May 2024 | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat | Sun |
---|
| | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | 31 | | | Calendar |
|
Statistics | We have 168 registered users The newest registered user is squirchris
Our users have posted a total of 16669 messages in 171 subjects
|
Who is online? | In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests None Most users ever online was 425 on Thu Oct 14, 2021 9:23 pm |
| | berita-berita terpilih hari ini... | |
|
+3Raja_Mambang comei_ika ~~MiSsSaRaToKyO~~ 7 posters | |
Author | Message |
---|
~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: berita-berita terpilih hari ini... Fri May 08, 2009 4:32 pm | |
| First topic message reminder :Anak menggelupur
Oleh Adnan Mohamad am@hmetro.com.my
KOTA BHARU: “Saya terkejut melihat anak bongsu kesayangan menggelupur kesakitan apabila hampir separuh badannya tersimbah lilin mendidih yang digunakan untuk kerja mencanting batik berdekatan rumah.
“Melihat keadaan itu, saya terus mengangkatnya untuk dibawa ke Klinik Kesihatan Wakaf Che Yeh di sini selepas dia berterusan menangis sambil menahan kesakitan,” kata Wan Hasnazura Wan Hassan, 30, ibu kepada kanak-kanak berusia dua tahun yang melecur teruk akibat tersimbah lilin mendidih, semalam.
Menurutnya, kejadian kira-kira jam 2 petang itu berlaku ketika Nur Syamimi Mohd Ali mengekorinya dari arah belakang ketika dia sedang mengangkat kain berdekatan tempat lilin dimasak.
“Saya tidak sedar yang anak saya mengekori dari arah belakang dan secara tiba-tiba dia memegang saluran gas ke tempat memasak lilin sehingga menyebabkan bekas berisi lilin mendidih itu tertumpah dan tersimbah ke arahnya.
“Saya panik melihat keadaannya terus meminta bantuan adik, Wan Mohd Helmi, 29, mengejarkannya ke klinik berdekatan,” katanya ketika ditemui, semalam.
Dia berkata, Syamimi melecur hampir 40 peratus badan dan sebahagian muka terpaksa dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana mengalami cedera parah.
“Hati saya pilu melihat dia menggelupar kesakitan ketika dalam perjalanan ke hospital, selain menangis tidak henti-henti.
“Saya lihat kulit Syamimi mengelupas akibat terkena lilin panas dan jika lambat dirawat keadaannya akan bertambah parah,” katanya.
Dia berkata, anak bongsu daripada empat beradik itu sebelum ini tidak pernah bermain di kawasan berkenaan berikutan lokasi terbabit terdedah dengan bahaya sekiranya tidak berwaspada.
“Syamimi sebelum ini tidak pernah dibawa ke tempat kerja ini, tetapi terpaksa berbuat demikian kerana perlu berulang-alik dari rumah ke hospital untuk melawat ibu yang sakit,” katanya.
Difahamkan, mangsa yang masih mendapat rawatan di wad kecemasan HUSM akan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk tujuan pemerhatian kerana melecur teruk. | |
| | |
Author | Message |
---|
~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| | | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Thu May 14, 2009 1:58 pm | |
| heheh.. salam salah 1 insan yg intebiu kh?? hihihi | |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Thu May 14, 2009 2:00 pm | |
| Mati terjatuh dari tingkat 16 ANAK panah menunjukkan tempat mangsa terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Kuala Lumpur semalam. AMPANG JAYA - Seorang wanita Vietnam yang baru tiga hari berada di negara ini, mati dalam keadaan mengerikan setelah terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Jalan 2/26, Pandan Perdana di sini, awal pagi semalam.Sebelum kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, wanita tanpa identiti tersebut dikatakan bertengkar dengan kakaknya sejurus pulang dari sebuah pub di sekitar Cheras bersama seorang lelaki. MAYAT wanita Vietnam yang terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Kuala Lumpur semalam. Difahamkan, mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an itu memasuki negara ini pada Sabtu lalu bersama kakaknya melalui ejen sebelum dia diperkenalkan kepada seorang lelaki tempatan.Jurucakap polis berkata, siasatan awal mendapati pertengkaran adik-beradik itu tercetus kerana mangsa tidak berpuas hati pasportnya diserahkan oleh kakaknya kepada ejen terbabit."Lelaki tersebut cuba meleraikan pertengkaran antara adik-beradik itu tetapi tidak berhasil lalu dia masuk ke bilik untuk tidur."Tidak berapa lama kemudian, dia terdengar satu bunyi kuat dan apabila keluar dari bilik, dia diberitahu bahawa mangsa terjatuh dari balkoni," katanya di sini semalam. | |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| | | | JhoeBling Artis Mambang Records
Posts : 1157 Join date : 2009-05-05 Age : 37 Location : PineappleCity
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Thu May 14, 2009 2:02 pm | |
| - miss_saratokyo wrote:
- heheh.. salam salah 1 insan yg intebiu kh?? hihihi
di cboo imarek..aok.... | |
| | | JhoeBling Artis Mambang Records
Posts : 1157 Join date : 2009-05-05 Age : 37 Location : PineappleCity
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Thu May 14, 2009 2:05 pm | |
| | |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Thu May 14, 2009 2:50 pm | |
| Melayu peluk babi Oleh Kasdi Ali kasdi@hmetro.com.my TAIPING: Cetek pengetahuan agama dan percayakan khurafat menyebabkan segelintir umat Islam sanggup membelai dan memeluk babi hutan semata-mata untuk mendapatkan tuah, termasuk memenangi hadiah utama judi nombor ekor, sekali gus meraih kekayaan segera.
Perbuatan jahil itu yang semakin menarik minat orang Melayu dari dalam dan luar negeri ini dilakukan di sebuah kuil di kaki bukit berhampiran sebuah pasar raya terkemuka dekat sini.
Mereka datang untuk mencuba nasib biarpun perbuatan itu dilaknat Tuhan.
Difahamkan, kuil berkenaan memang dikenali di kalangan masyarakat Cina dan India hingga ada yang datang dari jauh, termasuk Singapura untuk melihat tarikan utamanya iaitu kehadiran babi hutan 30 hingga 50 ekor pada satu-satu masa di kawasan khas setiap malam. Malah, keunikan kuil berkenaan pernah disiarkan dalam satu program saluran televisyen berbayar beberapa bulan lalu hingga menyaksikan pertambahan pengunjungnya saban hari. Majoriti pengunjung hanya mempunyai satu tujuan iaitu membawa slip nombor ekor, geran kenderaan, wang kertas yang digunakan untuk membeli nombor ekor untuk diusapkan ke badan babi hutan terbabit kerana percaya ia mampu membawa tuah, termasuk memenangi hadiah utama judi nombor ekor.
Yang menyedihkan, kepercayaan itu menular di kalangan orang Melayu di daerah ini sebelum merebak ke luar Perak.
Seorang penduduk, Abdul Karim Yusop, 51, ketika ditemui Harian Metro berkata kegiatan itu semakin menjadi-jadi sejak awal tahun ini.
“Saya tidak kisah ia dilakukan golongan bukan Islam, tetapi kesal apabila seorang rakan bukan Islam memaklumkan ada orang Melayu turut melakukannya.
“Rakan saya bertanya adakah perbuatan menyentuh babi itu dibenarkan dalam agama Islam dan saya memberitahunya ia perbuatan berdosa bagi umat Islam.
“Mendengar jawapan saya, dia terkejut dan memberitahu terdapat ramai orang Melayu menyentuh dan memeluk babi hutan di kuil berkenaan,” katanya.
Dia yang tidak berpuas hati kemudian ke kuil berkenaan kira-kira dua minggu lalu dan mengucap panjang apabila melihat beberapa orang Melayu terselit di kalangan pengunjung bukan Islam sedang mengusap babi hutan.
Abdul Karim yang tinggal di Gunung Semanggol, tidak jauh dari kuil berkenaan, berkata dia mengetahui individu terbabit orang Melayu apabila salam diberikannya disambut mereka.
“Apabila saya cuba bertanya lebih lanjut mengenai perbuatan itu, mereka mengelak sebelum beredar. Saya sedih kerana percaya ramai lagi orang Melayu, terutama dari luar negeri ini datang melakukan perbuatan terkutuk dan berdosa besar itu.
“Justeru, saya berharap Jabatan Agama Islam Perak menyiasat kerana risau jika dibiarkan berlarutan ia boleh menyebabkan akidah umat Islam tergugat,” katanya.
Dakwaan Abdul Karim menarik minat wartawan Harian Metro yang meninjau ke kuil berkenaan baru-baru ini selama sehari suntuk bersama jurugambar dengan menyamar sebagai pengunjung.
Terbukti, kehadiran orang Melayu di kuil berkenaan bukan perkara asing terutama di kalangan petugasnya.
Jumlah pengunjung mula bertambah mulai jam 7.30 malam apabila babi dari hutan berhampiran mula memenuhi kawasan khas yang disediakan.
Selain kereta, beberapa bas pelancong termasuk dari Singapura kelihatan hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas di jalan utama memasuki ke kuil berkenaan, manakala pihak kuil turut menjual nasi lemak yang dibuat khas untuk diberikan kepada babi.
Kira-kira jam 9.30 malam, perhatian wartawan mula terarah kepada dua lelaki Melayu yang datang dan kelihatan di tangan mereka beberapa keping kertas dipercayai slip nombor ekor.
Tanpa membuang masa, dua lelaki terbabit menuju ke arah beberapa ekor babi berhampiran mereka sebelum mengusapnya dengan kertas di tangan mereka.
Sebaik berbuat demikian, mereka terus beredar dan apabila dihampiri wartawan yang bertanyakan mengenai perbuatan mereka, ini jawapan mereka:
“Apa salahnya mencuba nasib. Saya dengar ada orang kena nombor ekor hingga ratusan ribu ringgit apabila mengusap kertas nombor ekor atau wang digunakan untuk membeli nombor ekor kepada badan babi itu,” kata seorang daripada mereka sebelum beredar.
Kepercayaan karut itu dan kehadiran orang Islam di kuil berkenaan diakui beberapa pekerja di kuil terbabit sambil memberi contoh antara 100 pengunjung yang datang, 10 daripadanya orang Melayu.
“Semua itu (kepercayaan memegang babi membawa tuah) terpulang kepada diri masing-masing. Kami tidak pernah menghalang sesiapa masuk ke kuil ini. Tetapi setahu saya, perbuatan memegang babi salah bagi orang Islam.
“Namun mungkin mereka (orang Melayu) yang datang mempunyai alasan tersendiri. Asalkan pengunjung tidak melakukan perkara tidak elok, kami tidak boleh menghalang mereka memasukinya,” kata seorang petugas di kuil yang hanya mahu dikenali sebagai Ravi, 32. | |
| | | JhoeBling Artis Mambang Records
Posts : 1157 Join date : 2009-05-05 Age : 37 Location : PineappleCity
| | | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Fri May 15, 2009 5:42 pm | |
| dh ujung zaman laa jhoe.. huhu.. cdak sik tauk gik hukum hakam bh.. | |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Fri May 15, 2009 5:44 pm | |
| Sorok mayat bayi bawah katilOleh OTHMAN YAHAYA othman.yahaya@kosmo.com.mySUNGAI PETANI - Misteri bau busuk yang dihidu oleh sebuah keluarga selama dua hari di rumah mereka terjawab dengan penemuan mayat bayi lelaki yang mulai reput di bawah katil anak perempuan mereka di Kampung Kuala Sin, Bukit Selambau di sini malam kelmarin.Lebih mengejutkan apabila mereka mendapati mayat bayi yang sempurna sifatnya itu dilahirkan oleh anak perempuan kedua mereka yang berusia 27 tahun.Kejadian itu terbongkar apabila pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda menyerbu rumah berkenaan, petang semalam ekoran laporan Hospital Sik yang meragui penjelasan wanita itu ketika dia mendapatkan rawatan di hospital itu.Difahamkan, keluarganya tidak perasan anak mereka yang bekerja sebagai operator kilang itu mengandung memandangkan badannya yang agak gempal dan sikapnya yang pendiam.Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hashim Ali, wanita itu melahirkan bayi tersebut seorang diri di dalam biliknya pada 11 Mei lalu."Bagaimanapun bayi yang cukup bulan itu mati sewaktu dilahirkan. Kerana terlalu takut dimarahi keluarga, dia bertindak menyembunyikan bayi itu di bawah katilnya."Dia meminta bantuan seorang saudaranya menghantarnya ke Hospital Sik setelah mengadu sakit perut," katanya.Menurut Hashim lagi, pemeriksaan hospital kemudian mendapati wanita itu mengalami pendarahan yang agak teruk kerana baru lepas bersalin. | |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Fri May 15, 2009 5:44 pm | |
| Kos mengerjakan haji mungkin naik?KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menolak kemungkinan akan menaikkan tambang haji mulai tahun ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom.Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada keputusan kerajaan Arab Saudi yang masih dalam proses perbincangan mengenai perkara tersebut."Kita tunggu perkembangan akhir daripada pihak kerajaan Arab Saudi. Kita tidak tahu macam mana lagi, sama ada kekal, naik atau macam mana."Sudah tentu bila ada kemudahan yang telah dinaik taraf dan diperbaiki dari pelbagai sudut maka ia akan melibatkan semua sudut termasuk tambang," katanya pada sidang media di Persidangan Antarabangsa Pelancongan Muslim, Haji dan Umrah kali ketiga di sini semalam.Kadar tambang haji Lembaga Tabung Haji (LTH) sekarang ialah RM9,445 termasuk subsidi RM2,600 yang diberikan oleh LTH.Tambah Jamil, ketika ini, beberapa prasarana baru sedang dalam pembinaan termasuk bangunan dan sistem pengangkutan yang lebih selesa kepada bakal-bakal haji pada tahun ini. | |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Fri May 15, 2009 5:47 pm | |
| Isteri bunuh suami digantungOleh WAZIHA WAHID waziha@kosmo.com.my
| SHAMIM ketika dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam.
| KUALA LUMPUR - Seorang suri rumah yang merupakan ibu kepada empat orang anak dijatuhkan hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam setelah disabitkan bersalah membunuh dan menanam suaminya di belakang rumah mereka, lima tahun lalu.Shamim Bano Mohammed Farooque, 41, yang pada mulanya tenang akhirnya tidak dapat menahan perasaan lalu menangis sejurus selesai prosiding apabila tiada anak dan saudara-mara datang menemuinya semalam.Turut dijatuhkan hukuman serupa ialah Javeed Akhtar Abdul Waheed, 39, sepupu Shamim yang dituduh bersubahat menyebabkan kematian Reyaz Ahamed Maruf, 39.Ketika membacakan penghakimannya, Datuk Zaharah Ibrahim berkata, mahkamah berpendapat pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes yang dipinda terhadap tertuduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan melampaui keraguan munasabah.Shamim hanya menganggukkan kepala apabila ditanya Zaharah sama ada faham hukuman manakala seorang jurubahasa terpaksa menerangkan kepada Javeed. Kedua-dua mereka yang berasal dari India diperintah membela diri pada 21 November 2008 atas tuduhan menyebabkan kematian Reyaz di rumahnya di No. 20, Jalan 4/12G, Seksyen 4 Tambahan, Bandar Baru Bangi dekat sini antara pukul 10 malam, 7 November 2004 dan 3 pagi, 8 November 2004.Seramai 16 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.Reyaz ialah pemilik bersama sebuah syarikat Cyplass Engineering Sdn. Bhd. iaitu sebuah kilang kitar semula di Semenyih manakala Javeed ialah pekerja kilang tersebut.Mayat Reyaz ditemui tertanam di belakang rumahnya setelah kehilangannya dilaporkan dan hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat sesak nafas dan terdapat kesan jerutan pada lehernya. | |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Fri May 15, 2009 5:49 pm | |
| 2 budak korban kolam keli Oleh KAMARUDIN HAMZAH berita@kosmo.com.my DI KOLAM inilah mayat Munirah dan Akib Ikmal ditemui semalam.
| MUNIRAH
|
| AKIB IKMAL
| BESUT - Dua kanak-kanak bersaudara ditemui tidak bernyawa dalam sebuah kolam ikan keli sedalam dua meter di Kampung Gong Pak Mentosa, Tembila di sini tengah hari semalam.Mangsa, Munirah Abdul Ghafar, 3, dan anak saudaranya, Akib Ikmal Shukri, 2, ditemui terapung di dalam kolam ikan yang terletak di belakang rumah keluarga mereka.Menurut ibu Akib Ikmal, Norazila Abdul Ghafar, 22, ketika kejadian dia sedang mencuci pakaian manakala ibunya, Safinah Jusoh, 45, pula memasak di dapur.Bagaimanapun, katanya, ketika itu dia berasa hairan kerana tidak mendengar suara anak dan adik perempuannya, lalu mencari mereka di dalam rumah."Saya rasa tidak sedap hati dan terus keluar menuju ke kolam ikan milik ayah, Abdul Ghafar Mohamad, 49, yang tidak berpagar dan terletak tidak jauh dari belakang rumah."Saya terkejut apabila ternampak mayat Adib Ikmal terapung, tetapi Munirah tak ada di situ. "Saya memanggil jiran-jiran dan mereka menemui mayat Munirah tenggelam di dasar kolam," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam. | |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| | | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| | | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| | | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Fri May 15, 2009 5:57 pm | |
| Tragedi lepas rindu Oleh Mohammad Ishak dan Zaid Salim am@hmetro.com.my
JERTIH: Pertemuan dua kanak-kanak bersaudara untuk melepas rindu selepas beberapa bulan terpisah berakhir tragedi menyayat hati apabila mereka ditemui lemas dalam kolam ikan milik keluarga di Kampung Pak Mentosa, Tembila, dekat sini, semalam.
Kehilangan Munirah Abd Ghafar, 3, serta anak saudaranya, Akil Akma Syukri, 2, hanya disedari ibu Akil, Norazila, 22, yang juga kakak Munirah apabila mendapati dua bersaudara itu tiada di rumah kira-kira jam 12 tengah hari.
Menurut Norazila, dia yang runsing dengan kehilangan anak dan adiknya itu mencari mereka di sekitar rumah sebelum melihat kedua-dua mangsa terapung di kolam ikan milik bapanya di belakang rumah.
Katanya, usahanya meminta bantuan jiran untuk menyelamatkan kedua-dua mangsa gagal apabila mereka disahkan sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Besut.
Menceritakan kejadian itu, Norazila yang bersedih dengan kejadian terbabit, berkata dia dan anaknya pulang dari Johor Bahru ke rumah ibunya, Sapinah Jusoh, 43, Jumaat lalu untuk memenuhi hajat Akil bertemu ibu saudaranya itu. Bagaimanapun, menurutnya, kepulangan mereka tidak ditemani suami, Syukri Hashim, 24, yang tidak dapat cuti apabila terpaksa bertugas sebagai atendan tempat letak kenderaan.
Katanya, dia benar-benar tidak menyangka pertemuan itu berakhir tragedi kerana sebelum itu sudah melarang anak dan adiknya menghampiri kawasan kolam berkenaan.
“Mereka berdua memang rapat berikutan jarak usia mereka hanya berbeza setahun,” katanya.
Menurutnya, dia tidak menyangka rayuan Munirah supaya Akil terus tinggal bersamanya beberapa hari lalu permintaan terakhirnya sebelum mereka berdua ditemui lemas.
“Munirah berkali-kali mengungkapkan perkataan rindu kepada Akil dan memintanya jangan pergi jauh. Malah, arwah sering bertukar pakaian dengan Akil seperti ada sesuatu tidak kena dan dan keadaan itu tidak pernah berlaku sebelum ini.
“Saya tidak menyangka dalam sekelip mata akan kehilangan anak sulung dan adik kandung. Saya percaya mereka pergi ke kolam itu untuk melihat ikan ternakan bapa sebelum tergelincir dan terjatuh ke dalam kolam berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu daripada kakitangan Klinik Kesihatan Gong Medang, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah hari.
“Kedua-dua mangsa dipercayai lemas setengah jam sebelum ditemui dan setakat ini kita tidak pasti sama ada mangsa tergelincir atau mandi di kolam itu,” katanya.
| |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Fri May 15, 2009 5:59 pm | |
| Berita paling pilu Oleh Zaitie Satibi, Shahrul Nizam Mohamad dan Amir Hamzah Nordin am@hmetro.com.my
| DOA...Natirah dan suaminya, Mat Zakri Jawa berdoa di pusara ayahnya, semalam. |
KUALA LIPIS: “Ini berita paling memilukan pernah saya terima,” kata Natirah Yunus, 45, anak Yunus Mat Ajab, 68, yang terbunuh dalam nahas ngeri di Kilometer 24, Jalan Lipis-Jerantut berhampiran Kampung Kerambit, dekat sini, malam kelmarin
Lebih memilukan kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke Temerloh untuk menziarah seorang saudara yang meninggal dunia.
Kejadian kira-kira jam 11 malam itu turut mengorbankan isteri Yunus yang juga ibu tiri Natirah, Rosnani Che Bidin, 35, serta abangnya, Li, 47, manakala seorang lagi abang Natirah, Nazri, 36, serta seorang saudara mereka, Ahmad Yusof Khamis, 53, cedera apabila Proton Iswara dinaiki bertembung sebuah lori balak tanpa muatan ketika hujan lebat.
Ahmad Yusof dilaporkan parah dan dirawat di Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAH), Temerloh.
Difahamkan, ketika kejadian, kereta dipandu Li gagal mengelak lori berkenaan yang terbabas ke laluan bertentangan ketika melalui selekoh tajam di tempat kejadian sebelum terperosok di bawah kenderaan berat itu. Natirah, seorang suri rumah berkata, dia menerima berita kemalangan ngeri itu kira-kira jam 11.30 malam selepas dimaklumkan suami, Mat Zakri Jawa, 46.
“Kira-kira jam 9.45 malam, suami ada menelefon arwah ayah bagi mengetahui lokasi mereka kerana saya sekeluarga dari Maran sudah tiba ke rumah saudara yang meninggal dunia.
“Dalam perbualan telefon itu, suami sempat berpesan kepada arwah abang supaya memandu dengan cermat kerana hujan lebat.
“Bagaimanapun, kurang dua jam kemudian, suami menerima berita buruk daripada seorang sepupu memaklumkan semua mereka terbabit kemalangan,” katanya ketika ditemui di rumah mangsa, semalam.
Menurutnya, sebelum kejadian bapa dan ibu tirinya tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap pelik kecuali abang yang meninggal dunia ada menyatakan hasrat mahu membiayai persekolahan seorang anaknya yang belajar dalam tingkatan enam.
“Dua hari lalu, arwah Li ada menelefon saya dan memberitahu mahu membantu menanggung persekolahan anak saya yang dianggap seperti anak sendiri kerana arwah belum berumah tangga.
“Hasratnya itu dinyatakan berulang-kali dan saya bersetuju kerana sekurang-kurangnya bantuan itu dapat mengurangkan beban saya, tetapi tidak kesampaian selepas arwah terbunuh dalam kejadian itu.
“Bagaimanapun, saya reda dan berdoa semoga roh mereka ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata sebaik melalui tempat kejadian, sebuah lori balak tanpa muatan yang dalam perjalanan dari Jerantut ke Lipis dipercayai terbabas ketika mengambil selekoh sebelum memasuki laluan bertentangan.
“Kemalangan itu menyebabkan kereta dipandu Li merempuh bahagian tengah lori berkenaan lalu terperosok di bawahnya menyebabkan semua mangsa tersepit di tempat duduk masing-masing.
“Li dan dua penumpang belakang, Yunus dan Rosnani meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi penumpang belakang, Ahmad Yusof parah.
“Bagaimanapun, Nazri yang duduk di sebelah pemandu cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lipis (HKL),” katanya.
Menurutnya, pemandu lori terbabit berusia 39 tahun sudah membuat laporan dan ditahan bagi membantu siasatan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai hingga menyebabkan kematian dan jenazah mangsa sudah diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Ulu Teris,” katanya. | |
| | | meetunclesalamz Senior Forummer
Posts : 326 Join date : 2009-05-07 Age : 37
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Fri May 15, 2009 11:35 pm | |
| Malaysia: Terdapat seorang warga malaysia yang di jangkiti peyakit H1N1 yang baru nalik dari amerika syarikat... | |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Sat May 16, 2009 10:04 am | |
| 16 mei 2009
10 kali gugur anak Oleh Mohd Firdaus Ibrahim dan Sri Ayu Kartikawati Amri mfirdaus@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Biarpun baru berusia belasan tahun, seorang remaja bukan saja sanggup melakukan hubungan seks dengan lebih lima lelaki serentak, malah melayan nafsu warga emas seusia bapanya hingga mendapat gelaran Ratu Bohsia.
Namun, gadis berkenaan tidak seharusnya dipersalahkan sepenuhnya kerana gelagat liarnya didorong pengalaman hitam selepas dinodai datuk sendiri menyebabkannya ketagih mengulangi perbuatan terkutuk itu.
Demi memuaskan nafsu gila selain membalas dendam terhadap perbuatan datuk yang mengaibkannya, dia mula belajar meneguk minuman keras seawal usia 12 tahun dan mengikut lelaki hidung belang ke hotel murah untuk melakukan hubungan seks walaupun baru beberapa jam berkenalan.
Disebabkan keghairahannya itu, gadis terbabit mendakwa menggugurkan kandungan lebih 10 kali sepanjang tempoh dia merelakan tubuhnya ‘diratah’, termasuk di kalangan Mat Rempit sehingga digelar Ratu Bohsia di kalangan pelumba haram.
Pengalaman gadis terbabit didedahkan kepada wartawan Harian Metro bukan untuk memalukan mana-mana pihak, sebaliknya pedoman kepada remaja perempuan yang baru mengenali dunia dan mengelak mereka menjadi alat pemuas nafsu lelaki ‘syaitan’ terutama Mat Rempit. Gadis yang ingin dikenali sebagai Masliza, 20, berkata kehidupannya mula berubah selepas dia dinodai datuknya sendiri menyebabkan dia lari meninggalkan rumah sebelum berkenalan dengan seorang Mat Rempit.
Menurutnya, dia menghilangkan diri selepas berang dengan sikap ibu bapanya tidak mempercayai aduan bahawa dia dirogol datuk sendiri.
“Setiap malam minggu, kami akan keluar merempit dan menonton aksi liar Mat Rempit di sekitar ibu kota menunjukkan kehebatan masing-masing.
“Saya puas kerana dapat mengenali ramai ‘kaki rempit’ berhati batu dan kagum mereka tidak mempunyai perasaan takut serta sayang kepada nyawa sendiri ketika melakukan aksi di jalan raya,” katanya.
Selepas seketika berkenalan, teman lelakinya mula menunjukkan wajah sebenar apabila menyerahkannya kepada rakan untuk ‘dipakai’ secara beramai-ramai.
Demi menjaga imej di kalangan Mat Rempit terbabit, katanya, dia terpaksa menyerahkan kesucian dirinya.
Sejak itu, Masliza berkata, dia sering menjadi habuan puluhan Mat Rempit di hotel murah, rumah sewa mahupun dalam kereta menyebabkannya ketagih untuk melakukan hubungan seks.
Masliza mengakui pernah melakukan hubungan seks dengan lima lelaki dalam satu bilik hotel serentak.
“Ia pengalaman hitam yang menakutkan, namun saya melakukannya untuk membalas dendam terhadap keluarga yang menganiaya saya, terutama datuk. Lama-kelamaan ia menjadi hobi dan keseronokan kepada diri sendiri.
“Saya lari dari rumah kerana tidak dapat menerima kenyataan dirogol datuk sendiri serta dihantui masalah keluarga yang tidak berkesudahan.
“Keluarga saya bermasalah, ibu bapa sering bertengkar dan mungkin disebabkan itu kebajikan dan tanggungjawab mereka terhadap saya terabai,” katanya.
Bagaimanapun, Masliza diselamatkan seorang individu tidak dikenalinya yang menghantarnya ke hospital selepas didapati tidak sedarkan diri gara-gara cuba menggugurkan kandungan.
Dia mendakwa sedang diburu ahli keluarganya kerana mengadu mengenai peristiwa hitam dinodai datuknya sendiri beberapa tahun lalu kepada pihak berkuasa supaya menarik balik laporan itu.
Bagaimanapun, dia kini selamat dalam jagaan sebuah pusat perlindungan dan pemulihan akhlak dan difahamkan sedang berusaha melupakan peristiwa malang itu.
Sementara itu, Pengurus dan Pakar Motivasi Didik Diri Resource, Ahmadi Baharudin, berkata Masliza sedang melalui proses pemulihan di pusat pemulihannya.
“Kami yakin dengan program sedia ada dapat membantunya memulihkan semula keyakinan diri ketika berdepan dengan masyarakat selain membina semula imej. Dia kini ibarat sedang ‘dilahirkan’ semula.
“Saya cukup terkilan dengan sikap segelintir ibu bapa yang tidak memandang serius aduan anak mereka kerana terlalu sibuk mengejar kebendaan walaupun perkara itu benar-benar berlaku,” katanya.
Menurut Ahmadi, masalah keluarga penyebab utama kepada keruntuhan akhlak remaja pada zaman ini.
“Peningkatan kes seumpama itu cukup membimbangkan. Ibu bapa bukan saja perlu mendidik anak dengan ajaran agama yang cukup, malah mengikuti perkembangan mereka. Sikap lepas tangan akan menyebabkan masalah terus menghantui kita semua,” katanya.
Last edited by MiSsSaRaToKyO on Sat May 16, 2009 10:28 am; edited 1 time in total | |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Sat May 16, 2009 10:10 am | |
| Tersungkur tarik baju peragut Oleh Saipul Adli Mohamad saipuladli@hmetro.com.my
JOHOR BAHRU: Seorang pelajar perempuan tersungkur di atas jalan raya ketika menarik baju pembonceng motosikal yang meragut telefon bimbitnya di Jalan Api-Api, Taman Megah Ria di sini, petang kelmarin.
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu, seorang daripada peragut itu dicekup manakala seorang lagi melarikan diri selepas kedua-duanya terjatuh berikutan motosikal mereka digesel kereta dinaiki dua beradik, Mohd Hasni Hassan, 27, dan Siti Roslina, 34, yang menyaksikan insiden berkenaan.
Mengimbas kejadian itu, mangsa, Sheron Tan, 15, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Megah Ria, berkata ketika itu, dia dalam perjalanan balik dari kelas tambahan di sekolah ke rumahnya di taman berkenaan, kira-kira jam 5 petang.
“Jarak antara rumah saya dengan sekolah kira-kira satu kilometer, sampai di simpang Jalan Ketapang ke Jalan Api-Api, saya periksa telefon bimbit kerana menerima SMS.
“Ketika itu, saya perasan dua lelaki menaiki motosikal memerhatikan saya, tetapi saya tidak mempedulikan mereka,” katanya. Tiba-tiba, katanya, lelaki terbabit menghampirinya dan berkata ‘amoi, boleh minta nombor telefon bimbit’ sebelum dia menjawab ‘lain kali.’
“Bagaimanapun, lelaki yang membonceng motosikal itu turun dari kenderaan itu dan memeluk saya dari belakang kerana mahu merampas telefon bimbit saya.
“Saya cuba melawan, tetapi lelaki itu merampas telefon bimbit saya dan naik semula ke motosikal ditunggang rakannya,” katanya ketika ditemui di rumahnya di taman berkenaan, petang semalam.
Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata, berikutan geram kerana melihat kedua-dua lelaki terbabit mahu melarikan diri, dia mencampakkan buku sebelum mengejar dan menarik baju pembonceng sebelum motosikal itu bergerak sambil tangan kanannya terus berpaut pada baju lelaki itu.
Bagaimanapun, selepas beberapa langkah dan tidak mampu menyaingi kelajuan motosikal berkenaan, dia tersungkur di atas jalan dan mengalami kesakitan di beberapa bahagian badan serta tidak larat untuk bangun.
“Kebetulan, ibu seorang rakan sekolah saya melalui kawasan itu dan mengangkat saya sebelum terus menghantar saya pulang ke rumah,” katanya
| |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Sat May 16, 2009 10:14 am | |
| Pakaian terpakai berjenama dijual murah
| RAFIDI Ismail (kanan) menunjukkan baju pilihannya di kedai bundle, Satok, semalam.
| KUCHING 15 Mei - Berjenama dan murah, itulah kesimpulan yang dibuat oleh peminat pakaian terpakai atau lebih dikenali bundle.Manakan tidak, harga baju yang dijual pada harga serendah RM5 dan seluar berjenama pada harga RM20 amat sukar ditemui di pasaraya besar di bandar ini.Bagi seorang jurujual, Rafidi Ismail, 27, dia mengakui faktor kualiti adalah tarikan utama mengapa pakaian bundle menjadi pilihan.Katanya, pakaian bundle memberikan pulangan yang berbaloi kepada peminatnya sama ada dari segi harga dan kualiti.Malah katanya, pemilihan pakaian bundle juga menguntungkan kerana penggunanya tidak perlu belanja lebih.''Banyak pilihan yang saya boleh dapati di sini malah baju yang dijual adalah yang terkini mengikut peredaran dunia fesyen sekarang," katanya di sini semalam.Rafidi memberitahu, penggunaan pakaian bundle tidak terhad kepada lelaki sahaja kerana banyak pakaian bundle untuk wanita dijual hari ini.''Malah jauh lebih cantik dari pakaian baru sedia ada," tambahnya.Rakannya, Zulnazri Zaidil, 30, berkata, dia mula mengenali bundle daripada kawan-kawannya.''Selain harganya yang murah, saya betul-betul berpuas hati kerana amat sukar untuk mencari rekaan bentuk baju yang berkualiti dan rekaan yang menarik selain di kedai bundle," katanya.Zulnazri berkata, dia tidak kisah dengan pendapat sesetengah orang bahawa amat menggelikan memakai pakaian bekas orang lain.''Yang penting saya dapat kepuasan kerana dapat memakai pakaian yang 'ori'," katanya lagi.Bagi Azhar Midun, 39, yang juga pembeli setia pakaian bundle, meskipun harganya murah, dia perlu memastikan setiap kualiti yang terdapat pada baju yang hendak di beli itu.Katanya, tidak semua kedai dapat menawarkan gred-gred baju yang berkualiti seperti yang diimport dari Amerika Syarikat dan Jepun.''Asalkan ia berkualiti, saya sanggup untuk membeli pakaian itu untuk kepuasan diri," tambahnya. | |
| | | ~~MiSsSaRaToKyO~~ ORANG KANAN MAMBANG
Posts : 1742 Join date : 2009-05-06 Age : 35 Location : sRi AmAn BuMi BeNaK NgAn BoYaK
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Sat May 16, 2009 10:21 am | |
| Klip video hina Islam | BUKTI...Muhammad Hatta (tengah) menunjukkan klip video yang mempersenda azan dalam Youtube. |
GEORGETOWN: Satu rakaman video klip memaparkan seorang lelaki menghina Islam dengan mempersenda azan dan membacakan ‘hadis’ mengajak umat Islam memakan babi, kini tersebar secara meluas di laman web Youtube.
Rakaman selama satu minit 23 saat itu memaparkan seorang lelaki mengajuk alunan azan, selain melakonkan adegan seolah-olah sedang bersolat berdasarkan pergerakan tangannya.
Dia juga dilihat bersujud dengan cetakan ayat al-Quran di hadapannya selain mempersendakan hadis nabi dengan mengajak umat Islam makan babi.
Rakaman itu diakhiri dengan gelak tawa lelaki terbabit yang tidak memakai baju sebaliknya hanya berseluar jeans.
Sehubungan itu, satu laporan polis dibuat semalam oleh seorang pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) yang menyedari mengenai rakaman itu kira-kira jam 9 pagi kelmarin. Pensyarah berkenaan, Prof Madya Muhammad Hatta Muhammad Tabut dari Fakuliti Komunikasi USM membuat laporan itu di Balai Polis Timur Laut, kira-kira jam 11 pagi, semalam.
Beliau berkata, rakaman yang sudah disaksikan kira-kira 9,032 pengunjung laman web terbabit mengandungi visual dan audio yang dimuatkan seorang pengunjung dengan alamat internetnya didaftar di Kota Bharu, Kelantan.
Katanya, rakaman seumpama itu mampu mencetuskan perasaan marah umat Islam dan menggugat keharmonian kaum selain tidak peka terhadap sensitiviti masyarakat.
“Penyiaran rakaman itu bertentangan dengan undang-undang negara ini khususnya berkaitan agama dan hasutan selain menyalahi akta berkaitan media.
“Ia juga seolah cuba menggagalkan kelancaran pentadbiran baru negara dalam memartabatkan dasar Satu Malaysia melalui perpaduan kaum,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Beliau berkata, pihak berkuasa perlu menjalankan siasatan terperinci berhubung rakaman itu dan mengambil tindakan tegas bagi mencegah bentuk penghinaan seumpama itu berleluasa
| |
| | | pUrple_mambAng Senior Forummer
Posts : 780 Join date : 2009-05-05 Age : 36 Location : Oil Town
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Tue May 19, 2009 12:12 am | |
| Mayat bayi ditemui dalam tong sampah
KUALA LUMPUR - Mayat seorang bayi masih bertali pusat ditemui di dalam tong sampah di belakang sebuah kedai makan di Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini malam kelmarin.
Keadaan mayat bayi yang sudah cukup sifat dan mempunyai uri itu ditemui seorang pekerja kedai makan di situ ketika hendak membuang sampah pukul 11.30 malam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, mayat bayi yang dibungkus dengan surat khabar itu ditemui dalam keadaan tertonggeng di dalam tong sampah itu dengan kepalanya ke bawah.
"Pada badan mayat bayi itu juga mempunyai kesan darah dipercayai baru dilahirkan sebelum dia dibuang ke dalam tong sampah tersebut," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut beliau, pemeriksaan ke atas badan mayat bayi itu tidak menemui kesan luka.
Katanya, mayat bayi itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai mayat bayi itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-20702222. | |
| | | pUrple_mambAng Senior Forummer
Posts : 780 Join date : 2009-05-05 Age : 36 Location : Oil Town
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... Tue May 19, 2009 12:14 am | |
| NAng laKhnat mena orunk nak molah baby cmya...argh...!!!!isk...sa nak d bunoh jak orunk cmya...boh idup bh... | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: berita-berita terpilih hari ini... | |
| |
| | | | berita-berita terpilih hari ini... | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |