Mambang Records
SELAMAT DATANG KE FORUM MAMBANG RECORDS
KITA BERKONGSI MAKLUMAT DAN MENGETAHUI
PERKEMBANGAN MAMBANG RECORDS BERSAMA-SAMA!

TERIMA KASIH


FORUM UNTUK FAMILY MAMBANG RECORDS
 
MBG FrontpageHomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dari kami Mambang Records...CD EP Mambang Records telah pun rasminya dikeluarkan..pada harga RM15...jika anda ingin mendapatkan CD Ep Mambang Records sila berurusan dengan JhoeBling@Raja_Mambang@Lil^Fiz...jangan ketinggalan~~...
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar
Top posters
Raja_Mambang
 
DenGz_aDzmieRa
 
~~MiSsSaRaToKyO~~
 
NU^UL89
 
LILFIZ89
 
JhoeBling
 
♪Mya_Mya♪
 
comei_ika
 
pUrple_mambAng
 
Da_MoRBiD69
 
Latest topics
Statistics
We have 168 registered users
The newest registered user is squirchris

Our users have posted a total of 16669 messages in 171 subjects
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 106 on Mon Aug 29, 2011 10:21 pm

Share | 
 

 Akademi Fantasia 7...Bincang2 kan...

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4
AuthorMessage
JhoeBling
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records


Posts : 1157
Join date : 2009-05-05
Age : 30
Location : PineappleCity

PostSubject: Akademi Fantasia 7...Bincang2 kan...   Wed May 13, 2009 6:26 pm

First topic message reminder :

apa komen tak org ngan AF 7???

_________________
Back to top Go down
View user profile http://www.mbgrepublic.forumotion.net

AuthorMessage
Raja_Mambang
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records


Posts : 2731
Join date : 2009-05-05
Age : 33
Location : PIneApPleCITy

PostSubject: Re: Akademi Fantasia 7...Bincang2 kan...   Mon May 18, 2009 9:20 am

afro

tahniah saudara senegeri ku hafiz aite....
aril...? sapa aril...? sorry aril, aku x knal sapa ko k...oh pls...hahahhahahhahha!!!

cheers cheers cheers cheers cheers

_________________


~~~~~Peace n Harmony~~~~~
Back to top Go down
View user profile
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: Akademi Fantasia 7...Bincang2 kan...   Mon May 18, 2009 11:36 am

yezzaa... hapizzzzzz mng.. best2.. hihihi...
tahniah oo..
cheers cheers cheers cheers cheers cheers
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: Akademi Fantasia 7...Bincang2 kan...   Mon May 18, 2009 11:46 am

Saya bukan pengacau - Aril

Oleh FERIDE HIKMET ATAK
feride.hikmet@kosmo.com.my








BAYANGKAN final Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) tanpa Aril. Bagaimana agaknya jika hanya Yazid, Hafiz, Isma dan Akim yang bertanding pada acara kemuncak AF7 itu? Sudah pasti, senario nya tidak sepertimana yang disaksikan semalam.
Keputusan sudah diumumkan dan peserta dari Sarawak, Hafiz membuktikan gelaran juara AF kali ini masih dimonopoli oleh anak kelahiran Malaysia Timur, selepas peserta kelahiran Sabah, Stracie Angie Anam atau Stacy menjuarai AF6 sebelum ini.
Namun, kedudukan Aril sebagai naib juara AF7 seperti
dipersoalkan pula. Adik kepada penyanyi Izwan Pilus itu dikatakan
menggunakan platform mudah melalui sistem AF Masuk dan terus melayakkan
dirinya ke konsert akhir AF7
biarpun sudah tersingkir dua minggu yang lepas.
Bukan mahu menidakkan kebolehannya sebagai seorang penghibur, kerana
seperti yang dibuktikannya menerusi persembahannya pada final AF7 itu, ternyata keberanian Aril dalam 'menghidupkan' dirinya di atas pentas agak berjaya.

Cuma vokalnya yang agak kurang mantap atau seperti kata juri tetap AF7, Edrie Hashim, vokal Aril 'pancit' menyebabkan timbul persoalan adakah Aril sesuai bergelar naib juara AF7,
sedangkan pemenang tempat ketiga, Akim sebenarnya bukan sahaja
menonjolkan vokal yang lebih membanggakan berbanding Aril, malah konsep
persembahannya juga menunjukkan kelainan.

Dalam hal ini, sudah tentu sistem undian SMS penonton menjadi
penyebabnya dan ia segera dikaitkan dengan kemasukan Aril yang bagaikan
'mengacau' Yazid, Isma dan Akim daripada berpeluang meraih tempat yang
kini menjadi milik mutlaknya itu.

Namun, gelaran naib juara AF7 yang dimenangi Aril itu tidak dipintanya, bahkan kemasukan semula ke AF7 juga bukanlah keputusan Aril sendiri.
Menurut Aril, kemasukannya semula dan kemenangannya pada final AF7 itu seperti rezeki baginya untuk meneruskan karier seninya.
"Bila saya diterima semula masuk ke dalam AF7, itu pun satu rezeki besar untuk saya dan sedikit pun saya tidak terfikir akan menang.
"Jangan salah faham. Saya bukan pengacau kawan-kawan saya yang lain untuk mendapat gelaran naib juara AF7 kerana bukan saya yang membuat keputusan itu dan bukan saya yang meminta.
"Bila orang kata saya pengacau, rasanya itu bukan saya. Tidak
terdetik langsung mahu menggugat kedudukan mereka. Ini semua keputusan
produksi Astro dan saya bersyukur dengan rezeki yang saya terima ini,"
tuturnya minta difahami.



HAFIZ menepati ramalan sebagai juara AF7 biarpun meraih persaingan sengit daripada Aril.



Tambahnya, kemasukan AF Masuk itu juga bukan permintaannya. Namun
perasaan ingin menyertai semula masih ada seperti peserta-peserta lain.

"Perasaan saya memang bercampur aduk bila mendapat tahu bahawa
penonton boleh mengundi peserta yang tersingkir untuk masuk semula ke AF7.

"Saya dah rasa duduk di luar akademi selama dua minggu dan impak
positif dan negatif yang saya terima agak besar. Tapi bila saya
dimasukkan semula, saya rasa seperti inilah peluang kedua saya untuk
menunjukkan bakat yang ada dengan sebaik mungkin.

"Kemasukan saya juga kerana masyarakat yang mengundi dan menyokong
saya. Saya berharap sangat semua pihak tidak menganggap diri ini
sebagai pengacau," ulas Aril yang berazam menjadi ikon kepada para
peminatnya.

Bukan seperti konsert final
Selain isu kontroversi impak kemasukan semula Aril ke final AF7, ada banyak kelemahan ketara pada konsert final AF kali ini.
Ia berikutan majoriti lagu-lagu yang dipersembahkan kali ini gagal mengangkat acara itu untuk wujud gah sebagai acara kemuncak AF7.
Paling malang apabila Yazid diberi tanggungjawab untuk mendendangkan lagu popular Dewa 19, Kasidah Cinta.
Benar, lagu-lagu yang didendangkan di pentas konsert AF bukan pilihan pelajar kerana ia dianggap sebagai cabaran untuk mereka mempersembahkannya mengikut cara masing-masing.


PERSEMBAHAN Aril dikatakan hampir mencecah tahap penghibur.



Namun, persoalan timbul adakah lagu dari genre broadway itu sudah
pun dibuat susunan semula untuk disesuaikan dengan vokal Yazid?

Ini kerana vokal Yazid langsung tidak 'masuk' ke dalam lagu tersebut. Hal seperti ini tidak pernah berlaku dalam final AF sebelum ini.
Sepatutnya pada konsert final, pemilihan lagu perlu mengikut imej dan genre yang sesuai untuk pelajar-pelajarnya.
Persembahan kedua Yazid yang membawakan lagu barunya, Ya Papa juga tidak kena dengan vokalnya, cuma lagu itu lebih bertenaga dan ceria berbanding lagu pada persembahan pertamanya itu.
Nasib yang sama juga menimpa Isma apabila lagu Cinta Adam dan Hawa dendangannya dilihat seperti memberi tekanan kepadanya.
Juri tetap, Adlin Aman Ramli juga merasakan lagu itu kurang sesuai dengan Isma.
"Saya tidak nampak apa-apa istimewanya lagu ini untuk awak," komen
Adlin terhadap persembahan Isma menerusi lagu popular Misha Omar itu.

Namun apa yang jelas, menyaksikan konsert akhir kelima-lima pelajar AF7 itu, kesimpulan yang boleh dibuat ialah persembahan mereka gagal mencapai tahap yang memberangsangkan seperti konsert akhir AF musim sebelum ini.
Masih banyak lagi yang perlu diasah dari segi vokal mereka
lebih-lebih lagi, Aril dan Yazid. Namun dari segi persembahan pentas
pula, finalis AF7 terutamanya Aril dan Akim hampir mencapai tahap seorang penghibur.

Hafiz ada kekurangan
Juara AF7, Hafiz sememangnya berjaya meyakinkan penonton bahawa persembahannya adalah yang terbaik pada malam itu.
Namun, persembahan Hafiz tidak sempurna seratus peratus kerana masih lagi ada kekurangannya.
Banyak yang masih perlu dipelajari Hafiz untuk menjadikan dirinya
seorang penyanyi dan penghibur yang lebih baik di masa akan datang.



BIARPUN menampilkan persembahan
dengan konsep yang unik serta mutu vokal yang meyakinkan, namun Akim
sekadar menang tempat ketiga.



Bagaimanapun, persembahan Hafiz antara yang terbaik di antara kelima-lima pelajar yang bertanding pada konsert akhir AF7 yang diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil Sabtu lalu itu.
Dengan gelaran juara yang dimilikinya kini, tiada apa yang dapat difikirkan olehnya tentang masa depan karier seninya itu.
Hafiz memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak Astro untuk merencanakan perjalanan seninya selepas ini.
"Terus terang, saya tidak tahu hala tuju saya selepas ini dan tidak
tahu apa yang bakal berlaku terhadap saya di luar akademi nanti.

"Tetapi saya dah bersedia untuk menerima cabaran dunia hiburan walaupun tahu ia penuh dengan dugaan," akuinya.
Pelajar Diploma Pengurusan Hospitaliti dan Pelancongan di Kolej PTPL
Sarawak itu memberitahu: "Apa yang penting selepas ini, saya akan
berbincang semula dengan pihak Astro mengenai hasrat saya untuk
menghabiskan pelajaran saya selama setahun. Bukan berhenti seketika,
tetapi mahu menggerakkan pelajaran dan nyanyian pada masa yang sama.

"Ini kerana, sebelum ini saya sudah berjanji pada mama (panggilan untuk ibu Hafiz) yang saya mahu capai impian saya dalam AF, kemudian saya akan capaikan pula impian mama dalam pelajaran.
Bagaimanapun, Hafiz menegaskan dia bakal menukarkan kursus
pengajiannya itu kepada jurusan muzik pula, memandangkan karier
nyanyiannya kelihatan semakin cerah.

Raih undian memberangsangkan
Dalam pada itu, biarpun AF7 pada tahun ini mendapat banyak
kritikan mengenai transformasi yang dilakukan, namun graf peningkatan
program realiti ini semakin tinggi berbanding musim lalu.

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul, perubahan yang dilakukan dalam AF7 ternyata mendapat sambutan positif daripada penonton dengan peningkatan undian sebanyak 45 peratus.
"Ini menunjukkan AF masih lagi relevan dan diterima ramai lebih-lebih lagi dengan perubahan yang dilakukan.
"Kejayaan transformasi yang dilakukan mungkin akan menjadi lebih
baik untuk tahun akan datang dengan pengalaman yang berlaku tahun ini,"
katanya.



YAZID menjadi peserta paling malang pada final AF7.



Selain Yazid atau Mohd. Yazid Kamal Ibrahim, 22, yang membawakan lagu Kasidah Cinta dan lagu baru, Ya Papa, pada konsert final AF7 itu, Hafiz atau Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 19, mendendangkan lagu Anuar Zain, Kau Bunga Cintaku dan sebuah lagu baru, Masih Jelas.
Sementara Akim atau Afiq Hakim Ahmad, 18, mempersembahkan lagu popular Faizal Tahir, Bencinta, dan lagu baru berjudul, Bengang.
Selain lagu Kasih Tak Sampai, Aril atau Khairil Azam Pilus, 24, pula turut menyampaikan lagu baru, Toksik.
Isma atau Ismaliza Ismail, 30, menyanyikan lagi Cinta Adam dan Hawa dan lagu baru, Bisikan... Godaan.
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
Raja_Mambang
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records


Posts : 2731
Join date : 2009-05-05
Age : 33
Location : PIneApPleCITy

PostSubject: Re: Akademi Fantasia 7...Bincang2 kan...   Mon May 18, 2009 12:02 pm

afro

p cgek ya nang bna la....eh, ssh jwak nak mdh eh...
sbb AF d tgn dak penganjur ya jwak bh....
cdak nya leh polah apa jak dak nya mok....
mun hafiz x juara mlm ya nak, abis citer AF....
semadi jak rs nya lah....renung2kan dikpun lah k....boring...

scratch scratch scratch scratch scratch

_________________


~~~~~Peace n Harmony~~~~~
Back to top Go down
View user profile
comei_ika
Senior Forummer
Senior Forummer


Posts : 789
Join date : 2009-05-06
Age : 32
Location : Pulau Mutiara

PostSubject: Re: Akademi Fantasia 7...Bincang2 kan...   Mon May 18, 2009 12:12 pm

Smile
Back to top Go down
View user profile
meetunclesalamz
Senior Forummer
Senior Forummer


Posts : 326
Join date : 2009-05-07
Age : 30

PostSubject: Re: Akademi Fantasia 7...Bincang2 kan...   Mon May 18, 2009 4:29 pm

Yang penting tahun tk... Owg Sarawak Juara....

Tahun tk dalam sejarah.... cheers cheers cheers
Back to top Go down
View user profile
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 27
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

PostSubject: Re: Akademi Fantasia 7...Bincang2 kan...   Mon May 18, 2009 5:30 pm

nang bna.. dlm sejarah yo salam..
program realiti org sarawak bumi kenyalang apt juara...
Back to top Go down
View user profile http://www.tagged.com/shyaidda
pUrple_mambAng
Senior Forummer
Senior Forummer


Posts : 780
Join date : 2009-05-05
Age : 28
Location : Oil Town

PostSubject: Re: Akademi Fantasia 7...Bincang2 kan...   Mon May 18, 2009 11:28 pm

cheers cheers cheers cheers cheers cheers cheers cheers cheers cheers
Back to top Go down
View user profile
JhoeBling
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records


Posts : 1157
Join date : 2009-05-05
Age : 30
Location : PineappleCity

PostSubject: Re: Akademi Fantasia 7...Bincang2 kan...   Tue May 19, 2009 12:20 am

ok...memandang kan AF7 telah menutup tirai nya....kita pun tutup jwak cita pasal AF Tok k...? Cool

TAHNIAH UNTUK HAFIZ ,ARIL N AKIM...

SEMOGA TERUS SUCCESS DALAM DUNIA BARU SELEPAS NI....
cheers

_________________
Back to top Go down
View user profile http://www.mbgrepublic.forumotion.net
Sponsored content




PostSubject: Re: Akademi Fantasia 7...Bincang2 kan...   Today at 10:04 pm

Back to top Go down
 
Akademi Fantasia 7...Bincang2 kan...
View previous topic View next topic Back to top 
Page 4 of 4Go to page : Previous  1, 2, 3, 4

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Mambang Records :: KEDAI KOPI :: Zon Dunia hiburan :: Berita - Berita Hiburan-
Jump to: