Mambang Records
SELAMAT DATANG KE FORUM MAMBANG RECORDS
KITA BERKONGSI MAKLUMAT DAN MENGETAHUI
PERKEMBANGAN MAMBANG RECORDS BERSAMA-SAMA!

TERIMA KASIH


FORUM UNTUK FAMILY MAMBANG RECORDS
 
MBG FrontpageHomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dari kami Mambang Records...CD EP Mambang Records telah pun rasminya dikeluarkan..pada harga RM15...jika anda ingin mendapatkan CD Ep Mambang Records sila berurusan dengan JhoeBling@Raja_Mambang@Lil^Fiz...jangan ketinggalan~~...
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar
Top posters
Raja_Mambang
 
DenGz_aDzmieRa
 
~~MiSsSaRaToKyO~~
 
NU^UL89
 
LILFIZ89
 
JhoeBling
 
♪Mya_Mya♪
 
comei_ika
 
pUrple_mambAng
 
Da_MoRBiD69
 
Latest topics
Statistics
We have 168 registered users
The newest registered user is squirchris

Our users have posted a total of 16669 messages in 171 subjects
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 106 on Mon Aug 29, 2011 10:21 pm

Share | 
 

 Syariff Masahur Pahlawan Sarawak

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
JhoeBling
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records


Posts : 1157
Join date : 2009-05-05
Age : 30
Location : PineappleCity

PostSubject: Syariff Masahur Pahlawan Sarawak   Wed May 13, 2009 6:03 pm



'CUKAI KEPALA' KOLONIAL BRITISH:

BERANGKAN KOMUNITI CINA SARAWAK

Mungkin
sahaja tak keterlaluan keberangan masyarakat Cina di Sarawak sekitar
dekad 1840-an terhadap kolonial British disebabkan 'cukai kepala' mirip
kepada perhambaan yang diamalkan di Amerika Syarikat. Langkah James
Brooke mengenakan 'cukai kepala' kepada pekerja-pekerja lombong emas di
Bau memperlihat kebencian orang Asia terhadap Inggeris bukan sekadar
mahu menjajah ekonomi, malah turut menghapuskan nilai-nilai budaya
timur. Frasa pemberontakan komuniti Cina di Sarawak hampir dilupakan,
berikutan kepentingan politik yang mahukan sokongan daripada masyarakat
Orang Asal. Berdasarkan fakta politik ini pahlawan-pahlawan Iban
diangkat sebagai wira di Sarawak.

Shariff Masahor yang berjuang di Sarawak hingga dibuang ke Singapura
pada dekad 1850-an juga disembunyikan kesinambungan perjuangan beliau
di Selangor apabila melawan kolonial Inggeris di Kuala Lumpur pada
1872. Shariff Masahor yang kemudiannya dikenali Syed Masahor diwar-war
oleh British meninggal dunia di Singapura bagi melemaskah semangat
pejuang-pejuang nasionalisme di Sarawak. Dalam fakta sejarah bertulis
di Selangor, Syed Maahor yang dikatakan berasal dari Kalimantan
sebenarnya meninggal dunia di Kerling, Hulu Selangor pada 1890 selepas
gagal mengusir Inggeris yang disokong Tengku Kudin di Kuala Lumpur.
Tetapi di Sarawak sumbangan Liu Shanbang dalam perjuangan melawan
Inggeris dilupusian daripada ingatan rakyat Sarawak.

Dalam perjuangan menentang 'cukai kepala' (perhambaan manusia), Liu
Shanbang berjaya menggembling tenaga 600 pelombong-pelombong Cina di
kuil 'Tian Sze Lung Kiung' pada 18 Februari 1857. Mereka bergerak
dengan 30 buah perahu dari Bau ke Kuching, bagi menguji kehebatan
pertahanan James Brooke. Ternyata pertahanan James Brooke rapuh seperti
perihal Israel yang mampu ditembus oleh peluru scud Iraq pada 1990.
Gerakan pelombong-pelombong itu berjaya membunuh pegawai tentera
British dikenali Harry Nicholetts, malah James Brookes juga hampir
terbunuh. Raja tak bedaulat itu terpaksa terjun ke sungai dengan
berenang ke bawah tongkang di Sungai sarawak bagi bersembunyi daripada
serang Liu Shanbang.

Disebabkan Liu Shanbang menyangka James Brooke mati dalam serangan
tersebut, mereka merayakan kemenangan ketika berkubu di Jugan Siniawan.
Keyakinan tersebut diperkuatkan lagi dengan usaha pihak kolonial
British mahu berdamai dengan mengirim seorang utusan bersama beberapa
tong arak. Kealpaan Liu Shanbang yang menyangka mereka mencapai
kemenangan dengan pesta arak, memberi ruang kepada James Brooke
melancarkan serang hendap menyebabkan Liu Shanbang terbunuh setelah
diperangkap oleh British. Seterusnya British melancarkan gerakan
'pembunuhan beramai-ramai' apabila membunuh 2,000 penduduk di Bau tak
mengira kanak-kanak, wanita dan warga emas. Bangsa biadap inilah yang
dianggap mempunyai bahasa ilmu seperti ditafsirkan oleh mereka yang
buta sejarah. Alahai!

_________________
Back to top Go down
View user profile http://www.mbgrepublic.forumotion.net
NU^UL89
Mambang
Mambang


Posts : 1515
Join date : 2009-05-08
Age : 27
Location : johor baharu yg tak brape nak baru

PostSubject: Re: Syariff Masahur Pahlawan Sarawak   Thu Aug 20, 2009 10:40 am

Smile




Back to top Go down
View user profile
NU^UL89
Mambang
Mambang


Posts : 1515
Join date : 2009-05-08
Age : 27
Location : johor baharu yg tak brape nak baru

PostSubject: Re: Syariff Masahur Pahlawan Sarawak   Thu Aug 20, 2009 10:42 am

study sejarah tingkatan 3..
Back to top Go down
View user profile
Mr. Gee
Mambang
Mambang


Posts : 380
Join date : 2009-06-09
Age : 22
Location : SaRiKeI, NeNaS ToWn & PiNeApPLeCitY

PostSubject: Re: Syariff Masahur Pahlawan Sarawak   Sun Aug 23, 2009 3:18 pm

aie..ni ada..sejarah tngktan 2 lah nurul..hihi..
Back to top Go down
View user profile
NU^UL89
Mambang
Mambang


Posts : 1515
Join date : 2009-05-08
Age : 27
Location : johor baharu yg tak brape nak baru

PostSubject: Re: Syariff Masahur Pahlawan Sarawak   Sun Aug 23, 2009 9:44 pm

cheers ahaha lupa makcik aie...
menalah tingkatan 2 nak??
huhu al maklumlah lama makcik sik skolah..haha



Syarif Masahor merupakan seorang pemimpin yang disegani
oleh masyarakat
Iban dan Melanau. Beliau dilantik oleh Sultan Brunei sebagai
Gabenor Sarikei di Sungai Rajang. Beliau merupakan seorang pembesar yang
cekap dan jujur. Pengenalan pentadbiran baru oleh James Brooke menerima
tentangan daripada pembesar-pembesar Sarawak. Para pembesar ini berhasrat
mengusir orang Eropah keluar dari Sarawak dan mengambil alih
kerajaan. Beberapa tindakan James Brooke menimbulkan kemarahan
pembesar-pembesar Sarawak, seperti mengambil alih hak memungut cukai dan
menghapuskan amalan hamba hutang dan amalan pemburuan kepala. Atas rasa
tidak puas hati itulah Syarif Masahor bangun menentang kerajaan Keluarga
Brooke.




peta menunjukkan
Kedudukan Sarikei


di kawasan Sungai
Rajang
Back to top Go down
View user profile
Mr. Gee
Mambang
Mambang


Posts : 380
Join date : 2009-06-09
Age : 22
Location : SaRiKeI, NeNaS ToWn & PiNeApPLeCitY

PostSubject: Re: Syariff Masahur Pahlawan Sarawak   Thu Aug 27, 2009 3:41 pm

ye..mmg tngktan 2..hohoh..takpe tu..
Back to top Go down
View user profile
NU^UL89
Mambang
Mambang


Posts : 1515
Join date : 2009-05-08
Age : 27
Location : johor baharu yg tak brape nak baru

PostSubject: Re: Syariff Masahur Pahlawan Sarawak   Fri Aug 28, 2009 1:13 am

hehe pandai mr gee..
aie hilang dah gmbr peta ya owh... scratch
Back to top Go down
View user profile
Mr. Gee
Mambang
Mambang


Posts : 380
Join date : 2009-06-09
Age : 22
Location : SaRiKeI, NeNaS ToWn & PiNeApPLeCitY

PostSubject: Re: Syariff Masahur Pahlawan Sarawak   Fri Aug 28, 2009 3:26 pm

hihihi..mr gee ni taklh pndai sngt..ckit2 je..
Back to top Go down
View user profile
Vieb
Member Aktif Mambang
Member Aktif Mambang


Posts : 75
Join date : 2009-10-17
Age : 27
Location : bintulu/johor bahru

PostSubject: Re: Syariff Masahur Pahlawan Sarawak   Tue Mar 30, 2010 11:21 pm

JhoeBling suka sejarah?


kmk nak tanyak cam ney bhs sarawak boleh wujud?
Back to top Go down
View user profile
JhoeBling
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records


Posts : 1157
Join date : 2009-05-05
Age : 30
Location : PineappleCity

PostSubject: Re: Syariff Masahur Pahlawan Sarawak   Wed Mar 31, 2010 2:54 am

suka la juak...p ya la tek...ada part nya mek suka....bhs2 swk ya wujud nya mek lom banyak tauk...coz mek mebesar ngan bahasa ya...tp x tauk asal usul nya koh...hehehh

better to be honest than to be hipokrit...kan..?

_________________
Back to top Go down
View user profile http://www.mbgrepublic.forumotion.net
mr'apple
Mambang
Mambang


Posts : 158
Join date : 2010-01-14
Age : 32
Location : Miri

PostSubject: Re: Syariff Masahur Pahlawan Sarawak   Wed Mar 31, 2010 8:31 am

awk...
bhsa swk,mmg susah mok cari kesaehan nya...
cx lm swk jk hmpir/lebih 10igek bhsa yg di prtuturkan....
hiihihihihi..so..sik dpt polh pa2 laa...

phlwan syariff masahur is org yg da di dlm brunie GOV tym ya,
kira bkrja ngn brunie Gov laaa...
dlok,sluruh swk towk,hak milik brunie..tp gnguan dr kominis tlah mybabkn brunie kurang tanah jajahn..
dlok......
raja brunie xda duit k byar brityish utk mhalau kominis dr tanah boneo,jd nya mdh akn bgi sbhgian tanah di swk towk utk jajahn british..
smpe laa 1 ketika yg brunie nya da skit jk gik tggl...ya pun nasib anak nya pintar yg mgntikan raja brunie yg bnggap ya...
british ambik point madah cya - ctowk da kominis,tp xda pun..so..raja akn brik skit area utk jajahn sbgai gnjaran mhalaukn kominis..
tanah trakhir yg di pindah milik is limbang...det Y laa mun kita g limbng,kita akn rsa cm di brunie,smua org tutur k bhsa brunie 90% laa..
mun di tyk ngn org2 lamak oooo..tnyk nya askar dlok tuggh nama pa??
askar gruka....ya nama utk askar brunie..smpe laa kinektok..
Back to top Go down
View user profile
Vieb
Member Aktif Mambang
Member Aktif Mambang


Posts : 75
Join date : 2009-10-17
Age : 27
Location : bintulu/johor bahru

PostSubject: Re: Syariff Masahur Pahlawan Sarawak   Mon Apr 05, 2010 12:43 am

gruka...gruda...geruda....

owh..cm ya kh?
mint juak mr'apple hstory tok?
ktk menerang ngn mek cara meluas...
kmk nanyk secara mndlm la...
bhsa kucg cm ney bole wujud?
Back to top Go down
View user profile
mr'apple
Mambang
Mambang


Posts : 158
Join date : 2010-01-14
Age : 32
Location : Miri

PostSubject: Re: Syariff Masahur Pahlawan Sarawak   Mon Apr 05, 2010 8:48 am

mun sl bhsa kch ya ujud..mst laa dr org dlowk...
sik juak psti dtg dr nie...
hihihihi~~kmk hnya tauk srba sdikit sjrh ttg swk jk...
bnyk gik phlawan swk yg kita sik tauk..(yg sik trmasuk lm sjrah)
Back to top Go down
View user profile
Vieb
Member Aktif Mambang
Member Aktif Mambang


Posts : 75
Join date : 2009-10-17
Age : 27
Location : bintulu/johor bahru

PostSubject: Re: Syariff Masahur Pahlawan Sarawak   Wed Apr 07, 2010 2:43 am

kitak tauk kenak perkataan pusak wujud?
Back to top Go down
View user profile
mr'apple
Mambang
Mambang


Posts : 158
Join date : 2010-01-14
Age : 32
Location : Miri

PostSubject: Re: Syariff Masahur Pahlawan Sarawak   Wed Apr 07, 2010 8:55 am

kita shre srba sikit...


ROSLI Dhoby dihukum gantung sampai mati
pada 2 Mac
1950.

Rosli Dhoby dihukum gantung kerana tikam Gabenor Inggeris

USIANYA ketika itu baru 17 tahun dan menjadi pelatih guru. Namun semangat juang bagi menentang British yang ingin kembali menguasai Sarawak selepas Perang Dunia Kedua cukup mengagumkan.

Rosli Dhoby yang berjuang menuntut kemerdekaan Sarawak daripada Inggeris berakhir ke tali gantung pada 2 Februari 1950, selepas menikam Gabenor Duncan Stewart, di Sibu, pada 3 Disember 1949. Semangat kental yang mahu melihat negeri kelahirannya berkerajaan sendiri masih diingati sehingga kini.


Anak muda yang dilahirkan pada
1932 di Sibu menganggotai Gerakan Pemuda Melayu (GPM) yang ditubuhkan bagi menentang keluarga Brooke yang kalah dalam Perang Dunia Kedua tetapi mahu menyerahkan Sarawak kepada pentadbiran British selepas 1945.

Pengkaji Sejarah Sarawak, Dr Chang Pat Foh, berkata tindakan Rosli Dhoby adalah sebahagian sentimen antipenjajah di kalangan penduduk tempatan yang lahir selepas Perang Dunia Kedua.


"Penduduk tempatan mahu keluarga Brooke (yang memerintah Sarawak dari
1839-1942) menyerahkan Sarawak kepada mereka untuk memerintah sendiri dan bukan menjual Sarawak kepada British dengan harga satu juta pound.

Tindakan Sir Charles Vyner Brooke itu mencetuskan kemarahan penduduk Sarawak yang merasakan negeri mereka menjadi barang dagangan yang boleh dijual beli," katanya pada satu majlis dialog Sejarah Hero Melayu pada Zaman Awal Sarawak, di sini, baru-baru ini.

Tindakan Charles menjual dan menyerahkan Sarawak kepada pentadbiran British pada 1 Julai 1946 mencetus semangat penentangan di kalangan penduduk tempatan terutama golongan cerdik pandai, kakitangan kerajaan dan guru.

Sebelum itu, dua Ahli Parlimen British, D R Rees Williams dan L D Gammans melawat Sarawak pada Mac 1946 untuk mendapatkan pandangan penduduk mengenai isu penyerahan Sarawak sebelum dikemukakan kepada Majlis Negeri untuk kelulusan.

Penduduk tempatan tidak memahami maksud sebenar penyerahan dan isu itu yang kemudian diluluskan selepas berdebat di Majlis Negeri dengan memihak kepada sokongan penyerahan iaitu 19 undi menyokong berbanding 16 undi menentang.

Keputusan itu menyebabkan bermula 1 Julai 1946, British memerintah Sarawak, bagaimanapun, ramai penduduk tempatan tidak berpuas hati dengan keputusan berkenaan.

Guru dan kakitangan kerajaan dari kalangan orang Melayu paling ramai menentang penyerahan termasuk Rosli serta mereka yang menganggap penyerahan itu tidak sah dari segi undang-undang dan sebaliknya menuntut kemerdekaan Sarawak.

Rasa tidak puas hati berterusan terutama di kalangan orang Melayu yang kemudian menubuhkan GPM untuk menentang penjajah.

Atas rasa cintakan tanah air, Rukun 13 yang dianggotai 13 ahli GPM yang turut disertai Rosli mengadakan perjumpaan di Jalan Queensway, Sibu pada 21 Februari 1949 untuk mengusir Gabenor penjajah dan wakil yang lain.

Puncak penentangan GPM tiba selepas Gabenor British kedua, Duncan Stewart yang mentadbir Sarawak membuat lawatan pertama ke Sibu.

Mereka merancang mengambil peluang itu ketika Stewart melawat Sibu pada 3 Disember 1949, tarikh Rosli dipilih untuk menikam Stewart bagi memberikan gambaran kepada Inggeris yang masanya sudah tiba bagi Sarawak untuk merdeka.

Pada jam 9 pagi, ketika penduduk Sibu berkumpul bagi menyambut Stewart dan beberapa pegawai Inggeris yang tiba dalam satu barisan panjang sambil pelajar mengibarkan bendera Inggeris dan Sarawak, Rosli pula bersedia ditengah-tengah orang ramai dengan rakannya Morsidi Sidek yang menyamar sebagai jurugambar.

Kira-kira 9.3
0 pagi ketika Gabenor bergerak ke arahnya, Rosli terus mengeluarkan badik (senjata tradisi yang disapu racun) dan meluru serta menikam perut, sambil melaungkan perkataan: "keluar dari Sarawak atau kamu mati", pada masa yang sama Morsidi pula menyerang pegawai Inggeris, yang hanya dikenali sebagai Mr Dilks.

Mereka berdua ditangkap polis di tempat kejadian, manakala Stewart yang dalam keadaan kritikal dihantar ke Hospital Lau King Howe Sibu sebelum diterbangkan ke Singapura pada pagi esoknya dan meninggal dunia tujuh hari selepas kejadian.

Pada 15 Disember 1949, Rosli dan Morsidi Sidek serta dua lagi rakan seperjuangan mereka, Awang Ramli Matsaruddin dan Bujang Suntong dihukum gantung sehingga mati di Penjara Pusat Kuching.

Pada awal pagi, 2 Mac 1950, Rosli dan Morsidi Sidek, digantung di Penjara Pusat Kuching, di Jalan Tabuan, Kuching, namun British tidak membenarkan jenazah mereka dibawa keluar dari kawasan penjara.

Tindakan itu kononnya bagi mengelakkan tunjuk perasaan dan bantahan ahli keluarga serta pihak antipenjajahan terhadap hukuman yang dijatuhkan terhadap mereka berdua, sebaliknya dikebumikan di satu sudut pekarangan Penjara Kuching, tanpa sebarang pengenalan pada kubur.

Nasib sama menimpa Awang Rambi dan Bujang Suntong yang dihukum mati pada 23 Mac tahun yang sama turut dikebumikan tanpa nesan.

Pada 1996, Kerajaan Sarawak merasakan adalah tidak wajar untuk wira dan nasionalis berkenaan kekal terpenjara selepas dihukum gantung 46 tahun dulu.

Dengan persetujuan ahli keluarga, kubur Rosli dan tiga rakannya digali semula dan dikebumikan dengan sempurna di tempat kelahiran asal mereka iaitu di Sibu.

Pada 2 Mac 1996, kubur keempat-empat wira itu digali semula dan tinggalan jasad dikeluarkan dan dibaluti dengan bendera Sarawak dengan penuh penghormatan sebagai pahlawan ke Padang Merdeka dan dibawa dengan dua helikopter Nuri ke Sibu yang disambut lebih 2,000 warga Sibu.

Jasad mereka dikebumikan di perkuburan Masjid An Nur pada 2 Mac 1996 iaitu bersamaan tarikh Rosli dijatuhkan hukuman gantung.

Bagi penjajah British, Rosli adalah penjenayah, namun bagi penduduk Malaysia, beliau adalah wira yang berjuang dan menggadai nyawa untuk memerdekakan negeri ini dari cengkaman penjajahan.
Back to top Go down
View user profile
Vieb
Member Aktif Mambang
Member Aktif Mambang


Posts : 75
Join date : 2009-10-17
Age : 27
Location : bintulu/johor bahru

PostSubject: Re: Syariff Masahur Pahlawan Sarawak   Fri Apr 09, 2010 1:26 am

owh...rupanya perkataan kucing dah lamak wujud kat sawak...
ingatkan dolok kucing dipanggil sarawak...
kisahkan kenak bandaraya kucing kenek towk masih dipnggl sawak owg tua2?
Back to top Go down
View user profile
mr'apple
Mambang
Mambang


Posts : 158
Join date : 2010-01-14
Age : 32
Location : Miri

PostSubject: Re: Syariff Masahur Pahlawan Sarawak   Fri Apr 09, 2010 8:49 am

aramak...
mok mdh cmnie yerrr...
kmk bukn nya pkaji sjrah swk...
hihiiihiihi~~
kmk hnya tau skit2 jk laaa..
lgi pun ,soklan ktk ya,mun di tnyk ngn pkaji sjrah pun nya sik pat jwp..hihihihii~~
i know u know jk laaa~~
Back to top Go down
View user profile
Vieb
Member Aktif Mambang
Member Aktif Mambang


Posts : 75
Join date : 2009-10-17
Age : 27
Location : bintulu/johor bahru

PostSubject: Re: Syariff Masahur Pahlawan Sarawak   Sat Apr 10, 2010 1:40 am

Oooo.. i...c... coz you explain me...
thnk for information...
ktk masih da atuk n nenek?
tanya la cdak...
kt bn2lu memang xtauk...


nenek saya kisah die tersendiri...
bole ka sy citer pengalaman nenek2 kat cniey?
Back to top Go down
View user profile
mr'apple
Mambang
Mambang


Posts : 158
Join date : 2010-01-14
Age : 32
Location : Miri

PostSubject: Re: Syariff Masahur Pahlawan Sarawak   Mon Apr 12, 2010 8:23 am

kat ctowk pun leh citerr...
kmk da mls kit bcerita ngn datuk/nenek kmk...
sidak becerita ttg biz jk2...mlsss...
Back to top Go down
View user profile
Vieb
Member Aktif Mambang
Member Aktif Mambang


Posts : 75
Join date : 2009-10-17
Age : 27
Location : bintulu/johor bahru

PostSubject: Re: Syariff Masahur Pahlawan Sarawak   Fri May 28, 2010 7:47 pm

nenek kamek asal sempadn...
nya da ilmu tersendiri..
nek pompan pandei ubt orng...
nek laki kamek tau mggl syaitan jak...
tpi kenek towk nek laki kamek x lagik...
towk kisah bena...
mun xcyak malas la nk cita pnjng2...

Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: Syariff Masahur Pahlawan Sarawak   Today at 10:04 pm

Back to top Go down
 
Syariff Masahur Pahlawan Sarawak
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Mambang Records :: ISU SEMASA :: Berita/Coretan/Sejarah Tempatan-
Jump to: