Mambang Records
SELAMAT DATANG KE FORUM MAMBANG RECORDS
KITA BERKONGSI MAKLUMAT DAN MENGETAHUI
PERKEMBANGAN MAMBANG RECORDS BERSAMA-SAMA!

TERIMA KASIH
Mambang Records
SELAMAT DATANG KE FORUM MAMBANG RECORDS
KITA BERKONGSI MAKLUMAT DAN MENGETAHUI
PERKEMBANGAN MAMBANG RECORDS BERSAMA-SAMA!

TERIMA KASIH
Mambang Records
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


FORUM UNTUK FAMILY MAMBANG RECORDS
 
MBG FrontpageHomeGallerySearchLatest imagesRegisterLog in
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dari kami Mambang Records...CD EP Mambang Records telah pun rasminya dikeluarkan..pada harga RM15...jika anda ingin mendapatkan CD Ep Mambang Records sila berurusan dengan JhoeBling@Raja_Mambang@Lil^Fiz...jangan ketinggalan~~...
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     
CalendarCalendar
Top posters
Raja_Mambang
berita-berita terpilih hari ini... I_vote_lcapberita-berita terpilih hari ini... I_voting_barberita-berita terpilih hari ini... I_vote_rcap 
DenGz_aDzmieRa
berita-berita terpilih hari ini... I_vote_lcapberita-berita terpilih hari ini... I_voting_barberita-berita terpilih hari ini... I_vote_rcap 
~~MiSsSaRaToKyO~~
berita-berita terpilih hari ini... I_vote_lcapberita-berita terpilih hari ini... I_voting_barberita-berita terpilih hari ini... I_vote_rcap 
NU^UL89
berita-berita terpilih hari ini... I_vote_lcapberita-berita terpilih hari ini... I_voting_barberita-berita terpilih hari ini... I_vote_rcap 
LILFIZ89
berita-berita terpilih hari ini... I_vote_lcapberita-berita terpilih hari ini... I_voting_barberita-berita terpilih hari ini... I_vote_rcap 
JhoeBling
berita-berita terpilih hari ini... I_vote_lcapberita-berita terpilih hari ini... I_voting_barberita-berita terpilih hari ini... I_vote_rcap 
♪Mya_Mya♪
berita-berita terpilih hari ini... I_vote_lcapberita-berita terpilih hari ini... I_voting_barberita-berita terpilih hari ini... I_vote_rcap 
comei_ika
berita-berita terpilih hari ini... I_vote_lcapberita-berita terpilih hari ini... I_voting_barberita-berita terpilih hari ini... I_vote_rcap 
pUrple_mambAng
berita-berita terpilih hari ini... I_vote_lcapberita-berita terpilih hari ini... I_voting_barberita-berita terpilih hari ini... I_vote_rcap 
Da_MoRBiD69
berita-berita terpilih hari ini... I_vote_lcapberita-berita terpilih hari ini... I_voting_barberita-berita terpilih hari ini... I_vote_rcap 
Latest topics
» SESI SUAI KENAL
berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeTue Jun 26, 2012 6:27 pm by Noeilshortielikemine

» Ruangan berteka-teki....V.2
berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeMon Sep 26, 2011 11:13 pm by NU^UL89

» McLaren deny missing winter testing session is risky
berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeFri Jan 14, 2011 12:22 pm by nirvana

» Andy Murray to play Karol Beck at Australian Open
berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeFri Jan 14, 2011 12:22 pm by nirvana

» Jacques Rogge wants running track left at 2012 stadium
berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeFri Jan 14, 2011 12:22 pm by nirvana

» Ashes: England wrap up 3-1 series win over Australia
berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeFri Jan 07, 2011 11:14 am by nirvana

» Renault says espionage threatens its 'strategic assets'
berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeFri Jan 07, 2011 11:13 am by nirvana

» Salman Butt 'baffled by agent's no ball accuracy'
berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeFri Jan 07, 2011 11:13 am by nirvana

» Kean interested in Blackburn manager role
berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeSat Dec 18, 2010 2:34 am by nirvana

Statistics
We have 168 registered users
The newest registered user is squirchris

Our users have posted a total of 16669 messages in 171 subjects
Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 425 on Thu Oct 14, 2021 9:23 pm

 

 berita-berita terpilih hari ini...

Go down 
+3
Raja_Mambang
comei_ika
~~MiSsSaRaToKyO~~
7 posters
Go to page : 1, 2, 3  Next
AuthorMessage
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeFri May 08, 2009 4:32 pm

Anak menggelupur


Oleh Adnan Mohamad
am@hmetro.com.my

KOTA BHARU: “Saya terkejut melihat anak bongsu kesayangan
menggelupur kesakitan apabila hampir separuh badannya tersimbah lilin
mendidih yang digunakan untuk kerja mencanting batik berdekatan rumah.

“Melihat keadaan itu, saya terus mengangkatnya untuk dibawa ke Klinik
Kesihatan Wakaf Che Yeh di sini selepas dia berterusan menangis sambil
menahan kesakitan,” kata Wan Hasnazura Wan Hassan, 30, ibu kepada
kanak-kanak berusia dua tahun yang melecur teruk akibat tersimbah lilin
mendidih, semalam.

Menurutnya, kejadian kira-kira jam 2
petang itu berlaku ketika Nur Syamimi Mohd Ali mengekorinya dari arah
belakang ketika dia sedang mengangkat kain berdekatan tempat lilin
dimasak.

“Saya tidak sedar yang anak saya mengekori dari arah
belakang dan secara tiba-tiba dia memegang saluran gas ke tempat
memasak lilin sehingga menyebabkan bekas berisi lilin mendidih itu
tertumpah dan tersimbah ke arahnya.

“Saya panik melihat keadaannya terus meminta bantuan adik, Wan Mohd
Helmi, 29, mengejarkannya ke klinik berdekatan,” katanya ketika
ditemui, semalam.

Dia berkata, Syamimi melecur hampir 40 peratus badan dan sebahagian
muka terpaksa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)
Kubang Kerian kerana mengalami cedera parah.

“Hati saya pilu melihat dia menggelupar kesakitan ketika dalam perjalanan ke hospital, selain menangis tidak henti-henti.

“Saya lihat kulit Syamimi mengelupas akibat terkena lilin panas dan
jika lambat dirawat keadaannya akan bertambah parah,” katanya.

Dia berkata, anak bongsu daripada empat beradik itu sebelum ini tidak
pernah bermain di kawasan berkenaan berikutan lokasi terbabit terdedah
dengan bahaya sekiranya tidak berwaspada.

“Syamimi sebelum
ini tidak pernah dibawa ke tempat kerja ini, tetapi terpaksa berbuat
demikian kerana perlu berulang-alik dari rumah ke hospital untuk
melawat ibu yang sakit,” katanya.

Difahamkan, mangsa yang
masih mendapat rawatan di wad kecemasan HUSM akan dimasukkan ke Unit
Rawatan Rapi (ICU) untuk tujuan pemerhatian kerana melecur teruk.
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeFri May 08, 2009 4:47 pm

‘Mereka terpelanting’


Oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my

berita-berita terpilih hari ini... Ne_05.1
AZILA (kanan) bersama anak
bongsunya ketika menunggu jenazah suaminya di Rumah Mayat Hospital
Sultanah Bahiyah, Alor Setar semalam.




ALOR STAR: “Saya nampak cahaya kilat diikuti dentuman guruh dan pada
masa sama dua beranak itu terpelanting dalam tali air,” kata Phisol
Hasbullah, 46, saksi kejadian seorang guru agama, Mohd Fauzi Saad, 41,
mati dipanah petir ketika menunggang motosikal di Kampung Tok Keling,
dekat sini, semalam.

Ketika kejadian, mangsa menunggang
motosikal bersama anaknya, Muhammad Irdhi, 11, namun, kanak-kanak
berkenaan terselamat walaupun parah.

Dalam kejadian kira-kira
jam 1.30 tengah hari ketika hujan renyai-renyai itu, mangsa meninggal
dunia di tempat kejadian manakala anak keduanya itu parah dan kini
dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di
sini.

Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah
mereka di Kampung Tanjung Bayam, kira-kira satu kilometer dari Sekolah
Kebangsaan (SK) Alor Mengkudu dengan melalui jalan kampung di tepi tali
air berkenaan

Phisol yang juga sepupu mangsa, berkata ketika kejadian dia berbual
dengan dua saudaranya, Fauzi Majid, 44, dan Mohd Shukri Md Zain, 38, di
luar rumahnya kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.

“Ketika berbual, saya nampak mangsa menunggang motosikal bersama
anaknya. Bagaimanapun, sejurus selepas panahan petir itu, saya nampak
motosikal mereka terbabas ke dalam tali air,” katanya ketika ditemui di
perkarangan Jabatan Forensik, HSB di sini, semalam.

Melihat
kejadian itu, ketiga-tiga lelaki itu bergegas ke tempat kejadian dengan
menaiki sebuah kereta dan mendapati kedua-dua beranak itu tidak
sedarkan diri dalam tali air kira-kira satu meter itu.

“Saya melihat baju Mohd Fauzi hangus dan belakang badannya melecur, manakala mulut Muhammad Irdhi pula berbuih,” katanya.

Mereka membawa mangsa ke HSB untuk menerima rawatan, namun Mohd Fauzi
yang juga bapa empat anak, disahkan sudah meninggal dunia.

Sementara itu, isteri mangsa, Azila Abdullah, 35, yang juga seorang
guru ketika ditemui, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu ketika
pulang dari mengajar di SK Buluh Lima, Simpang Empat, dekat sini,
kira-kira jam 2 petang semalam.

“Keluarga tidak mahu beritahu
kerana bimbang keadaan saya yang sedang memandu pulang ke rumah.
Bagaimanapun, saya reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.

Azila
berkata, arwah suaminya keluar dari rumah untuk ke sekolah dengan
kereta kira-kira jam 7 pagi semalam sebelum pulang semula ke rumah
beberapa jam selepas itu untuk mengambil ubat anak keduanya yang tidak
berapa sihat.

“Arwah pergi semula ke sekolah dengan menunggang
motosikal. Kebiasaannya dia menaiki kereta, tapi entah kenapa hari ini
(semalam) dia mahu menunggang motosikal. Arwah juga bersikap seperti
biasa, cuma beritahu dia akan pulang ke rumah sekejap untuk mengambil
ubat anak,” katanya.

Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HSB untuk dibedah siasat.


Last edited by miss_saratokyo on Fri May 08, 2009 4:54 pm; edited 2 times in total
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeFri May 08, 2009 4:52 pm

‘Cecair misteri’ dedah rahsia


Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my




SEREMBAN: Penemuan ‘cecair misteri’ pada seluar sukan dan katil
seorang gadis berusia 16 tahun membongkar kejadian sadis menimpa mangsa
yang dipercayai menjadi pemuas nafsu bapa kandungnya sejak empat tahun
lalu.

Lebih mengejutkan apabila cecair sama turut dijumpai pada
seluar bapa gadis berusia 52 tahun, sekali gus menimbulkan persoalan
kepada ibu mangsa.

Cecair misteri ditemui wanita berusia 49
tahun itu selepas pulang dari tempat kerja dan memeriksa bilik tidur
anak gadisnya yang kebetulan tiada di rumah kira-kira jam 9 malam pada
8 April lalu.

Ibu mangsa yang mengesyaki sesuatu dengan
penemuan cecair pada katil dan pakaian dua beranak itu mendesak anak
gadisnya menceritakan perkara sebenar sebaik dia pulang ke rumah.

Pendedahan gadis itu yang memberitahu dia dirogol sejak berusia 12
tahun nyata mengejutkan ibunya yang juga tukang masak di sebuah
restoran.

Mangsa yang sudah tidak bersekolah dikatakan menjadi mangsa pemuas
nafsu bapanya ketika mereka tinggal di Kuala Pilah dan perkara itu
berlarutan sehingga berpindah ke Paroi, dekat sini.

Berang
dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, ibu mangsa membawa anak
gadisnya membuat laporan polis selepas pendedahan dibuat mangsa.

Difahamkan, sepanjang tempoh itu, anak kelima dalam keluarga itu
merahsiakan kejadian menimpa dirinya daripada pengetahuan keluarga.

Menyedari kegiatan jahatnya yang sanggup meratah anak sendiri terbongkar, pemandu lori itu menghilangkan diri.

Ketua Polis Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin,
berkata suspek terbabit menghilangkan diri sebaik menyedari mangsa
membuat laporan polis.

“Gadis itu mendakwa dia menjadi mangsa
rogol bapanya kira-kira empat tahun lalu ketika mereka tinggal di Kuala
Pilah. Perbuatan itu bagaimanapun berlarutan sehinggalah mereka
berpindah ke Paroi,” katanya di sini, semalam.

Mangsa mendakwa
takut memberitahu perbuatan terkutuk suspek kepada ibunya kerana diberi
amaran supaya merahsiakan perbuatan itu.

Beliau berkata, suspek
yang menghilangkan diri bagaimanapun diberkas di depan rumahnya di
Paroi, dekat sini, Isnin lalu untuk membantu siasatan.
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeFri May 08, 2009 4:56 pm

RM2 punca ajal Saripah

Oleh ZAID MOHD. NOOR dan KHAIRI MOHAMAD
berita@kosmo.com.my


berita-berita terpilih hari ini... Ne_06.1

HASHIMAH (kanan) bersama cucu-cucunya dikunjungi Mohd. Zaki (dua dari kiri) di Tumpat semalam.



TUMPAT - Nilai nyawa Saripah Mohd. Noor, 34, dan anak dalam kandungan yang baru berusia tiga bulan hanyalah RM2.
Ini kerana ketika kejadian diragut, wanita itu hanya mempunyai wang RM2 dalam beg tangannya.
Ibu mangsa, Hashimah Hussin, 54, berkata, sebelum tragedi itu, anak
kedua daripada sembilan beradik itu meminjam RM5 daripada seorang
menantunya untuk pulang ke rumahnya di Kampung Jel, Repek, Bachok.

“Saripah langsung tiada duit sampai minta dengan mak cik tetapi mak cik pun tiada duit.
“Dia kemudian pinjam RM5 daripada adik iparnya untuk mengisi minyak
motosikal dan membeli makanan,” ceritanya ketika ditemui di Kampung Kok
Bedullah dekat sini semalam.

Menurut beliau, dalam perjalanan, dia singgah di kedai bagi mengisi
minyak motosikal RM3 dan baki RM2 dipercayai untuk membeli makanan
disimpan di dalam beg tangannya.

Bagaimanapun, kata Hashimah, wang RM2 itu telah menyebabkan dia menemui ajal bersama bayi dalam kandungannya.
Cerita wanita itu, Saripah sudah dua minggu tinggal di rumahnya
bersama dua orang anaknya iaitu Nurul Akmal Alisa Mat Zani, 6, dan Siti
Najwa Mat Zani, 2.

Katanya, pada pukul 8.30 pagi kelmarin, Saripah mahu pulang ke
rumahnya di Bachok bagi menguruskan pertukaran sekolah anak ketiganya,
Syawal Nabil, 8, dari Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Bachok ke salah
sebuah sekolah di Tumpat.

“Selalunya dia membawa dua orang anaknya itu tetapi entah kenapa
semalam (kelmarin) dia minta saya menjaga anak-anaknya,” ujarnya.

Tambahnya, anaknya itu kerap berulang-alik dari Bachok ke Tumpat yang perjalanannya sejauh kira-kira 60 kilometer.
Jenazah Saripah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kok Bedullah di sini pada pukul 11 malam kelmarin.
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeFri May 08, 2009 4:58 pm

Norish kecewa tuntutan ditolak

Oleh WAZIHA WAHID
waziha@kosmo.com.my


berita-berita terpilih hari ini... Ne_07.1





KUALA LUMPUR – Pelakon Norish Karman (gambar) kecewa apabila bekas
suaminya Datuk Hashimuddin Abdul Kadir menolak segala tuntutan yang
dibuat berhubung nafkah anak-anaknya dalam majlis sulh di Mahkamah
Rendah Syariah di sini semalam.

Dakwa Norish, Hashimuddin bukan sahaja enggan memberi kerjasama
malah telah menolak segala perbincangan dan hanya mahu menyelesaikan
kes tersebut di mahkamah.

“Kalau begini tiada kesudahan, sedangkan dalam hal ini kena ada
kerjasama kedua-dua belah pihak, kita tunggulah di mahkamah nanti,”
luah Norish atau nama sebenarnya Nor'asikin Karman.

berita-berita terpilih hari ini... Ne_07.2

Hashimuddin



Sehubungan itu, majlis sulh yang berlangsung secara tertutup selama
40 minit gagal mencapai sebarang penyelesaian sehinggalah perbicaraan
didengar pada 17 Jun depan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.

Norish, 34, dan Hashimuddin, 60, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri
(ADUN) Seri Menanti di Negeri Sembilan hadir di mahkamah semalam secara
berasingan dan masing-masing tidak ditemani peguam.

Pada 27 April lalu, Norish selaku plaintif dalam permohonan perintah
nafkah sementara menuntut Hashimuddin yang dinamakan sebagai responden
membayar nafkah anak sebanyak RM1,500 setiap seorang bagi tiga orang
anak mereka.

Aktres berasal dari Singapura itu turut menuntut Hashimuddin
menjelaskan bayaran bulanan sewa rumah RM5,000 dan RM900 bagi gaji
pembantu rumah.

Selain itu, pelakon Spa Q itu turut memohon perintah mahkamah supaya
responden mengembalikan segera kenderaan Nissan Murano yang sebelum ini
digunakan untuk membawa anak-anaknya ke sekolah.
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
comei_ika
Senior Forummer
Senior Forummer
comei_ika


Posts : 789
Join date : 2009-05-06
Age : 39
Location : Pulau Mutiara

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:55 am

yg paling penting skrg ni kes ragut makin menjadi2....
sampai meragut nyawa....paling kesian and sedih warga emas & ibu ngandung meninggal dunia.....tapi lain2 tmpt laa
Back to top Go down
Raja_Mambang
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records
Raja_Mambang


Posts : 2731
Join date : 2009-05-05
Age : 40
Location : PIneApPleCITy

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeSat May 09, 2009 9:31 am

afro

betul tu ika....
RAja sokong....ika rasakan, hukuman apa yg setimpal dgn peragut sehingga mangsa ragut kita meninggal dunia d buat dek peragut...?
RAja MAmbang sarankan kpd pihak yg berkaitan supaya menjatuhkan hukuman yg seberat berat nya ke atas peragut agar peragut tdk berani dan trauma mengulangi perbuatan ms lampau nya....ok tak...?

cheers cheers cheers cheers cheers
Back to top Go down
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeSat May 09, 2009 11:24 am

xsmpt miss post berita ibu mgandung yo.. gara2 rm2 lah alu melayang nyawo..

bna john.. sbb mn diberik hukuman yg setimpal, brk peragut yo insaf.. huhuhuhuh
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeSat May 09, 2009 11:26 am

09 may 2009

Tersungkur tarik baju peragut


Oleh Saipul Adli Mohamad
saipuladli@hmetro.com.my




JOHOR BAHRU: Seorang pelajar perempuan tersungkur di atas jalan raya
ketika menarik baju pembonceng motosikal yang meragut telefon bimbitnya
di Jalan Api-Api, Taman Megah Ria di sini, petang kelmarin.

Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, seorang daripada peragut itu
dicekup manakala seorang lagi melarikan diri selepas kedua-duanya
terjatuh berikutan motosikal mereka digesel kereta dinaiki dua beradik,
Mohd Hasni Hassan, 27, dan Siti Roslina, 34, yang menyaksikan insiden
berkenaan.

Mengimbas kejadian itu, mangsa, Sheron Tan, 15, yang
juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Megah Ria, berkata
ketika itu, dia dalam perjalanan balik dari kelas tambahan di sekolah
ke rumahnya di taman berkenaan, kira-kira jam 5 petang.

“Jarak
antara rumah saya dengan sekolah kira-kira satu kilometer, sampai di
simpang Jalan Ketapang ke Jalan Api-Api, saya periksa telefon bimbit
kerana menerima SMS.

“Ketika itu, saya perasan dua lelaki menaiki motosikal memerhatikan saya, tetapi saya tidak mempedulikan mereka,” katanya.

Tiba-tiba, katanya, lelaki terbabit menghampirinya dan berkata ‘amoi,
boleh minta nombor telefon bimbit’ sebelum dia menjawab ‘lain kali.’

“Bagaimanapun, lelaki yang membonceng motosikal itu turun dari
kenderaan itu dan memeluk saya dari belakang kerana mahu merampas
telefon bimbit saya.

“Saya cuba melawan, tetapi lelaki itu
merampas telefon bimbit saya dan naik semula ke motosikal ditunggang
rakannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di taman berkenaan,
petang semalam.

Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata,
berikutan geram kerana melihat kedua-dua lelaki terbabit mahu melarikan
diri, dia mencampakkan buku sebelum mengejar dan menarik baju
pembonceng sebelum motosikal itu bergerak sambil tangan kanannya terus
berpaut pada baju lelaki itu.

Bagaimanapun, selepas beberapa
langkah dan tidak mampu menyaingi kelajuan motosikal berkenaan, dia
tersungkur di atas jalan dan mengalami kesakitan di beberapa bahagian
badan serta tidak larat untuk bangun.

“Kebetulan, ibu seorang
rakan sekolah saya melalui kawasan itu dan mengangkat saya sebelum
terus menghantar saya pulang ke rumah,” katanya.
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeSat May 09, 2009 11:29 am

11 lelaki ditahan dalam operasi kes ragut ibu hamil



PASIR GUDANG: Seramai 11 lelaki termasuk dua daripadanya warga
Indonesia ditahan di sekitar Ayer Hitam, dekat sini, dalam usaha polis
mengesan suspek yang dipercayai terbabit kes ragut sehingga menyebabkan
seorang wanita hamil dua bulan, Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia
Selasa lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd
Shariff, berkata menerusi operasi besar-besaran membabitkan pasukan
khas serta anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang,
pihaknya menahan sembilan lelaki dipercayai penagih dadah, malam
kelmarin.

“Manakala kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam), kami
menahan dua warga Indonesia dan merampas parang, empat telefon bimbit
dan komponen motosikal dan telefon bimbit yang akan ditunjukkan kepada
keluarga mangsa untuk pengecaman.

“Sehubungan itu, saya menggesa orang ramai yang memiliki maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membantu polis.

“Jangan hanya pandai bercakap atau mendakwa, tetapi tidak berani tampil
dan saya memberi jaminan, identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.

“Masyarakat ada tanggungjawab untuk membanteras jenayah, jadi saya
harap orang ramai berani tampil untuk menyalurkan maklumat kerana kami
memerlukan maklumat dan bukti untuk menangkap sekali gus mendakwa
penjenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media
selepas Mesyuarat Majlis Permuafakatan Tindakan antara Jabatan
Pelajaran Johor dengan Polis Johor di Tanjung Puteri Golf Resort di
sini, petang semalam.
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeSat May 09, 2009 11:31 am

Bersalin ketika nak ke sekolah


Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad
mriduwan@hmetro.com.my




MELAKA: Perbuatan durjana seorang lelaki menjalin hubungan cinta
terlarang serta menjadikan seorang pelajar perempuan yang juga anak
jirannya sebagai hamba nafsu serakah sejak setahun lalu akhirnya
terbongkar apabila gadis itu melahirkan seorang bayi lelaki dalam
tandas rumahnya di Pengkalan Rama Pantai, dekat sini, kelmarin.

Bagaimanapun difahamkan, bayi lelaki cukup sifat itu disahkan mati oleh
kakitangan Hospital Melaka (HM) ketika dibawa bersama pelajar terbabit
sejurus selepas dilahirkan.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah (Risikan dan Operasi) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri,
Superintendan Hamdan Majid, berkata polis kini sedang mengesan lelaki
berusia 20-an itu untuk membantu siasatan.

Mengulas lanjut,
Hamdan berkata, berdasarkan siasatan awal dan penelitian laporan polis
dibuat oleh doktor yang merawat pelajar bawah umur serta bayi itu,
pihaknya difahamkan bayi terbabit dilahirkan ketika gadis berkenaan
hendak ke sekolah.

“Kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi ketika pelajar perempuan berusia 17 tahun itu bersiap untuk ke sekolah di rumahnya.

“Selepas memakai pakaian sekolah, pelajar berkenaan tiba-tiba sakit
perut seperti hendak membuang air besar dan masuk ke tandas di rumahnya.

“Dia bagaimanapun terkejut dan ketakutan kerana tiba-tiba bersalin di
dalam tandas dan bayi itu dipercayai terjatuh. Pelajar itu yang
kesakitan dan keletihan kerana mengalami pendarahan memanggil ibu dan
bapanya membantu,” katanya.

Hamdan berkata, ibu bapa pelajar
perempuan itu yang turut terkejut dengan kejadian berkenaan membawa
anak mereka dan bayi itu ke HM untuk mendapatkan rawatan.

“Saya
difahamkan, pelajar perempuan terbabit mendakwa langsung tidak
menyedari bahawa dia mengandung dan gadis itu mahupun ibu bapanya tidak
melaporkan mengenai kelahiran dan kematian bayi berkenaan.

“Sebaliknya, doktor yang membuat pemeriksaan ke atas gadis terbabit
membuat laporan laporan polis kerana mengesyaki sesuatu selepas
bertanya kepada pelajar dan keluarganya,” katanya.
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeSat May 09, 2009 11:34 am

Paru-paru murid dipanah petir berair

ALOR STAR: Mangsa yang parah dipanah petir ketika menunggang
motosikal bersama bapanya di Kampung Tok Keling, dekat sini, kelmarin
masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah
(HSB) di sini dan sehingga petang semalam, keadaannya dilaporkan belum
stabil.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu,
Muhammad Irdhi Mohd Fauzi, 11, parah, manakala bapanya, Mohd Fauzi
Saad, 41, maut selepas dipanah petir ketika menaiki motosikal sebelum
kedua-dua beranak itu terjatuh ke dalam tali air di tepi jalan kampung
berkenaan.

Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke
rumah di Kampung Tanjung Bayam, kira-kira satu kilometer di tempat
kejadian dari Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Mengkudu, dekat sini.

Ibu mangsa, Azila Abdullah, 35, berkata keadaan anaknya yang juga murid
tahun lima SK Alor Mengkudu itu belum stabil walaupun sudah mulai
sedar, petang kelmarin.

“Doktor memaklumkan paru-parunya dimasuki air kerana terjatuh ke dalam tali air sedalam kira-kira satu meter itu. Dia bukan parah dipanah petir, tetapi kerana paru-parunya banyak dimasuki air,” katanya.
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeSun May 10, 2009 10:41 am

berita luar negara





Janin dibedah dalam kandungan


berita-berita terpilih hari ini... Du_02.1

OCEANE MCKENZIE menjalani pembedahan jantung ketika berusia 31 minggu di dalam kandungan ibunya.



BUAT kali pertama, sepasukan doktor di Hospital Mount Sinai dan
Hospital Kanak-Kanak Sakit di Toronto, Kanada berjaya melakukan
pembedahan jantung pertama ke atas janin yang masih berada di dalam
rahim ibunya.

Janin yang dipercayai mengidap Critical Aortic Stenosis yang mana
terdapat penyempitan teruk bagi injap alur keluar utama jantung kiri
bayi itu menjalani pembedahan pada usia 30 minggu.

Menurut Ketua Unit Perubatan Bersalin di Hospital Mount Sinai, Dr.
Greg Ryan, pembedahan yang pertama kali dijalankan di Kanada itu
merupakan satu-satunya prosedur yang dapat menyelamatkan janin itu
daripada meninggal dunia.

"Jika janin dibiarkan tanpa sebarang rawatan, risiko untuk janin
meninggal dunia ketika dilahirkan adalah tinggi dan sekiranya selamat
dilahirkan, bayi tersebut terpaksa menderita Sindrom Jantung Kiri
Hypoplastic sepanjang hayatnya.

"Jika mereka hidup, hanya 65 peratus yang boleh bertahan selama 10 tahun," katanya.
Melalui keadah pembedahan yang mengambil masa 37 minit itu, para
doktor telah menyelitkan satu jarum panjang melalui perut McKenzie bagi
satu kateter kepada injap aorta janin.

Dia yang dalam keadaan sedar ketika itu dapat melihat janinnya
diberi ubat supaya tidak bergerak dan bebas dari sakit sebelum para
doktor menggunakan alat ultrasonik untuk mencari jalan ke jantung
janin.

"Keupayaan para doktor untuk membetulkan injap aortik pada usia
kandungan 31 minggu berjaya memastikan janin membesar dengan sempurna
dan mengurangkan risiko kesihatan yang lain," jelas Dr. Greg.

Bayi yang diberi nama Oceane McKenzie itu dilahirkan 15 April lalu.
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeTue May 12, 2009 12:02 pm

'Hancur hati saya'


Oleh Yahya Awang
am@hmetro.com.my




berita-berita terpilih hari ini... Mainpix



PARIT BUNTAR: “Saya tak dapat tidur semalaman memikirkan keselamatan
anak sulung saya yang hilang. Sebaik dimaklumkan mengenai penemuan
mayat seorang kanak-kanak di perairan Kuala Bagan Tiang, saya berdoa ia
bukan anak saya.

“Bagaimanapun, selepas dipanggil melihat
sendiri mayat kanak-kanak itu, hancur hati saya dan isteri (Lim Hai
Wei, 25),” kata Lee Boon Chung, 25.

Dia adalah bapa kepada
seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang mayatnya ditemui
terapung di muara sungai Kuala Bagan Tiang, Bagan Serai, kira-kira 120
km dari sini, selepas dipercayai diculik malam kelmarin.

Sebelum itu, Lee Li Xuan, 3, dilaporkan hilang oleh bapanya selepas
menonton opera Cina bersama datuknya di Bagan Tiang, Tanjung Piandang
jam 10 malam.

“Saya sedih dengan kejadian ini dan tidak sangka ia menimpa keluarga
saya. Saya berharap polis menyiasat punca kematian anak saya dan
membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi
Nayan, berkata mayat Li Xuan ditemui tersangkut di ranting kayu oleh
beberapa penduduk kampung yang kemudian menghubungi polis.

Beliau berkata, polis menemui mayat Li Xuan dengan kesan calar di kedua-dua kakinya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.

Sebelum itu, katanya, Boon Chung membuat laporan polis mengatakan
anaknya dilarikan seorang lelaki ketika mangsa menyaksikan opera Cina
di sebuah taman berhampiran rumah datuknya di Bagan Tiang pada malam
kelmarin.

Menurut Mat Fauzi, Li Xuan berjalan kaki seorang diri
ke rumah datuknya di Bagan Tiang untuk menyaksikan pertunjukan itu 200
meter dari rumahnya.

“Dia yang memakai baju-T biru dan seluar
pendek merah dikatakan dilarikan seorang lelaki yang menaiki Proton
Aeroback ke arah pekan Parit Buntar,” katanya.

Bagaimanapun, siasatan awal mendapati ibu bapa mangsa tidak menerima ugutan atau panggilan telefon menuntut wang tebusan.

“Sebaik menerima laporan daripada keluarga mangsa, polis melancarkan
gerakan mencarinya hingga kami menerima maklumat mengenai penemuan
mayat seorang kanak-kanak oleh seorang nelayan di perairan Kuala Bagan
Tiang kira-kira tiga kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

“Ketika ditemui, baju mayat itu berwarna biru dan seluar merah, sama
dipakai mangsa yang dilaporkan hilang. Polis mengesahkan ia mayat Li
Xuan selepas dikenal pasti bapanya,” katanya.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat
Polis Daerah Kerian di talian 05-7215222 atau Mat Fauzi, 019-6666496
untuk membantu siasatan.
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeTue May 12, 2009 1:13 pm

Konstabel maut selepas tahu kekasih bertunang











TAMPIN:
Seorang konstabel polis yang kecewa selepas mendapat berita teman
wanitanya bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi,
ditemui mati dalam keadaan bogel dan berlumuran darah di rumah ibu
bapanya di Felda Bukit Rokan, Gemencheh, dekat sini, malam kelmarin.


Khairol Azuan Abdul Ghani, 23, yang bertugas di Batalion Ke-6
Pasukan Gerakan Am (PGA) Kem Bakri, Muar, Johor ditemui meninggal dunia
oleh abangnya, Zahasmi, 37, kira-kira jam 7 petang di dapur rumah
berkenaan.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata
ketika ditemui mangsa dalam keadaan terlentang berlumuran darah tanpa
pakaian dengan cedera parah di perut sebelah kiri dan kedua-dua
pergelangan tangan.

"Pasukan polis yang menjalankan siasatan di tempat kejadian menemui sebilah pisau lipat dan pisau cukur.


"Siasatan awal mendapati kematiannya tiada unsur jenayah dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


"Namun, kita masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya," katanya ketika dihubungi, semalam.








Sementara itu, Zahasmi berkata, adiknya pulang bercuti untuk beberapa
hari selepas bertugas mengawal keselamatan ketika persidangan Dewan
Undangan Negeri (DUN) Perak, Khamis lalu.


"Dia bermalam di rumah saya di Taman Datuk Taha, di sini
kerana ibu bapa kami tinggal bersama saya. Pagi semalam (kelmarin), dia
beritahu hendak balik ke tempat kerja dengan menunggang motosikal,"
katanya.


Zahasmi berkata, pada jam 6.50 petang kelmarin, dia ke rumah
ibu bapanya di Felda Bukit Rokan untuk mengambil barang tetapi
mengesyaki sesuatu apabila mendapati pintu rumah berkunci dari dalam.


"Saya meninjau melalui lubang di dapur dan terperanjat
melihat tubuh manusia dari bawah pusat hingga ke kaki dalam keadaan
terlentang dan berlumuran darah," katanya.






Zahasmi berkata, dia menghubungi Balai Polis Gemencheh sebelum
sepasukan anggota datang menjalankan siasatan, tetapi terkejut apabila
mendapati mayat yang terlentang dan berlumuran darah itu adalah
adiknya.


"Saya dan keluarga amat sedih kerana sebelum kejadian arwah tidak menunjukkan perubahan.


"Kami ingatkan dia sudah balik ke Muar tetapi tidak sangka dia bertindak begini," katanya.

ptt x??? ish affraid
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
JhoeBling
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records
JhoeBling


Posts : 1157
Join date : 2009-05-05
Age : 37
Location : PineappleCity

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeTue May 12, 2009 1:37 pm

tdah nya lok.....

x semesti nya frust ya tek alu nak munuh dirik......jangan la ekot benda camtok...


ajal maut di tangan Tuhan....kita manusia xda kuasa nak menentukan ajal maut kita mpun....sekiranya benda ya berlaku..hukum nya tetap Dosa dan Neraka.....
Neutral
Back to top Go down
http://www.mbgrepublic.forumotion.net
JhoeBling
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records
JhoeBling


Posts : 1157
Join date : 2009-05-05
Age : 37
Location : PineappleCity

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeTue May 12, 2009 1:40 pm

Part bersalin tyme nak turun sekolah ya....aduhhhh...
nang sial laki ya....pa la x pandey pikir....ompuan ya gik skolah....
stupid tahap Cipan dah org laki ya....buduh....DAYUSSSS...
Evil or Very Mad
Back to top Go down
http://www.mbgrepublic.forumotion.net
JhoeBling
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records
JhoeBling


Posts : 1157
Join date : 2009-05-05
Age : 37
Location : PineappleCity

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeTue May 12, 2009 1:43 pm

pasal miak kecik ya...malam tek da nengar berita ya kat TV#....tdah na nangga miak kecik ya...nak ni ka manusia nek tok semakin bertukar menjadi binatang ka..??
ganas pya glak??
mun dapat sapa nok colek ya kasi bunuh sama itu binatang....Gantung Sampai Mati...~!!!!
Twisted Evil
Back to top Go down
http://www.mbgrepublic.forumotion.net
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeTue May 12, 2009 4:43 pm

yolah jhoe... sik kuat naa pegangan miak nk munoh dirik yo.. ish2.. apo lah malang mak bapak nemu miak cmyo.. mak bapak alu knk slah lak.. xmdidik ank ngn bgs.. sian ngn mak bpak eh..

hai miak branak.. yolah jhoe.. ish2.. nafsu smo ngn cipanzi.. hehhe

hai miak knk colekk.. nang ptt diukum sampey mati laa.. sian naa ngn miak yo.. dh laa tedah sik tauk apo2.. alu di buang ke laut.. nang sik do prasaan na lah org ncolek yo.. hhuuh.. si** naaa...!!!!!!!!!!!!
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
JhoeBling
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records
JhoeBling


Posts : 1157
Join date : 2009-05-05
Age : 37
Location : PineappleCity

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeTue May 12, 2009 4:48 pm

tuyuk nak munuh yo....
Back to top Go down
http://www.mbgrepublic.forumotion.net
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeTue May 12, 2009 5:04 pm

nang tuyuk.. thp dewa.. adus2....
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
JhoeBling
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records
JhoeBling


Posts : 1157
Join date : 2009-05-05
Age : 37
Location : PineappleCity

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeWed May 13, 2009 1:52 am

berita-berita terpilih hari ini... Untitled

senarai orang paling kaya dalam dunia untuk tahun 2006. Macam biasa
nombor satu bukanlah rahsia, mestilah Bill Gates. Macam mana pulak yang
nombor 2 dan seterusnya, lihatlah rangking ni...

  1. Bill Gates, Microsoft, USD50 Billions
  2. Warrent Buffet, Bukan Tokey Buffet!, USD 42 Billions
  3. Carlos Slim Helu, Telecommunications, USD30 Billions
  4. Ingvar kamprad, IKEA, USD28 Billions
  5. Laksmi Mittal, Steel Industry, USD23.5 Billions
  6. Paul Allen, Microsoft, USD22 Billions
  7. Bernard Arnault, Luis Vuitton, Cristian Dior, USD21.5 Billions
  8. Prince Alwaleed Bin Talal Alsaud, Raja Saudi punya anak saudara, USD20 Billions
  9. Kenneth Thomson, Thompson Group, USD19.6 Billions
  10. Li Ka-shing, Investments, USD18.8 Billions
Antara
billionaire lain ialah Roman Abramovich, di tangga 11, Micheal Dell
yang buat komputer Dell tu! nombor 12! Apa yang menariknya ialah, 7
daripada 15 orang paling kaya di dunia ialah mereka yang kena buang
kolej atau university dan ada yang berhenti belajar masa sekolah
menengah lagi!! mereka ni membuktikan bahawa untuk berjaya kita tak
semestinya kena skor semua A dalam exam tapi dengan semangat tidak
mudah putus asa dan bekerja keras!
oklah, kalau nak tengok sumanya, belilah majalah Forbes.
Back to top Go down
http://www.mbgrepublic.forumotion.net
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeWed May 13, 2009 10:20 am

ish2.. yo lah jhoe.. sik smsti eh dpt semo A bjya lam idup..
yg ptg smgt yg tggi mngejar cita2 yo pnting nk..
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
~~MiSsSaRaToKyO~~
ORANG KANAN MAMBANG
ORANG KANAN MAMBANG
~~MiSsSaRaToKyO~~


Posts : 1742
Join date : 2009-05-06
Age : 35
Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeThu May 14, 2009 1:41 pm

15/05/2009

3,000 pemohon berebut 79 kerja kosong

Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
zainal.mohamed@kosmo.com.my


berita-berita terpilih hari ini... Ne_01.1

SEBAHAGIAN daripada 3,000 orang beratur sehingga ke tepi jalan untuk memohon kerja status kontrak di Alor Setar semalam.



ALOR SETAR - Lebih 3,000 pencari kerja yang datang dari seluruh
negeri Kedah sanggup beratur panjang di tengah panas terik semata-mata
kerana ingin merebut tawaran 79 jawatan kosong di Jabatan Pelajaran
Kedah di sini semalam.

Mereka sanggup berbuat demikian walaupun pekerjaan yang dipohon itu
sekadar status kontrak selama enam bulan membabitkan jawatan guru
siswazah, pegawai tadbir, penolong pegawai tadbir dan pembantu tadbir.

Namun, ia bukan penghalang kepada para pemohon termasuk yang hadir
dengan pakaian kemas dan bertali leher untuk beratur sehingga tepi
jalan seawal pukul 7 pagi di luar pagar Dewan Teknologi Pendidikan
Negeri. Kehadiran mereka menjadi punca kesesakan sejauh satu kilometer
di Jalan Stadium di sini.

Seorang pencari kerja, Mohd. Faizal Hamirullah, 26, berkata, dia
terpaksa menunggu dan beratur selama tiga jam sebelum dapat memasuki
kawasan kompleks itu dan mendaftar diri.

"Saya tetap menaruh harapan untuk mendapatkan kerja ini walaupun terlalu ramai orang hadir," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam.
Back to top Go down
http://www.tagged.com/shyaidda
JhoeBling
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records
JhoeBling


Posts : 1157
Join date : 2009-05-05
Age : 37
Location : PineappleCity

berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitimeThu May 14, 2009 1:56 pm

sama ngan kes d Cboo imarek..open interbiu...600 lebih orang....lak nanyak detail ngan salam....hahahah
Back to top Go down
http://www.mbgrepublic.forumotion.net
Sponsored content





berita-berita terpilih hari ini... Empty
PostSubject: Re: berita-berita terpilih hari ini...   berita-berita terpilih hari ini... I_icon_minitime

Back to top Go down
 
berita-berita terpilih hari ini...
Back to top 
Page 1 of 3Go to page : 1, 2, 3  Next
 Similar topics
-
» Berita-berita Pelik Seluruh Dunia
» TAKE NOTE SEBELUM POST DALAM "BERITA TERKINI"
» UCAPAN SELAMAT HARI IBU
» Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri~~~!!!
» Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Mambang Records :: ISU SEMASA :: Berita Terkini-
Jump to: