Mambang Records
SELAMAT DATANG KE FORUM MAMBANG RECORDS
KITA BERKONGSI MAKLUMAT DAN MENGETAHUI
PERKEMBANGAN MAMBANG RECORDS BERSAMA-SAMA!

TERIMA KASIH
Mambang Records
SELAMAT DATANG KE FORUM MAMBANG RECORDS
KITA BERKONGSI MAKLUMAT DAN MENGETAHUI
PERKEMBANGAN MAMBANG RECORDS BERSAMA-SAMA!

TERIMA KASIH
Mambang Records
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


FORUM UNTUK FAMILY MAMBANG RECORDS
 
MBG FrontpageHomeGallerySearchLatest imagesRegisterLog in
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dari kami Mambang Records...CD EP Mambang Records telah pun rasminya dikeluarkan..pada harga RM15...jika anda ingin mendapatkan CD Ep Mambang Records sila berurusan dengan JhoeBling@Raja_Mambang@Lil^Fiz...jangan ketinggalan~~...
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
May 2024
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
CalendarCalendar
Top posters
Raja_Mambang
Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_vote_lcapBerita-berita Pelik Seluruh Dunia I_voting_barBerita-berita Pelik Seluruh Dunia I_vote_rcap 
DenGz_aDzmieRa
Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_vote_lcapBerita-berita Pelik Seluruh Dunia I_voting_barBerita-berita Pelik Seluruh Dunia I_vote_rcap 
~~MiSsSaRaToKyO~~
Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_vote_lcapBerita-berita Pelik Seluruh Dunia I_voting_barBerita-berita Pelik Seluruh Dunia I_vote_rcap 
NU^UL89
Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_vote_lcapBerita-berita Pelik Seluruh Dunia I_voting_barBerita-berita Pelik Seluruh Dunia I_vote_rcap 
LILFIZ89
Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_vote_lcapBerita-berita Pelik Seluruh Dunia I_voting_barBerita-berita Pelik Seluruh Dunia I_vote_rcap 
JhoeBling
Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_vote_lcapBerita-berita Pelik Seluruh Dunia I_voting_barBerita-berita Pelik Seluruh Dunia I_vote_rcap 
♪Mya_Mya♪
Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_vote_lcapBerita-berita Pelik Seluruh Dunia I_voting_barBerita-berita Pelik Seluruh Dunia I_vote_rcap 
comei_ika
Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_vote_lcapBerita-berita Pelik Seluruh Dunia I_voting_barBerita-berita Pelik Seluruh Dunia I_vote_rcap 
pUrple_mambAng
Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_vote_lcapBerita-berita Pelik Seluruh Dunia I_voting_barBerita-berita Pelik Seluruh Dunia I_vote_rcap 
Da_MoRBiD69
Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_vote_lcapBerita-berita Pelik Seluruh Dunia I_voting_barBerita-berita Pelik Seluruh Dunia I_vote_rcap 
Latest topics
» SESI SUAI KENAL
Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeTue Jun 26, 2012 6:27 pm by Noeilshortielikemine

» Ruangan berteka-teki....V.2
Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeMon Sep 26, 2011 11:13 pm by NU^UL89

» McLaren deny missing winter testing session is risky
Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeFri Jan 14, 2011 12:22 pm by nirvana

» Andy Murray to play Karol Beck at Australian Open
Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeFri Jan 14, 2011 12:22 pm by nirvana

» Jacques Rogge wants running track left at 2012 stadium
Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeFri Jan 14, 2011 12:22 pm by nirvana

» Ashes: England wrap up 3-1 series win over Australia
Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeFri Jan 07, 2011 11:14 am by nirvana

» Renault says espionage threatens its 'strategic assets'
Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeFri Jan 07, 2011 11:13 am by nirvana

» Salman Butt 'baffled by agent's no ball accuracy'
Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeFri Jan 07, 2011 11:13 am by nirvana

» Kean interested in Blackburn manager role
Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeSat Dec 18, 2010 2:34 am by nirvana

Statistics
We have 168 registered users
The newest registered user is squirchris

Our users have posted a total of 16669 messages in 171 subjects
Who is online?
In total there are 11 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 11 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 425 on Thu Oct 14, 2021 9:23 pm

 

 Berita-berita Pelik Seluruh Dunia

Go down 
3 posters
AuthorMessage
JhoeBling
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records
JhoeBling


Posts : 1157
Join date : 2009-05-05
Age : 37
Location : PineappleCity

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Empty
PostSubject: Berita-berita Pelik Seluruh Dunia   Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeWed May 13, 2009 1:55 am

Di Thailand,
5 orang nelayan mati apabila menghidu bau ikan yang telah reput
sementara 2 orang yang lain dimasukkan ke hospital. Ikan yang reput
tersebut berada dalam satu bekas dan apabila mereka buka bekas tu,
mereka pun terhidula bau yang amat busuk dari ikan yang telah reput tu!
Bayangkan bau ikan yang reput pun boleh buatkan manusia mati! Betapa lemahnya kita sebagai manusia, dengan bau ikan pun kita tak tahan!

Di China,
kerajaan China mengharamkan pembukaan Cyber Cafe baru untuk tahun 2007
kerana bimbang dengan ketagihan internet yang melampau di kalangan
penduduk China. Pada minggu lepas seorang guru mati selepas bermain
game internet selama tujuh hari tujuh malam tanpa henti
semasa cuti perayaan Tahun Baru China! Ni lagi satu berita yang
membuatkan saya pelik, Orang China betul-betul dah ketagih internet,
saya rasa mungkin sebab kat sana hiburan pun banyak disekat, jadi
mereka mempunyai tak banyak saluran untuk mendapatkan hiburan selain
daripada internet!

Di Mumbai, India, Starbucks
satu rangkaian restoran kopi yang popular di seluruh dunia sedang
bertarung untuk menghalang satu rancangan oleh seorang usahawan Shahnaz
Hussein yang bercadang ingin membuka satu rangkaian restoran kopi yang
diberi nama Starstrucks!
Starbucks memberi alasan nama yang digunakan oleh Shahnaz terlalu mirip
dengan Starbucks dan mendakwa Starstrucks ingin mendapat publisiti
percuma dengan menggunakan nama tersebut! Saya berfikir, kat Malaysia
ni berlambak jenama yang hampir serupa tapi tak kisah pun, sebagai
contoh Adidas. Saya pernah jumpa baju jenama Abibas, tapi kenapa Adidas tak bising pun?

Di Karachi, Pakistan,
seorang lelaki dikehendaki polis selepas beliau bertindak menggali
kubur bapanya yang telah mati 2 tahun yang lalu dengan harapan untuk menghidupkan kembali bapanya!
Beliau, Abdul Rehman merampas sebuah ambulans dan membawa mayat bapanya
ke rumah. Keluarga beliau memberitahu, Abdul Rehman, tidak pernah dapat
mengatasi rasa sedihnya selepas kematian bapanya dan tak dapat terima
kenyataan itu! Inilah manusia sekarang, sampai tak dapat terima
kenyataan. Harap kita dijauhkan dari benda-benda macam tu!

Di China lagi, Pihak berkuasa tempatan di satu wilayah di China menguatkuasakan undang-undang yang membolehkan mereka mendenda setinggi USD600 pada hotel-hotel yang tidak menyediakan kondom
untuk pelanggan mereka, dalam usaha untuk membendung penyakit Aids.
Saya rasa langkah ni ada kebaikan dan juga keburukan jika dilaksanakan
di Malaysia. Kebaikannya ialah dapat membendung penyakit berjangkit,
bukan saja Aids, tapi keburukan jika dilaksanakan di Malaysia ialah
ianya seperti memberi kebenaran kepada seks bebas. Ia seperti "Buatlah seks bebas asalkan anda pakai kondom". Orang muda mesti fikir macam tu! silent


Last edited by JhoeBling on Wed May 13, 2009 2:01 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
http://www.mbgrepublic.forumotion.net
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Empty
PostSubject: Re: Berita-berita Pelik Seluruh Dunia   Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeWed May 13, 2009 10:13 am

ish2.. nang pelik2 jak cito yo... hahah lol! lol! lol! lol!
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
Raja_Mambang
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records
Raja_Mambang


Posts : 2731
Join date : 2009-05-05
Age : 40
Location : PIneApPleCITy

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Empty
PostSubject: Re: Berita-berita Pelik Seluruh Dunia   Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeWed May 13, 2009 10:24 am

afro

seswai dgn taju kan....

lol! lol! lol! lol! lol!
Back to top Go down
JhoeBling
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records
JhoeBling


Posts : 1157
Join date : 2009-05-05
Age : 37
Location : PineappleCity

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Empty
PostSubject: Re: Berita-berita Pelik Seluruh Dunia   Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeWed May 13, 2009 3:42 pm

hahahha...banyak la perangei org seluruh dunia...hahaha
Back to top Go down
http://www.mbgrepublic.forumotion.net
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Empty
PostSubject: Re: Berita-berita Pelik Seluruh Dunia   Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeWed May 13, 2009 5:40 pm

ragam global..

Pemegang rekod payu dara terbesar enggan dibedah


Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Logo_dun_ragam

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Du_10.1
STITZ


ATLANTA - Pemegang rekod payu dara terbesar dunia, Norma Stitz
mendedahkan dia enggan membuat pendedahan bagi mengecilkannya, lapor
sebuah akhbar semalam.

Wanita itu berkata, ramai orang yang mengemukakan pertanyaan
kepadanya bagi meminta penjelasan kenapa dia tidak membuat pembedahan
untuk mengecilkan payu dara.

"Saya sayang payu dara saya dan ia memberikan saya satu kehidupan yang indah," kata Stitz.
Menurutnya, dia menerima banyak tawaran yang mengundangnya untuk muncul dalam program stesen televisyen di seluruh dunia.
Wanita itu turut mendedahkan ketika dia menemui lelaki, dia berharap mereka menaruh minat terhadap dirinya bukan payu daranya.
"Bagaimanapun, kebanyakan lelaki tidak bersembang dengan rancak. Mereka hanya merenung saya," katanya.
Wanita itu diiktiraf memiliki payu dara paling besar dengan berat hampir 18.14 kilogram oleh Guinness World Records. - Agensi
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Empty
PostSubject: Re: Berita-berita Pelik Seluruh Dunia   Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeWed May 13, 2009 5:46 pm

89 sakit hidu bau busuk


Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Du_06.1

SEORANG pelajar menerima suntikan di sebuah hospital selepas terhidu bau busuk di Sekolah Rendah Qazaaq, Kapisa semalam.



MUHMUD RAQI - Sekumpulan pegawai dan doktor mendakwa seramai 89
pelajar perempuan terpaksa dimasukkan ke hospital setelah mereka jatuh
sakit kerana terhidu bau busuk di timur Afghanistan.

Seorang doktor yang merawat pelajar itu, Aziz Agha berkata, kejadian
ketiga dalam tempoh tiga minggu itu menyebabkan pelajar mengalami sakit
kepala, muntah dan menggeletar.

Aziz merawat pelajar itu di wilayah Kapisa.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Zemeri Bashary berkata, pelajar
itu dihantar ke hospital sejurus selepas mereka tiba di sekolah semalam.

Pelajar itu mendakwa mereka terhidu bau busuk di pekarangan sekolah sebelum jatuh sakit serta-merta.
Aziz berkata, 89 murid itu adalah sebahagian daripada 94 pesakit.
Menurutnya, sebanyak tiga guru dan dua pengawal keselamatan sekolah turut jatuh sakit.
Kes berkenaan adalah susulan daripada dua kes keracunan gas di sekolah-sekolah khusus untuk perempuan di wilayah Parwan.
"Saya berasa pening dan sakit kepala. Beberapa pelajar membawa saya
pulang sebelum mereka menghantar saya ke hospital," kata seorang
pelajar, Tahira yang berumur 11 tahun di sebuah hospital.

Zemeri berkata, beberapa pegawai mengesyaki berlaku keracunan gas.
Pihak polis kini masih melakukan siasatan bagi mengetahui punca kejadian. - Agensi
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Empty
PostSubject: Re: Berita-berita Pelik Seluruh Dunia   Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeWed May 13, 2009 5:51 pm

Lily mahu penonton berbogel


Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Du_12.1

Lily Allen



SWINDON - Penyanyi terkenal, Lily Allen bergurau dengan menyatakan
dia mungkin akan melakukan persembahan dalam keadaan bogel, lapor
sebuah akhbar semalam.

Lily turut berimaginasi mahu penonton-penontonnya berbogel sama
ketika dia melakukan persembahan dalam keadaan tanpa memakai sebarang
pakaian.

"Saya tidak tahu pakaian apa yang perlu dipakai menyebabkan saya berpendapat saya perlu berbogel," katanya kepada stesen radio Perbadanan Penyiaran British (BBC) di Swindon, England.
"Secara faktanya, saya menganggap setiap orang yang menyaksikan persembahan saya perlu bersama-sama berbogel.
"Saya mahu melihat semua penonton berbogel," katanya yang popular dengan lagu Smile.
Sebelum ini BBC mengharamkan dia menyanyi dengan menggunakan
sebaris ayat dalam sebuah lagunya kerana dianggap mempunyai unsur-unsur
lucah. - Agensi
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
JhoeBling
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records
JhoeBling


Posts : 1157
Join date : 2009-05-05
Age : 37
Location : PineappleCity

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Empty
PostSubject: Re: Berita-berita Pelik Seluruh Dunia   Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeWed May 13, 2009 5:52 pm

Shocked ShockedShockedShockedShockedShockedShockedShockedShockedShockedShockedShockedShockedShocked

FUYOOOOOO~~~ hahahahahahahahaha Laughing LaughingLaughingLaughingLaughingLaughingLaughingLaughingLaughingLaughingLaughingLaughing
Back to top Go down
http://www.mbgrepublic.forumotion.net
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Empty
PostSubject: Re: Berita-berita Pelik Seluruh Dunia   Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeWed May 13, 2009 6:01 pm

oppppssss... tetttttttttt... bwh umo sik leyy nanga.. kehkeekheh
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
JhoeBling
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records
JhoeBling


Posts : 1157
Join date : 2009-05-05
Age : 37
Location : PineappleCity

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Empty
PostSubject: Re: Berita-berita Pelik Seluruh Dunia   Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeWed May 13, 2009 6:09 pm

ya padah amek tek missss...hahahahaha mok polah 18sx pun topik tuk..hahahaah Razz
Back to top Go down
http://www.mbgrepublic.forumotion.net
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Empty
PostSubject: Re: Berita-berita Pelik Seluruh Dunia   Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeThu May 14, 2009 12:18 pm

ahhaaha... bagi nk bwh 18thn sik pat msk topik tuk.. wkakakka..
aneh jak miss ngn tajuk yo tek bh.. yo miss post.. kehehkehk

lol! lol! lol! lol! lol! lol!
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
Raja_Mambang
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records
Raja_Mambang


Posts : 2731
Join date : 2009-05-05
Age : 40
Location : PIneApPleCITy

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Empty
PostSubject: Re: Berita-berita Pelik Seluruh Dunia   Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeThu May 14, 2009 12:21 pm

afro

bna ya....RAja MAmbang sokong....

lol! lol! lol! lol! lol!
Back to top Go down
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Empty
PostSubject: Re: Berita-berita Pelik Seluruh Dunia   Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeThu May 14, 2009 1:21 pm

miss pn sokongggg

cheers cheers cheers cheers cheers cheers
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Empty
PostSubject: Re: Berita-berita Pelik Seluruh Dunia   Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeThu May 14, 2009 2:07 pm

Suami paku kepala isteri mengandung


NEW DELHI - Seorang peniaga ditahan setelah didakwa memaku kepala
isterinya yang sedang mengandung yang polis syaki ada kaitan dengan
soal mas kahwin.

Kejadian berlaku di Hisar, di negeri Rajasthan, di sebelah utara
India, di mana tertuduh Joginder Singh, 27, bersama ibunya dipercayai
telah mendera isterinya Vaishakhi, 24, sejak mereka berkahwin setahun
lalu.

"Sebelum mengetuk paku ke kepala isterinya, Joginder telah mendera
isterinya dengan besi panas. Dia kemudian meninggalkan isterinya di
daerah Jhunjhunu," lapor akhbar Times of India, yang memetik kenyataan seorang pegawai polis di Hisar.

Ujian x-ray pada kepala mangsa, mendapati paku sepanjang 3 sentimeter tertanam di kepalanya.
Dia kini sedang dirawat di sebuah hospital di Jaipur di mana keadaannya dilaporkan sedang pulih.
- Bernama
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Empty
PostSubject: Re: Berita-berita Pelik Seluruh Dunia   Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeThu May 14, 2009 2:09 pm

Juruterbang main cinta punca nahas


Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Du_08.1

NAHAS pesawat Bombardier meragut nyawa 50 orang di New York pada Februari lalu.



NEW YORK - Seorang juruterbang, Kapten Marvin Renslow bermain cinta
dengan pembantu juruterbangnya, Rebecca Shaw sebelum pesawat yang
dikendalikan mereka terhempas sehingga mengakibatkan 50 orang maut di
sini pada Februari lalu.

Pendedahan itu dilakukan sebelum satu pendengaran awam bermula bagi menyiasat punca nahas pesawat tersebut.
Renslow yang berumur 47 tahun dan Rebecca, 24, turut terbunuh dalam nahas yang melibatkan pesawat Bombardier Q400.
Pesawat itu terhempas ketika ia mendekati Lapangan Terbang Buffalo di sini.
Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Du_08.2

RENSLOW dan Rebecca.



Menurut akhbar New York Post kelmarin, berdasarkan rakaman suara, kedua-dua juruterbang itu bergurau senda.
Mereka bergurau senda walaupun Pihak Berkuasa Persekutuan Amerika
Syarikat (AS) memutuskan untuk melarang sebarang perbincangan antara
juruterbang itu dilakukan di bawah ketinggian 3,048 meter.

Menurut akhbar itu, satu transkrip perbualan mereka akan menjadi
bukti untuk mengukuhkan hujah berhubung punca pesawat Bombardier Q400
terhempas. - Agensi
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Empty
PostSubject: Re: Berita-berita Pelik Seluruh Dunia   Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeThu May 14, 2009 2:11 pm

Tergamam lihat isteri berasmara


TAIPEI - Seorang tukang kayu di Taiwan tergamam apabila mendapati
cakera video digital (DVD) lucah yang dibelinya mengandungi klip
rakaman hubungan sulit isterinya dengan seorang rakannya, lapor sebuah
akhbar semalam.

Tukang kayu yang hanya dikenali dengan nama Lee itu menyaksikan
isterinya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain menerusi DVD pada
tahun 2002.

Aksi isterinya itu dirakam dengan menggunakan kamera tersembunyi.
Lee yang tinggal di Taoyuan, Taipei bertindak menceraikan isterinya
sejurus melihat DVD berkenaan manakala rakannya yang merupakan seorang
peniaga daging menghilangkan diri dari kampung.

Pada bulan Ogos 2008, Lee mengesan peniaga daging itu berada di
bandar Chungli dan bertindak menemui lelaki tersebut dengan membawa
sebilah pisau dan menikamnya di pinggang.

Peniaga daging itu kemudiannya membuat tuntutan saman ke atas Lee kerana menyebabkan kecederaan dalaman ke atas dirinya.
Lee tidak dapat menyaman balik peniaga daging itu atas dakwaan berzina kerana kes tersebut sudah berlanjutan selama lima tahun.
Pendakwa raya kemudian meminta kedua-dua lelaki itu melakukan
penyelesaian di luar mahkamah tetapi mereka gagal berbuat demikian.

Berikutan itu, Lee didakwa kelmarin kerana menyebabkan kecederaan terhadap seorang individu. - Agensi
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
JhoeBling
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records
JhoeBling


Posts : 1157
Join date : 2009-05-05
Age : 37
Location : PineappleCity

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Empty
PostSubject: Re: Berita-berita Pelik Seluruh Dunia   Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeThu May 14, 2009 2:12 pm

ahhaahha....paloi....muahahahahha Laughing
Back to top Go down
http://www.mbgrepublic.forumotion.net
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Empty
PostSubject: Re: Berita-berita Pelik Seluruh Dunia   Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeMon May 18, 2009 10:55 am

nang ngeng dow jak jhoe.. hahah..
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Empty
PostSubject: Re: Berita-berita Pelik Seluruh Dunia   Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeMon May 18, 2009 10:55 am

Pantai bertukar hijau selepas ribut


Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Du_09.1

DUA pengunjung berjalan di tepi pantai Paignton yang dilitupi rumpai laut.

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Logo_dun_ragam




DEVON - Orang ramai yang mengunjungi pantai Paignton terkejut
apabila mendapati kawasan yang berpasir itu bertukar kepada warna
hijau, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang jurucakap majlis perbandaran Paignton, berkata, pantai di
kawasan itu bertukar hijau selepas beberapa kali dilanda ribut.

"Keadaan itu tidak mendatangkan bahaya kepada pelawat dan hidupan liar dan ia adalah fenomena semula jadi," katanya.
Menurutnya, angin timur yang bertiup kencang menyebabkan banyak
rumput laut dibawa arus sehingga menutupi pantai di situ seperti
permaidani.

Bagaimanapun, katanya, pantai itu akan kembali seperti keadaan asal
tidak lama lagi berikutan arahan supaya kerja-kerja pembersihan
dilakukan sudah dikeluarkan. - Agensi
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Empty
PostSubject: Re: Berita-berita Pelik Seluruh Dunia   Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeMon May 18, 2009 10:56 am

Baju kecil jadi alat kuruskan badan


Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Du_10.1

SEORANG model cuba memakai seluar. - Gambar hiasan

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Logo_dun_ragam




LONDON - Satu tinjauan mendapati ramai wanita Britain membazirkan
wang berbilion-bilion dolar dengan membeli pakaian lebih kecil
berbanding ukuran badan mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Tinjauan kelolaan peruncit ubat-ubatan tempatan, Lloydspharmacy,
menunjukkan fenomena tersebut sudah lama berlaku dan melibatkan
sejumlah besar wanita Britain.

Menurut tinjauan berkenaan, pakaian saiz kecil itu sebaliknya
dijadikan inspirasi untuk mereka menguruskan badan dan berharap dapat
memakainya suatu hari nanti.

Tinjauan yang dilakukan baru-baru ini itu melibatkan 2,500 responden di negara berkenaan.
Ia menyatakan sekurang-kurangnya empat daripada lima wanita Britain melakukan pembelian membazir tersebut.
Menurut perangkaannya, wanita Britain membelanjakan purata AS$5.6 bilion (RM19.9 bilion) setahun untuk berbuat demikian.
Jumlah itu melibatkan kira-kira 24 juta blaus, skirt, dres dan kasut
yang dibeli tetapi akhirnya disimpan dalam almari mereka. - Agensi
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Empty
PostSubject: Re: Berita-berita Pelik Seluruh Dunia   Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeMon May 18, 2009 10:58 am

Ditahan kerana tidak cukup laju


Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Du_07.1

DENIS EVANS (kanan) berhenti di
lokasi tempat dia diarah berhenti oleh seorang pegawai polis di
Ogmore-by-Sea, Wales baru-baru ini.



LONDON - Seorang ahli perniagaan, Denis Evans ditahan oleh seorang
pegawai polis kerana didakwa memandu kereta Ferrari terlalu perlahan.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, Evans, 58, memandu keretanya yang
berharga £164,000 (RM884,993) di sebatang jalan kampung pada kelajuan
40 kilometer sejam (km/j) sebelum ditahan Ketua Penolong Konstabel Nick
Croft.

Menurut Evans, selepas melakukan pemeriksaan, Croft membenarkannya meneruskan perjalanan.
"Saya terkejut kerana pihak polis mendakwa saya tidak cukup laju.
Keadaan jalan pada ketika itu terlalu gelap dan banyak selekoh. Saya
fikir memandu pada kelajuan 40 km/j lebih selamat memandangkan kawasan
itu banyak biri-biri melintas jalan," katanya.

Had laju di kawasan perkampungan Ogmore-by-Sea ialah 64 km/j manakala kelajuan maksimum Ferarri milik Evans ialah 312 km/j.
Seorang jurucakap polis mempertahankan tindakan Croft yang tinggal di kawasan berkenaan.
"Pegawai tersebut mengekori sebuah Ferrari yang dipandu terlalu
perlahan dan dia fikir adakah kenderaan itu dicuri," kata seorang
jurucakap polis. - Agensi


lol! lol! lol! lol! lol!
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Empty
PostSubject: Re: Berita-berita Pelik Seluruh Dunia   Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeMon May 18, 2009 10:59 am

Cerai sebab tidak 'disentuh' suami


Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Du_11.1

PETER ANDRE dan Katie Price dirakam dalam satu majlis di London baru-baru ini.



LONDON - Punca sebenar perceraian pasangan selebriti Britain, Jordan
dan Peter Andre adalah kerana bekas model serta pengacara televisyen
tersebut sudah dua tahun tidak 'disentuh' suaminya, lapor sebuah akhbar
semalam.

Akhbar popular Britain itu menyatakan, Jordan atau nama sebenarnya,
Katie Price menyedari rumah tangga mereka sukar bertahan apabila Andre
yang merupakan seorang penyanyi, mula dingin ketika di ranjang dua
tahun lalu.

"Kehangatan di ranjang sudah pudar. Mungkin pada pasangan suami
isteri lain perkara seperti itu dianggap biasa, tetapi bagi saya, seks
adalah penting," kata Jordan.

Pada minggu lalu, bekas model berusia 30 tahun itu berlepas ke
kepulauan Maldives bersama dua anak mereka dan meninggalkan suaminya
dengan seorang anak tiri, Harvey.

Andre yang kecewa dengan perbuatan isterinya itu pulang ke Cyprus untuk mencari ketenangan bersama keluarganya.
"Saya sudah menyangka rumah tangga kami tidak akan bertahan sejak
2007, kami hanya menunggu masa dan ketika untuk berpisah. Namun, saya
amat merindui anak-anak saya," kata penyanyi itu.

Bagaimanapun, Andre menyalahkan isterinya berhubung perpisahan
mereka dan menyifatkan wanita itu sebagai tidak tahu menjaga suami dan
terlalu ghairah dalam soal seks.

"Jordan amat mementingkan kebendaan dan pernah memperlekehkan
suaminya. Lelaki itu pernah mencuba mengikut rentak kehidupan isterinya
tetapi dia bukan manusia seperti itu," kata satu sumber yang rapat
dengan Andre.

Sementara itu, Jordan mendakwa suaminya tidak tahu mengenang budi
kerana populariti lelaki itu melonjak suatu masa dahulu selepas
hubungan mereka disiarkan media antarabangsa. - Agensi

lol! lol! lol! lol! lol!
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Empty
PostSubject: Re: Berita-berita Pelik Seluruh Dunia   Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitimeMon May 18, 2009 11:06 am

Usahawan cipta mesin basuh haiwan


Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Du_08.1

SEORANG wanita meletakkan haiwan peliharaannya di dalam mesin Dog-O-Matic di London baru-baru ini.

Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Logo_dun_ragam




LONDON - Seorang usahawan England memperkenal mesin membasuh haiwan
peliharaan Dog-O-Matic yang akan mula dipasarkan secara komersial di
Britain mulai tahun depan.

Sebuah akhbar semalam melaporkan, mesin yang mirip sebuah mesin
membasuh kereta itu mampu mencuci seekor anjing yang kotor dalam tempoh
masa setengah jam.

Penciptanya, Frenchman Romain Jarry berkata, mesin itu mendapat sambutan di tempat asalnya di St Max, Nancy.
"Mesin itu tidak mengambil tempoh yang lama untuk mencuci seekor anjing cuma proses pengeringan mengambil masa lama sedikit.
"Haiwan yang hendak dicuci hanya perlu diletakkan di dalam ruang
mencuci yang disediakan dan setelah selesai haiwan itu akan keluar
dalam keadaan bersih," ujarnya.

Menurut Jarry, 31, harga untuk mencuci seekor anjing kecil adalah
£13 (RM70), anjing bersaiz sederhana, £22 (RM118) dan £31 (RM167) untuk
anjing bersaiz besar manakala kucing dicuci pada kadar anjing bersaiz
kecil.

"Kami sangat berharap ia akan mendapat sambutan hangat dan tempat-tempat lain akan mula membeli mesin itu," katanya. - Agensi
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
Sponsored content





Berita-berita Pelik Seluruh Dunia Empty
PostSubject: Re: Berita-berita Pelik Seluruh Dunia   Berita-berita Pelik Seluruh Dunia I_icon_minitime

Back to top Go down
 
Berita-berita Pelik Seluruh Dunia
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» berita-berita terpilih hari ini...
» TAKE NOTE SEBELUM POST DALAM "BERITA TERKINI"
» Koleksi Pelik Tapi Benar
» apa akn jadi jika dunia sudah ke zaman 2020??

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Mambang Records :: ISU SEMASA :: Berita Terkini-
Jump to: