April 2024 | Mon | Tue | Wed | Thu | Fri | Sat | Sun |
---|
1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 | 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 | 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 | 30 | | | | | | Calendar |
|
Statistics | We have 168 registered users The newest registered user is squirchris
Our users have posted a total of 16669 messages in 171 subjects
|
Who is online? | In total there are 10 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 10 Guests :: 1 Bot None Most users ever online was 425 on Thu Oct 14, 2021 9:23 pm |
| | CERITA LAWAK | |
|
+11Da_MoRBiD69 ~~MiSsSaRaToKyO~~ ayu_popepo meetunclesalamz iemm comei_ika pUrple_mambAng Raja_Mambang DenGz_aDzmieRa JhoeBling Admin 15 posters | |
Author | Message |
---|
Admin Administrator
Posts : 37 Join date : 2009-05-05 Age : 38 Location : PineappleCity
| | | |
Author | Message |
---|
DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| Subject: Re: CERITA LAWAK Fri May 08, 2009 8:42 pm | |
| Saya sedang berjalan keluar daripada kolej saya ketika saya melihat seorang pengemis tua, dalam lingkungan umur 50- an, sedang duduk meminta sedekah. Selalunya, saya hanya memberi wang kepada mereka dan terus berlalu. Entah kenapa, mungkin mood saya tengah baik dan saya pun tiada rushing nak ke mana- mana. Saya lalu berbual2 dengan hamba Allah tersebut.
Saya : Sudah lama mengemis, pakcik? Pengemis : Ya...lebih kurang sudah 18 tahun , nak. Saya : Wah, sudah lama juga ya pakcik..sehari biasanya dapat berapa pakcik? Pengemis : Paling sedikit RM50.00 nak Saya : Banyak juga ya pakcik?? Pengemis : Bolehlah nak, untuk keluarga... Saya : Ohhhh.....keluarga pakcik ada di mana? Pengemis : Isteri pakcik meninggal lama dah. Anak pakcik pulak semuanya ada 3 orang, tiga-tiga lelaki. Yang pertama dekat di Universiti Putra Malaysia di Serdang tu. Yang kedua dekat Universiti Malaya , dan yang ketiga dekat Universiti kebangsaan Malaysia di Bangi nunn.. Saya : Wahh..hebat- hebat keluarga pakcik ni...boleh tahan juga yerrr.. Penegmis: (Sambil tersenyum ;-) Biasalah nak. Anak pun pandai apa, sekolah kat sini? Saya: (Membalas senyuman..^_ ^..) Pakcik ni..So anak pakcik tu semuanya masih kuliah? Pengemis : Tak arrrrrr....semuanya mengemis seperti pakcik....Diorang kata duduk mengemis dekat universiti ni banyak ckit incomnyer pasal budak2 U nie pemurah! Lagi2 kalau dekat2 exam. Setakat dua tiga ratus sari tu biasalah! Saya : Cisss..Hampehhhhhh. ......!!!!
Hehehehehe.. dah, pi sambung buat kerja tu balik, kalau taknak menerima nasib seperti pakcik. Jangan lupa forward kat org lain pulak, biar sama sama kena,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, | |
| | | DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| Subject: Re: CERITA LAWAK Fri May 08, 2009 8:43 pm | |
| > Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. > Antara alasan yang diberikannya: > Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah > Isteri : Kenapa pula? > Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" > isteri (is three). Baru betul dan sah!. > Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural" > Suami : Berkenaan apa tu? > Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural" > Suami : Contohnya? > Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya? > Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural > Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang > Suami : Macam mana pula boleh sama? > Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS > tambah "s" je, kan ? > Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi... | |
| | | DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| Subject: Re: CERITA LAWAK Fri May 08, 2009 8:43 pm | |
| *Keputusan seorang ayah...*
Sang ayah dan ibu sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuan mereka hamil."Siapa si bedebah tu," jerit sang ayah, sedang si ibu menangis. "Suruh dia datang sini!"
Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah.
Lelaki itu berdepan dengan mak dan ayah perempuan yang telah dihamilinya.
Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan saya.
Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai RM5 juta.
Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuknya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang tunai RM10 juta.
Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya lakukan?"
Sang ayah berfikir. Siibu berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu lelaki itu sang ayah berkata, "Kalau camtu hang cuba le lagi." | |
| | | DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| Subject: Re: CERITA LAWAK Fri May 08, 2009 8:44 pm | |
| Fakta Pemain Bolasepak Piala Dunia 1. Pemain paling banyak meludah di padang = Florent Malouda - France 2. Pemain paling suka makan lepat = Frank Lampard - England 3. Pemain yang menguruskan 3 pos ofis = Helder Postiga - Portugal 4. Pengurus pasukan yang suka berlari = Luis Philipe Scolari - Portugal 5. Pemain yang main bolasepak dan ping-pong = Razak Pimpong - Ghana 6. Pemain bolasepak juga kawan baik Batman = Robin ho - Brazil 7. Pemain bolasepak yang juga macam Batman = Mathias Kezman - Serbia Montenegro 8. Pemain yang tak pernah miss bayar bil = Adabayour - Togo 9. Pemain yang main bolasepak dan biola = Saviola - Argentina 10 . Pemain bolasepak yang paling manis = Maniche - Portugal 11 . Pemain yang selalu terluka di padang = Luca Toni - Italy hehe.. | |
| | | DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| Subject: Re: CERITA LAWAK Fri May 08, 2009 8:44 pm | |
| satu hari Pak Pandir jumpa dengan Pak Kaduk. Pak Pandir ketika itu membawa sebakul anak ayam. Dengan nada yang bongkak, Pak Pandir tanya Pak Kaduk. "kalau ko betul2 terer dan pandai, berapa ekor anak ayam dalam bakul ni?. kalau betul 3, sekali 3 ekor aku bagi ko". dengan selamba Pak Kaduk menjawab "4". | |
| | | DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| Subject: Re: CERITA LAWAK Fri May 08, 2009 8:44 pm | |
| Dapat dari YM kawan send...
Dr. Sheikh Muszaphar Shukor - angkasawan malaysia ke-2
STAR CITY, Russia – Angkasawan Malaysia, Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, mengakui terkejut apabila mengetahui beliau adalah orang kedua dari Malaysia yang berjaya ke angkasa. Sheikh Muszaphar yang berada di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selama 10 hari, selamat mendarat di Bumi pada pukul 2.37 petang kelmarin waktu tempatan (6.37 petang waktu Malaysia) selepas menempuh perjalanan selama tiga jam 23 minit dengan kapsul Soyuz TMA-10. Selain beliau, turut berada dalam kapsul tersebut adalah dua angkasawan Rusia iaitu Fyodor Yurchikhin dan Oleg Kotov. Untuk rekod, angkasawan pertama Malaysia ialah seorang rakyat Terengganu yang berasal dari Besut iaitu Ayah Pin | |
| | | DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| Subject: Re: CERITA LAWAK Fri May 08, 2009 8:45 pm | |
| Semalam aku balik keje pukul 8 malam, pastu masa nak balik aku pun masuk lah lift nak turun bawah. aku tekan button B1 dan pintu pun tertutup. Tapi pelik dan ganjil sbb lift tak bergerak, aku tgk button B1 tu tak menyala pun. Dalam hati aku "Alamak, hantu nak wat lawak ngan aku ke?" . aku picit2 lagi button lagi B1 tapi tetap tak menyala, lift tetap tak bergerak. Pastu aku fed up aku pun tekan butang OPEN. Tiba2, semua terpadam, "Memang sah hantu nak main2 ngan aku" . dalam tu gelap gelita, panas dan sempit, sesak napas, sunyi sepi seperti terasa di dalam kubur (insaf sekejap) aku cool jer, dengan cahaya dari hp aku tekan button emergency 2 saat. pastu aku tunggu. tp takder respon, takder org jawab interkom. lepas 5 minit aku dah rasa lain maca, macam2 dalam otak aku, macam mana kalau takder org jaga lift, aku kene tido situ, dah lah sesak napas, jantung aku pun dan laju berdegup ni. aku pun cuba bukak pintu pakai tangan tapi tak berjaya, akhirnya aku duduk jer kat lantai. sambil tulis wasiat dalam hp. lepas 10 minit, tiba2 lampu pun nyala dan lift pun berjalan seperti biasa. keluar je dari lift, ada pak guard kat depan dia tanya aku, "Kenapa?", aisey lagi mau tanya kenapa. aku pun berjalan menuju ke kereta dengan penuh bergaya sambil delete wasiat kat dalam hp. | |
| | | DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| Subject: Re: CERITA LAWAK Fri May 08, 2009 8:45 pm | |
| 1.. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.
2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.
3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan
4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.
5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.
6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.
7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.
8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.
9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.
13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.
14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca buletin ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku | |
| | | DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| | | | DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| Subject: Re: CERITA LAWAK Fri May 08, 2009 8:46 pm | |
| Pak pandir nak beli kete.... salesman 2 dah modify signal light kete 2 menyala je..... tapi pak pandir x nak sbb rosak..... salesman 2 tanya la apa yg rosak.......
TAYAR KERETA TAK KETAT..... sbb tayar ashyk bergolek...... | |
| | | DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| Subject: Re: CERITA LAWAK Fri May 08, 2009 8:47 pm | |
| Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat. Kadi tanye kat pompuan tu... . "Kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu? Pompuan tu jawab... "Saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya." Si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh... sudah... mende aku nak goreng kadi ni... . Kadi pun tanye si jantan... "Hah... kamu.... bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela" "Tuan kadi... kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. Saya nak tanye tuan.. air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?" Jawab kadi.." Hak kamu le.." Jantan tu kata lak.." Hah... sama le kes ni pun..." | |
| | | DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| Subject: Re: CERITA LAWAK Fri May 08, 2009 8:47 pm | |
| Pada suatu hari Si Amin disuruh oleh emaknya mengambil mangga di kebun. Sedang Amin memanjat pokok mangga, tiba-tiba dia terlihat ke bawah ada sepasang remaja sedang 'bercekerama'. Maka berdirilah bulu roma Si Amin. Dia pun bertahan di atas pohon sambil menahan lututnya yang semakin mulai gemetar. Tak lama kemudian didengarnya suara isak tangisan remaja perempuan itu, sambil tersendat-sendat dia bicara. "Abang macamana kalau saya hamil nanti? Abang kena bertanggung jawab." "Sudahlah, dik, kita serahkan semua ini pada Yang Di Atas, " jawab si lelaki.. Si Amin terperanjat lalu dia berteriak, " Wah! wah! kamu berdua yang sedap-sedap di bawah, senang-senang nak serahkan semuanya pada aku! Aku kan cuma tengok saja, usik pun tidak!! Pengajaran Moral: Kalau nak sekodeng, duduk diam-diam. | |
| | | DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| Subject: Re: CERITA LAWAK Fri May 08, 2009 8:47 pm | |
| niy ada crite cool......
ada1 kampong, ada sorg anak muda. nama diyer budin. budin niy suke g semayang ngan suke lepak kat suraw. 1 hari, ada la 1 ustat jadi imam kat surau diyer lepak. budin xsuke giler ngan imam 2 sbb imam 2 main nombor ekor. tapi budin xde bukti. 1 hari, budin lepak kat jalan yang berdekatan ngan masjid. jalan 2 berlopak2. kata old school. x lama kemuian datanglah imam 2 dgn menaiki motor kapcay. imam 2 x sedar ada lopak besar, jadi termasuklahlah motor imam kat dlm lopak 2. naseb baik la x dalam. tapi malangnya no plate belakang moto 2 tercabot. 'io pak imam!!! no terjatoh!!!!' budin menjerit... 'x no ni ada kat dalam poket haku....' jawab imam 2 ngan selamba sambil mengeluarkan slip no ekor 2 dari dlm poket baju melayu diyer........
?>,.)#!*]@$# hampeh.... | |
| | | DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| Subject: Re: CERITA LAWAK Fri May 08, 2009 8:47 pm | |
| Dialog Dua Hantu Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya, "Apsal kau ni asyik menggigil je?" "Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi. "Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah. "Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B. "Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu. "Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.." "Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang." "So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat. "Tak. Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun... Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan. Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata, "Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi. | |
| | | DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| Subject: Re: CERITA LAWAK Fri May 08, 2009 8:48 pm | |
| Siapa yg rasa dia terror matematik tu boleh cuba jawab. Situasi nyer cm nie..... Sekarang si ibu 21 tahun lebih tua dari anaknya. 6 tahun kemudian, umur ibunya adalah 5 kali ganda umur anaknya. SOALAN: Bapanya sekarang berada di mana ? Silakan berpikir dan menjawab secara ilmiah/matematik, sila buktikan bahawa kamu punya kemampuan untuk berpikir secara wajar... Tetapi...... . Jikalau kamu malas, terlalu sibuk, terlalu...dll yang membuat kamu tidak mahu menghitung atau tidak percaya bahawa hal ini bukan JOKE semata..... cuba lihat jawapan di bawah... Sekarang ibunya (M) 21 tahun lebih tua dari anaknya (A) => M = A + 21 6 tahun kemudian, umur ibunya jadi 5 kali ganda umur anak M + 6 = (A + 6) x 5 dimana M = A + 21 A + 21 + 6 = (A + 6) x 5 A + 27 = 5A + 30 27 - 30 = 5A - A * 3 = 4A A = -3/4 Bererti umur anaknya sekarang * 3/4 tahun = - 3/4 x 12 bulan = - 9 bulan. Bererti anaknya sekarang belum lahir ( akan lahir kira-kira 9 bulan kemudian ) Kesimpulannya, sekarang Bapanya berada di ... atas ibunya atau di bawah atau di sebelah (mengikut posisi kesukaan masing-masing) . Si anak baru hendak dihasilkan ...ha... ha... ha.... | |
| | | DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| Subject: Re: CERITA LAWAK Fri May 08, 2009 8:50 pm | |
| Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN
belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku
Katanya : "saya adalah yang paling malas"
Raja pun bertanya : "apa tahap malas awak?"
Lalu jawab lelaki tersebut :"kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".
Tuanku pun bertanya kepadanya : "sampai mana pulak tahap malas awak?"
maka jawabnya : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".
Maka raja pun terdiam..... Tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:
"saya adalah yang paling malas tuanku".
Raja pun bertanya: "bagaimana pula tahap kemalasan awak?"
budak itu pun menjawab : "Nak cite pun malas".... | |
| | | DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| Subject: Re: CERITA LAWAK Fri May 08, 2009 8:50 pm | |
| Seorang lelaki telefon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin. Dan jururawat hospital menjawab telefon lelaki tersebut. Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!" Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?" Lelaki: "Apa la punya b*ng*ng... ni laki dia la!" Jururawat: "Pulak... " | |
| | | DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| Subject: Re: CERITA LAWAK Fri May 08, 2009 8:50 pm | |
| Tiga orang Asli menaiki motosikal dan ditahan polis trafik. Namun penunggang motor tersebut tidak berhenti. Dengan muka tidak bersalah penunggang tersebut berkata, 'Tak muat dah tok, kami dah bertiga!!!, jalan dulu tok…" | |
| | | DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| Subject: Re: CERITA LAWAK Fri May 08, 2009 8:51 pm | |
| Seorang pesakit jiwa mengadu kepada doktor psikiatri mengenai teman sebiliknya. “Saya sudah tidak tahan lagi, doktor” “Kenapa?”, tanya doktor dengan ramah. “Begini doktor. Teman sebilik saya menganggap dirinya adalah seekor anjing” “Oh ya? Adakah dia menyalak?” “Kalau dia menyalak tak jadi masalah. Masalahnya saya adalah sebatang pohon. Jadi sebentar-sebentar dikencinginya". | |
| | | DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| Subject: Re: CERITA LAWAK Fri May 08, 2009 8:51 pm | |
| “Saya tidak mungkin dapat sertai Khidmat Negara ! ” kata Hamid seorang pemuda yang enggan masuk kursus wajib Khidmat Negara. “Mengapa tidak? ” tanya Rekrut yang mendaftarnya. “Kerana kaki saya yang satu lebih panjang daripada kaki yang lain. “ “Jangan risau. Di tempat kau akan berkhidmat tanahnya juga tidak rata. “ | |
| | | DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| Subject: Re: CERITA LAWAK Fri May 08, 2009 8:51 pm | |
| “Bolehkah saya minta rokokmu sebatang?” tanya John pada George. “Laa.. saya sangka kamu sudah berhenti merokok. Kamu kan sudah tahu bahawa merokok itu merosak tubuh badan! Kamu kan sekarang berpenyakit?” kata George. “Saya memang sedang dalam proses berhenti merokok. Dan sekarang saya sedang dalam tahap pertama.” “Apa tahap pertama itu?” “Berhenti membeli rokok!” | |
| | | DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| Subject: Re: CERITA LAWAK Fri May 08, 2009 8:52 pm | |
| Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan Atuk: Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar? Besar nak jadi apa? (Atok marah tahap tertinggi) Cucu: Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain. Atuk: Tak sama apanyerr? Cucu: Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan? | |
| | | DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| Subject: Re: CERITA LAWAK Fri May 08, 2009 8:52 pm | |
| Posted by admin on 2008/10/16 6:08:00 (3388 reads) Subscribe via Email window.google_render_ad(); Di sebuah kampung yang terpencil tinggallah seorang lelaki miskin bersama-sama dengan ibunya. Lelaki miskin tersebut ingin melangsungkan pekahwinannya tetapi malang, kesemua seluar dalamnya telah berlubang-lubang kerana terlalu lusuh. Kasihan melihatkan keadaan anaknya, si ibu membuatkan seluar dalam lelaki tersebut dengan menggunakan guni beras. Di malam pertamanya, isteri lelaki tersebut telah mati terkejut. Cubateka kenapa? Jeng… jeng… jeng…. sebab kat seluar dalam tu ada tulis “Berat Bersih: 50kg” | |
| | | DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| Subject: Re: CERITA LAWAK Fri May 08, 2009 8:53 pm | |
| Murid-murid: Selamat pagi, cikgu. Cikgu:Mengapa selamat pagi saja? Petang dan malam, awak doakan saya tak selamatkah? Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam, cikgu! Cikgu: Panjang sangat tu! Tak pernah pun dibuat oleh orang lain! Katakan saja selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan. Murid-murid: Selamat sejahtera, cikgu! Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Cikgu nak buat kata berlawan hari ni. kamu kena jawab cepat. Murid-murid: Faham, cikgu! Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan. Murid-murid: (senyap) Cikgu: Pandai! Murid-murid: Bodoh! Cikgu: Tinggi! Murid-murid: Rendah! Cikgu: Jauh! Murid-murid: Dekat! Cikgu: Keadilan! Murid-murid: UMNO! Cikgu: Salah! Murid-murid: Betul! Cikgu: Bodoh! Murid-murid: Pandai! Cikgu: Itu bukan pertanyaan, bodoh! Murid-murid: Ini adalah jawapan, pandai! Cikgu: Mati aku! Murid-murid: Hidup kami! Cikgu: Rotan baru kamu tau! Murid-murid: Akar lama tak tau! Cikgu: Malas aku nak mengajar kamu semua! Murid-murid: Rajin kami tak belajar cikgu! Cikgu: Kamu gila! Murid-murid: Kami siuman! Cikgu: Cukup! Cukup! Murid-murid: Kurang! Kurang! Cikgu: Sudah! Sudah! Murid-murid: Belum! Belum! Cikgu: Mengapa kamu semua ini bodoh sangat? Murid-murid: Sebab kami semua itu pandai sikit! Cikgu: Oh! Melawan! Murid-murid: Oh! Mengalah! Cikgu: Kurang ajar! Murid-murid: Cukup belajar! Cikgu: Habis aku! Murid-murid: Kekal kami! Cikgu: O.K. Pelajaran sudah habis! Murid-murid: K.O. Pegajaran belum bermula! Cikgu: Sudah, bodoh! Murid-murid: Belum, pandai! Cikgu: Berdiri! Murid-murid: Duduk! Cikgu: Saya kata UMNO salah! Murid-murid: Kami dengar KeADILan betul! Cikgu: Bangang kamu ni! Murid-murid: Cerdik kami tu! Cikgu: Rosak! Murid-murid: Baik! Cikgu: Kamu semua ditahan tengah hari ini! Murid-murid: Kami dilepaskan tengah malam itu! Cikgu: (Senyap dan mengambil buku-bukunya | |
| | | DenGz_aDzmieRa Mambang
Posts : 2117 Join date : 2009-05-08 Age : 38 Location : GaGo~!!!!
| Subject: Re: CERITA LAWAK Fri May 08, 2009 8:53 pm | |
| Sepasang suami isteri dalam perjalanan ke bandar dan kerana jaraknya yang jauh, mereka siggah untuk menginap di sebuah hotel sebelum meneruskan perjalanan keesokan paginya. Akhirnya mereka bertemu dengan sebuah Hotel yang cukup bagus walaupun tidak berbintang dan bermalam. Keesokan paginya ketika akan keluar hotel, mereka dikenakan bayaran RM 200.00 “Hah? Ini kadar hotel 5 bintang. Awak tak salah kira ke?” tanya si suami terkejut. Dia meminta dipanggilkan pengurus hotel dan membantah harga yang terlalu mahal. Setelah mendengar dengan penuh perhatian, pengurus berkata, “Hotel ABCD ini dilengkapi dengan kolam renang taraf antarabangsa, ruang persidangan dan berbagai hiburan semuanya bertaraf antarabangsa.” “Tapi kami tidak langsung menggunakan kemudahan tersebut,” kata si suami berkeras. “Salah Encik sendiri. kemudahan itu disediakan untuk dimanfaatkan,” kata si pengurus tak mau kalah. Setelah termenung sejenak si suami membuka dompetnya, mengeluarkan wang RM 50.00.. dan mengulurkannya kepada pengurus tersebut. “Ini baru RM 50.00?” tanya pengurus. “Baki RM 150.00 lagi tu saya dah bayar… iaitu saya relakan Encik tidur dengan isteri saya” “Tapi saya tidak tidur dengan isteri Encik…” “Salah Encik sendiri. ianya sudah tersedia semalaman, kenapa tidak dimanfaatkan…” | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: CERITA LAWAK | |
| |
| | | | CERITA LAWAK | |
|
Similar topics | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |