanya dibebaskan sementara lima lagi termasuk suspek dan rakannya ditahan.
"Suspek berusia 26 tahun ditahan di Behrang Jaya, Batu Pahat, empat hari selepas kejadian.
"Ketika ditahan, suspek dalam keadaan khayal kerana mengambil dadah
jenis Eramin 5 dan bersamanya turut ditemui sebuah motosikal curi,"
katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata, suspek merupakan bekas banduan dan memiliki
enam rekod jenayah berkaitan curi serta ragut sejak 2003 dan satu kes
ceroboh rumah pada 2006.

Setelah ditahan, suspek telah menunjukkan satu lokasi di Parit Raja,
Batu Pahat dan membawa kepada penemuan beg mangsa yang telah dibuang.
Di lokasi itu, ditemui sebuah beg kecil berwarna hitam mengandungi kad
pengenalan mangsa, dua kad ATM serta MyKid milik anak mangsa. Polis
menahan seorang lagi lelaki berusia 23 tahun di Pontian 14 Mei lalu
kerana memiliki telefon bimbit mangsa.

Mohd. Mokhtar berkata, kesemua suspek ditahan reman sehingga esok
dan kertas siasatan kes itu diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya
untuk tindakan lanjut.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Wed May 20, 2009 10:45 am

Surat panggilan PLKN ditarik


KOTA BHARU - Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menarik balik
surat tawaran awal bagi 10,800 bakal pelatih Program Latihan Khidmat
Negara (PLKN) dari tiga negeri iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan
berikutan kesilapan teknikal.

Ketua Pengarah JLKN, Datuk Abdul Hadi Awang Kechik meminta maaf
kepada semua bakal pelatih dan keluarga mereka yang sudah menerima
surat berkenaan.

"Mereka diminta menunggu surat panggilan baru yang akan dihantar
dalam tempoh terdekat ini menerusi pos berdasarkan alamat
masing-masing," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Dalam surat panggilan kepada bakal pelatih PLKN bagi Kumpulan 3 siri
2009 yang bermula 16 Jun ini, dilaporkan berlaku banyak kesilapan pada
nama dan alamat bakal pelatih.

Abdul Hadi berkata, nama dan alamat bakal pelatih didapati tidak sama seperti yang disiarkan dalam akhbar-akhbar.
Beliau berkata, beliau sudah diarahkan oleh Kementerian Pertahanan
untuk mengambil tindakan segera dan membuat panggilan semula kepada
pelatih-pelatih dari tiga negeri berkenaan.

Katanya, JLKN sedang berusaha mendapatkan kerjasama pihak Pos Malaysia Berhad bagi mempercepatkan urusan dan melicinkan penghantaran semula surat-surat berkenaan. - Bernama
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Wed May 20, 2009 11:10 am

Polis yakin selesai kes ragut wanita hamil


JOHOR BAHRU 19 Mei - Polis yakin dapat menyelesaikan kes ragut yang
mengakibatkan kematian seorang wanita hamil dua bulan, Jamilah Selamat (gambar), 31, di Taman Ayer Hitam, Batu Pahat, 3 Mei lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata,
keyakinan itu berikutan pihaknya telah mengenalpasti suspek dan seorang
lagi rakannya yang membeli barang curi milik mangsa.

Katanya, polis menahan tujuh lelaki tetapi dua daripadanya dibebaskan sementara lima lagi termasuk suspek dan rakannya ditahan.
"Suspek berusia 26 tahun ditahan di Behrang Jaya, Batu Pahat, empat hari selepas kejadian.
"Ketika ditahan, suspek dalam keadaan khayal kerana mengambil dadah
jenis Eramin 5 dan bersamanya turut ditemui sebuah motosikal curi,"
katanya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, hari ini.

Mohd. Mokhtar berkata, suspek merupakan bekas banduan dan memiliki
enam rekod jenayah berkaitan curi serta ragut sejak 2003 dan satu kes
ceroboh rumah pada 2006.

Setelah ditahan, suspek telah menunjukkan satu lokasi di Parit Raja,
Batu Pahat dan membawa kepada penemuan beg mangsa yang telah dibuang.
Di lokasi itu, ditemui sebuah beg kecil berwarna hitam mengandungi kad
pengenalan mangsa, dua kad ATM serta MyKid milik anak mangsa. Polis
menahan seorang lagi lelaki berusia 23 tahun di Pontian 14 Mei lalu
kerana memiliki telefon bimbit mangsa.

Mohd. Mokhtar berkata, kesemua suspek ditahan reman sehingga esok
dan kertas siasatan kes itu diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya
untuk tindakan lanjut.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Wed May 20, 2009 11:27 am

2 maut, 7 parah bas ekspres bertembung treler




Keadaan bas Transnasional
remuk selepas bertembung dengan sebuah treler di Kilometer 31, Jalan
Kuantan-Maran, Pahang, kelmarin.Dua maut dalam kemalangan yang berlaku
pada pukul 8.45 malam itu. Mangsa ialah pemandu treler, Khairil Nizam
Mohamed, 31, dari Kampung Padang Midin, Kuala Terengganu dan penumpang
bas, Sabariah Arif, 32, dari Felda Purun, Triang.Bas ekspres yang
membawa 21 penumpang itu dalam perjalanan dari Kuantan ke Temerloh
manakala treler yang membawa muatan baja terbabit dari arah
bertentangan.



KUANTAN 19 Mei – Dua maut manakala tujuh lagi parah apabila sebuah
bas ekspres bertembung dengan sebuah treler yang sarat membawa muatan
baja di Kilometer 31, Jalan Kuantan-Maran, malam tadi.

Mangsa yang meninggal dunia dalam kejadian pukul 8.15 malam itu
ialah pemandu lori berkenaan, Khairul Nizam Mohammed, 31, dari Kampung
Padang Maidin, Kuala Terengganu dan seorang penumpang bas ekspres,
Sabariah Arif, 32, dari Felda Purun Teriang, Bera.

Tujuh yang parah ialah pemandu bas, Mohammed Saladi Ripin, 42;
kelindan lori, Yusoff Hassan, 42, dan lima penumpang bas berkenaan
iaitu Tuan Suziyzty Tun Noor, 24; Aulia Hasan Basri, 30; Mohd. Johar
Yadin, 56; Abdul Rahman Abdullah, 19, dan Raja Ahmad Suari Raja Abu
Bakar, 40.

Pegawai Penguat Kuasa/Tadbir Trafik Pahang, Asisten Supritendan
Zainalabidin Othman berkata, kemalangan berlaku ketika bas ekspres
Transnasional berkenaan yang membawa 21 penumpang dalam perjalanan dari
Kuantan ke Temerloh manakala treler milik Lembaga Pertubuhan Peladang
(LPP) itu pula dari arah bertentangan.

Beliau berkata, setibanya di sebuah jambatan sempit, bas ekspres
berkenaan dipercayai memasuki laluan lori berkenaan sehingga
menyebabkan berlaku pertembungan.

“Akibat pertembungan itu, bahagian hadapan treler berkenaan remuk,
manakala bas ekspres berkenaan pula terkopak daripada bahagian hadapan
hingga ke tengah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Zainalabidin, kesemua mangsa yang mengalami kecederaan parah
diberikan rawatan kecemasan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di
sini.

Katanya, polis yang menjalankan siasatan kes itu mengikut Seksyen
41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, akan menahan pemandu bas ekspres
berkenaan sejurus dia mendapatkan rawatan bagi membantu siasatan.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Wed May 20, 2009 11:49 am

Kamar, kafe bak hotel

Oleh KHADIJAH MOHAMAD NOR
khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my


Masjid Al-Ghufran bukan masjid biasa. Ada kamar musafir dengan
kemudahan bertaraf hotel dan lebih menarik, sebuah kafe yang digerakkan
oleh jawatankuasa masjid turut tersergam indah.







MASJID kini bukan sekadar tempat untuk beribadat. Seiring dengan
peredaran zaman, peranan masjid juga berubah mengikut kesesuaiannya
yang tersendiri.

Namun, ia bukan bermaksud untuk menukar masjid menjadi tempat yang
tidak sepatutnya sehingga mencemari kesucian rumah Allah dalam kalangan
penganut agama Islam.

Sebaliknya, ia bertujuan untuk mengimarahkan masjid yang kebiasaannya hanya dianggap sebagai tempat untuk bersolat semata-mata.
Menyedari hakikat pentingnya meningkatkan peranan masjid ke arah
tujuan yang lebih besar, jawatankuasa pentadbiran Masjid Al-Ghufran di
pinggir Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur boleh dicontohi oleh
kebanyakan masjid di Malaysia.

Di masjid itu, terdapat pelbagai aktiviti berbentuk keagamaan dan
kemasyarakatan, selain daripada menyediakan kemudahan tertentu yang
boleh disewa atau digunakan oleh pihak yang berkenaan.

Antaranya adalah Sekolah Rendah Agama Balai Islam (SERAMBI) yang
mempunyai 200 pelajar dari darjah satu hingga darjah enam, kemudahan
kamar musafir untuk penginapan, dewan persidangan bagi majlis rasmi,
bilik mesyuarat, dewan makan dan sebagainya.

Terbaru, jawatankuasa masjid itu melancarkan pembukaan Cafe Al-Ghufran
sekali gus menjadi kafe pertama di sebuah masjid di Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur. Kafe itu diwujudkan bagi mengumpul dana masjid dan dibina
dengan kos bernilai RM180,000. Ia mengambil masa selama empat bulan
untuk disiapkan.

KIRI: SALAH satu kamar musafir yang terdapat di masjid.
TENGAH: CAFE Al-Ghufran diwujudkan untuk menambah dana pendapatan masjid.
KANAN: RUANG untuk mimbar dan tempat solat imam dipenuhi ukiran.



Berkonsepkan tradisional Melayu, kafe itu menyediakan pelbagai menu
istimewa seperti ikan bakar, nasi lemak ayam kampung, masakan tempatan
dan kuisin barat.

Kafe itu telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin pada 9 Mei lalu.
Dalam ucapannya, Raja Nong Chik memuji langkah yang diambil oleh
pihak pengurusan masjid untuk mengumpul dana melalui pembukaan sebuah
kafe.

Pengerusi Jawatankuasa Masjid Al-Ghufran, Hassanuddin Ali, 68,
berkata, semua itu dilakukan untuk menunjukkan bahawa fungsi masjid
kini semakin meluas.

"Bagi saya, setiap masjid perlu diimarahkan dan sentiasa mempunyai
aktiviti. Selain itu, ia juga perlu berdikari dan dalam hal ini,
sesebuah masjid seharusnya mempunyai dana sendiri yang boleh digunakan
untuk menyemarakkan lagi fungsinya.

"Justeru, Masjid Al-Ghufran ini perlu menjadi sebuah masjid yang
sentiasa aktif dalam menyediakan pelbagai kemudahan terkini untuk ahli
kariah dan orang luar yang mahukannya.

"Masjid ini mempunyai enam aras lantai. Setiap aras dilengkapi
dengan kemudahan seperti pejabat, dewan solat, rumah kakitangan (imam,
siak dan lain-lain), sekolah, dewan persidangan, bilik mesyuarat, kamar
musafir dan juga restoran atau kafe," jelas Hassanuddin ketika ditemui Kosmo! di Masjid Al-Ghufran baru-baru ini.



KIRI: SUASANA kafe yang dilimpahi cahaya pada waktu malam.
TENGAH: DEKORASI kafe ini bercirikan Melayu tradisional.
BAWAH: KAMAR musafir disediakan untuk golongan berpendapatan rendah.









Menurut Hassanuddin lagi, kelengkapan dan kemudahan yang disediakan
itu secara tidak langsung menyumbang kepada pendapatan masjid dan ia
banyak membantu jawatankuasa untuk melaksanakan sesuatu program.

"Syukur, setakat ini Masjid Al-Ghufran tidak pernah sunyi daripada
pelbagai aktiviti yang dianjurkan termasuk menerima tempahan daripada
pihak luar yang menyewa kemudahan seperti kamar musafir, dewan
persidangan, bilik mesyuarat dan sebagainya.

"Hasil yang diperoleh akan disimpan sebagai dana untuk keperluan
masjid pada masa hadapan," ujar Hassanuddin yang dilantik menjadi
Pengerusi Masjid pada tahun 1998.

Untuk penginapan kamar musafir, terdapat 24 bilik disediakan dengan
empat daripadanya adalah jenis suite, lima bilik VIP, empat bilik
keluarga dan 11 kamar bujang.

Suite Al-Firdaus yang mempunyai tiga bilik contohnya, boleh
memuatkan 10 orang dan kadar sewanya adalah sebanyak RM220 semalam.
Suite An-Naim juga mempunyai tiga buah bilik, tetapi untuk penginapan
lapan orang berharga RM180.



TERDAPAT pelbagai menu yang boleh dinikmati di Cafe Al-Ghufran.









Suite Al-Ma'wa dan Suite Al-Adnin, masing-masing mempunyai dua bilik
dan boleh memuatkan enam dan lima orang. Kedua-duanya berharga RM160
dan RM140 untuk penginapan satu malam. Bagi kategori VIP, keluarga dan
bujang pula, masing-masing berharga antara RM90 hingga RM60.

Semua bilik penginapan itu mempunyai kemudahan penghawa dingin,
bilik mandi, alat pemanas, tuala, televisyen, meja makan, meja solek
dan sebagainya.

Tidak ketinggalan, ia turut dilengkapi dengan sistem wifi yang membolehkan penyewa mengakses Internet secara percuma.
Tambah Hassanuddin, masjid tersebut juga memiliki empat bilik
persidangan yang berbeza saiz untuk disewa kepada orang luar yang
berminat.

"Dewan paling besar boleh memuatkan 140 orang. Ini diikuti dewan
persidangan yang boleh mengisi seramai 50, 40 dan 30 orang. Semuanya
berharga antara RM100 hingga RM400 satu dewan.

"Terletak di aras dua pula adalah dewan dan bilik mesyuarat yang
dilengkapi dengan kemudahan projektor LCD, sistem PA, meja dan kerusi,"
katanya sambil memaklumkan bahawa pada setiap minggu, ada sahaja pihak
yang menyewa kemudahan di Masjid Al-Ghufran untuk mengadakan seminar
atau kursus.

Ditanya mengenai sejarah awal penubuhan masjid itu, Hassanuddin
berkata, ia telah didaftarkan dengan nama Surau Balai Islam di bawah
pengawasan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada 6 April
1993.

"Dengan hasil sumbangan individu tertentu terutama golongan
korporat, Surau Balai Islam telah diubahsuai sejajar dengan peningkatan
peranannya mulai tahun 1998.

"Pada 4 April 2000, surau ini dinaik taraf sebagai masjid dan diberi
nama Masjid Al-Ghufran. Nama Al-Ghufran yang bermaksud keampunan, telah
diberikan oleh bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Mohd. Hashim
Yahya," jelas Hassanuddin yang juga bekas ahli korporat sambil menambah
bahawa, masjid ini didirikan di atas tanah yang diwakafkan seluas
26,000 kaki persegi.

Sebarang maklumat mengenai kemudahan sewaan di masjid ini, sila layari laman web www.masjidalghufran.com.my atau http://masjidalghufran.tripod.com.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
iemm
Mambang
Mambang


Posts : 308
Join date : 2009-05-12
Age : 25
Location : UK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Thu May 21, 2009 4:50 am

fuyyyyyoooooooooooooooo.mantap seyh
Back to top Go down
View user profile
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Thu May 21, 2009 11:23 am

cak do jak iemm oo..
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
Sponsored content




PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   Today at 5:32 pm

Back to top Go down
 
berita-berita terpilih hari ini...
View previous topic View next topic Back to top 
Page 3 of 3Go to page : Previous  1, 2, 3
 Similar topics
-
» TT coming Hari Raya Monday at The Fitness Network - 2 slots left!
» [DONE] AFAID 2013 @indonesia 3 hari wooow!!!
» T T Session During National Day and Hari Raya
» Harry Potter (svi delovi)
» [PLAN] BUKBER @ BAMBOO DIMSUM TEBET

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Mambang Records :: ISU SEMASA :: Berita Terkini-
Jump to: