November 2024 | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat | Sun |
---|
| | | | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | | Calendar |
|
Statistics | We have 168 registered users The newest registered user is squirchris
Our users have posted a total of 16669 messages in 171 subjects
|
Who is online? | In total there are 11 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 11 Guests None Most users ever online was 425 on Thu Oct 14, 2021 9:23 pm |
|
| berita-berita terpilih hari ini... | |
|
+3Raja_Mambang comei_ika ~~MiSsSaRaToKyO~~ 7 posters | |
Author | Message |
---|
~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: berita-berita terpilih hari ini... Fri May 08, 2009 4:32 pm | |
| Anak menggelupur
Oleh Adnan Mohamad am@hmetro.com.my
KOTA BHARU: “Saya terkejut melihat anak bongsu kesayangan menggelupur kesakitan apabila hampir separuh badannya tersimbah lilin mendidih yang digunakan untuk kerja mencanting batik berdekatan rumah.
“Melihat keadaan itu, saya terus mengangkatnya untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh di sini selepas dia berterusan menangis sambil menahan kesakitan,” kata Wan Hasnazura Wan Hassan, 30, ibu kepada kanak-kanak berusia dua tahun yang melecur teruk akibat tersimbah lilin mendidih, semalam.
Menurutnya, kejadian kira-kira jam 2 petang itu berlaku ketika Nur Syamimi Mohd Ali mengekorinya dari arah belakang ketika dia sedang mengangkat kain berdekatan tempat lilin dimasak.
“Saya tidak sedar yang anak saya mengekori dari arah belakang dan secara tiba-tiba dia memegang saluran gas ke tempat memasak lilin sehingga menyebabkan bekas berisi lilin mendidih itu tertumpah dan tersimbah ke arahnya.
“Saya panik melihat keadaannya terus meminta bantuan adik, Wan Mohd Helmi, 29, mengejarkannya ke klinik berdekatan,” katanya ketika ditemui, semalam.
Dia berkata, Syamimi melecur hampir 40 peratus badan dan sebahagian muka terpaksa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana mengalami cedera parah.
“Hati saya pilu melihat dia menggelupar kesakitan ketika dalam perjalanan ke hospital, selain menangis tidak henti-henti.
“Saya lihat kulit Syamimi mengelupas akibat terkena lilin panas dan jika lambat dirawat keadaannya akan bertambah parah,” katanya.
Dia berkata, anak bongsu daripada empat beradik itu sebelum ini tidak pernah bermain di kawasan berkenaan berikutan lokasi terbabit terdedah dengan bahaya sekiranya tidak berwaspada.
“Syamimi sebelum ini tidak pernah dibawa ke tempat kerja ini, tetapi terpaksa berbuat demikian kerana perlu berulang-alik dari rumah ke hospital untuk melawat ibu yang sakit,” katanya.
Difahamkan, mangsa yang masih mendapat rawatan di wad kecemasan HUSM akan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk tujuan pemerhatian kerana melecur teruk. | |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Fri May 08, 2009 4:47 pm | |
| ‘Mereka terpelanting’ Oleh Riadz Radzi riadz@hmetro.com.my AZILA (kanan) bersama anak bongsunya ketika menunggu jenazah suaminya di Rumah Mayat Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar semalam.
ALOR STAR: “Saya nampak cahaya kilat diikuti dentuman guruh dan pada masa sama dua beranak itu terpelanting dalam tali air,” kata Phisol Hasbullah, 46, saksi kejadian seorang guru agama, Mohd Fauzi Saad, 41, mati dipanah petir ketika menunggang motosikal di Kampung Tok Keling, dekat sini, semalam.
Ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal bersama anaknya, Muhammad Irdhi, 11, namun, kanak-kanak berkenaan terselamat walaupun parah.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari ketika hujan renyai-renyai itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak keduanya itu parah dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Tanjung Bayam, kira-kira satu kilometer dari Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Mengkudu dengan melalui jalan kampung di tepi tali air berkenaan
Phisol yang juga sepupu mangsa, berkata ketika kejadian dia berbual dengan dua saudaranya, Fauzi Majid, 44, dan Mohd Shukri Md Zain, 38, di luar rumahnya kira-kira 200 meter dari tempat kejadian.
“Ketika berbual, saya nampak mangsa menunggang motosikal bersama anaknya. Bagaimanapun, sejurus selepas panahan petir itu, saya nampak motosikal mereka terbabas ke dalam tali air,” katanya ketika ditemui di perkarangan Jabatan Forensik, HSB di sini, semalam.
Melihat kejadian itu, ketiga-tiga lelaki itu bergegas ke tempat kejadian dengan menaiki sebuah kereta dan mendapati kedua-dua beranak itu tidak sedarkan diri dalam tali air kira-kira satu meter itu.
“Saya melihat baju Mohd Fauzi hangus dan belakang badannya melecur, manakala mulut Muhammad Irdhi pula berbuih,” katanya.
Mereka membawa mangsa ke HSB untuk menerima rawatan, namun Mohd Fauzi yang juga bapa empat anak, disahkan sudah meninggal dunia.
Sementara itu, isteri mangsa, Azila Abdullah, 35, yang juga seorang guru ketika ditemui, berkata dia hanya mengetahui kejadian itu ketika pulang dari mengajar di SK Buluh Lima, Simpang Empat, dekat sini, kira-kira jam 2 petang semalam.
“Keluarga tidak mahu beritahu kerana bimbang keadaan saya yang sedang memandu pulang ke rumah. Bagaimanapun, saya reda dengan ketentuan Ilahi,” katanya.
Azila berkata, arwah suaminya keluar dari rumah untuk ke sekolah dengan kereta kira-kira jam 7 pagi semalam sebelum pulang semula ke rumah beberapa jam selepas itu untuk mengambil ubat anak keduanya yang tidak berapa sihat.
“Arwah pergi semula ke sekolah dengan menunggang motosikal. Kebiasaannya dia menaiki kereta, tapi entah kenapa hari ini (semalam) dia mahu menunggang motosikal. Arwah juga bersikap seperti biasa, cuma beritahu dia akan pulang ke rumah sekejap untuk mengambil ubat anak,” katanya.
Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan mangsa dibawa ke Jabatan Forensik HSB untuk dibedah siasat.
Last edited by miss_saratokyo on Fri May 08, 2009 4:54 pm; edited 2 times in total | |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Fri May 08, 2009 4:52 pm | |
| ‘Cecair misteri’ dedah rahsia Oleh Mohd Nur Asnawi Daud asnawi@hmetro.com.my
SEREMBAN: Penemuan ‘cecair misteri’ pada seluar sukan dan katil seorang gadis berusia 16 tahun membongkar kejadian sadis menimpa mangsa yang dipercayai menjadi pemuas nafsu bapa kandungnya sejak empat tahun lalu.
Lebih mengejutkan apabila cecair sama turut dijumpai pada seluar bapa gadis berusia 52 tahun, sekali gus menimbulkan persoalan kepada ibu mangsa.
Cecair misteri ditemui wanita berusia 49 tahun itu selepas pulang dari tempat kerja dan memeriksa bilik tidur anak gadisnya yang kebetulan tiada di rumah kira-kira jam 9 malam pada 8 April lalu.
Ibu mangsa yang mengesyaki sesuatu dengan penemuan cecair pada katil dan pakaian dua beranak itu mendesak anak gadisnya menceritakan perkara sebenar sebaik dia pulang ke rumah.
Pendedahan gadis itu yang memberitahu dia dirogol sejak berusia 12 tahun nyata mengejutkan ibunya yang juga tukang masak di sebuah restoran.
Mangsa yang sudah tidak bersekolah dikatakan menjadi mangsa pemuas nafsu bapanya ketika mereka tinggal di Kuala Pilah dan perkara itu berlarutan sehingga berpindah ke Paroi, dekat sini.
Berang dengan perbuatan terkutuk suaminya itu, ibu mangsa membawa anak gadisnya membuat laporan polis selepas pendedahan dibuat mangsa.
Difahamkan, sepanjang tempoh itu, anak kelima dalam keluarga itu merahsiakan kejadian menimpa dirinya daripada pengetahuan keluarga.
Menyedari kegiatan jahatnya yang sanggup meratah anak sendiri terbongkar, pemandu lori itu menghilangkan diri.
Ketua Polis Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin, berkata suspek terbabit menghilangkan diri sebaik menyedari mangsa membuat laporan polis.
“Gadis itu mendakwa dia menjadi mangsa rogol bapanya kira-kira empat tahun lalu ketika mereka tinggal di Kuala Pilah. Perbuatan itu bagaimanapun berlarutan sehinggalah mereka berpindah ke Paroi,” katanya di sini, semalam.
Mangsa mendakwa takut memberitahu perbuatan terkutuk suspek kepada ibunya kerana diberi amaran supaya merahsiakan perbuatan itu.
Beliau berkata, suspek yang menghilangkan diri bagaimanapun diberkas di depan rumahnya di Paroi, dekat sini, Isnin lalu untuk membantu siasatan.
| |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Fri May 08, 2009 4:56 pm | |
| RM2 punca ajal SaripahOleh ZAID MOHD. NOOR dan KHAIRI MOHAMAD berita@kosmo.com.my HASHIMAH (kanan) bersama cucu-cucunya dikunjungi Mohd. Zaki (dua dari kiri) di Tumpat semalam. TUMPAT - Nilai nyawa Saripah Mohd. Noor, 34, dan anak dalam kandungan yang baru berusia tiga bulan hanyalah RM2. Ini kerana ketika kejadian diragut, wanita itu hanya mempunyai wang RM2 dalam beg tangannya.Ibu mangsa, Hashimah Hussin, 54, berkata, sebelum tragedi itu, anak kedua daripada sembilan beradik itu meminjam RM5 daripada seorang menantunya untuk pulang ke rumahnya di Kampung Jel, Repek, Bachok.“Saripah langsung tiada duit sampai minta dengan mak cik tetapi mak cik pun tiada duit. “Dia kemudian pinjam RM5 daripada adik iparnya untuk mengisi minyak motosikal dan membeli makanan,” ceritanya ketika ditemui di Kampung Kok Bedullah dekat sini semalam.Menurut beliau, dalam perjalanan, dia singgah di kedai bagi mengisi minyak motosikal RM3 dan baki RM2 dipercayai untuk membeli makanan disimpan di dalam beg tangannya.Bagaimanapun, kata Hashimah, wang RM2 itu telah menyebabkan dia menemui ajal bersama bayi dalam kandungannya.Cerita wanita itu, Saripah sudah dua minggu tinggal di rumahnya bersama dua orang anaknya iaitu Nurul Akmal Alisa Mat Zani, 6, dan Siti Najwa Mat Zani, 2.Katanya, pada pukul 8.30 pagi kelmarin, Saripah mahu pulang ke rumahnya di Bachok bagi menguruskan pertukaran sekolah anak ketiganya, Syawal Nabil, 8, dari Sekolah Kebangsaan Sungai Dua, Bachok ke salah sebuah sekolah di Tumpat.“Selalunya dia membawa dua orang anaknya itu tetapi entah kenapa semalam (kelmarin) dia minta saya menjaga anak-anaknya,” ujarnya.Tambahnya, anaknya itu kerap berulang-alik dari Bachok ke Tumpat yang perjalanannya sejauh kira-kira 60 kilometer.Jenazah Saripah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kok Bedullah di sini pada pukul 11 malam kelmarin. | |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Fri May 08, 2009 4:58 pm | |
| Norish kecewa tuntutan ditolakOleh WAZIHA WAHID waziha@kosmo.com.myKUALA LUMPUR – Pelakon Norish Karman (gambar) kecewa apabila bekas suaminya Datuk Hashimuddin Abdul Kadir menolak segala tuntutan yang dibuat berhubung nafkah anak-anaknya dalam majlis sulh di Mahkamah Rendah Syariah di sini semalam.Dakwa Norish, Hashimuddin bukan sahaja enggan memberi kerjasama malah telah menolak segala perbincangan dan hanya mahu menyelesaikan kes tersebut di mahkamah.“Kalau begini tiada kesudahan, sedangkan dalam hal ini kena ada kerjasama kedua-dua belah pihak, kita tunggulah di mahkamah nanti,” luah Norish atau nama sebenarnya Nor'asikin Karman.
| Hashimuddin
| Sehubungan itu, majlis sulh yang berlangsung secara tertutup selama 40 minit gagal mencapai sebarang penyelesaian sehinggalah perbicaraan didengar pada 17 Jun depan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam.Norish, 34, dan Hashimuddin, 60, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti di Negeri Sembilan hadir di mahkamah semalam secara berasingan dan masing-masing tidak ditemani peguam. Pada 27 April lalu, Norish selaku plaintif dalam permohonan perintah nafkah sementara menuntut Hashimuddin yang dinamakan sebagai responden membayar nafkah anak sebanyak RM1,500 setiap seorang bagi tiga orang anak mereka.Aktres berasal dari Singapura itu turut menuntut Hashimuddin menjelaskan bayaran bulanan sewa rumah RM5,000 dan RM900 bagi gaji pembantu rumah.Selain itu, pelakon Spa Q itu turut memohon perintah mahkamah supaya responden mengembalikan segera kenderaan Nissan Murano yang sebelum ini digunakan untuk membawa anak-anaknya ke sekolah. | |
| | | comei_ika Senior Forummer
Posts : 789 Join date : 2009-05-06 Age : 40 Location : Pulau Mutiara
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Sat May 09, 2009 12:55 am | |
| yg paling penting skrg ni kes ragut makin menjadi2.... sampai meragut nyawa....paling kesian and sedih warga emas & ibu ngandung meninggal dunia.....tapi lain2 tmpt laa | |
| | | Raja_Mambang Artis Mambang Records
Posts : 2731 Join date : 2009-05-05 Age : 41 Location : PIneApPleCITy
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Sat May 09, 2009 9:31 am | |
| | |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Sat May 09, 2009 11:24 am | |
| xsmpt miss post berita ibu mgandung yo.. gara2 rm2 lah alu melayang nyawo..
bna john.. sbb mn diberik hukuman yg setimpal, brk peragut yo insaf.. huhuhuhuh | |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Sat May 09, 2009 11:26 am | |
| 09 may 2009Tersungkur tarik baju peragut Oleh Saipul Adli Mohamad saipuladli@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: Seorang pelajar perempuan tersungkur di atas jalan raya ketika menarik baju pembonceng motosikal yang meragut telefon bimbitnya di Jalan Api-Api, Taman Megah Ria di sini, petang kelmarin.
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, seorang daripada peragut itu dicekup manakala seorang lagi melarikan diri selepas kedua-duanya terjatuh berikutan motosikal mereka digesel kereta dinaiki dua beradik, Mohd Hasni Hassan, 27, dan Siti Roslina, 34, yang menyaksikan insiden berkenaan.
Mengimbas kejadian itu, mangsa, Sheron Tan, 15, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Megah Ria, berkata ketika itu, dia dalam perjalanan balik dari kelas tambahan di sekolah ke rumahnya di taman berkenaan, kira-kira jam 5 petang.
“Jarak antara rumah saya dengan sekolah kira-kira satu kilometer, sampai di simpang Jalan Ketapang ke Jalan Api-Api, saya periksa telefon bimbit kerana menerima SMS.
“Ketika itu, saya perasan dua lelaki menaiki motosikal memerhatikan saya, tetapi saya tidak mempedulikan mereka,” katanya.
Tiba-tiba, katanya, lelaki terbabit menghampirinya dan berkata ‘amoi, boleh minta nombor telefon bimbit’ sebelum dia menjawab ‘lain kali.’
“Bagaimanapun, lelaki yang membonceng motosikal itu turun dari kenderaan itu dan memeluk saya dari belakang kerana mahu merampas telefon bimbit saya.
“Saya cuba melawan, tetapi lelaki itu merampas telefon bimbit saya dan naik semula ke motosikal ditunggang rakannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di taman berkenaan, petang semalam.
Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, berikutan geram kerana melihat kedua-dua lelaki terbabit mahu melarikan diri, dia mencampakkan buku sebelum mengejar dan menarik baju pembonceng sebelum motosikal itu bergerak sambil tangan kanannya terus berpaut pada baju lelaki itu.
Bagaimanapun, selepas beberapa langkah dan tidak mampu menyaingi kelajuan motosikal berkenaan, dia tersungkur di atas jalan dan mengalami kesakitan di beberapa bahagian badan serta tidak larat untuk bangun.
“Kebetulan, ibu seorang rakan sekolah saya melalui kawasan itu dan mengangkat saya sebelum terus menghantar saya pulang ke rumah,” katanya. | |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Sat May 09, 2009 11:29 am | |
| 11 lelaki ditahan dalam operasi kes ragut ibu hamil
PASIR GUDANG: Seramai 11 lelaki termasuk dua daripadanya warga Indonesia ditahan di sekitar Ayer Hitam, dekat sini, dalam usaha polis mengesan suspek yang dipercayai terbabit kes ragut sehingga menyebabkan seorang wanita hamil dua bulan, Jamilah Selamat, 31, meninggal dunia Selasa lalu.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata menerusi operasi besar-besaran membabitkan pasukan khas serta anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, pihaknya menahan sembilan lelaki dipercayai penagih dadah, malam kelmarin.
“Manakala kira-kira jam 10 pagi tadi (semalam), kami menahan dua warga Indonesia dan merampas parang, empat telefon bimbit dan komponen motosikal dan telefon bimbit yang akan ditunjukkan kepada keluarga mangsa untuk pengecaman.
“Sehubungan itu, saya menggesa orang ramai yang memiliki maklumat mengenai kejadian itu supaya tampil membantu polis.
“Jangan hanya pandai bercakap atau mendakwa, tetapi tidak berani tampil dan saya memberi jaminan, identiti pemberi maklumat akan dirahsiakan.
“Masyarakat ada tanggungjawab untuk membanteras jenayah, jadi saya harap orang ramai berani tampil untuk menyalurkan maklumat kerana kami memerlukan maklumat dan bukti untuk menangkap sekali gus mendakwa penjenayah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Permuafakatan Tindakan antara Jabatan Pelajaran Johor dengan Polis Johor di Tanjung Puteri Golf Resort di sini, petang semalam. | |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Sat May 09, 2009 11:31 am | |
| Bersalin ketika nak ke sekolah Oleh Meor Riduwan Meor Ahmad mriduwan@hmetro.com.my
MELAKA: Perbuatan durjana seorang lelaki menjalin hubungan cinta terlarang serta menjadikan seorang pelajar perempuan yang juga anak jirannya sebagai hamba nafsu serakah sejak setahun lalu akhirnya terbongkar apabila gadis itu melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas rumahnya di Pengkalan Rama Pantai, dekat sini, kelmarin.
Bagaimanapun difahamkan, bayi lelaki cukup sifat itu disahkan mati oleh kakitangan Hospital Melaka (HM) ketika dibawa bersama pelajar terbabit sejurus selepas dilahirkan.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan dan Operasi) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, Superintendan Hamdan Majid, berkata polis kini sedang mengesan lelaki berusia 20-an itu untuk membantu siasatan.
Mengulas lanjut, Hamdan berkata, berdasarkan siasatan awal dan penelitian laporan polis dibuat oleh doktor yang merawat pelajar bawah umur serta bayi itu, pihaknya difahamkan bayi terbabit dilahirkan ketika gadis berkenaan hendak ke sekolah.
“Kejadian berlaku kira-kira jam 6 pagi ketika pelajar perempuan berusia 17 tahun itu bersiap untuk ke sekolah di rumahnya.
“Selepas memakai pakaian sekolah, pelajar berkenaan tiba-tiba sakit perut seperti hendak membuang air besar dan masuk ke tandas di rumahnya.
“Dia bagaimanapun terkejut dan ketakutan kerana tiba-tiba bersalin di dalam tandas dan bayi itu dipercayai terjatuh. Pelajar itu yang kesakitan dan keletihan kerana mengalami pendarahan memanggil ibu dan bapanya membantu,” katanya.
Hamdan berkata, ibu bapa pelajar perempuan itu yang turut terkejut dengan kejadian berkenaan membawa anak mereka dan bayi itu ke HM untuk mendapatkan rawatan.
“Saya difahamkan, pelajar perempuan terbabit mendakwa langsung tidak menyedari bahawa dia mengandung dan gadis itu mahupun ibu bapanya tidak melaporkan mengenai kelahiran dan kematian bayi berkenaan.
“Sebaliknya, doktor yang membuat pemeriksaan ke atas gadis terbabit membuat laporan laporan polis kerana mengesyaki sesuatu selepas bertanya kepada pelajar dan keluarganya,” katanya.
| |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Sat May 09, 2009 11:34 am | |
| Paru-paru murid dipanah petir berair
ALOR STAR: Mangsa yang parah dipanah petir ketika menunggang motosikal bersama bapanya di Kampung Tok Keling, dekat sini, kelmarin masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini dan sehingga petang semalam, keadaannya dilaporkan belum stabil.
Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, Muhammad Irdhi Mohd Fauzi, 11, parah, manakala bapanya, Mohd Fauzi Saad, 41, maut selepas dipanah petir ketika menaiki motosikal sebelum kedua-dua beranak itu terjatuh ke dalam tali air di tepi jalan kampung berkenaan.
Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Tanjung Bayam, kira-kira satu kilometer di tempat kejadian dari Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Mengkudu, dekat sini.
Ibu mangsa, Azila Abdullah, 35, berkata keadaan anaknya yang juga murid tahun lima SK Alor Mengkudu itu belum stabil walaupun sudah mulai sedar, petang kelmarin.
“Doktor memaklumkan paru-parunya dimasuki air kerana terjatuh ke dalam tali air sedalam kira-kira satu meter itu. Dia bukan parah dipanah petir, tetapi kerana paru-parunya banyak dimasuki air,” katanya. | |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Sun May 10, 2009 10:41 am | |
| berita luar negara
Janin dibedah dalam kandungan
| OCEANE MCKENZIE menjalani pembedahan jantung ketika berusia 31 minggu di dalam kandungan ibunya.
| BUAT kali pertama, sepasukan doktor di Hospital Mount Sinai dan Hospital Kanak-Kanak Sakit di Toronto, Kanada berjaya melakukan pembedahan jantung pertama ke atas janin yang masih berada di dalam rahim ibunya.Janin yang dipercayai mengidap Critical Aortic Stenosis yang mana terdapat penyempitan teruk bagi injap alur keluar utama jantung kiri bayi itu menjalani pembedahan pada usia 30 minggu. Menurut Ketua Unit Perubatan Bersalin di Hospital Mount Sinai, Dr. Greg Ryan, pembedahan yang pertama kali dijalankan di Kanada itu merupakan satu-satunya prosedur yang dapat menyelamatkan janin itu daripada meninggal dunia. "Jika janin dibiarkan tanpa sebarang rawatan, risiko untuk janin meninggal dunia ketika dilahirkan adalah tinggi dan sekiranya selamat dilahirkan, bayi tersebut terpaksa menderita Sindrom Jantung Kiri Hypoplastic sepanjang hayatnya. "Jika mereka hidup, hanya 65 peratus yang boleh bertahan selama 10 tahun," katanya. Melalui keadah pembedahan yang mengambil masa 37 minit itu, para doktor telah menyelitkan satu jarum panjang melalui perut McKenzie bagi satu kateter kepada injap aorta janin.Dia yang dalam keadaan sedar ketika itu dapat melihat janinnya diberi ubat supaya tidak bergerak dan bebas dari sakit sebelum para doktor menggunakan alat ultrasonik untuk mencari jalan ke jantung janin. "Keupayaan para doktor untuk membetulkan injap aortik pada usia kandungan 31 minggu berjaya memastikan janin membesar dengan sempurna dan mengurangkan risiko kesihatan yang lain," jelas Dr. Greg. Bayi yang diberi nama Oceane McKenzie itu dilahirkan 15 April lalu. | |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Tue May 12, 2009 12:02 pm | |
| 'Hancur hati saya' Oleh Yahya Awang am@hmetro.com.my |
|
PARIT BUNTAR: “Saya tak dapat tidur semalaman memikirkan keselamatan anak sulung saya yang hilang. Sebaik dimaklumkan mengenai penemuan mayat seorang kanak-kanak di perairan Kuala Bagan Tiang, saya berdoa ia bukan anak saya.
“Bagaimanapun, selepas dipanggil melihat sendiri mayat kanak-kanak itu, hancur hati saya dan isteri (Lim Hai Wei, 25),” kata Lee Boon Chung, 25.
Dia adalah bapa kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang mayatnya ditemui terapung di muara sungai Kuala Bagan Tiang, Bagan Serai, kira-kira 120 km dari sini, selepas dipercayai diculik malam kelmarin.
Sebelum itu, Lee Li Xuan, 3, dilaporkan hilang oleh bapanya selepas menonton opera Cina bersama datuknya di Bagan Tiang, Tanjung Piandang jam 10 malam.
“Saya sedih dengan kejadian ini dan tidak sangka ia menimpa keluarga saya. Saya berharap polis menyiasat punca kematian anak saya dan membawa mereka yang bersalah ke muka pengadilan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan, berkata mayat Li Xuan ditemui tersangkut di ranting kayu oleh beberapa penduduk kampung yang kemudian menghubungi polis.
Beliau berkata, polis menemui mayat Li Xuan dengan kesan calar di kedua-dua kakinya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat.
Sebelum itu, katanya, Boon Chung membuat laporan polis mengatakan anaknya dilarikan seorang lelaki ketika mangsa menyaksikan opera Cina di sebuah taman berhampiran rumah datuknya di Bagan Tiang pada malam kelmarin.
Menurut Mat Fauzi, Li Xuan berjalan kaki seorang diri ke rumah datuknya di Bagan Tiang untuk menyaksikan pertunjukan itu 200 meter dari rumahnya.
“Dia yang memakai baju-T biru dan seluar pendek merah dikatakan dilarikan seorang lelaki yang menaiki Proton Aeroback ke arah pekan Parit Buntar,” katanya.
Bagaimanapun, siasatan awal mendapati ibu bapa mangsa tidak menerima ugutan atau panggilan telefon menuntut wang tebusan.
“Sebaik menerima laporan daripada keluarga mangsa, polis melancarkan gerakan mencarinya hingga kami menerima maklumat mengenai penemuan mayat seorang kanak-kanak oleh seorang nelayan di perairan Kuala Bagan Tiang kira-kira tiga kilometer dari tempat mangsa dilaporkan hilang.
“Ketika ditemui, baju mayat itu berwarna biru dan seluar merah, sama dipakai mangsa yang dilaporkan hilang. Polis mengesahkan ia mayat Li Xuan selepas dikenal pasti bapanya,” katanya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian di talian 05-7215222 atau Mat Fauzi, 019-6666496 untuk membantu siasatan. | |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Tue May 12, 2009 1:13 pm | |
| Konstabel maut selepas tahu kekasih bertunang TAMPIN: Seorang konstabel polis yang kecewa selepas mendapat berita teman wanitanya bertunang dan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi, ditemui mati dalam keadaan bogel dan berlumuran darah di rumah ibu bapanya di Felda Bukit Rokan, Gemencheh, dekat sini, malam kelmarin.
Khairol Azuan Abdul Ghani, 23, yang bertugas di Batalion Ke-6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Kem Bakri, Muar, Johor ditemui meninggal dunia oleh abangnya, Zahasmi, 37, kira-kira jam 7 petang di dapur rumah berkenaan.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh, berkata ketika ditemui mangsa dalam keadaan terlentang berlumuran darah tanpa pakaian dengan cedera parah di perut sebelah kiri dan kedua-dua pergelangan tangan. "Pasukan polis yang menjalankan siasatan di tempat kejadian menemui sebilah pisau lipat dan pisau cukur.
"Siasatan awal mendapati kematiannya tiada unsur jenayah dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
"Namun, kita masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematiannya," katanya ketika dihubungi, semalam. Sementara itu, Zahasmi berkata, adiknya pulang bercuti untuk beberapa hari selepas bertugas mengawal keselamatan ketika persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Khamis lalu.
"Dia bermalam di rumah saya di Taman Datuk Taha, di sini kerana ibu bapa kami tinggal bersama saya. Pagi semalam (kelmarin), dia beritahu hendak balik ke tempat kerja dengan menunggang motosikal," katanya.
Zahasmi berkata, pada jam 6.50 petang kelmarin, dia ke rumah ibu bapanya di Felda Bukit Rokan untuk mengambil barang tetapi mengesyaki sesuatu apabila mendapati pintu rumah berkunci dari dalam.
"Saya meninjau melalui lubang di dapur dan terperanjat melihat tubuh manusia dari bawah pusat hingga ke kaki dalam keadaan terlentang dan berlumuran darah," katanya. Zahasmi berkata, dia menghubungi Balai Polis Gemencheh sebelum sepasukan anggota datang menjalankan siasatan, tetapi terkejut apabila mendapati mayat yang terlentang dan berlumuran darah itu adalah adiknya.
"Saya dan keluarga amat sedih kerana sebelum kejadian arwah tidak menunjukkan perubahan.
"Kami ingatkan dia sudah balik ke Muar tetapi tidak sangka dia bertindak begini," katanya. ptt x??? ish
| |
| | | JhoeBling Artis Mambang Records
Posts : 1157 Join date : 2009-05-05 Age : 38 Location : PineappleCity
| | | | JhoeBling Artis Mambang Records
Posts : 1157 Join date : 2009-05-05 Age : 38 Location : PineappleCity
| | | | JhoeBling Artis Mambang Records
Posts : 1157 Join date : 2009-05-05 Age : 38 Location : PineappleCity
| | | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Tue May 12, 2009 4:43 pm | |
| yolah jhoe... sik kuat naa pegangan miak nk munoh dirik yo.. ish2.. apo lah malang mak bapak nemu miak cmyo.. mak bapak alu knk slah lak.. xmdidik ank ngn bgs.. sian ngn mak bpak eh..
hai miak branak.. yolah jhoe.. ish2.. nafsu smo ngn cipanzi.. hehhe
hai miak knk colekk.. nang ptt diukum sampey mati laa.. sian naa ngn miak yo.. dh laa tedah sik tauk apo2.. alu di buang ke laut.. nang sik do prasaan na lah org ncolek yo.. hhuuh.. si** naaa...!!!!!!!!!!!!
| |
| | | JhoeBling Artis Mambang Records
Posts : 1157 Join date : 2009-05-05 Age : 38 Location : PineappleCity
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Tue May 12, 2009 4:48 pm | |
| | |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Tue May 12, 2009 5:04 pm | |
| nang tuyuk.. thp dewa.. adus2.... | |
| | | JhoeBling Artis Mambang Records
Posts : 1157 Join date : 2009-05-05 Age : 38 Location : PineappleCity
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Wed May 13, 2009 1:52 am | |
| senarai orang paling kaya dalam dunia untuk tahun 2006. Macam biasa nombor satu bukanlah rahsia, mestilah Bill Gates. Macam mana pulak yang nombor 2 dan seterusnya, lihatlah rangking ni...
- Bill Gates, Microsoft, USD50 Billions
- Warrent Buffet, Bukan Tokey Buffet!, USD 42 Billions
- Carlos Slim Helu, Telecommunications, USD30 Billions
- Ingvar kamprad, IKEA, USD28 Billions
- Laksmi Mittal, Steel Industry, USD23.5 Billions
- Paul Allen, Microsoft, USD22 Billions
- Bernard Arnault, Luis Vuitton, Cristian Dior, USD21.5 Billions
- Prince Alwaleed Bin Talal Alsaud, Raja Saudi punya anak saudara, USD20 Billions
- Kenneth Thomson, Thompson Group, USD19.6 Billions
- Li Ka-shing, Investments, USD18.8 Billions
Antara billionaire lain ialah Roman Abramovich, di tangga 11, Micheal Dell yang buat komputer Dell tu! nombor 12! Apa yang menariknya ialah, 7 daripada 15 orang paling kaya di dunia ialah mereka yang kena buang kolej atau university dan ada yang berhenti belajar masa sekolah menengah lagi!! mereka ni membuktikan bahawa untuk berjaya kita tak semestinya kena skor semua A dalam exam tapi dengan semangat tidak mudah putus asa dan bekerja keras! oklah, kalau nak tengok sumanya, belilah majalah Forbes. | |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Wed May 13, 2009 10:20 am | |
| ish2.. yo lah jhoe.. sik smsti eh dpt semo A bjya lam idup.. yg ptg smgt yg tggi mngejar cita2 yo pnting nk.. | |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Thu May 14, 2009 1:41 pm | |
| 15/05/2009
3,000 pemohon berebut 79 kerja kosongOleh ZAINAL AZHAR MOHAMED zainal.mohamed@kosmo.com.my SEBAHAGIAN daripada 3,000 orang beratur sehingga ke tepi jalan untuk memohon kerja status kontrak di Alor Setar semalam. ALOR SETAR - Lebih 3,000 pencari kerja yang datang dari seluruh negeri Kedah sanggup beratur panjang di tengah panas terik semata-mata kerana ingin merebut tawaran 79 jawatan kosong di Jabatan Pelajaran Kedah di sini semalam.Mereka sanggup berbuat demikian walaupun pekerjaan yang dipohon itu sekadar status kontrak selama enam bulan membabitkan jawatan guru siswazah, pegawai tadbir, penolong pegawai tadbir dan pembantu tadbir. Namun, ia bukan penghalang kepada para pemohon termasuk yang hadir dengan pakaian kemas dan bertali leher untuk beratur sehingga tepi jalan seawal pukul 7 pagi di luar pagar Dewan Teknologi Pendidikan Negeri. Kehadiran mereka menjadi punca kesesakan sejauh satu kilometer di Jalan Stadium di sini.Seorang pencari kerja, Mohd. Faizal Hamirullah, 26, berkata, dia terpaksa menunggu dan beratur selama tiga jam sebelum dapat memasuki kawasan kompleks itu dan mendaftar diri."Saya tetap menaruh harapan untuk mendapatkan kerja ini walaupun terlalu ramai orang hadir," katanya ketika ditemui Kosmo! semalam. | |
| | | JhoeBling Artis Mambang Records
Posts : 1157 Join date : 2009-05-05 Age : 38 Location : PineappleCity
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Thu May 14, 2009 1:56 pm | |
| sama ngan kes d Cboo imarek..open interbiu...600 lebih orang....lak nanyak detail ngan salam....hahahah
| |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... | |
| |
| | | | berita-berita terpilih hari ini... | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |