Mambang Records
SELAMAT DATANG KE FORUM MAMBANG RECORDS
KITA BERKONGSI MAKLUMAT DAN MENGETAHUI
PERKEMBANGAN MAMBANG RECORDS BERSAMA-SAMA!

TERIMA KASIH
Mambang Records
SELAMAT DATANG KE FORUM MAMBANG RECORDS
KITA BERKONGSI MAKLUMAT DAN MENGETAHUI
PERKEMBANGAN MAMBANG RECORDS BERSAMA-SAMA!

TERIMA KASIH
Mambang Records
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


FORUM UNTUK FAMILY MAMBANG RECORDS
 
MBG FrontpageHomeGallerySearchLatest imagesRegisterLog in
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dari kami Mambang Records...CD EP Mambang Records telah pun rasminya dikeluarkan..pada harga RM15...jika anda ingin mendapatkan CD Ep Mambang Records sila berurusan dengan JhoeBling@Raja_Mambang@Lil^Fiz...jangan ketinggalan~~...
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
May 2024
MonTueWedThuFriSatSun
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
CalendarCalendar
Top posters
Raja_Mambang
CERITA LAWAK - Page 7 I_vote_lcapCERITA LAWAK - Page 7 I_voting_barCERITA LAWAK - Page 7 I_vote_rcap 
DenGz_aDzmieRa
CERITA LAWAK - Page 7 I_vote_lcapCERITA LAWAK - Page 7 I_voting_barCERITA LAWAK - Page 7 I_vote_rcap 
~~MiSsSaRaToKyO~~
CERITA LAWAK - Page 7 I_vote_lcapCERITA LAWAK - Page 7 I_voting_barCERITA LAWAK - Page 7 I_vote_rcap 
NU^UL89
CERITA LAWAK - Page 7 I_vote_lcapCERITA LAWAK - Page 7 I_voting_barCERITA LAWAK - Page 7 I_vote_rcap 
LILFIZ89
CERITA LAWAK - Page 7 I_vote_lcapCERITA LAWAK - Page 7 I_voting_barCERITA LAWAK - Page 7 I_vote_rcap 
JhoeBling
CERITA LAWAK - Page 7 I_vote_lcapCERITA LAWAK - Page 7 I_voting_barCERITA LAWAK - Page 7 I_vote_rcap 
♪Mya_Mya♪
CERITA LAWAK - Page 7 I_vote_lcapCERITA LAWAK - Page 7 I_voting_barCERITA LAWAK - Page 7 I_vote_rcap 
comei_ika
CERITA LAWAK - Page 7 I_vote_lcapCERITA LAWAK - Page 7 I_voting_barCERITA LAWAK - Page 7 I_vote_rcap 
pUrple_mambAng
CERITA LAWAK - Page 7 I_vote_lcapCERITA LAWAK - Page 7 I_voting_barCERITA LAWAK - Page 7 I_vote_rcap 
Da_MoRBiD69
CERITA LAWAK - Page 7 I_vote_lcapCERITA LAWAK - Page 7 I_voting_barCERITA LAWAK - Page 7 I_vote_rcap 
Latest topics
» SESI SUAI KENAL
CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeTue Jun 26, 2012 6:27 pm by Noeilshortielikemine

» Ruangan berteka-teki....V.2
CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeMon Sep 26, 2011 11:13 pm by NU^UL89

» McLaren deny missing winter testing session is risky
CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeFri Jan 14, 2011 12:22 pm by nirvana

» Andy Murray to play Karol Beck at Australian Open
CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeFri Jan 14, 2011 12:22 pm by nirvana

» Jacques Rogge wants running track left at 2012 stadium
CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeFri Jan 14, 2011 12:22 pm by nirvana

» Ashes: England wrap up 3-1 series win over Australia
CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeFri Jan 07, 2011 11:14 am by nirvana

» Renault says espionage threatens its 'strategic assets'
CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeFri Jan 07, 2011 11:13 am by nirvana

» Salman Butt 'baffled by agent's no ball accuracy'
CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeFri Jan 07, 2011 11:13 am by nirvana

» Kean interested in Blackburn manager role
CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat Dec 18, 2010 2:34 am by nirvana

Statistics
We have 168 registered users
The newest registered user is squirchris

Our users have posted a total of 16669 messages in 171 subjects
Who is online?
In total there are 8 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 8 Guests

None

Most users ever online was 425 on Thu Oct 14, 2021 9:23 pm

 

 CERITA LAWAK

Go down 
+11
Da_MoRBiD69
~~MiSsSaRaToKyO~~
ayu_popepo
meetunclesalamz
iemm
comei_ika
pUrple_mambAng
Raja_Mambang
DenGz_aDzmieRa
JhoeBling
Admin
15 posters
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 6, 7, 8 ... 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
Admin
Administrator
Administrator
Admin


Posts : 37
Join date : 2009-05-05
Age : 38
Location : PineappleCity

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeTue May 05, 2009 10:00 pm

First topic message reminder :

KUMPULKAN KOLEKSI CERITA LAWAK ANDA DISINI.... clown
Back to top Go down
https://mbgrepublic.forumotion.com

AuthorMessage
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:10 pm

Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di Mahkamah kerana melanggar lampu merah.
Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya perkaranya diselesaikan
dengan cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya.

"Baik, baik," kata Hakim.

"Jadi Anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalam
perbicaraan saya ini. Sebagai hukumannya. Sekarang Anda duduk di meja itu dan tulislah
'Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi' sebanyak 500 kali."
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:12 pm

Sewaktu Preseden Bush mengunjungi Malaysia baru-baru ini... dia dibawa
mengeliling ibukota dengan menaiki sebuah kereta mewah. Pemandu kereta
mewah itu tiba-tiba berkata...
"Tuan Cakap aje apa yang nak di ibukota ini... saya pasti tunaikan.."

"Well", kata Bush...
"Sebenarnya
saya sudah lama ingin memandu kereta sendiri. Di US.. .kalau saya mahu
keluar kemana-mana pastinya sudah tersedia pemandu dan kereta peribadi
untuk saya. Saya ingin sangat memandu sendiri... tapi tidak pernah
mendapat melakukannya."

"Wah," kata pemandu..
"Kalau itu saja permintaan tuan.. tidak jadi masalah.."

Dan
kemudian mereka pun bertukar tempat. Presiden Bush memandu dan pemandu
tadi duduk di belakangnya. Tetapi bila sampai di persimpangan
pertama... Bush lupa untuk berhenti di lampu merah..

Tiba-tiba
polis mengikuti kereta tersebut dan memberhentikannya... polis turun
dari motornya, dan menghampiri kereta tersebut. Tetapi sebaik sahaja
dia mendekati.. ia melihat Presiden Bush... dan ia segera kembali ke
motornya dan menghubungi pegawai atasannya.

"Tuan.." kata Polis itu
"Saya baru saja menahan seorang pembesar."

"Apa?" kata atasannya,
"Ketua Polis ke?"

"Bukan Tuan.. dia lebih tinggi dari Ketua Kita"

"Hey, adakah kamu menahan Perdana Menteri?"

"Tidak Tuan.. malah dia lebih tinggi lagi."

"Well, siapa yang kamu tahan itu?" tanya pegawai atasan kebingungan.

"Tidak tahu Tuan.." jawab Polis
"Tapi siapapun dia, yang pastinya pemandunya saja sudah Presiden Bush!"
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:15 pm

Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan
Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka
berdua keluar berdating...

Hamid : "Kita nak kemana nie?
Rosni : "Tak kisah la.. mana-mana pun boleh"
Hamid : "Apa kata kalau kita ke pantai..
Rosni : "Saya ok aje.."

Apabila
sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. mereka hanya
berehat sambil berbual-bual didalam kereta.. Mulanya berbual biasa..
lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni.. nampaknya
Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan
tangannya beberapa inci ke atas... Rosni masih tidak membantah...
hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci
lagi.. Rosni berkata dengan sopan.. "Abang Hamid... ingatlah pada akta
15 dalam perlembagaan pekerja sosial" Setelah mendengarkan teguran
Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun
sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..

Hamid : "Maafkan saya"
Rosni : "Tak apa"

Lalu
mereka pulang... Di rumah.. Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku
perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca
kandungannya...

"Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja"
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:16 pm

Tersebut lah cerita , ada sorang perempuan Petani yang agak berumur
sikit bawak barang dagangan dia, dia cuma jual topi saja (dulukan orang
menuai secara manual..'mengerat' orang Kedah kata, nak elak dari panas
depa pakai topi ni ... diperbuat dari rumput 'menerung' kering..warna
putih kelabu, bentuk dia nak macam topi Mr. Potato sket...) Jalan la
dia dari rumah ke rumah jual topi dia,sampai dia di satu kampung di
pinggir hutan (area Kuala Nerang..)Waktu dah tengahari 'rembang', jadi
dia pun duduk la berehat sat kat bawah satu pokok yang besar lagi
rendang.

Topi untuk jualan dia...dia letak la sebelah sambil
mengipas-ngipas badannya. Kerana terlalu letih, tertidur la dia kat
bawah pokok tuu..tiba-tiba dia terdengar bunyi
'sqoh..sqeh..sqoh..sqeh'. Terbangun la dia..dia tengok keliling,
tergejut beruk la dia ...'aik!! mana pi topi aku semua?'.

Wahhh..cam
na ni, mesti kena marah ngan tokey nanti pasai topi dia hilang. Lepas
tu, dia dengar bunyi sqoh..sqeh...sqoh..sqeh' tu kat atas pokok. Langut
la dia ke atas...Ooooooo, makhluk ni rupanya yang curi topi aku.

Berpuluh-puluh
ekor monyet kat atas pokok tu, semua pakai topi sorang satu..
Ishkk..cam na nak ambik balik ni..pikiaq perempuan tersebut.

Dia
ambik galah..jolok-jolok keatas..tak juga dapat topi dia. Dekat- dekat
nak 'give-up' juga la orang tua tu. Tergaru-garu kepala la dia..aik!!
dia tengok monyet-monyet tu pun ikut tiru dia ,dia lompat, monyet tu
pun ikut lompat semua.. Jeng... jeng.. jenggg..dia ada satu idea..dia
ambik satu-satunya topi kat atas kepala dia ..dia pun baling ke tanah.
So, monyet-monyet tu pun ikut juga baling topi yang depa pakai ketanah.

Dapat
la balik semua topi-topi diaa...Pas waktu dia dah balik kekampung, dia
pun cerita la 'keterer an' dia tu kat anak dia. Waktu berlalu begitu
pantas. Perempuan tersebut dah jadi nenek dah..namun dia tetap
berbangga dengan ketereran dia tipu monyet tu.di ceritakan la pulak kat
cucu dia. Nak dijadikan cerita ,cucu dia ni pun sekolah tak pandai.
jadi berjual topi juga macam nenek dia dulu.

Suatu hari, cucu
dia pi menjual topi dikampung yang sama di daerah Kuala Nerang tuuu.
Waktu tengahari, secara kebetulan dia pun berehat di bawah pokok yang
sama. Kerana terlalu letih dia pun tertidur dgn topi- topi untuk
dijual, diletakkan di tepi dia. Pas dah dekat petang dah , dia pun
bangun dari tidur..aikkkk!!! mana pi topi aku semua? Dia pun terdengar
bunyi 'sqoh..sqeh..sqoh..sqehh' kat atas pokok tuu.....hmmhhh.
monyet-monyet tu dah ambik topi dia Dia pun buat la macam-macam untuk
menakutkan monyet-monyet tu utk ambik balik topi tuu, tapi tak leh gak.
Last-last teringat la dia ngan cerita nenek dia dulu..diapun test la,
dia garu-garu kepala, monyet2 tu pun garu2 kepala gak, dia lompat,
monyet2 tu pun lompat gak..dia pun naik syok laa, dalam hatinya 'bodoh
juga monyet2 ni..'..Lalu dia ambik topi kat atas kepala dia..dia lempaq
la ke tanah dengan harapan monyet2 tu tiru cam dia gak.

Aikkk
!!!monyet2 tu semua tengok ke dia..tak sekoq pun yang tiru dia kali ni
utk lempar topi ketanah. Termangu dia sendirian..tiba-tiba turun seekor
anak monyet, tapi sebelum dia turun, dia sangkut dulu topi tu kat
ranting atas pokok tu. Anak monyet tu langsung pi dekat telinga dia dan
berbisik, "hang ingat, hang sorang aja ada nenekkkkk...?"
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:17 pm

Ada seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.

Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"

Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi.

Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala ke kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."

CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"

Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."

CrewTV3 : "Oooooooooooo......."
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:18 pm

Suatu hari seorang ibu yang tua pergi kerumah anaknya yang baru
berkahwin. Dia terkejut apabila melihat anak perempuan tanpa seurat
benang pun menanti suaminya pulang dari kerja. Si ibu bertanya kepada
anaknya dengan penuh hairan.

Ibu : Nak nape tak cukupkah wang suami kamu untuk membeli sehelai pakaian sehingga kamu berkeadaan begini

Anak : Taklah abang suka cam ni mak. dan dia lebih sayangkan saya kalau saya berkeadaan begini.

Lalu ibunya pulang kerumahnya dan menanti suaminya pulang dengan tanpa seurat benang di bajunya

Ayah : Nape maknya tak iron dulu baju tu....Lain kali sebelum pakai baju tu iron dulu supaya ia tak berkedut.

ibu : ????????
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:18 pm

PART I

Che'gu Berahim sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti
sukan di padang sekolah. Seperti biasa, Che'gu Berahim akan menyuruh
murid²nya melakukan regangan otot. Tiba di satu bahagian, dimana murid²
baring dan mengangkat kaki lalu menggerakkannya seperti sedang mengayuh
basikal. Che'gu Berahim asyik memerhati seorang muridnya yang pada
mulanya menggerakkan kakinya tiba² memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu
Berahim menyergah muridnya yang bernama Man Dol. "Woiiii Man, apa sebab
kau berhenti ni hah". "Oh Che'gu Berahim, basikal saya tengah turun
bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti.Takkan nak kayuh jugak.


PART II

Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Berahim telah bertanya kpd murid²nya.

Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?
Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Dol lalu Che'gu Berahim pun bertanya,
Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?
Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.


PART III

Che'gu Berahim sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...
Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?
Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek didapur.
Che'gu : Mana tepungnya??
Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??


PART IV

Seperti
biasa, Che'gu Berahim nie mengajar pelajar di Sekolah Agama.Che'gu
Berahim mengajar budak tahun satuPada hari tersebut, beliau mengajar
bab"cara berwudhuk"Selepas mengajar, beliau (Che'gu) selalu meminta
muridnya bertanyakan soalan jika terdapat kemusykilan.

Che'gu : Ada sesiapa hendak bertanyakan soalan?
Tiba² seorang anak muridnye mengangkat tangan, nama murid tu adalah Man Dol
Man : Ada Che'gu. saya ada satu kemusykilan. Boleh tak kita ambil wudhuk dua kali?
Che'gu : Boleh, tapi kenapa sampai dua kali ambil wudhuk?
Man : Saya ambil dua kali sebab kalau saya terkentut, wudhuk lagi satu tu boleh buat spare part!
Che'gu : Allahhuakbarr!!!


PART V

Che'gu Berahim: Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?
Joe : Untuk mencari makanan, che'gu
Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?
Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu
Che'gu Berahim: Bagus! Sekarang giliran Man Dol pula. Apakah tugas daun pisang?
Man Dol :untuk membungkus nasi lemak, che'gu...
Che'gu Berahim: uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas..
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:19 pm

Seorang lelaki baru sahaja bertengkar dengan isterinya. Habis
bertengkar, secara tiba-tiba sahaja isterinya terus mengemas
barang-barangnya ke dalam beg.

"Kenapa ? " lelaki itu bertanya.

Isterinya terhenti sebentar. Dia merenung lelaki itu lalu berkata,
"
Kita sudah berkahwin lebih lima belas tahun. Dalam masa itu, rumah ini
tak pernah aman. Asyik bertengkar saja. Saya sudah tak tahan. Saya nak
tinggalkan rumah ini ! "

Lelaki itu berfikir sebentar. Dia kemudian berlari ke dalam biliknya dan membawa keluar sebuah beg pakaian.
" Betul juga kata awak. Aku juga dah tak tahan dengan rumah ini. Aku nak ikut awak keluar dari rumah ini ! "
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:19 pm

Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke
rumahnya singgah di sebuah rumah kerana hujan turun dengan lebatnya
pada malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang terdapat di tepi
jalanraya yang sunyi itu.

Rumah tersebut dimiliki oleh seorang
janda muda yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa pemuda
itu bermalam di rumahnya. Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik
yang mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit, pintu biliknya
diketuk dan janda tersebut masuk.

" Mahukah saudara ditemani ? " soal janda tersebut dengan nada yang manja.
" Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! " balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.
" Baguslah , " kata janda itu pula.
" Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur bersama saudara..... "
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:20 pm

Dalam satu kejiranan... bermulalah satu cerita dimana isteri jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah.

Jadi.....korang
faham-fahamlah apa yang dia orang buat kat rumah si isteri tuh. Tak
disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu.
Maka, kelam-kabutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.

Walaubagaimanapun,
suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut pintu
belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri. Lalu si isteri
berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil dengan bedak
badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya. Setelah tu,
diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga
keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu
boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng'freze'kan
dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang
genting
itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah
sekian lama mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila
ternampak 'patung' itu lalu bertanya kepada isterinya,"aik??!!.....dari
mana pulak datangnya patung nih??"

"oooo.....patung tuuu. Patung
ni saya order dari katalog mak cik sebelah. Baru je sampai tadi." jawab
si isteri selamba. "ooooooo.....begitu." balas si suami.

Tepat
pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik
tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan 'patung' tu masih berada dalam
keadaan asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si
suami membuat sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang
bersama segelas susu.

Setelah itu, si suami mengangkat makanan
itu lalu berdiri betul-betul di hadapan 'patung' itu lalu berkata,
"nah....makanlah.". Si 'patung' berasa amat terkejut dan takut
kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya. Dengan selamba, si
suami berkata," aik??!!! tak nak??? orang dah bagi makanan ambik la!
Saya ni kira baik la..... Tak macam awak..........dulu, tiga hari tiga
malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan
makanan..........segelas air pun awak tak bagi!!!!!!
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:20 pm

KIPAS

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang
Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal
Orang Asli (JHEOA) berkata:

"Panasnya dalam helikopter ini ...".

Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:
"Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:21 pm

HANDPHONE

Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone ...
"Wah Pak Pandir ...ada handphone ...ada coverage ka dekat sini ...?"

Jawab
Pak Pandir: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya
handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana
ada coverage"
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:21 pm

KONDOM

Pak Pandir mengadu pada pegawai kesihatan:
"Doktor,
doktor kata kalau pakai itu kondom, Mak Andih saya tak boleh beranak,
tapi selepas saya pakai, dia beranak juga, sudah berduyun-duyun anak
saya."

Tanya pegawai kesihatan:
"Pakcik pakai kondom itu betulkah caranya?"

Jawab Pak Pandir:
"Saya
pakai betul pada tempatnya, cumanya saya ini orang Islam, bila saya
tengok kondom itu tidak bersunat,saya pun sunatkanlah (khatankan)..."
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:21 pm

PETAI

Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu ...

"Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah...RM20 sahaja."

Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?"

Jawab Pak Pandir : "Semuanya 20 longgok ..."
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:22 pm

CUTI

Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti ...
"Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?

Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.

Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.

Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"

Jawab Pak Pandir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ...
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:23 pm

Ratna, dalam uniform Nurse-nya menahan teksi. Sedang dalam perjalanan.. .

Pemandu teksi iaitu Feddy asyik memerhati Nurse itu melalui cermin tengahnya..Merasa kehairanan.. . Nurse itu bertanya...
"Encik.. kenapa encik melihat saya begitu ??"

Feddy tersenyum malu dan berkata...
" Sebenarnya.. . saya selalu berfantasi.. ..maaf ya... saya sangat ingin mencium seorang Nurse... "
"Oh
begitu!! tak der masalah... encik boleh mencium saya.. kalau itu memang
memberikan ketenangan buat encik... tapi saya ada syarat iaitu encik
mesti masih single" kata Nurse...

Feddy gembira dan berkata...
"iya... iya, saya masih single".

Kemudian
teksi itu diberhentikan di jalan sepi... Feddy terus mencium nurse itu
selama 10 minit... kemudian mereka pun meneruskan perjalanan kembali.

Tapi feddy menangis teresak-esak sambil berkata...
"Maafkan saya cik... saya merasa bersalah... sebenarnya saya sudah berkahwin".

Mendengar penerangan itu Ratna tersenyum bijak dan berkata...
"Sudahlah
encik... tidak ada apa-apa yang perlu dibimbangkan. .. Saya juga
bersalah. Saya juga bukanlah seorang Nurse... saya adalah seorang Mak
Nyah yang kebetulan dalam perjalanan menuju ke pesta pakaian beragam"
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:23 pm

Sepasang atuk dan nenek yang akhir-akhir ini menjadi pelupa dalam
segala hal.. akhirnya pergi menemui doktor.. Dokter mengatakan bahawa
secara fizikal mereka sihat saja. Doktor menyarankan agar mereka
membiasakan diri untuk menulis apa saja untuk membantu mereka mengingat
segala perkara.

Suatu malam kedua atuk dan Nenek tersebut sedang menonton TV...Tiba-tiba si atuk berdiri..

Nenek : "Mahu kemana?"

Atuk : "Oh aku mahu ke dapur untuk mengambil segelas air"

Nenek : "Kalau begitu.. tolong bawakan aku AISKRIM VANILA"

Atuk : "OK .."

Nenek : "Eh tunggu.. sebaiknya abang tulis dulu supaya tidak lupa"

Atuk : "Ah tidak perlu.. aku ingat... Aiskrim vanila kan?"

Nenek : "Kalau begitu tambahkan strawberry dan krimnya"

Atuk : "Beres .. !!"

Nenek : "Ah sebaiknya tulis semua pesananku itu..nanti pasti abang akan lupa semuanya"

Atuk : "Jangan Bimbang.. aku masih ingat.. Aiskrim vanila..strawberry dan krimnya bukan?"

Dua puluh minit kemudian Si Atuk datang dan memberikan kepada nenek sepiring daging dan beberapa biji telur rebus.

Nenek : (Dengan wajah terkejut) "Nah, Aku dah kata.. abang akan lupa pesananku... sepatutnya ditulis dulu"

Atuk : "Iya ke..? salah ke..? Apa yang kamu pesan tadi?"

Nenek : "ROTI BAKAR ISI JAM STRAWBERRY."

Siapa yang pelupa ?
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:24 pm

Seorang pemandu lori yang baru datang langsung meneguk habis isi gelas itu.
Lelaki yang empunya gelas terus menangis.

"Hei, jangan la nangis!" kata pemandu lori.

"Aku cuma bergurau. Aku belikan kau minuman yang lain!"

"Bukan itu masalahnya. Hari ini merupakan hari terburuk dalam hidupku. Pertama, semasa
aku
ke pejabat tadi bosku marah besar dan aku dipecat. Ketika mahu pulang,
ternyata keretaku dicuri orang. Masa aku naik teksi, ternyata dompet
dan kad kreditku tertinggal di dalamnya. Sampai rumah, isteriku tidur
dengan tukang kebun. Aku meninggalkan rumah dan datang ke bar ini.
Setelah berfikir panjang, aku mengambil keputusan untuk mengakhiri hidup aku, tiba-tiba kau pulak
muncul meminum racun aku.
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:25 pm

"Benarkah ini perkahwinan anda buat kali ketiga ?" tanya jurunikah.
"Benar tuan" kata Rosman
"Apakah yang berlaku atas isteri awak yg pertama?" tanya jurunikah lagi.
"Dia mati kerana makan cendawan beracun"
"Yang kedua pula?"soalnya lagi.
"Tulang tengkoraknya patah", jawabnya.
"Bagaimana ianya boleh berlaku?"
"Dia menolak untuk makan cendawan beracun".
"Bikin panas" kata jurunikah..."
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:26 pm

Seluruh tubuhku berasa amat sakit. Hendak berjalan pun ku rasakan tidak
berdaya lagi. Kepalaku seakan-akan hendak pecah dan cuping telingaku
berdarah. Akhirnya aku terperosok di stor di belakang rumah, terbaring
di atas lantai simen yang kotor dan berdebu. Ku cuba pejamkan mata yang
sudah hilang sinarnya ini, tetapi suara mak encikku yang menengking di
luar sana memaki hamun diriku masih kedengaran.

Beginilah
nasibku sejak akhir-akhir ini. Entah kenapa aku mendapat mak encik yang
tak macam orang lain. Lengan dan betisnya sama besar. Maknanya sama ada
aku kena penampar atau penendang, kesannya sama sahaja. Wajahnya pula
tak ayu langsung. Muka bulat dengan permukaan berlubang-lubang, hidung
pesek kembang pulak tu! Bibirnya saja ku kira lima inci tebal dan
lebarnya pula usahlah cerita, lebih-lebih lagi bila dia memekik.
Lainlah aku. Kadangkala aku terfikir jugak, entah-entah mak encik aku
cemburu dengan kecomelan dan kemontokkan tubuh aku ini berbanding
dengan tubuhnya yang bak tut tut...malas aku nak menyebutnya...

Jelingannya
pula cukup membuat aku kebas kaki dan tangan. Tatkala dia mula menerjah
aku memang rasa nak mati jam itu juga dan apabila dia mula
menghampiriku sambil menyingsing kain, aku yang terlantar seperti ini.
Pedih dan sakit. Tetapi mujurlah kepedihan dan kesakitan itu terubat
apabila aku memandang Syah Fazwan. Renungan matanya bagai ubat yang
menyembuhkan lukaku. Senyumannya memang amat kudambakan.

Kadangkala
aku terfikir mengapa Syah Fazwan terlalu jauh beza dengan emaknya, mak
encikku itu? Bukan setakat perbezaan perangai tapi juga paras rupa.
Gamaknya Syah Fazwan ikut baka ayahnya yang sudah meninggal dunia itu.
Syah Fazwan adalah satu-satunya anak teruna mak encikku dan
satu-satunya insan yang begitu mengambil berat tentang diriku serta
satu-satunya lelaki yang berjaya mencuri hatiku!

Tetapi aku
sedar bahawa aku cuma menumpang di rumah ini. Darjat Syah Fazwan
terlalu tinggi dan tak setaraf denganku. Namun aku terharu dengan
layanan Syah Fazwan. Dia tidak mengira pangkat dan darjat. Dia
membuatkan diriku begitu berharga.

Mengenangkan kebaikan Syah
Fazwan kepadaku membuatkan aku melupakan saja kekejaman emaknya.
Biarlah tubuhku dibalun mak encikku, aku rela asalkan Syah Fazwan masih
menyayangi aku. Demi Syah Fazwan, aku sanggup bertahan di sini walaupun
nyawaku terancam setiap hari.

Mas! Mas! Mastura!!!" Tiba-tiba
aku terdengar namaku diseru. Syah Fazwan? Syah Fazwan dah balik? Aku
cuba bangun tetapi tubuhku amat lemah. Hari ini aku paling teruk
ditibai mak encik. Pintu stor tiba-tiba terkuak. Aku tahu Syah Fazwn
yang datang dan dia juga tahu aku disini sebab stor inilah tempat aku
bersembunyi apabila mak encik naik angin.

"Ya Allah...Mas.kenapa
berdarah-darah ini?" Syah Fazwan terkejut sungguh melihat keadaanku.
Aku cuma mendiamkan diri. Buat-buat memandang ke arah lain agar Syah
Fazwan tahu yang aku merajuk.

"Mak saya buat awak lagi ye?
Sabarlah Mas...nanti saya tarukkan ubat ye!" Tak lama kemudian Syah
Fazwan keluar. Di luar aku dengar Syah Fazwan bersoal jawab dengan
emaknya.

"Emak tak patut buat Mas macam tu..dia pun ada perasaan, mak!" Lembut sekali suara Syah Fazwan.

"Eleh,
apa yang dia tahu?!" Kasar sekali suara mak encik. "Kesianlah kat Mas,
mak..saya sayang dia!" Ucapan Syah Fazwan yang last itu sungguh membuat
aku bahagia.

Seminggu kemudian hidupku bagaikan di syurga. Mak
encikku tak ada di rumah kerana ikut rombongan persatuan wanita ke
Langkawi. Hanya tinggal aku dan Syah Fazwan. Dia melayan aku bagaikan
puteri. Namun, dia tak pernah mengambil kesempatan ke atasku. Ada suatu
ketika Syah Fazwan merenung ke dalam mataku. Indahnya saat itu!

Mak
encikku balik semula ke rumah. Aku mula tak senang duduk. Tetapi apa
yang ku jangka tidak terjadi. Mak encikku benar-benar berubah. Dia
tidak lagi memaki hamun diriku apatah lagi mendera
aku seperti biasa. Air gamat cap apa yang dia minum kat Langkawi itu hari?

Entahlah.
Aku benar-benar tak faham tapi aku bahagia jika betul mak encikku
berubah laku. Agaknya dia sudah boleh menerimaku dan aku juga cuba
mengambil hatinya. Aku senyum sendiri.
Pagi itu mak encikku
kelihatan gembira betul. Wajahnya berkilat-kilat. Syah Fazwan pun
nampak riang semacam. Tak henti-henti dia mengusikku. Mak encik nampak
tak kisah.

Tengah hari itu ada tamu mengunjungi rumah mak
encikku. Seorang gadis yang...eleh, taklah cun sangat. Tapi Syah Fazwan
layan dia dengan mesra sekali. Gadis itu pun nampak macam miang je. Aku
terbakar oleh api cemburu. Mak encikku sekejap tersengih sekejap
ketawa. Seronok le tu!

Aku memberanikan diri muncul di ruang
tamu. Cuba melenggang-lenggukkan langkahku di depan mereka. Syah Fazwan
perasan akan kehadiranku. "Ha..Mas..mari sini, saya nak kenalkan awak
dengan seseorang."

Gadis itu nampak tercenggang melihatku tapi akhirnya tersenyum sambil menjeling manja pada Syah Fazwan

"Inilah Sharifah, bakal tunang saya!" Kata Syah Fazwan sekaligus merentap jantungku.

"Ooooo..inilah Mastura yang you cerita tu ye? Dan mereka pun ketawa beramai-ramai. Berdekah-dekah.

Gelaklah.
Gelaklah. Aku sedar siapalah aku, cuma seekor kucing betina jalanan
yang sekadar singgah di sini dan diberi nama olehmu, Syah Fazwan!
Mastura konon!!!!!
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:26 pm

Chot nak pegi tengok wayang kat panggung dgn isterinya. Sampai di kaunter
tiket, Chot beli dua tiket utk dirinya dan isterinya. Tak lama kemudian, Chot
datang semula ke kaunter tiket tadi dan membeli dua lagi tiket...

Kemudian, Chot datang lagi sekali untuk membeli dua lagi tiket. Kali ini penjual tiket
itu membuka sedikit cermin kaca di kaunternya dan bertanya, "Bukan ke encik
dah membeli dua tiket dan kemudian datang lagi untuk membeli dua lagi tiket tadi?"
Chot menjawab,

"Betul! Tapi ader sorang mangkuk hayun yang berdiri kat depan pintu masuk
panggung tu asyik koyakkan tiket saya ajer..."
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:27 pm

Para penumpang sebuah Pesawat sedang bersiap sedia ditempat duduk
masing-masing.. Mereka hanya menunggu pilot dan co-pilot yang belum datang.

Akhirnya.. Pilot dan co-pilot datang melalui pintu belakang pesawat.
Mereka berjalan sepanjang lorong menuju kokpit pesawat di depan. Kedua
orang tersebut nampaknya seperti buta. Pilot berjalan menggunakan
tongkat... mengetuk2 kerusi penumpang di kiri kanan. Sedangkan co-pilot
pula berjalan dipandu oleh seekor anjing. Kedua orang tersebut
menggunakan kaca mata hitam yang besar, sehingga agak sukar bagi
penumpang untuk memastikan mereka itu benar2 buta atau tidak. Penumpang
meneka ini adalah lakunan belaka.

Namun, ketika pesawat dihidupkan mula bergerak diatas landasan..
penumpang mulai takut dan berpeluh... Pesawat kini sudah berada di
hujung landasan. Mesinnya amaran berbunyi dengan kuat.. Penumpang
semakin panik. Pesawat bergerak semakin laju... tetepi pesawat masih
belum naik meninggalkan landasan.... lalu beberapa orang penumpang
menjerit bagai histeria....

Tiba-tiba saja pesawat naik.. betul-betul di penamat landasan.. dan kemudian
terbang seperti biasa. Tidak lama kemudian terdengar suara pilot dan
co-pilot berbual...

"Suatu hari nanti.. kalau penumpang tidak menjerit.. kita sudah jadi

bangkai di landasan."
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:27 pm

NI KISAH BEDAH BERUMUR 7 TAHUN.
Pada satu hari Bedah dan bapanya datang ke Kuala Lumpur dan pergi ke shopping mall...
Anak beranak nie baru first time datang Kuala Lumpur, sebelum nie asyik dok memerap
kat kampung... Jalan punya jalan, akhirnya Bedah terpandang lif, lalu dia pun tanyalah
bapak dia....

" Pak, itu amenda pak?"
Bapak di jawab," Entah lah nak....bapak pun baru kali ini nampak menatang tuh...."

Tak lama lepas tu seorang nyonya tua terbongkok-bongkok, tergigil-tergigil pergi
kedinding dan menekan butang lif tersebut.....lif pun terbuka lalu nyonya masuk
ke dalam lif dan lif tertutup.....tidak lama kemudian lif terbuka...TINGGGG!!!!!
keluarlah seorang amoi yang punyalah cun cam SHANIA TWAIN...
lantas berkatalah bapak si bedah kepada Bedah...

"NAK! KAU PERGI AMBIK EMAK KAMU BAWAK KEMARI,
KITA MASUKKAN DIA DALAM GUA AJAIB NIH....CEPAT!!!
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:27 pm

Alkisah setelah kehilangan keledainya, Giku lalu mengangkat kedua tangannya,
ia bersyukur kepada Tuhan.

"Tuhan aku bersyukur kepada-Mu, aku telah kehilangan keledaiku."
Seorang yang melihat dan mendengar doa Giku bertanya, "Kamu kehilangan keledaimu,
dan kamu bersyukur kepada Tuhan?"

"Aku bersyukur kepada-Nya atas kebijakan-Nya yang mentakdirkan bahwa aku tidak
menunggangi keledai waktu itu. Kalau tidak, sekarang aku tentu hilang juga."
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:28 pm

Pada suatu hari Jumaat yang hening Amat naik bas ke masjid untuk menunaikan sembahyang Jumaat.
Mak
Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik
memandangkan Amat dah pun makan tengahari di rumah, adapun perjalanan
ke masjid itu 10 km jauhnya.

Amat pun membayar tambang bas 50
sen kepada konduktor yang ensem itu, lalu konduktor tu pun memulangkan
baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping. Amat pun ambik duit
tu simpan dalam kocek baju melayunya.

Sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pun penuh adanya.

Setelah azan berkumandang, pak imam pun mengimamkan solat Jumaat.

Amat
pun menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaah rukuk
termasuk Amat sekali...tiba-tiba duit 50 sen nya jatuh dan tergolek
betul-betul jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau
bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas-panas terik tu..amat pun
berbisik kepada orang dihadapannya...

Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti..."
lalu orang itupun menjawab...

"Alah,setakat 50 sen aku tak heran la, tak der sape nak ambik duit kau tu".
Lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pun berkata...

" eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap"
Selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara

" Yang kau bercakap tu aper ?"....

sahlah... sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen.

MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa...
Back to top Go down
Sponsored content





CERITA LAWAK - Page 7 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 7 I_icon_minitime

Back to top Go down
 
CERITA LAWAK
Back to top 
Page 7 of 12Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 6, 7, 8 ... 10, 11, 12  Next
 Similar topics
-
» Video Lawak~
» ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~
» Cerita bersambung
» PANDUAN DOA,CERITA,RIWAYAT,HADIS AGAMA ISLAM

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Mambang Records :: KEDAI KOPI :: Ruangan Cerita Lawak/Serammmm-
Jump to: