Mambang Records
SELAMAT DATANG KE FORUM MAMBANG RECORDS
KITA BERKONGSI MAKLUMAT DAN MENGETAHUI
PERKEMBANGAN MAMBANG RECORDS BERSAMA-SAMA!

TERIMA KASIH


FORUM UNTUK FAMILY MAMBANG RECORDS
 
MBG FrontpageHomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dari kami Mambang Records...CD EP Mambang Records telah pun rasminya dikeluarkan..pada harga RM15...jika anda ingin mendapatkan CD Ep Mambang Records sila berurusan dengan JhoeBling@Raja_Mambang@Lil^Fiz...jangan ketinggalan~~...
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar
Top posters
Raja_Mambang
 
DenGz_aDzmieRa
 
~~MiSsSaRaToKyO~~
 
NU^UL89
 
LILFIZ89
 
JhoeBling
 
♪Mya_Mya♪
 
comei_ika
 
pUrple_mambAng
 
Da_MoRBiD69
 
Latest topics
Statistics
We have 168 registered users
The newest registered user is squirchris

Our users have posted a total of 16669 messages in 171 subjects
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 106 on Mon Aug 29, 2011 10:21 pm

Share | 
 

 ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3, 4, 5  Next
AuthorMessage
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Fri May 08, 2009 6:06 pm

post jak cito2 yg seram k..
sama ada cerita org lain or cerita dik mpun...

lol! lol! lol! lol! lol! lol! lol! lol!
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Fri May 08, 2009 6:07 pm

Salam sejahtera. Manusia merupakan
sebaik-baik makhluk ciptaan tuhan di alam maya ini. Firman Allah s.w.t. dalam al-Quran
bermaksud: "Sesungguhnya kami telah jadikan manusia sebaik-baik ciptaan".
Manusia juga dikurniakan sesuatu yang tidak ada pada sebarang makhluk lain... sesuatu yang
disebut sebagai akal. Namun seringkali manusia sendiri tidak tahu menghargai pemberian
tersebut, lalu mempersia-siakannya.

Hari sudah melangkah ke petang. Sebaik selesai menunaikan fardhu zohor, aku bergegas ke
belakang rumah. Persediaan belum aku buat, sedangkan bila-bila masa dari sekarang bapa
saudaraku akan sampai. Kami sudah sepakat untuk pergi memancing di Pulau Indah. Cuti
persekolahanku kali ini dimulakan dengan aktiviti yang memang aku minat semenjak kecil
lagi, memancing.

"Assalamualaikum...! Lan!." Ahh.. pakcikku dah sampai. "Dah siap ke
belum?", laungnya lagi.

"Waalaikumussalam. Sini pakcik! Dah siap dah."

Setelah memeriksa semua keperluan, kami berangkat meninggalkan perkarangan rumah. Empat
batang joran bersama keperluannya seperti mata kail, batu ladung dan sebagainya ada kami
bawa bersama.

"Kita cari umpan dalam perjalanan nanti", kata pakcik.

"Okey", kataku sepatah. "Cantekkkkk," hatiku pula bersuara.

Perjalanan melalui lebuhraya agak membosankan. Aku menghidupkan radio bagi menghilangkan
suasana sunyi. Pakcik terus memandu dengan tenang.

"Yeaaa... kita bersama lagi petang ini dengan lagu pembukaan yang digilai ramai
sekarang, Isabella...".

Suara juruhebah kesukaan ramai, Jond, berkumandang di udara. Aku juga salah seorang
peminat setianya. Persembahannya memang hebat.

Aku melayan perasaan sendiri. Pakcikku bersiul kecil mengikut rentak lagu yang sedang
berkumandang. Aku ikut terhibur.

Selang beberapa minit, pakcikku menghentikan kereta di bahu jalan.

"Ada orang jual umpan tu. Mari kita tengok."

Sebaik selesai urusan membeli umpan, kami meneruskan perjalanan. Kami hanya memerlukan
lebih kurang setengah jam sahaja untuk sampai ke tempat tujuan.

Kehijauan pepohon bakau melenyapkan terus keletihan. Alangkah cerianya beburung
berterbangan bebas. Terlupa seketika bahawa aku akan menduduki peperiksaan PMR tak lama
lagi.

"Meh sembahyang asar dulu."

Aku mengambil wudhuk dan kami berjamaah. Selesai berdoa, kami mengambil joran
masing-masing dan mula memasang mata kail. Aku yang sudah biasa dengan joran dan kail,
tidak berasa kekok lagi. Semuanya aku buat sendiri.

Kelihatan beberapa orang sedang leka dengan kail masing-masing. Ada juga yang sekadar
menonton.

Zuuppppp... Aku melepaskan tali pancing. Kami mula menunggu, setelah semua joran dipasang.
Moga-moga kami berjaya hari ini, insya Allah.

Matahari sudah mula terbenam, namun joran kami masih belum terusik. Sesudah beberapa kali
memasang umpan, hanya riak halus air yang kelihatan. Kami ambil keputusan untuk bersolat
dahulu.


Sesudah solat, kami makan nasi bekal yang disediakan oleh ibu di rumah tadi, sambil sedia
untuk bertindak andainya pancing terusik. Sesudah makan, kami kembali tumpukan perhatian
kepada pancing.

"Isy... kenapa tak ada sekor pun naik ni?", bisik hati aku. "Belum rezeki
agaknya..."

Ketika aku asyik memerhatikan permukaan air, mataku tertumpu ke arah sesuatu yang
kelihatan seperti cahaya, kira-kira 5 meter dari tempat aku duduk. Aku mula memerhatikan
objek tersebut yang berkelakuan seperti seekor pepatung yang seringkali kelihatan
bermain-main di permukaan air.

"Apa tu aaa...? Kalau pepatung takkan cerah sangat cahayanya tu." Namun
kata-kata itu tidak aku tuturkan.

Cahaya tersebut semakin pudar dan dengan perlahan terbentuk suatu objek lain yang
sesunggunya menyebabkan aku tergamam. Jelas di hadapanku, kelihatan satu lembaga berbentuk
kepala. Mukanya hodoh dan berambut panjang mengurai.

Aku mula menggigil, tapi mulutku benar-benar terkunci. Pakcikku yang tadi berada tidak
jauh dariku kini sudah hilang. Aku berasa amat takut. Lembaga tersebut
menggebang-gebangkan rambutnya seperti sayap burung dan memandang ke arahku. Matanya yang
merah membuatkan aku semakin takut.

Tiba-tiba aku rasa seluarku basah. Serentak dengan itu, bahu aku ditepuk dari belakang.

"Lan! Lan oii...! Kau tengok apa tu?"

Mulutku cuba untuk-untuk berkata-kata tapi tak berdaya. Mataku tetap memandang ke arah
lembaga tersebut yang kelihatan semakin kabur. Seketika kemudian, ia lenyap sepenuhnya.
Aku tetap tak boleh bercakap, walaupun aku sedar dengan apa yang berlaku di sekelilingku.
Pakcikku terus memanggil-manggil namaku.

Semakin lama aku rasa semakin lemah dan akhirnya aku pengsan.

Keesokannya, aku mula sedar. Aku berada di rumah dan ibuku berada di sebelah.

"Mana pakcik?" spontan aku bersuara.

"Pakcik ada kat luar tu...", ibuku menjawab.

Aku rasa badanku lemah, tapi aku masih boleh melangkah perlahan-lahan ke serambi rumah.

Pakcikku yang sedang leka menghembuskan asap rokoknya, lantas membetulkan duduknya apabila
aku bersila berhampiran dengannya.

"Kau kena sampuk semalam agaknya". Pakcikku bersuara sambil tergelak kecil.

Aku cuma mendengar apa yang diceritakannya. Katanya, dia lihat aku seolah-olah dipukau
sesuatu dan langsung tak hiraukan panggilannya. Dia terus mengangkat semua joran dan
mengemaskan barang. Aku kemudiannya didukung masuk ke kereta dalam keadaan kejang, seperti
terkena kejutan elektrik.

Aku tak dapat huraikan sepenuhnya bentuk lembaga tersebut kerana setiap kali teringat, aku
akan berasa takut. Sehingga ke hari ini, aku tidak berani memancing pada waktu malam.
Mungkin aku dah kena fobia agaknya.




Cerita Asal : shahrul nizam
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
pUrple_mambAng
Senior Forummer
Senior Forummer


Posts : 780
Join date : 2009-05-05
Age : 28
Location : Oil Town

PostSubject: BERCAKAP..KETAWA...MENANGIS   Fri May 08, 2009 7:36 pm

Disuatu pagi yang terlalu buta,...
time tuh kami pegi ronda2..biasa la kalau orang tak leh tido..mesti cari kerja bagi tido jugak...dah time tuh terlalu borink tahap super saiya,..jadi kami pon buat keputusan nak kuar g jalan2 bagi letih badan...

dalam pukul 2.00 am kami ronda2 kat taman, memang gelap gile ar time tuh..kalau nak di bandingkan ngan negro..gelap lagi dari tuh...
Kami ronda pegi minum2 sambil makan bagi yang perutnya besar...tu dah memang wajib ar...

time tu plak member2 bleh bukak cite pasal hantu kat umah kitaorang.lagi kusyuk ar kami dengar...
cite pasal member aku duk sorang kat umah sewa selama sebulan.nama dia syuk.die cite yang dia demam time tuh, pastu tak p keje.Time tuh die memang tak leh tido,duk mengelamun ja time tue,bulu roma memang dah naik dah.dgr macam2 kat bilik atas, tapi wat tak tau ja....dah lama tak tahan,ambik slimut trus tutup and tido..pastu dia rasa macam ade benda berat kat badan dia,nak bernafas pon susah dia kata.Die punya paksa tuk bangun jgk.tapi tak leh lagi.sampai dia mengucap and selawat baru benda tuh hilang...time tue dah pukul 5.00am dah....

Bila kami dgr,jadi takot plak la nak duk kat umah tuh.tapi kadang2 sronok pon ada, macam pengalaman yang ngeri tapi best...hahahahaha.Pastu member sorang lagi nie pon buka cita dia plak.seminggu kat umah sewa.nama dia Bob,tapi kitaorang panggil dia bonzer..hahahahaha...

Time tuh memang dia sorang jer, sbb nak tunggu member lain buat projek bagi cos perlancongan,tu yang tak dapat balik tuh.time tuh dia duk kat bilik atas, bilik yang no.3,yang penah aku gtau dulu.kalau korang tak tau pa kisah kat bilik no.3,cari dan baca la..hehehehehe...

Time tuh dah pukul 1.30 am,dia duk tengok tv ja time tuh..tak rasa ngantok lagi, tiba2 dia dengar tapak kaki duk jalan kat tangga, sedangkan time tuh dia sorang ja.dia pon buat tak tau la.tapak kaki tu makin lama makin dekat and makin kuat.dia pon apa lagi,terpacak bulu roma.dia pon try buat branie,nak p tgk.bleh plak dia doa kuar jadi gurl cute2..tak mau hodoh2...time tu kami gelak sakan la...bleh buat lawak plak....

Die try kuar tapi tak nampak ape2 pon,Die lari kat bilik pertama and buka surah yasin kuat2. Tapi benda tu buat tak tau ja, dgr tapak kaki turun naik ja.macam tak ada papa.pelik kan??bagi korang benda tuh baik ke jahat?...

Kalau nak dicite kan,banyak lagi cite tentang umah sewa tuh.tapi time tuh pon dah dekat kul 3.30 am,esok nak g kolej plak..kami pon balik la....ngan ngantok giler time tuh.kalau tido memang puas giler la...sampai2 jer kat umah,member plak ajak sembang jap kat bawah seblom tido..

Sembang punya sembang2,Kami terdengar orang tengah bersembang kat luar tp tak ada sapa2 pon time tuh kat luar,Pompuan plak yang kami dengar tuh.Sambil bergelak2 sakan jugak ar..

Tiba-tiba suara tu nagis plak, die nangis nyaring giler,kami tengok muka masing2,memang dah paham dah la benda apa tu.kami pon ape lagi bangun trus lari pegi atas la.ambik selimut or cadar tutup sluruh badan,takot punya pasal.

keesokannya kami wat tak tau ja,pegi kolej macam biasa,buat benda tuh cam tak penah berlaku,tapi kami demam jugak ar sehari..hehehehe...

k la...aku akan sambung part ke-7 plak...
aku nak cari ingatan yang lma tetang umah sewa nie,banyak dah lupa....

harap korang suka cita kali nie
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Fri May 08, 2009 8:20 pm

Kepala Berambut
Panjang



Kisah
ni berlaku ketika aku berada di tingkatan satu. Ketika itu aku
tinggal di asrama. Macam biasa, aku mula letakkan kepala atas
bantal ketika jam hampir menunjukkan 12:00 tengah malam. Tapi
malam tu aku rasa sedikit gelisah. Entah apa puncanya, tak dapat
aku pastikan. Aku cuba pejamkan mata, tapi tak berjaya. Akhirnya,
lebih setengah jam berhempas-pulas, kelopak mataku berjaya juga
dirapatkan.



Tak
lama kemudian, aku dikejutkan oleh suatu bunyi aneh yang agak
kuat. Bunyi sebegitu tak pernah aku dengar sebelum ni. Aku cuba
pastikan arah datangnya bunyi tersebut. Seketika kemudian aku
tergamam. Berbantukan cahaya samar-samar dari kaki lima dorm,
kelihatan satu kepala tanpa badan sedang menyikat rambutnya,
betul-betul di atas katil bersetentang dengan katilku. Rambutnya
panjang mencecah siling. Ngeri jugak aku. Dalam separuh sedar tu,
aku cuba kejut rakanku yang sedang tidur di katil sebelah.
"Ina! Ina! Ina..!". Ina tersedar. "Apa hal kejut
aku tengah sedap tidur ni?" ngomel Ina sambil menggenyeh
matanya. Tanpa memandang ke arahnya, aku memuncungkan mulutku.
"Tengok tu." Ina memandang ke depan, dan sesaat
kemudian memandang ke arahku semula.



"Takde
apa pun! Engkau mengigau la... Dahlah, tidurlah! Aku ngantuk
ni." Ina tak pedulikan kata-kata aku, dan terus menarik
selimutnya semula. Aku berasa takut. Makhluk itu terus menyikat
rambutnya. Semakin kuat sikatannya, semakin kuat pula bunyinya.
Aku betul-betul tak tahu nak buat apa. Aku cuba nak kejutkan Ina
sekali lagi, tapi kali ni mulutku seolah-olah terkunci. Aku
memusingkan badan. Sambil meniarap, aku memekup telinga dengan
bantal. Aku takut. Bunyi tersebut semakin kuat.



Selang
lima minit kemudian, bunyi tersebut semakin perlahan, dan
akhirnya terus lenyap. Aku masih tak berani pusingkan kepala.
Manalah tahu, tiba-tiba je makhluk tu dah terpacul depan aku, tak
ke naya!



Tiba-tiba
suasana sekeliling menjadi hingar. Ruang dorm yang tadinya gelap,
kini terang benderang. Aku lihat ada makhluk di kanan kiri aku.
Ada yang bawa baldi dan ada yang bawa tuala serta berus gigi.




"Bangun
Yati oiiii! Mandi. Sembahyang subuh." Aku mengangkat bantal
yang memekup telinga, dan dengan perlahan aku bangun lalu ke
hujung katil sambil mataku tak berkelip memandang ke katil depan.
Apa yang aku nampak? Tak ada apa, melainkan suatu lakaran di
dinding yang tak pernah aku nampak sebelum ni!




MUKA DEPAN
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Fri May 08, 2009 8:21 pm

Kepala Atas Kubur




Masa
kecik-kecik dulu aku selalu ikut abah aku pergi usrah.
Kadang-kadang pergi dekat, kadang-kadang jauh. Sebagai anak yang
baik, chewahh, aku ikut la... dan memang aku sendiri pun suka
bonceng motor abah aku malam-malam. Sejuk berangin je... best.
Tau tak usrah tu apa? Bagi sesiapa yang tak tau, usrah tu macam
perjumpaan la. Dalam perjumpaan tu, macam-macam perkara
diperbincangkan, terutamanya berbentuk ilmiah. Perjumpaan begini
sebenarnya menggalakkan pengeratan silaturrahmi sesama kita
selain satu cara menyampaikan ilmu. Itu maksud usrah tu. Usrah tu
sendiri adalah satu perkataan arab yang memberi makna keluarga.




Satu
hari tu, macam biasa, aku ikut abah. Kami tak naik motor. Kerana
mak aku ikut sekali, kami berkereta malam tu. Sebenarnya, sebelum
tu kami pergi Melaka. Saja la jalan-jalan sambil shopping lebih
kurang... Dalam perjalanan kami balik tu, singgah la kat tempat
biasa sebab abah aku memang ada usrah malam tu. Kebetulan pulak,
ada banyak kereta yang dah parking tepi jalan dekat surau tu. Ada
satu ruang kosong kat tepi jalan, sebelah dengan kawasan kubur.
Abah aku letak kereta kat situ. Aku dan mak tak keluar, sebab
cuma ada setengah jam je lagi majlis tu nak bersurai. Kami sampai
lewat sebenarnya...



Mak
aku suruh kunci semua pintu kereta. Aku, sebagai anak yang
menurut perintah, (huh!), buat la sebagaimana mak aku suruh. Dah
lepas tu, aku pandang ke luar tingkap sebelah kiri. Ada banyak
kubur kat situ. Ustaz aku ajar, kalu kita berada di kawasan
kubur, ucapkanlah salam untuk ahli-ahli kubur tu. Kerana aku anak
yang taat, maka aku pun buat la... "Assalamualaikum ya
ahlal-qubr".



Aku
ngan mak kat dalam kereta masing-masing buat hal sendiri. Mak
diam aje kat depan. Aku kat belakang pun tak buat apa, cuma mata
je melilau ke seluruh kawasan kubur tu. Hmmm... banyak pokok
pisang kat situ. Ada buah ke?



Dengan
tak semena-mena mata aku terpaku ke satu kubur berhampiran. Kubur
tu terletak lebih kurang 3 meter je dari aku. Aku jadi tak sedap.
Apa tu haa...? "Makk...!." Mak aku tak menyahut. Aku,
nak kata takut tu tak jugak sebab aku tak nampak sepenuhnya benda
tu, cuma samar-samar je. Tapi, dalam samar-samar tu pun, aku
masih dapat mengecam. Aku nampak semacam kepala orang sedang
memandang tepat ke arahku! Letaknya di atas kubur, sebelah batu
nesan.



"Makk..."
Aku panggil mak, tapi mak diam jugak. Aku dah mula rasa nak
nangis, tapi tak terkeluar. Apa yang aku buat, cuma pandang aje
kat kepala tu. Sekarang memang aku yakin dengan apa yang aku
nampak. Kepala tu pulak seolah-olah senyum kat aku.



Tok!
tok! tok!. Aku terkejut tak terkata. Rupanya abah dah sampai,
suruh bukak kunci pintu. Mak aku yang bukakan, dan aku berpaling
semula ke arah kubur tu. Kepala tu masih ada. "Mak.. Abah..
tengok tu!", sambil aku tunjuk ke kubur tu. Mak abah aku
tengok ke situ. "Apa benda ada kat situ?", tanya abah.
"Tak nampak ke? Ada kepala orang kat situ". Aku
berpaling, pandang abah aku. Dia beriya-iya cari muka orang yang
aku kata tu. Mak pun sama. Aku berpaling semula ke arah kubur tu.
Tapi... aikkk! dah hilang! Kepala tu dah tak ada... macam biskut
pulak. Aku tak nampak apa-apa lagi. "Dah hilangla abah. Tadi
ada... betul...". Aku takkan nak bohong abah aku pulak,
sedangkan aku ni memang seorang anak yang baik, yang tak reti
langsung nak berbohong.



"Alaa...
takde apa. Saja along nampak je tu. Takde apa. Along ngantuk tu
kot." Abah aku mungkin taknak aku berasa takut, sebab tu dia
cakap gitu. Aku memang tak takut pun...! Tapi itu cuma cakap kat
mulut je la kan... dlm hati, tuhan saja yang tahu.



Bila
dah sampai kat rumah, aku tanya mak, kenapa dia tak menyahut aku
panggil tadi. Mak kata dia tertidur laaa... Alaahai, kesian mak
aku. Dia penat agaknya. Takpela. "Tapi betul ke mak tak
nampak kepala tu tadi?". "Mana ada... takde apa pun.
Kubur tu memang la ada...". Entah. Aku diam je.



Tak
lama lepas tu, aku dah lupa sebab apa, aku singgah kat surau tu
waktu zohor. Senyap-senyap, aku pergi semua ke tempat abah
parking kereta hari tu. Aku perhatikan betul-betul. Aku tak
nampak kepala, tapi aku nampak ada huruf nun besar kat kubur tu.
Alaa... kan sesetengah orang ada pasang macam dinding kubur yang
warna putih tu... tapi sekarang dah kurang dah kan. Ada tertulis
ayat kat dinding tu, hujung ayat tu ada huruf nun. Aku dah lupa
ayat apa yang tertulis kat situ. Aku pergi panggil abah, dan
tunjukkan kubur tu. Haahahaha... dia gelakkan. "Kan abah dah
kata, takde apa-apa. Along nampak huruf nun tu je hari
tu...". Sebagai anak yang tak melawan mak bapak, aku diam
je. Tapi dalam kepala aku, dah ada jawapan. Kalau aku nampak
huruf nun, macam mana dia boleh naik bertenggek atas kubur? Dah
tu senyum kat aku pulak tu... Nun tu duduknya kat dinding kubur,
bukan atas kubur!



Kisah
kepala atas kubur ni berlaku kira-kira 16 tahun yang lalu. Tapi
aku tak boleh lupa sebab aku sendiri yang mengalaminya. Sampai ke
hari ni, aku tak tau apa sebenarnya yang aku nampak tu. Tapi
kalau pun betul memang ada makhluk sebegitu yang aku nampak, aku
tak heran. Makhluk halus memang dicipta. Kuasa Allah tu teramat
besar.


Sekarang
aku tak tinggal kat bandar tu lagi. Ikut abah aku pindah. Aku ni
kan setia, ikut abah aku... Tapi sekali-sekala ada jugak aku ke
sana. Kali terakhir, lebih kurang sebulan yang lalu. Secara
spontan aku akan terpandangkan kubur tepi parit tu setiap kali
aku lalu jalan tu, walaupun sekarang aku dah pandu kereta
sendiri. Wallahu a'lam.
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Fri May 08, 2009 8:21 pm

Langsuir



Salam sejahtera.
Manusia merupakan sebaik-baik makhluk ciptaan tuhan di alam maya
ini. Firman Allah s.w.t. dalam al-Quran bermaksud:
"Sesungguhnya kami telah jadikan manusia sebaik-baik
ciptaan". Manusia juga dikurniakan sesuatu yang tidak ada
pada sebarang makhluk lain... sesuatu yang disebut sebagai akal.
Namun seringkali manusia sendiri tidak tahu menghargai pemberian
tersebut, lalu mempersia-siakannya.



Hari sudah
melangkah ke petang. Sebaik selesai menunaikan fardhu zohor, aku
bergegas ke belakang rumah. Persediaan belum aku buat, sedangkan
bila-bila masa dari sekarang bapa saudaraku akan sampai. Kami
sudah sepakat untuk pergi memancing di Pulau Indah. Cuti
persekolahanku kali ini dimulakan dengan aktiviti yang memang aku
minat semenjak kecil lagi, memancing.



"Assalamualaikum...!
Lan!." Ahh.. pakcikku dah sampai. "Dah siap ke
belum?", laungnya lagi.



"Waalaikumussalam.
Sini pakcik! Dah siap dah."



Setelah
memeriksa semua keperluan, kami berangkat meninggalkan
perkarangan rumah. Empat batang joran bersama keperluannya
seperti mata kail, batu ladung dan sebagainya ada kami bawa
bersama.



"Kita cari
umpan dalam perjalanan nanti", kata pakcik.



"Okey",
kataku sepatah. "Cantekkkkk," hatiku pula bersuara.




Perjalanan
melalui lebuhraya agak membosankan. Aku menghidupkan radio bagi
menghilangkan suasana sunyi. Pakcik terus memandu dengan tenang.




"Yeaaa...
kita bersama lagi petang ini dengan lagu pembukaan yang digilai
ramai sekarang, Isabella...".



Suara juruhebah
kesukaan ramai, Jond, berkumandang di udara. Aku juga salah
seorang peminat setianya. Persembahannya memang hebat.



Aku melayan
perasaan sendiri. Pakcikku bersiul kecil mengikut rentak lagu
yang sedang berkumandang. Aku ikut terhibur.



Selang beberapa
minit, pakcikku menghentikan kereta di bahu jalan.



"Ada orang
jual umpan tu. Mari kita tengok."



Sebaik selesai
urusan membeli umpan, kami meneruskan perjalanan. Kami hanya
memerlukan lebih kurang setengah jam sahaja untuk sampai ke
tempat tujuan.



Kehijauan
pepohon bakau melenyapkan terus keletihan. Alangkah cerianya
beburung berterbangan bebas. Terlupa seketika bahawa aku akan
menduduki peperiksaan PMR tak lama lagi.



"Meh
sembahyang asar dulu."



Aku mengambil
wudhuk dan kami berjamaah. Selesai berdoa, kami mengambil joran
masing-masing dan mula memasang mata kail. Aku yang sudah biasa
dengan joran dan kail, tidak berasa kekok lagi. Semuanya aku buat
sendiri.



Kelihatan
beberapa orang sedang leka dengan kail masing-masing. Ada juga
yang sekadar menonton.



Zuuppppp... Aku
melepaskan tali pancing. Kami mula menunggu, setelah semua joran
dipasang. Moga-moga kami berjaya hari ini, insya Allah.



Matahari sudah
mula terbenam, namun joran kami masih belum terusik. Sesudah
beberapa kali memasang umpan, hanya riak halus air yang
kelihatan. Kami ambil keputusan untuk bersolat dahulu.




Sesudah solat,
kami makan nasi bekal yang disediakan oleh ibu di rumah tadi,
sambil sedia untuk bertindak andainya pancing terusik. Sesudah
makan, kami kembali tumpukan perhatian kepada pancing.



"Isy...
kenapa tak ada sekor pun naik ni?", bisik hati aku.
"Belum rezeki agaknya..."



Ketika aku asyik
memerhatikan permukaan air, mataku tertumpu ke arah sesuatu yang
kelihatan seperti cahaya, kira-kira 5 meter dari tempat aku
duduk. Aku mula memerhatikan objek tersebut yang berkelakuan
seperti seekor pepatung yang seringkali kelihatan bermain-main di
permukaan air.



"Apa tu
aaa...? Kalau pepatung takkan cerah sangat cahayanya tu."
Namun kata-kata itu tidak aku tuturkan.



Cahaya tersebut
semakin pudar dan dengan perlahan terbentuk suatu objek lain yang
sesunggunya menyebabkan aku tergamam. Jelas di hadapanku,
kelihatan satu lembaga berbentuk kepala. Mukanya hodoh dan
berambut panjang mengurai.



Aku mula
menggigil, tapi mulutku benar-benar terkunci. Pakcikku yang tadi
berada tidak jauh dariku kini sudah hilang. Aku berasa amat
takut. Lembaga tersebut menggebang-gebangkan rambutnya seperti
sayap burung dan memandang ke arahku. Matanya yang merah
membuatkan aku semakin takut.



Tiba-tiba aku
rasa seluarku basah. Serentak dengan itu, bahu aku ditepuk dari
belakang.



"Lan! Lan
oii...! Kau tengok apa tu?"



Mulutku cuba
untuk-untuk berkata-kata tapi tak berdaya. Mataku tetap memandang
ke arah lembaga tersebut yang kelihatan semakin kabur. Seketika
kemudian, ia lenyap sepenuhnya. Aku tetap tak boleh bercakap,
walaupun aku sedar dengan apa yang berlaku di sekelilingku.
Pakcikku terus memanggil-manggil namaku.



Semakin lama aku
rasa semakin lemah dan akhirnya aku pengsan.



Keesokannya, aku
mula sedar. Aku berada di rumah dan ibuku berada di sebelah.




"Mana
pakcik?" spontan aku bersuara.



"Pakcik ada
kat luar tu...", ibuku menjawab.



Aku rasa badanku
lemah, tapi aku masih boleh melangkah perlahan-lahan ke serambi
rumah.



Pakcikku yang
sedang leka menghembuskan asap rokoknya, lantas membetulkan
duduknya apabila aku bersila berhampiran dengannya.



"Kau kena
sampuk semalam agaknya". Pakcikku bersuara sambil tergelak
kecil.



Aku cuma
mendengar apa yang diceritakannya. Katanya, dia lihat aku
seolah-olah dipukau sesuatu dan langsung tak hiraukan
panggilannya. Dia terus mengangkat semua joran dan mengemaskan
barang. Aku kemudiannya didukung masuk ke kereta dalam keadaan
kejang, seperti terkena kejutan elektrik.



Aku tak dapat
huraikan sepenuhnya bentuk lembaga tersebut kerana setiap kali
teringat, aku akan berasa takut. Sehingga ke hari ini, aku tidak
berani memancing pada waktu malam. Mungkin aku dah kena fobia
agaknya.
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Fri May 08, 2009 8:22 pm

Pontianak

Pengalaman ini aku lalui
bersama tiga orang sahabat baikku, Azhar, Asyraf dan Halim
sewaktu kami berada di Melaka. Ketika itu kami baru sahaja
selesai menduduki peperiksaan STPM. Kami rasa seolah-olah baru
merdeka. Dengan itu, kami bertiga buat rancangan ronda seluruh
semenanjung Malaysia. Kebenaran ibu bapa sudah kami perolehi,
lesen kereta aku dan Asyraf dah ada. Apa lagiiii... raya sakanlah
nampaknya!


Perjalanan berkereta dari
Johor Bahru tidak begitu membosankan memandangkan kami sepakat
untuk tidak melalui lebuhraya. Kami bertolak pagi lagi. Destinasi
pertama kami ialah Muar. Kebetulan pula, musim durian sedang
'menjadi', maka kami tak lepaskan peluang, lahap sepuas-puasnya.
Sebelum tu singgah Batu Pahat sekajap, jumpa member, Rin.


Kami teruskan perjalanan ke
Melaka, dan bercadang untuk bermalam di Taman Rekreasi Ayer
Keroh. Sebelum itu kami singgah di Umbai, makan ikan bakar. Azhar
yang memang kuat makan berjaya menghabiskan tiga ekor ikan bawal
bersaiz sederhana dan empat ekor ketam besar.


Selepas makan, kami berehat
mengambil angin di pantai Kelebang. Satu masa dulu, aku ingat
lagi, sewaktu kecil aku selalu ke sini dengan abangku. Tapi
sekarang, nampaknya pantai ini tak meriah lagi. Banyak sampai
tersadai di sana sini. Apa boleh buat...


Jam dah hampir menunjukkan
pukul 11:00 malam. Oleh kerana agak keletihan, kami ubah
rancangan. Kami batalkan rancangan bermalam di Taman Rekreasi.
Sebaliknya, kami sewa bilik di Ayer Keroh Country Village,
bersebelahan Mini Malaysia. Mini Malaysia ni pun dah tak semeriah
dulu... takde orang pun datang. Aku pun tak tahu kenapa.
Arghhh... peduli apa semua tu. Aku nak tidur. Esok nak bangun,
nak jalan lagi...


Keesokannya, aku bangun
paling lambat. Dia orang ni, bangun awal pun bukannya boleh
harap. Aku jugak yang ditugaskan pergi cari sesuatu yang boleh
dibuat sarapan. Takpe laa... lagipun memang aku yang pandu
kereta. Lepas mandi, aku keluar beli roti canai di Taman Muzaffar
Syah, dekat dengan kawasan tu. Roti canai? Huh! Roti canai mamak
tu jual rasa macam kulit tapak kaki ada laa... liat nak mampus!



Aktiviti selanjutnya...
mandi kolam sampai tengahari sebelum kami check-out. Perjalanan
untuk ke destinasi selanjutnya ditangguhkan. Kami ambil keputusan
untuk terus berada di Melaka hari ni. Lagipun aku nak jugak
singgah di rumah mak angkat aku kat sini.


Lepas meronda ke sana sini,
kami menghala pula ke lebuhraya. Asyraf yang memandu mengambil
keputusan untuk menggunakan lebuhraya, kerana dia ni rabun malam.
Susah sikit kalau ikut jalan lama. Azhar pulak tiba-tiba nak
terkencing. Dah alang-alang berhenti, kami pun lepak seketika.
Jam dah menunjukkan lebih kurang 8:50 malam masa tu. Kawasan
tempat kami parking kereta tu memang agak suram.


Seketika kemudian, mata aku
tertumpu ke sebuah rumah yang kelihatan begitu usang. Entah sapa
la yang duduk kat rumah tu. Aku ingatkan aku sorang je yang
tengok, rupanya Asyraf pun terperasan jugak.


Azhar dah selesai
menunaikan hajatnya. Sambil hisap rokok, aku ajak dia orang semua
pergi ke rumah tu, sebab tadi aku terdengar semacam suara orang
menjerit. Pada mulanya, Halim menolak. Penakut agaknya mamat
ni... hehe... Akhirnya dia pun bersetuju sebab kami bertiga dah
setuju. Sah! Memang penakut dia ni. Takut tinggal sorang-sorang
kat kereta. Hehee...


Setelah memastikan kereta
berkunci, kami melangkah ke arah rumah tersebut dengan semangat
berani mati la kononnya. Pergi ramai-ramai boleh laa... cuba
kalau pergi sorang, huh! Hehehee...


Azhar masuk dulu, diikut
Asyraf dan aku. Halim mengekori belakangku sambil tarik baju. Apa
ni oiii, tarik baju orang! Dengan perlahan kami berjalan. Suasana
di dalam rumah tersebut sungguh muram, tak ubah macam cerita
drakula yang biasa kita tengok tu. Suasana yang gelap tak
mengizinkan aku untuk mengecam sepenuhnya apa yang ada di
sekitarku.


Tiba-tiba aku dengar Asyraf
menjerit. Maaakkkkkkkkk...! Kami semua terdiam, kecuali Halim
yang sejak mula tadi sibuk ajak kami keluar. Sayup-sayup
kedengaran suara perempuan ketawa. Halus je bunyinya, tapi dah
cukup untuk membuatkan bulu roma aku sendiri meremang. Arghh,
nyesal pulak aku masuk. Tapi takpe... bila lagi nak tunjuk hero,
terutamanya kat budak Halim ni. Keluar kang, kena kutuk pulak
aku, hehehe...


Kami terus berjalan
perlahan-lahan. Seketika aku terasa ada sesuatu merayap di
belakangku. Arghh... apa pulak ni? Semakin lama semakin kuat dan
aku rasa benda tu dah hampir sampai ke leher aku. Aku jadik
terkedu. Ehh... Halim mana? Pada masa yang sama juga, aku dengar
macam-macam suara orang menjerit kat dalam sana.


Ziiii....! Kedengaran suara
Halim memanggil nama aku. Aku tak dapat menyahut sebab aku
sendiri pun tengah layan benda merayap ni. Arghhhh... spontan aku
tepis benda merayap tu dah aku lari ke depan. Asyraf dan Azhar
dah hilang tah kemana. Aku tinggal sendirian. Tiba-tiba aku
nampak sesuatu di hadapan! Aku tak dapat lari lagi, sebab aku
sedang berada di sebuah lorong sempit, dan perjalananku dihalang
oleh lembaga yang aku nampak tu.


Seorang perempuan cantik
sedang berjalan perlahan-lahan ke arahku, memanglah cantik tapi
yang tak sanggup tu ada taring pulak. Uwaaa... apa aku nak buat
ni... Aku cuba baca apa-apa ayat yang aku ingat, tapi biasa la
kan, kalau dah sampai peringkat menggelabah betul ni, satu apa
ayat pun tak ingat. Baca lain keluar lain. Arghhh...


Lembaga tersebut semakin
hampir. Aku jadi terpaku. Kakiku seolah-olah terikat di lantai,
tak boleh diangkat. Ohh ibuuu... apalah nasib anakmu ini. Aku tak
dapat buat apa-apa lagi melainkan berserah sahaja. Lembaga itu
dah dekat betul. Aku pejamkan mata. Aikk... tak ada apa pun. Aku
buka mata semula dan... lembaga tu dah hilang!


Aku berpaling ke belakang
dan nampak Halim. Disebabkan gelap, aku tak dapat pastikan muka
Halim tu pucat ke tidak. Aku paling ke depan semula dan berjalan
terus. Zusssss...! Betul-betul depan muka aku, lembaga tadi
muncul semula. Aku hampir terjerit, tapi sebenarnya dah memang
menjerit pun. Lembaga tu mengilai dan hilang semula.


Aku rasa makin lama aku
makin jauh masuk ke dalam, dan makin gelap pula tu. Arghhh... tak
boleh jadi ni, aku kena keluar cepat. Halim masih di belakangku,
berpaut kat baju aku. Abih laaaa baju aku. Arghhh... tak peduli,
janji aku keluar. Berpeluh jugak aku ni.


Dalam dok mencari jalan
keluar tu, aku tersepak suatu benda keras. Aku tunduk dan cuba
mengamat-amati benda tu. Haaaa? Batu nesan? Arghhh... aku pulak
yang jadi takut. Tak fikir panjang, aku terus berjalan, dengan
harapan pintu keluar dah tak jauh dari situ. Halim masih
'melekat' kat belakang. Nak berlari, risau jugak aku, kot
tersepak apa-apa lagi ke, tak ke naya kalau tersungkur!


Dalam pada tu, bunyi pintu
dibuka tutup tak berhenti-henti. Aku dah semakin takut
sebenarnya, tapi cuba buat rilek. Seketika, aku sampai di satu
ruang yang agak luas. Kelihatan beberapa keping papan bertaburan
di atas lantai. Aku perhatikan papan tu... arghh... nampak macam
papan keranda. Aku lari. Tak pedulik dah... lantaklah Halim kena
tinggal pun!


Aku betul-betul dah takut.
Aku terus berjalan di ruang berhabuk tu, sampailah nampak cahaya
kat depan. Aku berjalan lagi, dan aku lihat daun pintu di
hadapanku bergerak secara tiba-tiba. Cepat oiii... Arghhh...
rupanya Asyraf yang buka pintu tu. Aku berjaya keluar akhirnya.
Tak lama kemudian aku nampak Halim keluar, sambil berlari!



Asyraf dan Azhar dah cucuh
rokok. Masing-masing terdiam. Kami kemudiannya berjalan ke kereta
dalam keadaan separuh sewel. Amacam? Ko nampak apa Azhar?
Hehehe... dia gelak je. Cheh... mamat ni berani betul! Halim diam
aje, sepatah pun tak bersuara.


Kami sampai kat kereta. Aku
hidupkan enjin. Setelah semua masuk ke kereta, kami teruskan
perjalanan. Halim kena duduk depan, jadik co-pilot, temankan aku.
Tapi dia diam je. Aku pandang ke sebelah, dan... kah kah kah kah
kah kah... terburai gelak. Halim terkencing dalam seluar! Kah kah
kah... semua pakat gelak. Chehh.. aku gelakkan orang, aku pun
kecut jugak sebenarnya. Cuma nasib baik, aku tak kencing lam
seluar macam dia... hehehe.



Plaza Tol
Ayer Keroh dah kami lepasi dan sekarang kami menghala ke Port
Disckson. Bersama gelak yang tak henti-henti, kami tinggalkan
'Rumah Hantu' di Tapak Pesta Ayer Keroh bersama cerita haru Halim
terkencing dalam seluar.


Aku gelak
lagi... kah kah kah kah kah kah kah kah... apa la ngkorang baca
cerita ngarut aku niii... kah kah kah kah kah! Buang masa je...
kah kah kah kah kah kah kah kah...
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Fri May 08, 2009 8:22 pm

Penunggu
Kisah ini terjadi lebih kurang 23 tahun yang
lalu. Walaupun kisah ini telah lama berlalu


tetapi tetap segar dalam ingatan aku. Semasa
kejadian itu berlaku, aku masih bekerja di salah sebuah kilang di kampung
aku, kilang ini didirikan di kawasan kebun, tetapi kawasan ni telah dimajukan
untuk kawasan perkilangan. Dahulunya tanah ini adalah milik persendirian.

Pada suatu petang, lebih kurang pukul 5 seperti
biasa pekerja-pekerja akan bergegas untuk pulang. Tapi pada hari tersebut
agak kelam kabut kerana mengejarkan rancangan kegemaran dekat tv iaitu
cerita jepun, aku pun dah lupa tajuk cerita tu. Memang cerita tu menjadi
kegemaran ramai ketika itu. Dalam keadaan yang agak tergesa-gesa tu


adalah sorang minah ni terjatuh tah mana silapnya
aku pun tak tau, terlanggar batu kot. Kepala minah tu terkena dekat pagar,
kepalanya berdarah dan darahnya tu pulak boleh tahan jugak banyaknya mungkin
kena tang urat kot aku pun tak pasti, habis merah lantai kat situ dengan
kesan darahnya. Keesokan harinya, minah yang terlanggar pagar tu pegi keje,
heran jugak aku takkan tak cuti, tengok pada dia yang luka tu dah nampak
elok, emmm camne boleh kejap sangat elok tak tau lah, masa tu dah tengahhari
kalau tak silap aku, minah yang terlanggar pagar tu tetiba menjerit-jerit
macam orang kena histeria. Lama jugak dia macam tu kelam kabut jugak, orang
lain ingat minah ni ada problem agaknya, kesian jugak sampai menarik-narik
rambut sendiri. Pengurus kilang terpaksa menghantar minah tu pulang.

Pada keesokkan harinya pulak, kejadian menjerit-jerit
ni berlaku lagi tapi pada orang lain pulak lepas sorang reda kena pada
orang lain pulak. Macam pesta pulak, ada yang mengilai, ada yang menjerit,
ada yang ketawa, seram pulak aku tengok perangai masing-masing nasib baik
aku tak kena. Kejadian ni pulak berlarutan hampir setengah bulan, ramai
yang berhenti kerja sebab takut. Kalau nak ke tandas pulak nak kena berteman,
yelah takut terkunci dengan sendiri sebab pernah terjadi kat aku sebelum
ni, nasib baik tak jumpa apa-apa, melaung-laung jugak la aku kat dalam
tu mujur ada orang yang dengar.

Setelah diselidik rupanya ada sebab apa yang
telah berlaku. Cerita ini diceritakan sendiri oleh pak guard kat tempat
aku bekerja tu. Dia ada melihat satu lembaga putih terbang dari pokok saga
di depan kilang dan terus menjilat pada kesan darah minah yang terlanggar
pagar tu. Dan pak guard tu cerita, dulu tempat ni kebun milik seorang yang
kaya kat kampung ni dan dia takut hartanya di ceroboh maka dia telah menanam
tengkorak di setiap penjuru kebunnya sebagai guard la tu kot. Dan bila
orang tu meninggal lupa pulak dia nak halau guard dia tu, sampai la kilang
tu didirikan kat situ, kira marah la penunggu tu agaknya. Konon-kononnya
lembaga tu mengamukla, mengamuk kerana apa pak guard tu pun tak berapa
pasti. Tapi yang pastinya semenjak dari itu lah kejadian histeria tu terjadi.
Pihak atasan tidak berapa percaya dengan perkara ni. Budak-budak yang terkena
histeria tu ada cerita katanya dada mereka seolah-olah dipukul dengan kepala-kepala
tengkorak tanpa henti, tu yang menjerit-jerit tu.

Dan untuk menghalau penunggu tu kata sepakat
telah dibuat, maka diadakan "samak" entah apa samak tu pun aku pun tak
tau. Dipanggilnya bomoh tak mana-mana punya bomoh nak halau hantu tu. Entah
apa yang bomoh tu meraban aku pun tak tau, selepas daripada itu kilang
aku tu pun kembali aman. Lebih kurang tu la citenye, tapi banyak yang khurafat....
tak taulah aku setakat mana kesahihan kejadian yang sebenar. Wasallam.
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Fri May 08, 2009 8:22 pm

Kereta Busuk
Cerita ni dah lama jugak, masa tu
aku tingkatan satu. Nak cerita secara detail aku pun tak berapa ingat cerita
ni. Cerita yang aku nak cerita ni pun takdelah seram sangat pun, tak taulah
aku kalau ada daripada pembaca yang rasa seram jugak. Masa tu aku ingat
lagi kecoh kat sekolah aku pasal ada sebuah kereta Proton Saga Aeroback
yang dijual dengan harga murah, tak sampai RM 500 pun. Memang murah gila,
yelah mana nak dapat kereta murah macam tu dan masih baru lagi. Kereta
tu second hand tapi baru je pakai beberapa bulan dan pemiliknya telah menjual
pada satu kedai kereta terpakai. Tapi kereta tu takde seorang pun mahu
membelinya. Heran bukan? Memang heran pun aku sendiri pun heran, mesti
ada udang disebalik batu.

Sebab musabab kereta tu tak laku
bukannya kerana dah tak boleh digunakan atau rosak, kereta tu masih sempurna
lagi dari segi zahir dan batinnya… cewahhh. Tapiiiiiiii ni aku nak kaboo
ke mung ni (terengganu pulak aku ni) bila bukak je pintu kereta tu, peeehhhh
mengeluarkan satu bau yang amat busuk, masyaAllah tak taulah nak kata macammana
dia punya busuk, aku rasa bau taik aku pun kalah. Memang busuk sangatlah.
Itulah puncanya kereta tu tak laku. Nak ikutkan puas juga orang kedai tu
bersihkan, macam-macam jenis syampu pakai tapi memang bau tu tak mahu hilang
jugak.

Ceritanya macamni, aku pun ingat-ingat
lupa sebenarnya. Lebih kurang macam ni la, pada suatu hari pemilik kereta
asal ni balik dari kerja (nak mudahkan cerita aku bagi nama kat pemilik
ni Zues lah, senang sikit tapi bukan nama sebenar), si Zues ni balik pada
hari ni agak lewat sikit, yelah banyak kerja la katakan pada hari tu. Dalam
perjalanan pulang si Zues akan melalui satu tanah perkuburan, memang tiap-tiap
hari dia ikut jalan tu. Tapi dah biasa agaknya si Zues ni takdelah rasa
apa-apa lalu kat situ. Kebetulan selepas saja melalui tanah perkuburan
tu ada seorang wanita tahan kereta si Zues ni, masa tu lebih kurang pukul
8:30 malam. Pada mulanya si Zues ni tak mahu berhenti yelah dah malam-malam
macam tu, entah kenapa pulak hati dia ni tergerak pulak nak berhenti. Si
Zues menekan butang auto windowsnya,

"Nak kemana ni cik adik?", tanya
Zues pada wanita tu.

"Saya nak baliklah bang, dari
petang tadi saya tunggu bas, takde satu pun yang lalu, kalau abang tak
keberatan boleh saya tumpang?", tanya wanita tersebut pada Zues.

"Emm boleh jugak, rumah cik adik
ni kat mana?", tanya si Zues lagi.

"Alaa bang tak jauh pun, dekat
kawasan perumahan yang dekat dengan restoren lj tu."

"Ohhh restoren tuuuu, emm kat
situ nasi lemak dia memang sedap tu, emm naiklah saya pun memang lalu tempat
tu", Tanpa berlengah lagi si Zues pun membuka pintu keretanya.

Wanita tadi pun naiklah kereta
si Zues. Wangi jugak, ntah minyak wangi apa entah dia pakai. Si Zues tak
banyak tanya dengan wanita tu, malulah tu konon yelah boleh tahan jugak
lawanya. Tak sampai satu kilometer wanita tu suruh berhenti.

"Opssss, berhenti sini bang",
dengan nada yang agak kuat.

"Eh! Apsal berhenti kat sini
pulak? Kan ke belum sampai lagi", Zues hairan.

"Tu ha, rumah saya", dengan menuding
jari kearah satu tempat.

"Takde pun?", Zues kehairanan.
"Adalah bang, takpalah saya turun
sini ye, terima kasih kerana tumpangkan saya nah ambil lah kain ni tanda
terima kasih saya, simpan elok-elok ye bang jangan buang pulak simpan je
kat dalam kereta ni". sambil menyerahkan sepotong kain pada Zues.

Si Zues ni pun tanpa banyak tanya
dia pun terima kain tu. "Oklah, Baik-baik jalan tu" dengan agak kehairanan
dengan apa yang terjadi. Si Zues ni pun baliklah rumahnya dengan kain yang
diberi oleh wanita tadi. Untuk pengetahuan, si Zues ni dah berkahwin.

Keesokan harinya pula, kebetulan
besok tu hari minggu si Zues ni banyak menghabiskan masa dirumah bersama
keluarga. Si Zues ni biasalah dah hujung minggu ni takde keje lain dia
basuh kereta la, kereta barulah katakan baru je sebulan pakai, dia basuh
kereta dengan bini dia. Tengah bini dia dok vacumm dalam kereta,
"Eh kain apa ni bang? Wangi je kain ni, abang keluar dengan perempuan mana
pulak ni bangggg???" Zues pandang pada kain tu, dia teringat pasal wanita
tu, "Takdelah Nazira, semalam masa abang balik ada sorang perempuan nak
tumpang, lepas tu dia bagilah kain tu tanda terima kasih, alaaa takde apa-apalah
biar jelah kat situ jangan dibuang" si Zues cuba menenangkan keadaan isterinya.
"Abang jangan memain dengan saya bang" dengan keadaan yang agak marah si
Nazira buang kain tu kedalam tong sampah. Si Zues membiarkan saja apa yang
dilakukan oleh isterinya tu, yelah karang dilarang lain pulak jadinya (takut
bini jugak mamat ni). Si Nazira ni pun terus masuk ke dalam rumah meninggalkan
si Zues yang sedang memegang berus, Zeus diam tak terkata apa dengan sikap
bininya tu, merajuklah tu biasalah orang perempuan cemburu, cemburu tandanya
sayang tu.

Berlalulah bab tu, pada keesokannya
seperti biasa si Zues ni bangun pagi dan bersiap-siap nak pergi kerja.
Tengah dok nak buka pintu kereta, Zues terbau bau yang sangat busuk bau
tu datang dari kereta dia, bila dibukanya pintu kereta bau tu semakin kuat
pulak. Terus si Zues ni panggil bini dia, "Naziraaaa!!!! Mari cepatttt!,
"Ye bang" jawab bininya "Ada apa abang panggil saya?" "Kenapa kereta ni
bau busuk sangat ni? Kamu basuh macammna kereta ni semalam sampai keluar
bau busuk macamni?" dengan nada yang agak tinggi. "Apa pulak bang, manalah
saya tahu abang yang sudahkan basuh kereta ni semalam". "Ish macammana
boleh busuk macam ni?" serba tak kena si Zues dibuatnya.

Di pendekkan cerita, Zues mengambil
keputusan menjual kereta tersebut setelah puas berikhtiar menghilangkan
bau pada keretanya itu. Zues telah menjual kereta itu di salah sebuah kedai
kereta terpakai dekat Cheras kalau aku tak silaplah. Lama jugak kereta
si Zues tersadai kat kedai tu, takde sorang pun nak beli. Emm begitulah
serba sedikit ceritanya, tak taulah aku apa cerita kereta tu, tapi ada
jugak terdengar cerita kereta tu dah ada orang yang beli, yang beli tu
pulak aku dengar cerita orang yang ada ilmu jugak la, tah macammana dia
buat kereta tu pun hilang baunya. Wallahuaklam.
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Fri May 08, 2009 8:23 pm

BIDAN PUAKA

Pengalaman seram yang ingin aku kongsi bersama
kalian adalah satu pengalaman yang mungkin tidak akan ku lupa sepanjang
hayat. Waktu itu aku mengikut kawanku balik kekampungnya disatu daerah
berdekatan dengan Kota Baru, Kelantan. Waktu itu cuti penggal persekolahan
dan kebetulan pula musim durian. Menurutnya dusun datuknya memang banyak
pokok durian. Aku terus bersetuju kerana aku memang penggemar durian.


Kami tiba dikampung pada petang Sabtu setelah
semalaman didalam perjalanan menaiki keretapi. Sesampai sahaja dirumah
kami telah disambut mesra oleh keluarga kawanku. Mereka sungguh ramah,
meskipun aku menghadapi kesukaran untuk memahami setiap patah perkataan
yang dituturkan. Setelah berehat seketika, kawanku mengajak aku mandi disungai
yang tidak berapa jauh dari rumahnya. Waktu itu hari sudah lewat petang.
Ibunya melarang kami pergi kesungai kerana hari sudah hampir gelap. Tetapi
kami tetap berdegil untuk mandi disungai. Lagi pun jarak sungai dengan
rumahnya lebihkurang 500 meter sahaja. Kalau kami melaung pun boleh didengar.
Begitulah kata kawanku kepada ibunya. Ibunya hanya menggelengkan kepala
melihat gelagat kami tetapi menyuruh kami balik semula sebelum 7:30.

Sebaik sahaja kami menuruni tangga rumah, adik
kawanku yang berumur dalam lingkungan 9 tahun berpesan kepada kami supaya
balik sebelum hari gelap kerana sekarang ni orang kampung tengah heboh
memperkatakan tentang hantu tok bidan yang berkeliaran dikampung itu pada
waktu malam. Meremang bulu romaku apabila mendengar pesan adiknya itu.
Mahu sahaja aku membatalkan niat untuk mandi disungai. Tetapi kawanku sedikit
pun tidak mengendahkan kata-kata adiknya itu. Dengan hati yang berat, aku
mengekori kawanku dari belakang. Mataku liar melihat semak-semak dikiri-kanan.
Ketika itu matahari sudah hampir terbenam. Cahaya kilauannya berbalam-balam
dipermukaan air. Aku merasa tidak sedap hati. Seolah-olah ada sepasang
mata yang sedang memerhati gerak-geri kami. Sesampai sahaja digigi sungai,
kawanku terus terjun. Kocakkan airnya mengenai tubuhku. Terasa dingin sungguh.
Aku turun keair dengan berhati-hati. Perasaanku merasa tidak tenteram.
Ada sesuatu sedang memerhati kami. Aku memberitahu kawanku supaya cepat
naik dan balik. Tetapi aku diketawakan. Katanya aku ini pengecut sangat.
Katanya lagi adiknya cuma bergurau. Sedang kami leka mandi, tiba-tiba terdengar
bunyi sesuatu benda jatuh kedalam air tidak jauh dari tempat kami. Masing-masing
senyap dan berpandangan sesama sendiri. Keadaan manjadi sunyi seketika.
Cuma kedengaran suara riang-riang hutan bersahut-sahutan. Bulu romaku berdiri.
Aku menggigil kesejukan. Tanpa sepatah kata, kami berdua berlari naik kedarat
dan terus mencapai barang-barang dan berlari kerumah. Ibunya hairan melihat
kami termengah-mengah apabila sampai kepintu dapur. Adiknya cuma tersenyum
menyindir. Aku memberitahu mereka apa yang telah berlaku. Ibunya cuma tersenyum
mendengar ceritaku. Menurutnya mungkin dahan dari pokok kayu yang jatuh
kedalam sungai tadi. Tetapi adiknya pula mengingatkan kami tentang hantu
tok bidan yang diceritakannya sebelum kami kesungai tadi. Aku sendiri kebingungan.
Kalau dahan kayu yang jatuh, tidak mungkin bunyinya sekuat seperti mana
yang kami dengar.

Selepas makan malam, aku duduk berehat diruang
tamu bersama adiknya. Aku mengambil kesempatan ini untuk mengetahui akan
lebih lanjut lagi cerita hantu tok bidan yang diceritakannya petang tadi.
Menurut katanya, ada seorang perempuan tua yang tinggal dikampung yang
berdekatan baru meninggal dunia. Orang-orang kampung memanggilnya Tok Bidan
kerana dia seorang bidan kampung. Semasa dia dalam keadaan nazak, keadaannya
amat tersiksa. Dia sentiasa kehausan. Entah berapa banyak air yang diberi,
dia tetap kehausan. Sehinggalah dia menghembus nafas terakhir, dia meronta-ronta
minta diberikan air. Menurut orang kampung semasa hayatnya, dia telah banyak
melakukan dosa seperti menggugurkan kandungan secara haram dan melakukan
pemujaan untuk meningkatkan lagi ilmu kebidanannya. Menurut mereka lagi,
dia ada membela hantu raya. Pernah beberapa kali orang-orang kampung terserempak
dengannya merayau-rayau diwaktu malam dengan keadaan tubuhnya yang bongkok.
Tetapi pada waktu yang sama ada juga orang-orang kampung yang sedang berubat
dirumahnya. Setelah meninggal dunia, orang-orang kampung menghadapi berbagai
masalah untuk menguruskan mayatnya. Sewaktu mayatnya hendak ditanam, hujan
turun dengan selebat-lebatnya dan liang lahatnya terpaksa digali berkali-kali
kerana tanah runtuh akibat hujan yang amat lebat dan bacaan talkin cuma
dihadiri oleh beberapa orang sahaja kerana keadaan cuaca yang buruk pada
waktu itu. Pada sebelah malamnya, orang-orang yang lalu-lalang berdekatan
dengan kawasan tanah perkuburan seakan-akan terdengar suara orang sedang
meratap disertai dengan bau yang amat busuk. Pada malam yang sama juga
beberapa buah rumah telah diketuk pintu berkali-kali dan apabila dibuka,
tiada sesiapa diluar. Jika dibiarkan, ketukan pintu menjadi bertambah kuat
dan bau busuk memenuhi ruang rumah. Badanku terasa seram sejuk apabila
mendengar cerita adik kawanku itu.

Jam baru menunjukkan pukul 10:30. Keadaan sekitar
terasa sunyi. Cuma bunyi cengkerik dan jam dinding yang kedengaran. Mataku
pun sudah terasa berat. Kawanku sengaja mahu menyakatku. Dia menyuruh aku
tidur didalam biliknya manakala dia hendak tidur diruang tamu. Aku terus
tidak bersetuju. Apa lagi setelah mendengar cerita dari adiknya sebentar
tadi. Katanya dia cuma bergurau. Kami sama-sama tidur didalam bilik. Tempatku
bersebelahan dengan daun tingkap. Oleh kerana terlalu mengantuk, aku tidak
peduli, asalkan dapat tidur. Entah pukul berapa, tiba-tiba aku dikejutkan
dengan bunyi ketukan halus dari luar daun tingkap kayu disebelah aku. Aku
tetap memejamkan mata tetapi jantungku berdegup laju. Ketukan tadi menjadi
semakin kuat disertai dengan bau seperti bau bangkai yang teramat busuk.
Aku menahan nafasku dan berpaling dari arah daun tingkap. Aku cuba mengejutkan
kawanku. Tetapi dia tiada disebelah ku. Mungkin dia tidur diruang tamu.
Jantungku berdegup laju. Peluh sejuk membasahi tubuhku. Daun tingkap terus
diketuk dan digoyang. Aku menjadi kaku. Tiba-tiba aku terdengar suatu suara
halus menyuruhku membuka tingkap. Katanya dia ada membawa anak kecil. Dia
hendak menumpang minum air. Aku menjadi bertambah kecut. Aku tidak mempedulikannya.
Ketika itu aku telah berada dihujung katil diselimuti gebar sambil memeluk
bantal. Suara yang halus tadi bertukar menjadi serak dan akhirnya menjadi
parau. Katanya lagi kalau aku tidak mahu membuka tingkap, dia tetap akan
masuk untuk mencari air. Waktu itu cuma tuhan yang tahu bagaimana perasaanku.
Dengan tiba-tiba aku terasa seperti ada angin lembut bertiup dimukaku dan
pada waktu yang sama tiba-tiba daun tingkap terbuka luas. Apa yang aku
lihat sungguh menggerunkan. Diluar tingkap kelihatan seorang perempuan
tua tersengeh memandangku. Dengan giginya yang jarang dan merah serta rambutnya
yang penuh uban mengurai. Dia menghulurkan sebelah tangannya kepadaku manakala
sebelah lagi memegang janin bayi. Pandanganku menjadi kelam, cuma yang
kudengar ialah suara parau yang menggigil-gigil menyebut perkataan "air"
berkali-kali.

Tiba-tiba aku terdengar namaku dipanggil dan bunyi
daun tingkap dibuka. Cahaya matahari pagi menyucuk mataku. Rupa-rupa hari
sudah siang. Kawanku mengajak aku bersiap untuk kedusun durian datuknya.
Aku terpinga-pinga. Dalam perjalanan kedusun aku bertanya kepada kawanku
adakah dia tidur diruang tamu malam tadi. Dia mengaku. Katanya dia tidak
dapat tidur dibilik kerana panas. Katanya lagi waktu itu aku sedang nyenyak
dibuai mimpi. Aku bertanya kepadanya lagi adakah tingkap bilik terbuka
atau tertutup sewaktu dia masuk kebilik pagi tadi. Katanya tertutup. Dia
menyoalku kembali, kenapa aku banyak bertanya. Aku cuma menggelengkan kepala
sambil berkata tidak ada apa-apa. Sehingga kehari ini aku tidak pasti adakah
kejadian ngeri itu benar-benar berlaku, atau cuma aku yang bermimpi. Bagiku
setiap detik yang berlalu ketika kejadian itu memang seperti ianya benar-benar
berlaku.
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Fri May 08, 2009 8:23 pm

Hantu
Telefon

Kali ni aku nak cerita pasal kisah
hantu di hostel sebuah universiti tempatan. Idak ler seram sangat
sampai hantu tu menunjuk muka... tapi kira cara halus ni la yang
buat orang bertambah suspen. Ceritanya pendek jer... benda ni
berlaku kat hostel perempuan.. masa tu girlfriend kawan aku baru
balik discussion. Biasa la.. budak U. Malam tu room mate dia


takde, buat assignment ngan
kengkawan dia yang lain. Dia dah tak kisah dah sebab dah biasa
kena tinggal. Entah kenapa malam tu dia terasa mengantuk sangat
padahal waktu tu kira masih awal untuk dia tidur. Dia tidur kat
katil tingkat atas. Dia tidur katil double decker, kat tingkat
atas. Biasanya kalau dalam bilik tuh dia la operator telefon...
sebab

biasanya ramai yang tukang telefon
dia... Petang tu dia ada la buat panggilan. Okay jek... Esoknya
bila dia bangun, dia tengok atas meja gagang telefon dia dah
tercabut. Dia ingat room mate dia tak boleh tido sebab telefon
selalu berdering peh tuh cabut gagang telefon. Tapi pelik la
jugak.. biasanya orang kalau nak cabut pun dia cabut wayar
belakang,

tapi nih cabut wayar gagang
telefon. Ah, lantak la.. dia fikir. Lepas tu room mate dia masuk.
Baru balik. Dia tanya la kenapa kawan dia tu cabut wayar gagang
telefon. Kawan dia terkejut sebab dia baru balik dari bilik kawan
yang satu course ngan dia. Dia tidur kat sana. Yang minah nih
terkejut la... sapa pulak yang cabut wayar gagang telefon nih?
Nak kata

dia tak kunci bilik... bilik
diorang nih memang takleh bukak dari luar... unless kalau ada
kunci. Nak kata dia mengigau..... dia la yang paling rajin nak
angkat tipon.. lagi pun takkan dia boleh terfikir nak cabut
wayar gagang telefon... (gagang telefon terletak jauh dari
telefon

dan dalam keadaan terlentang).
Paling tidak angkat gagang telefon letak tepi atau cabut wayar
telefon tu sendiri. Aku tak tau la benda apa yang mengganggu
dia... tapi dah dua kali dia alami benda yang sam sejak baru
bukak semester kedua nih.
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Fri May 08, 2009 8:23 pm

Kisah Di Hostel
Assalamualaikum.... aku ada cerita nak kongsi ngan kengkorang
semua... cerita nih dialami sendiri oleh abang angkat aku dan kawannya
masa zaman sekolah dulu... (sekarang nih aku dah blaja kat U). Dulu aku
blaja silat, begitu gak ngan abang angkat aku.. kitorang dulu sekolah asrama
penuh, biasa la... famous ngan cerita-cerita hantu. Masa tu aku form 2,
abang aku form 5. Kira senior la nih... dia la yang ganti cikgu ngajar
bebudak junior silat. Satu malam tu... masa tengah buat latihan silat..
lebih kurang pukul 12 lebih.... dia nak buat latihan silat olahrag.. saja
nak test power. Kebetulan cikgu kitorang ada... so apa salahnya mintak
tunjuk ajar lebih sikit, lagipun kitorang ada pertandingan silat olahraga
tak lama lagi. So dia dengan kawannya pun balik la ke hostel kejap nak
ambik pad dan barang-barang lain. Masa dia balik tuh, tengah syok berborak
ngan kawan dia.. ada la sorang budak pompuan pakai baju putih tak bertudung
lalu menuju arah bersetentangan.... kira macam budak ni dari hostel la
kiranya....Diorang pelik la pehal lak ada budak pompuan jalan memalam,
tak pakai tudung pulak tuh.... tau la budak sekolah sains kan... korang
pepaham je la. Bila budak pompuan tuh dah jauh sikit diorang bercakap la
pasal budak pompuan tu.. pect apa-apa pun. Then tetiba dua-dua tersenyap...

Budak pompuan yang sama lalu untuk kali kedua dari arah
hostel... terkujat diorang.... tapi diorang tak lari mencicit la.. kira
berani la jugak.. budak silat... yang part seram sikit tuh, budak pompuan
tu siap senyum pulak kat diorang, macam tau2 je yang diorang cakap pasal
budak pompuan tuh tadi. Daripada hostel tuh diorang paksa lagi 2-3 orang
kawan

diorang ikut sekali gi latihan silat. Takut jumpa lagi
budak pompuan tuh gamaknya. Degar cerita yang selalu kena kacau ngan hantu
budak pompuam nih bebudak laki jek. Ntah kenapa....
Aku pun banyak cerita hantu nak cerita kat korang semua...
nanti la...kang aku tolong collect cerita hantu yang penah berlaku kat
kengkawan aku lak.
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Fri May 08, 2009 8:24 pm

Bilik Aneh Di Rumah
Atuk


Setiap kali hujan lebat dimalam Jumaat, aku pasti terkenang kejadian
ngeri dirumah datukku. Kejadian ini berlaku kira-kira 13 tahun yang lalu.
Aku masih ingat tarikhnya iaitu pada 13/3/86. Waktu itu cuti sekolah. Aku
tinggal bersama datukku disebuah kampung pendalaman di negeri Pahang. Datukku
memang seorang pawang yang terkenal. Walaupun rumahnya agak jauh dipendalaman,
tetapi ramai orang datang kerumahnya untuk mendapatkan ubat dan rawatan
secara tradisional. Setiap kali dia mengubati orang dia akan masuk kesebuah
bilik kecil yang hanya diterangi oleh cahaya lilin. Tiada siapa yang dibenarkan
masuk kecuali dia seorang walaupun pesakit itu sendiri. Sewaktu dia didalam
bilik, kami yang diluar akan mendengar suara seperti orang berbual dalam
bahasa yang tidak difahami. Apabila dia keluar dia akan membawa sebotol
air. Katanya air itu adalah ubat buat sipesakit. Entah dari mana datangnya
air itu, aku sendiri tak pasti kerana setahu aku dirumahnya cuma terdapat
satu paip air iaitu di bahagian dapur.
Datukku memang sudah lama tinggal sendirian. Aku sendiri tidak pernah
melihat wajah nenekku. Katanya nenekku meninggal sewaktu aku masih kecil
lagi. Dia tidak akan menerima sebarang pesakit pada setiap malam Jumaat.
Katanya dia ingin menghabiskan malam Jumaat dengan beramal. Dan pada setiap
malam Jumaat aku dihantar kerumah Pak Cik ku yang tidak berapa jauh dari
rumahnya. Katanya dia tidak mahu diganggu.
Pada 13/3/86, hujan turun begitu lebat sekali dengan kilat dan guruh
yang sabung-menyabung. Malam itu dia tidak dapat menghantar aku kerumah
Pak Cik ku. Selepas masuk waktu maghrib, dia berpesan kepadaku supaya tidak
menganggunya dan menyuruh aku membuat kerja sendiri didalam bilik bersebelahan
dengan bilik kecil tempat dia beribadat. Aku tidak membantah. Sepanjang
waktu itu aku terdengar datukku mengaji dan membaca Yassin. Aku tidak mengesyaki
sesuatu sehingga lah kira-kira jam 9:30 malam apabila aku terdengar datuk
seperti berbual dengan seseorang didalam biliknya dengan bahasa yang pelik.
Tapi cuma suaranya sahaja yang kedengaran. Tiba-tiba aku terdengar datuk
melaungkan azan disertai dengan dentuman guruh yang begitu kuat sekali.
Aku tersintak. Segera aku keluar dan mengetuk biliknya. Datuk seolah-olah
tidak memperdulikan aku. Aku cuba membuka pintu biliknya tetapi dikunci
dari dalam. Aku terus mengetuk.
Tidak lama kemudian, datuk membuka pintu. Mukanya bengis. Matanya merah
menyala. Dia memandang aku dengan satu pandangan seolah-olah ingin menelanku
hidup-hidup. Aku terkedu. Dan mengundur beberapa langkah. Mungkin datuk
faham perasaanku ketika itu. Dia tidak berkata sepatah pun. Dia terus menuju
kepintu hadapan. Sebelum dia melangkah keluar didalam hujan lebat dia berpesan
supaya jangan sekali-kali aku masuk atau cuba mengintai bilik kecilnya.
Aku cuma mengangguk.
Setelah dia pergi, hati ku terus tertanya-tanya apa yang ada didalam
bilik kecilnya itu sehinggakan tiada sesiapa yang dibenarkan masuk atau
melihat isi dalamnya. Kerana rasa ingin tahu yang teramat sangat, aku tidak
mengendahkan amarannya. Dengan perlahan-lahan aku menolak pintu biliknya.
Suasana didalamnya terasa sejuk dengan cahaya api lilin yang berbalam-balam.
Seluruh ruang bilik itu dipenuhi dengan bau keminyan. Lilin besar berwarna
hitam didalam bekas tembaga diletakkan diatas para yang dilapik dengan
kain hitam. Sebelahnya terdapat satu lagi bekas tembaga yang bertutup.
Aku memerhati disekelilingku. Tidak ada satu perabut pun. Cuma sekeping
tikar mengkuang lama dan bekas pembakar keminyan sahaja yang kulihat. Hati
tu berdetik untuk melihat isi kandungan bekas tembaga yang bertutup tadi.
Dengan perlahan-lahan aku membuka tutupnya. Tidak semena-mena satu cahaya
kilat memancar disertai dentuman guruh yang amat kuat memekak telingaku.
Aku tersangat terkejut sehingga tutup tembaga terlepas dari tanganku. Disaat
itu juga aku terdengar satu bisikan ditelinga kiriku. Bulu romaku meremang.
Aku bingkas bangun dan berlari keluar. Keadaan diluar gelap gelita. Mungkin
kilat tadi telah menyambar kotak fius rumah datukku. Aku semakin kecut.
Aku seakan-akan terdengar suara hilaian dari atas bumbung rumah. Tiba-tiba
pintu bilik datukku tertutup dengan kuatnya seperti ditiup angin. Keadaan
menjadi semakin gelap. Aku mengucap dan membaca segala ayat-ayat suci yang
terlintas difikiran. Disaat itu juga aku terdengar seperti ada orang sedang
memijak tangga dapur disertai dengan bau bunga melur bercampur dengan bau
keminyan. Aku semakin panik. Aku menoleh kedapur dan terlihat sehelai kain
putih yang terawang-awang di pintu dapur. Suara hilaian diatas bumbung
semakin menjadi-jadi. Ketika itu aku sudah hilang pertimbangan. Aku terus
berlari kepintu hadapan. Malangnya kaki ku tersangkut sesuatu. Aku tersungkur.
Aku cuba bangun tetapi kesakitan menghalang aku berbuat demikian. Aku terasa
ada sesuatu mencuit bahu kananku. Aku terus menoleh. Apa yang aku lihat
sungguh mengerikan. Ada sekujur tubuh budak perempuan yang teramat kurus
berdiri tegak disebelahku. Oleh kerana jarak antara kami begitu dekat aku
dapat melihat matanya besar dan bulat tetapi tidak ada mata hitam dan baunya
sungguh busuk seperti bau bangkai. Semangatku terus hilang.
Apabila aku tersedar, aku telah berada dikatil hospital. Ibubapa dan
datukku ada bersama. Mata ibuku merah mungkin kerana terlalu banyak menangis.
Katanya aku telah tersantar disitu hampir 4 hari. Kaki kiriku bersimen.
Menurutnya datuk menjumpaiku dihalaman rumah sewaktu hujan lebat sekembalinya
dari kedai untuk membeli rokok daun. Ibu diberitahu oleh datuk yang aku
mungkin terjatuh dari tangga ketika aku cuba untuk kerumah pakcikku diwaktu
hujan. Katanya lagi mungkin aku takut tinggal sendirian ketika itu waktu
keadaan rumah yang gelap dan hujan lebat. Aku tidak pasti samada datuk
menceritakan perkara yang sebenarnya.
Datuk tidak pernah menanyakan peristiwa yang berlaku sehinggalah dia
menghembuskan nafas yang terakhir 6 tahun lalu. Cuma satu pesanannya yang
aku ingat sehingga sekarang. Hendaklah kita mematuhi segala pesanan orang
tua untuk kebahagian diri sendiri dan orang-orang yang disayangi dan menyayangi
diri kita ini.
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Fri May 08, 2009 8:24 pm

a'kum.ini ada satu cerita yang saya mesti paparkan iaitu Batu
Berpuaka.

Pada suatu hari, ayah saya membuat perancangan untuk pergi ke pulau
langkawi memandangkan cuti sekolah [cerita ini berlaku pada Mei1995] dia
pun ajak ler makbapak dier pergi sama. Kami pun sampai bla...bla...
Hari 4 kami bercadang utk. ke Telaga Tujoh. Ketika kami pergi disana
kena panjat/daki bukit [entah ler aku pun tak tahu]. Sampai ditengah jalan
datuk aku pening dan apabila pandang belakang jauh sangat dan mintak turun
balik. Kami mula panik. Ketika sedang berehat kami ternapak batu cantik
berwarna biru muda dekat tempat letak kereta [sekarang ada/tidak aku tak
tau].
Kami pun ambil lebih kurang 11 batu itu utk dibuat alat hiasan rumah
dan pokok bunga. Hari sudah tengahari ayah mahu pulang. Malam tu..datuk
aku menyimpan batu itu didalam almari berdekatan dengan tempat tidur dia.
Dia pun bermimpi...suatu hari tu. Dia menebas pokok pisang dibelakang rumah
tiba-tiba namanya dipanggil 'Bakar,Bakar'(bukan nama sebenar) seperti suara
seorang perempuan [nak tahu tengok filem dupa cendana macammana namanya
dipanggil 'dupa,dupa' begitulah lebih kurangnya]. Dia pun mendekati suara
itu. Alangkah terkejutnya,apaila dia melihat seorang puteri tersenyum sambil
melambai-lambai tangan kearahnya dengan bauan yang wangi serta terapung-apung
diudara [pokok jambu]. Dia tersedar dan menjerit [sepert histeria tapi
tak lah sangat].
Lepas dia mengamuk tu,dia menyuruh aku dan nenek pergi tengok diluar.
Alangkah terkejutnya aku seorang puteri duduk di dahan itu sambil tersenyum
kearah aku. Kemudian nenek mengambil payung yang berdekatan dengan aku
tetapi aku menghalang nenek berbuat demikian kerana khuatir itu manusia
nenek berkata itu bukan manusia tetapi makhluk ghaib. Aku memegang parang
kayu nenek ambil payung sambil menjolok-jolok ke arah puteri itu. Nenek
aku ni memang pantang jumpa makhluk ghaib tetapi dia mempunyai ilmu kekuatan.
Dia bertempur dengan nenek entah berapa minit entah. Aku rasa ada 'can'
kalau aku menyerangnya dari belakang. Aku naik keatas tangga kayu kemudian
hendak membunuh puteri itu dari belakang tetapi tidak kena dia tidak sedar
bahawa aku ada dibelakang dia tiba-tiba ternampaklah satu pancaran bintang-bintang
turun ke tanah keluarga aku hanya mampu menengok melainkan datuk. Bintang-bintang
itu membentuk seperti puteri itu juga, aku bilang lebih kurang 10 orang
puteri masa tu. Apalagi seisi keluarga turun membawa parang,kayu dll. Tiba-tiba
puteri itu menoleh ke arah belakang dan bergabung membentuk boleh digambarkan
seperti raksasa ngeri dibuatnya. Kami cuba melawan makhluk itu setiap kali
mendempangkan tangannya ke arah kami. Jam sudah menunjukkan pukul 2.30
pagi.Aku teringkat akan batu itu kemudian aku ambil dirumah dan berikan
pada datuk. Datuk segera menunjukkan batu itu ke arah makhluk itu kemudian
makhluk itu keluar menjadi puteri balik kemudian mengundur kebelakang.
Tiba-tiba seorang daripada mereka berkata 'Kami akan kembali' datuk
membaling batu ke arah mereka kena,tapi selepas itu mereka ghaib.
Keesokkanya kami berjumpa dukun untuk bertanya tentang tragedi semalam.
Dukun berkata batu itu tempat puteri-puteri masa kecil dahulu bermain.
Tetapi meningkat dewasa mereka dituduh mencuri batu itu. Kemudian mereka
dijatuhi hukuman mati. Kini mereka hendak menntut balik barang kepunyaan
mereka tetapi tidak boleh kerana batu itu datuk aku dah baca doa maka tak
bolehlah.
Sekarang batu itu masih dalam tangan datukku dan keluarga ku. Kita akan
saksikan kisah selanjutnya tentang puteri itu muncul kembali 3 tahun selepas
itu pada masa-masa akan datang dan saya akan cerita kisah yang lain pula.
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Fri May 08, 2009 8:25 pm

Pengalaman menyeramkan ini berlaku
pada tahun 1991, di tingkat bawah rumah aku. Aku tidur di atas sofa panjang
ruang tamu, dan memang sebenarnya itulah tempat tidur aku. Rumah aku ni
ada empat bilik, tapi semuanya berpenghuni. Dengan rela hatinya aku tidur
kat situ, bertemankan kucing yang hari-hari berebut sofa tu dengan aku.
Dah dia pun tidur situ jugak.

Malam tu, macam biasa je, aku letak kepala
sambil mulut terkumat-kamit baca doa tidur. Entah macam mana, mata aku
tak rasa mengantuk sangat. Jadi, aku layan la lebih kurang. Tah sampai
ke mana, tak tau la aku. Sedar tak sedar, aku rasa dah macam terawang-awang,
antara tidur dan jaga, tapi aku masih sedar lagi masa tu. Kat sebelah sofa
tempat aku tidur tu ada sepohon pokok plastik yang tingginya lebih kurang
sama dengan aku. Pokok tu dibuat daripada akar pokok besar, dan dipasang
daun plastik di sekelilingnya. Selalu aku tengok orang buat macam pokok
bonsai tu. Ada banyak bunga berwarna merah di setiap hujung ranting pohon
tu.

Mata aku yang semakin layu tegak memerhatikan
pohon tu. Aku rasa macam tak boleh nak pejam sepenuhnya sebab bunga-bunga
merah kat pohon tu mula bertukar warna kepada oren secara perlahan-lahan.
Aku cuba bangun, tapi tak boleh! Cuba pulak pusing kepala, rasa macam boleh,
tapi tak berpusing pun! Bunga-bunga tu pula dah berubah bentuk. Aku tak
nampak bunga lagi, tapi aku nampak suatu benda kecil seperti kelawar sedang
bergayut di situ. Kenal kelawar tak? Takkan tak kenal, kan. Kelawar biasa
warnanya hitam, tapi kelawar ni berwarna oren. Siap dengan taringnya menyeringai
ke arahku. Aku dah tak tau nak buat apa melainkan cuma terus memandang
ke arah kelawar yang banyak tu. Aku cuba baca ayat kursi, tapi tak menjadi.
Rasa macam dah betul, tapi tak betul. Kalau orang tengok aku masa tu, orang
akan kata aku dah tidur, tapi sebenarnya aku sedar apa yang berlaku di
sekeliling. Cuma aku tak boleh bertindak. Buktinya, tak lama lepas tu mak
aku lalu situ. Spontan mata aku terbuka dan objek tadi bertukar menjadi
bunga semula.

Aku tak tahu nak kategorikan apa cerita
aku ni, tapi sebenarnya adalah kisah benar. Aku ada dengar jugak beberapa
orang cerita mengatakan rumah aku tinggal tu memang agak keras. Entah,
tak tahulah nak kata. Selain daripada cerita ni, ada jugak benda lain yang
berlaku. Ada sekali tu aku dengar bunyi air melimpah dari bilik air atas.
Aku naik, spontan bunyi tu hilang dan berpindah ke bilik air tingkat bawah
pulak. Begitulah sebaliknya bila aku turun ke bawah. Aku malas cakap banyak,
terus keluar naik motor. Waktu tu baru je lepas asar. Semua orang tak ada
kat rumah. Adik aku pun pernah tengok pintu dapur yang berkunci terbuka
sendiri. Pernah jugak aku dengar dari penghuni rumah sebelum ni ada menceritakan
ada sekali dulu dia pernah ternampak hantu pocong bergolek-golek kat ruang
tamu tu, lepas satu-satu macam main golek-golek pulak hantu tu. Tapi sekarang
ni tak tau lah aku semenjak pindah ni macammana pulak ceritanya rumah tu
sekarang. Wassalam.
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Fri May 08, 2009 8:25 pm



HATI saya mula rungsing. Mayat yang sedang
saya mandikan menyebabkan bulu roma saya tegak, seram, seluruh badan berasa
hangat serta tidak tenteram.

Bukanlah keadaan mayat yang cuma separuh
sahaja itu yang sebabkan saya rasa seram, tapi ada sesuatu yang lain yang
saya rasakan ada bersama-sama kami, yang mengganggu kami. Keadaan mayat
tersebut memang mengerikan sebab cuma bahagian pinggang kebawah saja yang
saya dan kawan-kawan saya uruskan. Mayat yang dalam lingkungan umur 30-an
itu dijumpai terapung di dalam laut selepas beberapa hari dicampak ke situ.
Baunya memang busuk.

Walaupun demikian sekali rupa mayat tersebut,
namun ia tidak menyeramkan saya. Sudah bermacam-macam mayat yang pernah
saya uruskan yang lebih dahsyat dan lebih ngeri daripada itu. Tapi mayat
yang ini lain macam sedikit.

Semasa memandikan jenazah itu bulu roma
saya terus tegak. Tapi saya uruskan juga sambil membaca ayat-ayat suci
al-Quran, khususnya ayat kursi, terus saya baca. Berdasarkan pengalaman
lepas-lepas, jika begitu perasaan yang saya alami, maknanya jenazah yang
saya uruskan bukanlah dari kalangan mereka yang dicintai Allah.

Apabila sudah selesai menguruskannya, kami
hantar jenazah tersebut ke kawasan perkuburan.

"Encik, jangan kebumikan dulu jenazah ini,
sehingga saya datang ke sini semula," pesan saya kepada penggali kubur.
Saya tidak dapat turut serta kerana saya perlu menghantar dahulu juruurus
jenazah wanita yang dipanggil satu jenazah.

"Insya-Allah," jawab penggali kubur tersebut.
Saya tinggalkan dia tanpa memberitahu kepadanya bahawa mayat tersebut bermasalah.
Bagi saya ini perkara aib, tak perlulah saya jelaskan kepadanya.

Selepas menghantar juruurus jenazah wanita,
saya balik ke kawasan perkuburan tersebut. Hajatnya untuk sama-sama mengebumikan
jenazah berkenaan, namun apaliba tiba di kuburnya, saya tengok ia sudah
dikebumikan.

"Tak apalah ustaz. Saya dah kebumikan. Dah
selesai," kata penggali kubur tersebut.

"Alhamdulillah. Tak apalah, saya balik dulu."
Namun apabila masuk sahaja ke dalam kereta,
saya rasa seperti ada sesuatu yang mengekori. Seolah-olahnya mayat itu
ada dalam kereta untuk mengikut saya pulang ke rumah. Perasaan seram kembali
semula. Dengan serba sedikit ilmu yang saya tahu, saya cuba halau ‘benda’
itu. Namun saya tahu saya gagal dan ia mengekori hingga ke rumah kerana
pada malam itu saya berperang dengannya.

Kira-kira pukul 11 malam, ketika kami sekeluarga
hendak tidur, saya mula rasa lain macam. Isteri dan anak saya juga gelisah
seperti ada sesuatu yang menggangguperasaan mereka. Perasaan seram kembali
datang. Bulu roma saya meremang.

Satu demi satu ayat saya baca dan kemudian
hembuskan hingga syaitan itu pergi meninggalkan saya. Biasanya saya gunakan
surah al-Fatihah, tiga Qul, ayat Qursi, amanarrasul dan satu ayat lain
yang terakhir. Alhamdulillah saya berjaya, tapi tidak lama kemudian, gangguan
itu datang kembali. Sekali lagi saya bacakan ayat-ayat tertentu dan hembuskan
ke arahnya. Untuk sementara waktu, ia lari meninggalkan saya.

Rupa-rupanya gangguan itu cumalah permulaan.
Semakin larut malam, tindakannya semakin agresif. Apabila saya mula hendak
melelapkan mata, ia kembali semula dan mencucuk tubuh saya. Saya tersentak
dan tidak jadi tidur. Saya lihat sekeliling, tapi tiada apa yang saya nampak
kecuali gelap. Saya baca ayat-ayat tertentu dan gangguan itu berhenti seketika.

Memikirkan gangguan itu sudah berakhir,
saya cuba melelapkan mata. Namun apabila saya hampir terlena, ia datang
semula dan mencucuk pusat saya. Sekali lagi tersentak. Begitulah yang berlaku
seterusnya. Punggung dan badan saya dicucuk apabila hendak melelapkan mata.
Setelah hampir sejam diganggu, akhirnya gangguan itu terus berhenti. Saya
tidur tanpa sebarang gangguan lagi.

Alhamdulillah, itulah sekali saya diganggu
oleh syaitan daripada mayat berkenaan.

Telahan saya bahawa gangguan tersebut berpunca
daripada mayat yang saya uruskan pada siang harinya memang berasas. Sebabnya
ialah tidak berapa lama kemudian saya mendapat berita bahawa penggali kubur
itu telah sakit selama sebulan. Sejak mengebumikan mayat tersebut, hidup
penggali kubur itu mula tidak tenteram kerana diekori oleh ‘mayat’ berkenaan.
Apabila dia masuk saja ke pejabat, dilihatnya mayat itu berada di dalam
pejabatnya. Apabila dia masuk bilik mandi, di situ juga ada mayat.

Pendeknya ke mana sahaja dia pergi, di bilik
tidur, di ruang tamu, di bawah pokok atau di mana sekalipun, pasti dia
akan ternampak mayat itu. Akibatnya dia sakit selama sebulan dan meracau
yang bukan-bukan. Selepas puas berubat, akhirnya dia sembuh seperti sedia
kala.

Mungkin ada yang mengatakan cerita saya
ini karut, atau sengaja direka, tapi percayalah, ia memang benar-benar
terjadi. Bagaimanapun, alhamdulillah, kejadian itu memberi iktibar yang
besar kepada saya.

Dari segi syarak, gangguan yang kami alami
itu dilakukan oleh iblis menyerupai mayat untuk menakutkan kita supaya
kita berhenti daripada menguruskan jenazah. Gangguan seperti ini jangan
dilayan kerana menguruskan jenazah adalah ibadah.

Saya yakin gangguan yang kami lalui berpunca
daripada ilmu hitam yang diamalkan oleh lelaki tersebut. Menurut pendapat
sesetengah orang, gangguan seperti itu berlaku kerana lelaki berkenaan
membela jin dan syaitan untuk dijadikan khadam melindunginya.

Bagi yang menuntut ilmu kebal, salah satu
cara untuk membunuhnya ialah dengan membuang separuh mayatnya ke dalam
sungai atau laut dan separuh lagi dibuang di darat. Itulah syaratnya kerana
kalau kedua-dua bahagian tubuh itu dibuang di darat, atau kedua-duanya
dibuang ke dalam air, ia akan bercantum dan mayat tersebut akan hidup semula.
Itulah cerita yang saya dengar, betul atau tidak wallahuaklam.

Nasihat saya, janganlah dituntut ilmu yang
bukan-bukan, yang bersahabat dengan syaitan. Dalam syarak, apa ilmu kita
tuntut pun kita tak boleh kebal. Malah nabi yang hafaz al-Quran, rasul,
tapi dia juga cedera semasa perang. Sebenarnya kita bukannya kebal, tapi
dilindungi oleh jin.

Ingatlah, jika kita berkehendakkan sesuatu,
bermohonlah kepada Allah. Janganlah salah guna ayat al-Quran. Dan apabila
berdoa, jangan berwasilahkan kepada yang lain daripada nabi.
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Fri May 08, 2009 8:25 pm

aku nak cerita satu cerita hantu nih..baca ye...cerita dia macam
nih...
cerita ni berlaku kat gua musang kelantan..ada sorang taxi driver ni
suka sangat cari duit lebih..dia selalu bawak teksi malam , lepas tu kalau
orang naik, dia kenakan mahal2..orang terpaksalah sebab takut nak tinggal
sorang2...
satu malam tu, dia tengah tunggu mangsa kat stesyen bas kat bandar tu..dia
tu tunggu bas express dari mana2 yang sampai tengah malam buta..sebab lama
tunggu tapi takde pun bas sampai, dia pun nak chow la....tengah dia start
engine teksi tu, ada satu bas dari kl menuju ke kota bharu singgah kat
situ. tapi ada sorang aje penumpang yang turun. pompuan seksi pulak tu...dia
pun tersengih la....nampak mangsa la tu....dia pun cepat2 keluar dari teksi
dan pegi kat pompuan tu..cantik jugak pompuan tu..rupa dia, sikit2 macam
you la.... ( just kidding..)
tapi pompuan tu bawak beg tangan aje..dia pun offer la nak hantar pompuan
tu..sebab malam dah larut, embun pun dah turun dan lagi pulak senyap sunyi
kat bus station tu, pompuan tu pun setuju ajelah....(baik2 sikit..dah nak
suspen ni...) lepas tu, pompuan tu pun duduk la kat seat belakang..kampung
dia lebih kurang 15 minit dari bandar tu...tapi memang ceruk gila la..
teksi driver ni ingat nak berbual2 ngan pompuan tu sepanjang perjalanan,
tapi pompuan tu senyap aje..pemalu agaknya..masa dalam teksi tu, harum
dengan bau minyak wangi pompuan tu aje..sepanjang-panjang perjalanan tu
diorang tak cakap apa..
bila dah keluar sikit dari bandar tu, kiri kanan tinggal hutan aje..malam
pulak tu gelap gila...mamat tu drive slow aje...
TIBA-TIBA...(jeng..jeng..jeng....), pemandu teksi tu tercium bau busuk
sangat....dia cool aje mula-mulanya, tapi makin lama makin busuk pulak..dia
dah mula gelabah! dia cuba tengok kat cermin kereta, tapi pompuan tu tunduk
aje..makin lama makin busuk! dia pun drive laju sikit sebab dia dah tak
sedap hati
dah le sepanjang jalan tu gelap gelita....tak lama lepas tu..diorang
lalu kubur orang Islam...lepas aje kubur tu, pompuan tu suruh lelaki tu
berenti..dari jauh, pemandu teksi tu nampak le ada cahaya lampu kejauhan
macam dari sebuah rumah..lelaki tu dah berpeluh habis! pompuan tu pun tanya
berapa bayaran, pemandu teksi tu jawab le, 3 ringgit aje..biasanya, kalau
jauh macam tu dia charge sampai 20 ringgit..tapi standaard lah kan..dah
takut tu....
lepas bayar, pompuan tu cepat- cepat keluar..lelaki pun lega la..bau
busuk pun dah hilang..tengah dia nak start engine balik tu..tiba- tiba
ada orang ketuk tingkap kereta dia! dia terus berdebar2 gila...dia taknak
pandang sapa yang ketuk, tapi secara automatik aje tangan dia lowerkan
tingkap tu..dia jelinglah, lalu ternampaklah dengan ekor mata dia,pompuan
tadi kat ingkap tu..pompuan tu masih tunduk..tetiba aje pompuan tu pun
cakap:
"Encik, maaflah pasal bau busuk dalam teksi tadi..saya terkentut sebab
sakit perut sangat. siang tadi baru makan telur pulak tu..." lepas aje
dia cakap tu, dia pun berlari ke arah rumahnya dan kedengaran lah oleh
pemandu teksi tu sayup2 bunyi kentut pompuan tu yang tengah sakit perut
gila..yang dia asyik tunduk dalam teksi tu sebab dia malu dia terkentut.
sekian, terima kasih..
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Fri May 08, 2009 8:26 pm

Kisah ini terjadi semasa aku berada
di dalam

tingkatan satu. Waktu itu, aku tinggal di
asrama. Seperti kebiasaan, pada bulan Julai setiap tahun, satu
asrama mesti heboh dengan histeria dan bermacam-macam lagi. Pada
masa itu, seluruh asrama berada dalam ketakutan. Pada
waktu malam, kami tidak berani tidur lewat seperti hari-hari biasa.
Tepat saja pukul 11.00 semuanya mesti telah berselubung di atas katil...

Tetapi, pada suatu malam.......
Aku dan kawan-kawan sedang bersembang
mengenai hantu yang dikatakan sedang berkeliaran di asrama kami pada masa
itu.

Kami yang terkenal dengan sifat berani,
mengutuk-ngutuk hantu yang selalu mengacau ketenteraman kami di asrama.
Sedang enak kami mengutuk, kipas angin yang sedang elok berpusing
dari tadi tiba-tiba meletup lalu terpelanting!
Kami berpandangan sesama sendiri.
Rasa takut menyelubungi

diri.
"Apa tu??,"Adnan, kawanku bersuara"Barangkali ia
marah kita

mengutuk-ngutuknya tak??,"
"Ah, biarkan saja! Kalau berani, marilah!!,"Ikmal
menjerit sambil memandang ke syiling.
"Sudahlah, mari kita tidur,"kataku pula. Seraya
dengan itu,

kami pun naik ke katil masing-masing.
Jam sudah pun menunjukkan pukul 1.45 pagi. Namun
aku masih tidak dapat melelapkan mata. Begitu juga dengan rakan-rakanku
yang lain. Tiba-tiba kami terdengar bunyi seperti orang berjalan
di koridor asrama. Semakin lama semakin kuat.

Kami bergegas keluar daripada dorm. Apabila kami
sampai,

bunyi tersebut hilang dan tiada apa-apa di situ.
Kami kehairanan. Kami mengambil keputusan untuk masuk semula ke dorm.
Tetapi, belum sempat kami sampai ke pintu, jeritan pelajar
perempuan kedengaran. Kami terkejut. Seluruh isi asrama terjaga.
Pelajar-pelajar form five bergegas ke asrama puteri dan azan di situ.
Sesetengahnya pula mengambil surah yassin dan membacanya di dorm masing-masing.
Beberapa lama kemudian, barulah kami tahu yang pelajar perempuan
diserang histeria. Suara azan dan ayat Al-Quran memenuhi ruang asrama.

Tiba-tiba beratus-beratus cahaya yang berupa kilat keluar
dari bumbung Asrama Puteri. Setelah itu, keadaan asrama kembali
tenang.
Selepas dari kejadian itu, aku
dan kawan-kawan tidak berani lagi bermulut celupar. Kami percaya
bahawa kejadian pada malam itu adalah disebabkan oleh kami.....
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Fri May 08, 2009 8:26 pm

Beberapa tahun yang lalu,
satu pasangan suami isteri, Wong dan Mei telah pergi berbulan madu
di Pulau Toba, Indonesia. Tanpa pengetahuan Mei, Wong
membeli sejenis alat muzik purba yang berharga RM400.00. Setelah
mereka pulang ke rumah, Wong menggantung alat muzik tersebut di dinding
dan ini tidak menyenangkan Mei. Mei berasa marah kerana suaminya
membazirkan wang untuk membeli alat muzik yang disifatkannya tidak berfaedah
itu. Mereka selalu bergaduh kerana alat muzik tersebut.


Walaubagaimanapun,
pergaduhan mereka reda setelah Mei mengandungkan anak pertama mereka.
Hidup mereka kembali aman. Tetapi perkara yang menggerunkan telah
berlaku. Alat muzik purba itu mula mengeluarkan muzik dengan sendirinya.


Mei mula berasa takut tetapi dia
tidak sedar yang muzik itu datang dari alat muzik purba tersebut.
Apa yang menghairankan, muzik yang dimainkan adalah mengikut emosi
Mei. Apabila dia berada dalam keadaan gelisah atau bersedih,
alat muzik tersebut akan memainkan lagu yang akan menggembirakan Mei.
Bukan saja Mei yang mendengarnya, malah Wong juga selalu terdengar
alunan merdu muzik tersebut. Wong mula mengesyaki sesuatu.

Tetapi sekali
lagi kegelisahan mereka terubat. Mei telah berjaya melahirkan bayi
lelaki yang comel yang dinamakan Leong. Dipendekkan cerita,
Wong dan Mei menggaji seorang pengasuh untuk mengasuh bayi mereka.
Pengasuh tersebut adalah seorang yang berasal dari Indonesia.




Pada suatu hari,
alat muzik itu sekali lagi memainkan muziknya. Kali ini muziknya
seperti untuk menyambut kelahiran bayi tersebut. Pengasuh keluarga
Wong terkejut dengan apa yang didengarnya. Dia segera ke tempat tidur
Leong untuk memastikan keadaan bayi itu. Alangkah terkejutnya apabila
didapati seorang tua sedang mendukung Leong. Pengasuh itu mula berasa
takut dan segera memanggil Wong. Apabila mereka sampai ke tempat
tidur Leong, mereka dapati bahawa bayi itu berada dalam keadaan selamat.

Pengasuh tersebut
dapat merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan rumah itu.
Tiba-tiba dia terpandangkan alat muzik yang tergantung di dinding rumah
tersebut. Menurut pengasuh itu, alat muzik itu berasal dari
Batak. Ia merupakan simbol perlindungan, nasib yang baik dan
keharmonian. Barulah mereka tahu bahawa orang tua yang muncul itu
ialah semangat untuk melindungi dan memastikan keluarga mereka berada dalam
keadaan selamat.
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Fri May 08, 2009 8:26 pm

(Kisah ini dialami oleh rakan karibku... di
sebuah sekolah berasrama penuh....)

Tandas asrama blok B memang sudah
terkenal dengan keseramannya. Ramai senior menceritakan perihal tandas
itu kepada kami (junior). Ada yang nampak kepala oranglah,
tangan berbululah, dan bermacam-macam lagi. Tapi aku sama sekali
tidak percaya akan cerita-cerita karut itu. Pada fikiranku cerita
tersebut

sengaja direka-reka oleh pelajar senior untuk menakut-nakutkan
kami. Lagipun aku dibekalkan tangkal oleh nenekku. Menurutnya,
kegunaan tangkal ini adalah untuk menghalau syaitan dan iblis. Tetapi,
suatu peristiwa telah berlaku yang menyebabkan aku tidak mempercayai nenekku
lagi.............
Pada suatu malam, aku belajar
seorang diri di bilik study. Kawan-kawanku yang lain semuanya sudah
balik ke dorm masing-masing. Oleh kerana aku memikirkan peperiksaan
sudah dekat, aku memilih untuk terus tinggal di bilik study.
Selepas beberapa jam, aku mula berasa mengantuk. Aku mengemas
barang - barang dan naik ke dorm. Sudah menjadi tabiatku, sebelum
tidur aku mesti menggosok gigi dan membuang air kecil. Aku berjalan
seorang diri masuk ke dalam tandas. Tiba-tiba lampu seluruh blok
asrama terpadam.
"Ah, blackout!!,"gerutu hatiku.
Apabila kakiku melangkah ke dalam tandas.
Aku dapat melihat kelibat tubuh orang sedang menggosok gigi di hadapan
cermin. Aku dengan ramahnya melemparkan senyum pada orang tersebut.

Sedang aku menggosok gigi, aku terdengar bunyi
yang ganjil datangnya daripada orang tersebut. Aku mula berasa takut
dan memandang orang itu dengan teliti. Alangkah terkejutnya aku apabila
melihat orang itu menggosok giginya dengan pisau dan mulutnya berlumuran
darah!
Aku terkejut. Apa lagi,
tidak menunggu lama aku terus berlari meninggalkan tandas tersebut sambil
menjerit. Seluruh isi asrama terjaga. Oleh kerana terlampau
terkejut, aku pengsan. Apabila sedar, didapati aku telah
berada di dalam bilik rawatan asrama. Aku menceritakan apa yang berlaku
pada malam itu. Semua kawan-kawanku tercengang dan melopong.
Mulai dari malam itu, aku berjanji
pada diriku bahawa aku tidak akan belajar sehingga lewat malam lagi.
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Fri May 08, 2009 8:27 pm

BAHANA
MULUT CELUPAR

Panggilan telefon di tengah malam itu memang
mengejutkan aku. Tanpa berlengah lagi aku terus bergegas menuju ke
rumah Dinie, iaitu kawan karibku. Perjalanan yang memakan masa hampir


3 jam itu langsung tidak memenatkan
diriku. Malah rasa mengantukku serta-merta hilang sebaik sahaja aku teringatkan
keadaaan yang menimpa Dinie. Aku mahu segera sampai ke rumah Dinie. Setibanya
di sana, aku melihat banyak kereta memenuhi perkarangan rumah Dinie. Aku
bagaikan tidak percaya dengan berita yang disampaikan oleh ibu Dinie sebentar
tadi. Menurut ibunya, sejak balik dari Gua Musang seminggu yang lalu keadaan
Dinie agak berlainan. Aku menjadi tidak tentu arah, seolah-olah ada sesuatu
yang menghantui fikirannya.


Ada kalanya Dinie
meracau-racau tidak menentu hala. Kata ibu Dinie lagi, tiga hari selepas
itu, rambut Dinie tiba-tiba gugur seperti licinnya tempurung kelapa yang
dimesin. Bulu kening dan bulu mata Dinie juga luruh sepeti gugurnya daun
getah semasa musim kemarau. Dalam keadaan dirinya yang tidak terurus itu,
Dinie juga meracau dan mengamuk tidak keruan.


Semakin hari keadaan
Dinie semakin parah. Wajahnya juga tidak secantik dulu. Pipinya cengkung
sehingga menampakkan tulang pipi, dagu, rahang, dan dahi. Matanya bulat
menonjol dan asyik meliar memandang ke kiri dan kanan. Apabila ditinggalkan
keseorangan Dinie akan menjerit-jerit meminta ditemani. Dinie berasa seram
sejuk apabila keseorangan. Tubuhnya serta-merta menggeletar. Dia bukan
sahaja terbayang-bayang lembaga hodoh yanng cuba mencekiknya, bahkan terngiang-ngiang
di telinganya apa yang telah di ucapkan ketika berada di dalam gua tersebut.


Sebelum memulakan
pendakian, aku sudah berpesan supaya dia menjaga setiap tutur katanya.
Tambahan pula, gua tersebut dikatakan 'keras' kerana didiami oleh penunggu
rimba. Namun, dia berdegil dan menganggap perkara tersebut karut. Sepanjang
pendakian, mulut Dinie tidak henti-henti mengomel serta mencela setiap
objek yang terdapat di dalam gua itu. Sudah puas aku menasihatinya, namun
semakin dilarang semakin menjadi-jadi pula.

"Alahai... kelakarnya
rupa dia. Kalau jadi boyfriend aku, aku lari tengah malam ni. Kalah
rupa Jim Carey dalam cerita The Mask. Kah.. kah.. kah.. Bapak aku dua puluh
kali ganda lagi 'handsome' !"


Kata Dinie sambil ketawa.
"Eh..kau ni jangan celupar sangat. Jaga-jaga
sikit mulut kau tu, kita ni kat tempat orang, " nasihat aku.


"Alah .. tak ada bendanya,
kau tu percaya sangat dengan karut-marut ni. Lagipun benda ni bukannya
hidup. Tak ada maknanya kita takut," tambah Dinie lagi.


"Engkau ni kalau cakap
biar berlapik, nanti sebab mulut badan binasa. Aku tak campur...", balas
aku pada Dinie sambil mengelengkan kepala.


"Ye lah tu.. cakap
biar berlapik, sebab dek mulut badan binasa. Aku tak campur.... he.. he..he..",
jawab Dinie sambil mengejek-ejek cakapku.


Sehari selepas
pulang dari gua tersebut, Dinie mula berasa keanehan. Setiap kali dia cuba
melelapkan mata, dia akan terbayang wajah lelaki yang melatari dinding
gua tersebut. Wajah lelaki yang dikatakan hodoh seperti Jim carey dalam
The Mask sentiasa bermain-main di kelopak matanya.Adakalanya dia seakan
terbayangkan wajah itu berada di sampingnya. Sejak itu tidur malamnya sering
terganggu. Mimpinya sering di datangi wajah yang serupa dan berlumuran
darah. Dinie menjadi fobia dengan keadaan itu. kadangkala hanya dengan
bayangan wajah itu sahaja sudah cukup membuatkan dia menangis dan menjerit.
Selain itu, Dinie juga menderita akibat sakit kepala yang kronik sehingga
dia tidak mampu untuk melakukan apa sahaja. Kepalanya bagaikan mahu pecah
dan mahu sahaja dia menghantukkan kepalanya di dinding.


Doktor yang merawat
Dinie juga gagal untuk mengesan puncanya. Akhirnya keluarga Dinie mengambil
keputusan memilih untuk berubat secara tradisional. Kebanyakkan bomoh yang
ditemui rata-rata mengatakan Dinie menderita akibat terkena sumpahan
penunggu Gua Musang. Kononnya penunggu itu marah dengan kata-kata yang
dilemparkan oleh Dinie semasa pendakian itu. Bomoh itu menjangkakan
kesakitan yang ditanggung oleh Dinie itu akan sembuh sebaik sahaja penunggu
gua itu memaafkan dirinya.


Dengan izin Allah,
kini Dinie telah kembali pulih seperti sediakala hasil ikhtiar secara tradisional.
Ini kerana keluarganya tidak jemu-jemu mencari ubat untuk menyembuhkan
penyakit Dinie. Pengalaman tersebut memberi pengajaran kepada Dinie supaya
berhati-hati dalam menyatakan sesuatu jika berada di tempat yang orang.


Kadangkala, walaupun
sesuatu benda itu tidak dimiliki oleh sesiapa, kita juga perlu menghormati
semangat dan asal usulnya. Ini kerana sesuatu itu boleh terjadi dengan
keizinan Yang Maha Esa. Kisah yang dialami oleh Dinie ini boleh dijadikan
teladan kepada kita semua.
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Fri May 08, 2009 8:27 pm

TANGLUNG
SIAPAKAH DI LANDASAN KERETA API ITU. . . ?!!!!!

Sebuah kereta api meluncur
laju merentasi Mississippi, Amerika Syarikat pada lewat malam 1926. Cuaca
agak dingin, sunyi dan gelap.



Ketika kereta api milik Central Illinois Railroad itu hampir tiba di Beauregard,
sebuah bandar kecil di pinggir Mississippi, sebuah tanglung tiba-tiba dilihat
terawang-awang di tengah landasan tersebut. Ia dihayun ke hadapan dan ke
belakang sebagai isyarat supaya kereta api berkenaan berhenti.



"BERHENTI!!! Ada orang di landasan!" penjaga brek menjerit ke arah pemandu
yang duduk di sebelahnya.



Kereta api itu diperlahankan dan kemudian berhenti di stesen kecil tidak
jauh dari tempat tanglung tersebut dilihat. Tanpa turun dari kereta api,
pemandunya yang sejak tadi memerhatikan tanglung tersebut menjengah ke
luar.



"Siapa tu?!" Dia menjerit, namun tidak dijawab.



Mereka memanggil beberapa kali, juga tidak bersahut. Tiada sesiapa di situ.
Malah tanglung tersebut juga hilang begitu sahaja.



Lalu mereka berdua turun dari kereta api dan mencari di sekitarnya kalau-kalau
orang yang membawa tanglung tersebut sudah meninggalkan landasan. Puas
dicari namun mereka gagal mengesannya. Tanglung juga lenyap entah ke mana.



Pemandu kereta api dan pembantunya mendiamkan diri seketika. Mereka memasang
telinga bagi mengesan kalau-kalau ada pergerakan seseorang di situ. Sunyi.
Yang didengari hanyalah bunyi cengkerikserta geseran daun ditiup angin.



Mereka naik semula ke kereta api dan memecutnya. Sampai di Stesen McComb,
mereka melaporkan kejadian tersebut kepada penyelia, tetapi ditertawakan
sahaja. Malam esoknya, mereka membuat satu lagi laporan kerana terserempak
dengan tanglung tersebut di kawasan yang sama. Aduan itu juga tidak diendahkan
oleh penyelia berkenaan.



Bagaimanapun, apabila pemandu-pemandu lain pula membuat aduan mengenai
perkara tersebut,penyelia itu mula mengubah fikiran.Lalu dia menghantar
dua kakitangan untuk menyiasat.



Temu bual dengan saksi-saksi mendapati kesemua mereka memberikan cerita
yang sama.Kata mereka,tanglung itu muncul pada waktu dan tempat yang sama,berhampiran
sebuah rumah besar tidak berpenghuni di pinggir Beauregard.



Siasatan ke atas rumah tersebut pula mendapati,ia pernah dimiliki oleh
seorang doktor bernama Dr.Elias Alford Rowan.Ia terbiar begitu sahaja selepas
Dr.Rowan terbunuh pada 1912. Perabot -perabot di dalamnya terbiar dipenuhi
sawang dan habuk.



Apabila ditanya kepada penduduk sekitar, mereka memberitahu, tiada sesiapa
yang berani mendekati rumah berkenaan kerana sering melihat lembaga-lembaga
aneh dan menakutkan.Siasatan selanjutnya mendapati rumah tersebut,termasuk
Dr.Rowan sebagai bekas biliknya,menyimpan sebuah kisah tragis.



Dr.Rowan sengaja membina rumah yang besar, tiga tingkat dan mempunyai 23
bilik kerana dia merancang untuk menjadikannya sebagai hospital.



Satu hari minggu pada 1883, bandar Beauregard telah dilanda ribut taufan
yang dahsyat mengakibatkan banyak salun, sekolah, gereja, pejabat pos,
dewan dan 35 buah rumah musnah. Cuma tiga buah rumah sahaja yang terselamat
daripada bencana itu. Salah satunya milik Dr.Rowan.



Kemusnahan harta benda, kematian dan kecederaan yang dialami penduduk Beauregard
menyebabkan Dr.Rowan terus menjadikan rumahnya sebagai hospital biarpun
dia belum bersedia sepenuhnya, baik dari segi kelengkapan, ubat mahupun
pekerja.



Dengan peralatan setakat yang ada itulah dia merawat penduduk Beauregard
yang cedera. Ini menambahkan lagi rasa hormat penduduk sekitar kepadanya.



Selain keikhlasannya itu Dr.Rowan juga sebenarnya disenangi kerana dia
mudah mesra dan gemar melibatkan diri dalam kerja-kerja sosial. Sikapnya
yang berkhemah dan menghormati orang lain menharumkan lagi nama dikalangan
masyarakat Beauregard.



Bagaimanapun, selepas Dr.Rowan meninggal dunia, jiran-jiran beliau serng
melihat lembaga menyerupai doktor itu berjalan di dalam rumah yang ditinggalkannya.
Pada malam hari, terdengar pula bunyi-bunyi menyeramkan seolah-olah ada
orang yang menghuninya.



Kerana itu, tiada siapa yang berani memasuki rumah tersebut. Tinggal di
dalamnya, apatah lagi.



Apakah punca Dr.Rowan meninggal dunia? Menurut maklumat daripada pihak
berkuasa Illinois Tengah, Dr.Rowan meninggal dunia akibat dilanggar oleh
sebuah kereta api milik syarikat itu. Ia berlaku pada lewat malam ketika
Dr.Rowan ingin mengambil pesakitnya yang datang dengan kenderaan tersebut.



Selepas meninggalkan rumahnya, Dr.Rowan berjalan menyusuri landasan bagi
menuju ke arah sebuah stesen kecil tempat kereta api berhenti. Tangannya
menjinjing sebuah tanglung bagi menerangi jalan yang gelap gelita. Bagaimanapun,
tanpa Dr.Rowan sedari, sebuah kereta api meluncur laju dari arah belakang
beliau.



Jurutera kereta api itu meniup wiselnya berkali-kali namun, kerana usianya
yang sudah lanjut serta masalah pendengaran yang dihadapi, Dr.Rowan tidak
dapat mendengar amaran itu. Kereta api terus meluncur laju dengan breknya
ditarik manakala wisel ditiup berkali-kali...



Apabila ia terlalu hampir, barulah Dr.Rowan menyedarinya. Dia menoleh ke
belakang, mengangkat tanglung dan dibawa dan menjerit "BERHENTI!!!!"...
tetapi sudah terlambat. Tanglung itu tercampak dan Dr.Rowan itu meninggal
di situ juga dengan tubuh remuk dirempuh kenderaan tersebut.


Sejak kejadian itulah, penduduk sekitar dan pemandu kereta api kerap terserempak
dengan sebuah tanglung di tengah landasan Beauregard. Ia dilihat berayun
ke hadapan dan ke belakang seolah-olah memberi isyarat "BERHENTI!!!!!"...
Back to top Go down
View user profile
comei_ika
Senior Forummer
Senior Forummer


Posts : 789
Join date : 2009-05-06
Age : 32
Location : Pulau Mutiara

PostSubject: Re: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Sat May 09, 2009 1:11 am

huhuhu....mcm mn mek nak mulakan cerita ni
ni benar2 berlaku dlm hidup selama hidup 25 tahun
hbs muka,tangan kena cakar....
Back to top Go down
View user profile
pUrple_mambAng
Senior Forummer
Senior Forummer


Posts : 780
Join date : 2009-05-05
Age : 28
Location : Oil Town

PostSubject: Re: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Sat May 09, 2009 1:26 am

crite je ika....xpe....
Back to top Go down
View user profile
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Sat May 09, 2009 2:40 pm

huhuh.. wat cerpen jap ika.. nk tauk juak nih..
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
Sponsored content




PostSubject: Re: ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~   Today at 10:04 pm

Back to top Go down
 
~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 5Go to page : 1, 2, 3, 4, 5  Next
 Similar topics
-
» Buku yg Akhir2 ini Kamu Baca
» [DONE] VocaPost Year-end Gathering @Jakarta
» Suka Duka Role Play World
» Vocaloid 3 China
» siapa Utaite,producer,dan lagu vocaloid favorit kaliaan?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Mambang Records :: KEDAI KOPI :: Ruangan Cerita Lawak/Serammmm-
Jump to: