Mambang Records
SELAMAT DATANG KE FORUM MAMBANG RECORDS
KITA BERKONGSI MAKLUMAT DAN MENGETAHUI
PERKEMBANGAN MAMBANG RECORDS BERSAMA-SAMA!

TERIMA KASIH
Mambang Records
SELAMAT DATANG KE FORUM MAMBANG RECORDS
KITA BERKONGSI MAKLUMAT DAN MENGETAHUI
PERKEMBANGAN MAMBANG RECORDS BERSAMA-SAMA!

TERIMA KASIH
Mambang Records
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.


FORUM UNTUK FAMILY MAMBANG RECORDS
 
MBG FrontpageHomeGallerySearchLatest imagesRegisterLog in
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dari kami Mambang Records...CD EP Mambang Records telah pun rasminya dikeluarkan..pada harga RM15...jika anda ingin mendapatkan CD Ep Mambang Records sila berurusan dengan JhoeBling@Raja_Mambang@Lil^Fiz...jangan ketinggalan~~...
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
April 2024
MonTueWedThuFriSatSun
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930     
CalendarCalendar
Top posters
Raja_Mambang
CERITA LAWAK - Page 9 I_vote_lcapCERITA LAWAK - Page 9 I_voting_barCERITA LAWAK - Page 9 I_vote_rcap 
DenGz_aDzmieRa
CERITA LAWAK - Page 9 I_vote_lcapCERITA LAWAK - Page 9 I_voting_barCERITA LAWAK - Page 9 I_vote_rcap 
~~MiSsSaRaToKyO~~
CERITA LAWAK - Page 9 I_vote_lcapCERITA LAWAK - Page 9 I_voting_barCERITA LAWAK - Page 9 I_vote_rcap 
NU^UL89
CERITA LAWAK - Page 9 I_vote_lcapCERITA LAWAK - Page 9 I_voting_barCERITA LAWAK - Page 9 I_vote_rcap 
LILFIZ89
CERITA LAWAK - Page 9 I_vote_lcapCERITA LAWAK - Page 9 I_voting_barCERITA LAWAK - Page 9 I_vote_rcap 
JhoeBling
CERITA LAWAK - Page 9 I_vote_lcapCERITA LAWAK - Page 9 I_voting_barCERITA LAWAK - Page 9 I_vote_rcap 
♪Mya_Mya♪
CERITA LAWAK - Page 9 I_vote_lcapCERITA LAWAK - Page 9 I_voting_barCERITA LAWAK - Page 9 I_vote_rcap 
comei_ika
CERITA LAWAK - Page 9 I_vote_lcapCERITA LAWAK - Page 9 I_voting_barCERITA LAWAK - Page 9 I_vote_rcap 
pUrple_mambAng
CERITA LAWAK - Page 9 I_vote_lcapCERITA LAWAK - Page 9 I_voting_barCERITA LAWAK - Page 9 I_vote_rcap 
Da_MoRBiD69
CERITA LAWAK - Page 9 I_vote_lcapCERITA LAWAK - Page 9 I_voting_barCERITA LAWAK - Page 9 I_vote_rcap 
Latest topics
» SESI SUAI KENAL
CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeTue Jun 26, 2012 6:27 pm by Noeilshortielikemine

» Ruangan berteka-teki....V.2
CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeMon Sep 26, 2011 11:13 pm by NU^UL89

» McLaren deny missing winter testing session is risky
CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeFri Jan 14, 2011 12:22 pm by nirvana

» Andy Murray to play Karol Beck at Australian Open
CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeFri Jan 14, 2011 12:22 pm by nirvana

» Jacques Rogge wants running track left at 2012 stadium
CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeFri Jan 14, 2011 12:22 pm by nirvana

» Ashes: England wrap up 3-1 series win over Australia
CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeFri Jan 07, 2011 11:14 am by nirvana

» Renault says espionage threatens its 'strategic assets'
CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeFri Jan 07, 2011 11:13 am by nirvana

» Salman Butt 'baffled by agent's no ball accuracy'
CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeFri Jan 07, 2011 11:13 am by nirvana

» Kean interested in Blackburn manager role
CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeSat Dec 18, 2010 2:34 am by nirvana

Statistics
We have 168 registered users
The newest registered user is squirchris

Our users have posted a total of 16669 messages in 171 subjects
Who is online?
In total there are 6 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 6 Guests :: 1 Bot

None

Most users ever online was 425 on Thu Oct 14, 2021 9:23 pm

 

 CERITA LAWAK

Go down 
+11
Da_MoRBiD69
~~MiSsSaRaToKyO~~
ayu_popepo
meetunclesalamz
iemm
comei_ika
pUrple_mambAng
Raja_Mambang
DenGz_aDzmieRa
JhoeBling
Admin
15 posters
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 8, 9, 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
Admin
Administrator
Administrator
Admin


Posts : 37
Join date : 2009-05-05
Age : 38
Location : PineappleCity

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeTue May 05, 2009 10:00 pm

First topic message reminder :

KUMPULKAN KOLEKSI CERITA LAWAK ANDA DISINI.... clown
Back to top Go down
https://mbgrepublic.forumotion.com

AuthorMessage
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:52 pm

Alkisah ini terjadi di sebuah kedai makan... .Mat & Ah Chong
singgah untuk makan setelah selesai menonton wayang... ..maka
terjadilah perbualan nie:-

PELAYAN : nak minum apa encik?

MAT : bagi saya milo ais satu.

A CHONG : saya mau minum itu sirap limau...

PELAYAN : ok... ... ..makan cik?

MAT : saya nak nasi goreng satu... .telor mata kerbau satu..

A CHONG : kasi saya itu "wantan mee"

maka pelayan tadi terus beredar,beberapa minit kemudian dia datang semula... ..lalu berkata:

PELAYAN
: mintak maap la cik,tukang masak saya suruh bagi tau yang ada kat
dapur la nie cuma telor ayam... .kalau cik nak mata kerbau tak ada
sebab dia tak sanggup nak korek mata kerbau tu cik... lagi satu kalau
cik nak makan mee setakat 2 pinggan tu ada la tapi,kalau sampai "one
tan" mee tak cukup la cik... ..
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:53 pm

Suria pergi interview kerja sebagai setiausaha. Bila pengurus nampak
dia dengan pakaian yang tak kena konsep dan juga rambut yang berwarna
belang putih dan emas, dalam hati dia mula membentak; "Argghhh! Orang
macam ni pun ada!".

Tapi apa-apapun dia kena interview juga si
Suria ni. Jadi dia pun tanyalah Suria, "Kalau awak dapat buat ayat
dalam bahasa Inggeris dengan menggunakan perkataan yang saya bagi, saya
rasa awak ada peluang untuk kerja ni! Perkataan-perkataannya ialah
GREEN, PINK, YELLOW, BLUE, WHITE, PURPLE dan BLACK!".

Jadi Suria
pun berfikir sejenak dan kemudian menjawab... "I hear the phone GREEN,
GREEN... GREEN... , then I go and PINK up the phone, I say YELLOW...
BLUE's that? WHITE did you say? Aiya... ! wrong number la... Don't
PURPLEy disturb people and don't call BLACK, ok? Thank you."Lepas tu
pengurus tu terus pengsan!!
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:56 pm

aman ni zaman susah. Harga minyak naik terus, akibatnya terjadi
pemberhentian di berbagai syarikat. Salah satunya yg terkena
pemberhentian ialah Suparjo dari Semarang , Indon. Bulan ni dia tak
dapat kirim wang utk isterinya di kampung halaman. Hanya dapat kirim
surat yg isinya demikian:

Isteriku tercinta,

Maafkan
kanda sayang, bulan ni kanda tak dapat kirim wang utk keperluan
keluarga di rumah Kanda hanya dapat mengirimkan buatmu 1000 ciuman.

paling cinta,
Kanda Suparjo

Seminggu kemudian Suparjo mendapat surat balasan dari isteri tercintanya

Kanda Suparjo tersayang,
Terima kasih atas kiriman 1000 ciumanmu. Utk bulan ini Dinda akan menyampaikan laporan perbelanjaan keluarga:

Tukang minyak bersedia menerima 2 ciuman setiap kali membeli 5 liter minyak tanah.

Tukang letrik mahu dibayar dengan 4 ciuman setiap 10hb setiap bulan.

Tuan rumah mahu sewanya dibayar ansuran 3 kali ciuman setiap hari.

Tokeh kedai runcit tak mahu dibayar pakai ciuman. Dia mintak yg lain jadi Dinda terpaksa berikan saja.

Hal yg sama juga kepada Guru Besar dan guru kelas sekolah di Nanang yg dah 3 bulan tertunggak.

Besok
Dinda nak ke pajak gadai utk tukar 200 ciuman dgn wang tunai sebab
Tokeh pajak gadai dah sedia tukarkan 200 ciuman dan gadaian yg lain dgn
wang Rp650 ribu. Lumayan buat belanja sebulan.

Keperluan peribadi Dinda bulan ni mencapai 50 ciuman. Kanda tersayang..
bulan
ni Dinda merasa menjadi org paling kaya di kampung kita kerana Dinda
berikan hutang ciuman kepada ramai pemuda di kampung dan siap ditukar
dengan apa pun keperluan Dinda.

Yang dari kanda masih berbaki
125 ciuman, kanda ada fikiran bagaimana mahu dihabiskan? Atau Dinda
simpan dululah dalam tabung yer??

Paling sayang,
dari Dinda Suti Nirwingsih

.... gedebuk. .. Suparjo pengsan!!!!
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:56 pm

Seorang mamat yg mmg gemuk masuk ke sebuah fitness center dgn niat utk
menguruskan badan. Seorang lelaki di kaunter bertanya kepada mamat
tadi, "Kami menawarkan 2 program di sini... RM50 utk versi 'Biasa' dan
RM100 utk versi 'Cepat'.
"Saya ingat nak ambil yg biasa punya sebab saya baru
je
nak try kuruskan badan", kata mamat tadi. "OK. Encik sila masuk ke
bilik NO. 5 di penjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter.

Mamat
tadi pun masuk laa ke bilik yg di suruh lalu menutup pintunya. Selang 2
minit kemudian, datang laa seorang perempuan yg mmg lawa, cantik, body
best, mantap dan segalanya. Dia kemudian menanggalkan kesemua pakaian
sehinggakan mamat tadi dah xsenang duduk dan berpeluh2. Perempuan tadi
berkata, "Kalau tuan dapat kejar saya, tuan bole buat aaaaapa saja dgn
saya... hik hik hik" dan dia terus berlari di dalam bilik itu. Mamat
tadi pun kejar punya kejar, sampai 10 minit, pun xdapat2 jugak. Dia try
lagi sampai akhirnya, dia jatuh terjelepuk ke lantai... pengsan.
Apabila dia sedar, dia terus ke penimbang dan mendapati beran badannya
telah turun 3kg.
"Wow! Mmg berbaloi aku bayar RM50... mmg senang rupanya nak kuruskan badan",

katanya sendirian. Esoknya, dia datang lagi ke situ dan terus ditegur oleh lelaki di kaunter.

Setelah diberitahu program2 seperti semalam jugak, dia bersetuju untuk try versi 'Cepat'. "OK. Encik sila masuk ke
bilik
NO. 6 dipenjuru bilik sana", jawap lelaki penjaga kaunter. Setelah
beberapa minit didalam bilik itu, datanglaa seorang body-builder yang
taff dan terus melondehkan pakaiannya. Body-builder itu berkata, "Saya
akan kejar kamu dlm bilik ini dan kalau saya dapat... . hehehe"
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 12:57 pm

Sepasang suami isteri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan
malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran
tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.

Pemilik: "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanankami?"
Lelaki: " Adasatu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini."
Pemilik:
"Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana
Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"
Lelaki: "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."
Back to top Go down
pUrple_mambAng
Senior Forummer
Senior Forummer
pUrple_mambAng


Posts : 780
Join date : 2009-05-05
Age : 36
Location : Oil Town

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 2:31 pm

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,



"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku hanya jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun.. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.
Back to top Go down
pUrple_mambAng
Senior Forummer
Senior Forummer
pUrple_mambAng


Posts : 780
Join date : 2009-05-05
Age : 36
Location : Oil Town

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 2:32 pm

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti

seseorang
yg menunggu bas.

Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak
kata pada diri awak,


"Eee...penuhnya...tak de tempat duduk." Jadik,
awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.

Awak nengok bas tu dan awak akan
cakap, "Eee...bas ni buruk sgt... mesti tak
selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah
jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.

Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak
seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,
"Emmm... tak de air-cond...cuaca pulak panas. Lebih baik saya
tunggu bas yg lain."

Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak
bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya.
Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar bahawa...awak
dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak
nak....

Walaupun yg datang tu adalah bas yang berair-cond,
adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadik, mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang
pada orang lain, kan?

Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan
awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi...saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni.

Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nantikan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

....Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam
tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN!

Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri.

Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu...
semuanya terpulang pada diri awak.

Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba
melarikan diri daripada cinta!
Back to top Go down
pUrple_mambAng
Senior Forummer
Senior Forummer
pUrple_mambAng


Posts : 780
Join date : 2009-05-05
Age : 36
Location : Oil Town

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeSat May 09, 2009 2:33 pm

Miss Ann seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk tahun 1. Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan
pada hari Isnin nanti.



Ketika dalam perjalan pulang, Amin salah seorang anak murid cikgu itu
ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada
satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit "Shut up you !!". Apabila
sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, "shut up you" tu Bahasa Inggeris
ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Amin di dalam hati.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman
nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, Superman tu
Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata budak itu.

Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki
dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata
"Ladies first" balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa
Inggeris. Ah, lega nya kata budak itu.


Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.


Cikgu: OK boy, did you get the words?

Budak: Yes, teacher.

Cikgu: Good, what is your first word?

Budak: Shut up you !!!

Cikgu: What did you say? Are you mad? Who do you think you are?

Budak: Superman !!!

Cikgu: Bloody fool! Get out from this class

Budak: Ladies First
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeSun May 10, 2009 1:57 pm

Karangan budak darjah 4 Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai
takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi
air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang
paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah
saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer
kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer
nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia
menjerit 揂doi!�. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori
tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut
emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami
mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu
feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire
pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori
itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak
saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri
semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu
lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak
saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih
marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat
tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu
menjerit 揂doi..!� dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu
ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus
memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu
lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang
putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun
sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri
itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati.
Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih
ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian
itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga
berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya
dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik
saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri
yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeSun May 10, 2009 1:59 pm

Pantun Jepun

Pulau Hokkaido jauh ketengah
Gunung Fuji bercabang tiga
Hancur Raksaser dikandung tanah
Ultraman yg baik dikenang jua.

Dua tiga Raksaser berlari
Maner nak samer Raksaser Kero
Dua tiga Ultraman boleh kucari
Maner nak samer Ultraman Taro.

Kalau roboh Kota Narita
Papan di Tokyo Ultraman dirikan
Kalau sungguh itu keje Raksasa
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan.

Kajang Ultraman kajang berlipat
Kajang Raksaser mengkuang layu
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat
Ultraman Neos datang membantu.

Buai laju-laju
Sampai Pokok Sena
Apa dalam baju?
Lampu Ultraman nyaler.

Mengata dulang paku serpih
Mengata Raksaser
Ultraman pulak yang lebih-lebih.

Sudah gaharu cendana pula
Sudahlah kalah di'fire' pula.

Orang berbudi kiter berbahaser
'Fire' diberi pada raksaser.
ehemm... camne rasa
membazir tak masa?
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeSun May 10, 2009 2:01 pm

bahana AF......


Di sebuah majlis akad nikah, pengantin lelaki bernama Hassan (budak jaga lembu - bukan nama sebenar) :

Kadi : Hassan...

Pengantin Lelaki : Saya ustaz...

Kadi : Dengar baik2x ya Hassan... ."Aku nikahkan akan dikau dengan siPolan binti Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiii"

Pengantin Lelaki : "Aku terima nikahnya si Polan binti si Polan dengan mas kahwinnya RM 80 tunaiiii"

Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi pertama)

Saksi Pertama : Sah

Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi kedua)

Saksi Kedua : Sah

Kadi : Sah ? (ditanya kpd saksi ketiga)

Saksi Ketiga : errrrr... .lontaran suara awak tidak
jelas... saya takdengar apa yg awak cakap... . pitching berterabur ke
laut... keluaracuan terus,jiwa awak kosong... takde feel... . low note
tak sampai,high note awak pulak... takde kawalan..sepatutnyaa
ditahan... kasisustain... falseto lemah... improvisation R&B awak
tak menjadi...bughok bebenorr bunyinyee... .teknik ramify pun tak
mantap... bunyimacam orang nak berak jerr... . satu jer yg saya suka...
awak adeciri2x seorang pesona bintang! awak boleh lebih berjaya
sekiranyamelakukan yg lebih terbaik!!!
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeSun May 10, 2009 2:04 pm

Salah Email

Seorang lelaki telah
menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik
hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada
isterinya.

Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa
mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di
sebuah rumah di Kedah pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya
selepas pulang daripada majlis pengebumian suaminya. Janda tersebut
mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya
terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas
membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki
janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya
terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:


To : Isteri kesayanganku
Date : 20 Jan 2009

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini.
Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita
boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan
kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini.
Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada
hari esok.Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap
perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang
lalui ketika ini.

Very Happy Smile
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeSun May 10, 2009 2:06 pm

Lawak pendek - ORG LAIN SEBENARNYA... .

Ketika rakaman sebuah
rancangan kuiz secara live di sebuah stesyen tv, hos lelaki rancangan
tersebut tiba-tiba saja melepaskan kentut dengan kuatnya. Walau sudah
cuba menyembunyikan dengan menyuruh penonton menepuk tangan... tetapi
tetap berbunyi. Sebentar kemudian.. tersebar pula baunya yang amat
busuk tahap bangkai kehidung penontong seramai 100 orang didewan
tertutup itu. Ketika 'break'.. lelaki itu meminta maaf kepada seluruh
penonton di studio itu, termasuk rakan host perempuannya. Tapi host
perempuan menjawab sambil berbisik...






"Memang kuat bunyi kentut tu.. tapi yang bau busuk tadi tu adalah kentut saya... "

silent silent silent
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeSun May 10, 2009 2:09 pm

PENDAYUNG SAMPAN

Suatu hari, seorang Professor yang sedang membuat kajian tentang lautan menumpang sebuah sampan.

Pendayung sampan itu seorang tua yang begitu pendiam. Professor
memang mencari pendayung sampan yang pendiam agar tidak banyak
bertanya ketika dia sedang membuat kajian.

Dengan begitu tekun Professor itu membuat kajian. Diambilnya sedikit air laut dengan tabung uji kemudian
digoyang-goyang; selepas itu dia menulis sesuatu di dalam buku. Berjam-jam lamanya Professor itu membuat

kajian dengan tekun sekali. Pendayung sampan itu mendongak ke langit.Berdasarkan pengalamannya dia
berkata di dalam hati, 'Hmm. Hari nak hujan.'

'OK, semua sudah siap, mari kita balik ke darat' kata Professor itu.

Pendayung sampan itu akur dan mula memusingkan sampannya ke arah
pantai... Hanya dalam perjalanan pulang itu barulah Professor itu
menegur pendayung sampan...

'Kamu dah lama kerja mendayung sampan?' Tanya Professor itu.

'Hampir semur hidup saya.' Jawab pendayung sampan itu dgn ringkas.

'Seumur hidup kamu?' Tanya Professor itu lagi. 'Ya'.

'Jadi kamu tak tahu perkara-perkara lain selain dari mendayung sampan?' Tanya Professor itu.

Pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepalanya. Masih tidak berpuas hati, Professor itu
bertanya lagi, 'Kamu tahu geografi?'

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

'Kalau macam ni, kamu dah kehilangan 25 peratus dari usia kamu.'

Kata Professor itu lagi, 'Kamu tahu biologi?'

Pendayung sampan itu menggelengkan kepala.

'Kasihan. Kamu dah kehilangan 50 peratus usia kamu. Kamu tahu fizik?' Professor itu masih lagi bertanya...

Seperti tadi, pendayung sampan itu hanya menggelengkan kepala.

'Kalau begini, kasihan, kamu sudah kehilangan 75 peratus dari usia
kamu.Malang sungguh nasib kamu, semuanya tak tahu.Seluruh usia
kamu dihabiskan sebagai pendayung sampan.' Kata Professor itu
dengan nada mengejek dan angkuh. Pendayung sampan itu hanya
berdiam diri.

Selang beberapa minit kemudian, tiba-tiba hujan turun. Tiba-tiba saja
datang ombak besar. Sampan itu dilambung ombak besar dan
terbalik.Professor dan pendayung sampan terpelanting. Sempat pula
pendayung sampan itu bertanya,

'Kamu tahu berenang?'

Professor itu menggelengkan kepala.

'Kalau macam ini, kamu dah kehilangan 100 peratus nyawa kamu.' Kata
pendayung sampan itu sambil berenang menuju ke pantai. silent silent silent
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeSun May 10, 2009 2:10 pm

cerai dalam kereta

Sepasang suami isteri yang
selalu menghadapi masalah perhubungan tengah berbincang masalah mereka
dalam sebuah kereta di mana suami tengah memandu

Isteri : kita dah berkawin 15 tahun dah,saya rasa saya tak sesuai lagi
bersama dengan awak... saya nak mintak cerai dengan awak.....

Si suami diam dan terus memandu kereta .... bertambah laju....(70km)

Isteri : saya dah tak cintakan awak lagi... sebenarnya saya dah ada
teman Lelaki....dia akan berkawin dengan saya lepas awak ceraikan
saya... saya malas nak cerita panjang lagi... dan saya tak nak awak
cuba pujuk saya..saya dah bosan hidup dengan awak.....!!

Si suami terus memandu dengan penuh perasaan marah... masih diam...

Isteri : bila kita bercerai,saya nak rumah kita ...

Si suami masih diam ... memandu dengan lebih laju....(80km)

Isteri : Saya nak anak kita juga... awak bukan boleh pelihara mereka......

Si suami masih diam ... tambah kelajuan (100 km)

Isteri : saya nak kereta ini, kredit card dan saving akaun kita

Si suami masih diam, membelok kereta ke arah jaya jusco......

Isteri : awak ada ingin minta apa-apa ??

Suami : tak perlu.... saya dah ada apa yang saya perlukan...

Isteri : ya ke?? apa yang awak ada..??

Suami : si suami menjawap sebelum beliau melanggar dinding konkrit jaya jusco...
saya ada airbag......awak tak ada....
Back to top Go down
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang
DenGz_aDzmieRa


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 38
Location : GaGo~!!!!

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeSun May 10, 2009 2:11 pm

kaki......

Suatuhari
di Fakulti Sains sebuah Universiti Tempatan..sedang berlangsungujian
berkaitan serangga.. Ujian kali ini sungguh susah... Mahasiswamesti
mampu menentukan jenis dan nama serangga dari potongan-potongankaki
yang diberikan oleh Pensyarah...

Dua jam sudahberlalu.
Tidak ada seorangpun pun yang boleh menjawab soalan ujian.Seorang
mahasiswa yang amat kecewa.. memutuskan untuk keluar dewanUjian... dia
menghempas daun pintu dengan kuat... "Dummmm!!!!" Melihatkeadaan itu...
pensyarah didalam dewan marah dengan berkata.. "Hey!suka hati mak bapak
hang je hempas pintu tu ye?! Siapa nama kau??!!!" Mahasiswa yang sudah
terlanjur berada di luar segera menjulurkankakinya ke pintu sambil
berkata... "Nie kaki saya... encik... Cubaencik teka.. siapa nama saya?"
Back to top Go down
JhoeBling
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records
JhoeBling


Posts : 1157
Join date : 2009-05-05
Age : 37
Location : PineappleCity

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeThu May 14, 2009 3:37 pm

Topik telah dikemas kini....now, u can continue with d topic...tq... cheers
Back to top Go down
http://www.mbgrepublic.forumotion.net
comei_ika
Senior Forummer
Senior Forummer
comei_ika


Posts : 789
Join date : 2009-05-06
Age : 40
Location : Pulau Mutiara

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeFri May 15, 2009 2:45 pm

H34Rt KiLL3R wrote:
cerai dalam kereta

Sepasang suami isteri yang
selalu menghadapi masalah perhubungan tengah berbincang masalah mereka
dalam sebuah kereta di mana suami tengah memandu

Isteri : kita dah berkawin 15 tahun dah,saya rasa saya tak sesuai lagi
bersama dengan awak... saya nak mintak cerai dengan awak.....

Si suami diam dan terus memandu kereta .... bertambah laju....(70km)

Isteri : saya dah tak cintakan awak lagi... sebenarnya saya dah ada
teman Lelaki....dia akan berkawin dengan saya lepas awak ceraikan
saya... saya malas nak cerita panjang lagi... dan saya tak nak awak
cuba pujuk saya..saya dah bosan hidup dengan awak.....!!

Si suami terus memandu dengan penuh perasaan marah... masih diam...

Isteri : bila kita bercerai,saya nak rumah kita ...

Si suami masih diam ... memandu dengan lebih laju....(80km)

Isteri : Saya nak anak kita juga... awak bukan boleh pelihara mereka......

Si suami masih diam ... tambah kelajuan (100 km)

Isteri : saya nak kereta ini, kredit card dan saving akaun kita

Si suami masih diam, membelok kereta ke arah jaya jusco......

Isteri : awak ada ingin minta apa-apa ??

Suami : tak perlu.... saya dah ada apa yang saya perlukan...

Isteri : ya ke?? apa yang awak ada..??

Suami : si suami menjawap sebelum beliau melanggar dinding konkrit jaya jusco...
saya ada airbag......awak tak ada....

affraid affraid Sad Sad
Back to top Go down
comei_ika
Senior Forummer
Senior Forummer
comei_ika


Posts : 789
Join date : 2009-05-06
Age : 40
Location : Pulau Mutiara

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeFri May 15, 2009 5:21 pm

NENEK TUA

seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak...rakan2nya dtg b'kunjung utkmenjenguknya..ketika mereka ingin melihat bayi tersebut....nenek itu berkata "Nanti dulu"...beberapa minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi....tetapi nenek itu tetap berkata,"Nanti dulu"...
akhirnya mereka bertanya : "Bila kami blh melihat bayi engkau...?"
dgn slambernya nenek itu menjawab "Bila dia menangis"....
"Kenapa kami harus tunggu sampai dia menangis...?"
"sbbnya aku lupa.....dimana aku letak bayiku tadi....."
Back to top Go down
Raja_Mambang
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records
Raja_Mambang


Posts : 2731
Join date : 2009-05-05
Age : 40
Location : PIneApPleCITy

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeFri May 15, 2009 8:44 pm

Razz Razz Razz Razz Razz
Back to top Go down
iemm
Mambang
Mambang
iemm


Posts : 308
Join date : 2009-05-12
Age : 32
Location : UK

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeFri May 15, 2009 11:50 pm

bahahaha.lucu bna ehh.
nang best Very Happy
Back to top Go down
meetunclesalamz
Senior Forummer
Senior Forummer
meetunclesalamz


Posts : 326
Join date : 2009-05-07
Age : 37

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeSat May 16, 2009 12:08 am

Razz Razz

nang best... !!
Back to top Go down
iemm
Mambang
Mambang
iemm


Posts : 308
Join date : 2009-05-12
Age : 32
Location : UK

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeSat May 16, 2009 12:28 am

p mek xda cita lucu bah.
ada.p lucu+lucah.
hahahha.mek lom ckup umo gk.
lol
Back to top Go down
ayu_popepo
Forummer Mambang
Forummer Mambang
ayu_popepo


Posts : 29
Join date : 2009-05-16
Age : 29
Location : cbow !

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Selamat Pagi Cikgu - Sempena Hari Guru   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeSat May 16, 2009 5:24 am

Murid : Selamat pagi, cikgu.

Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?

Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!

Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.

Murid : Selamat sejahtera cikgu!

Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?

Murid : Faham, cikgu!

Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.

Murid : (senyap)

Cikgu : Pandai!

Murid : Bodoh!

Cikgu : Tinggi!

Murid : Rendah!

Cikgu : Jauh!

Murid : Dekat!

Cikgu : Keadilan!

Murid : UMNO!

Cikgu : Salah!

Murid : Betul!

Cikgu : Bodoh!

Murid : Pandai!

Cikgu : Bukan!

Murid : Ya!

Cikgu : Oh Tuhan!

Murid : Oh Hamba!

Cikgu : Dengar ini!

Murid : Dengar itu!

Cikgu : Diam!

Murid : Bising!

Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!

Murid : Ini ialah jawapan, pandai!

Cikgu : Mati aku!

Murid : Hidup kami!

Cikgu : Rotan baru tau!

Murid : Akar lama tak tau!

Cikgu : Malas aku ajar kamu!

Murid : Rajin kami belajar cikgu!

Cikgu : Kamu gila!

Murid : Kami siuman!

Cikgu : Cukup! Cukup!

Murid : Kurang! Kurang!

Cikgu : Sudah! Sudah!

Murid : Belum! Belum!

Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?

Murid : Sebab saya seorang pandai!

Cikgu : Oh! Melawan!

Murid : Oh! Mengalah!

Cikgu : Kurang ajar!

Murid : Cukup ajar!

Cikgu : Habis aku!

Murid : Kekal kami!

Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!

Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!

Cikgu : Sudah, bodoh!

Murid : Belum, pandai!

Cikgu : Berdiri!

Murid : Duduk!

Cikgu : Saya kata UMNO salah!

Murid : Kami dengar KeADILan betul!

Cikgu : Bangang kamu ni!

Murid : Cerdik kami tu!

Cikgu : Rosak!

Murid : Baik!

Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!

Murid : Dilepaskan tengah malam itu!

Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)
Back to top Go down
pUrple_mambAng
Senior Forummer
Senior Forummer
pUrple_mambAng


Posts : 780
Join date : 2009-05-05
Age : 36
Location : Oil Town

CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitimeSun May 17, 2009 10:33 pm

Ajis memang kaki pancing, mana saja lubuk & sungai semua dia pergi, kalau ada yg cakap kat sungai tu ada ikan, ajis mesti pi try mancing kat situ.

Satu hari masa minum kat kedai kopi Pak Ngah Jiman, Ajis terdengar rakan2 sekampungnya bercerita tentang satu lubuk baru yg banyak ikan ditemui kat sungai di kampung seberang, kampung tu agak jauh & pedalaman sungai tu lebih kurang 5 km dr kampung tu, dekat tepi pinggir hutan.

Tengahari tu, Ajis dah bersiap nak pegi memancing kat lubuk yg diceritakan, siap pakai helmet, Ajis masukkan bekalan minum petang dan pancingnya dlm raga motor. Sepanjang perjalanan Ajis bernyanyi riang, jauh jugak nak kekampung seberang tu, dah hampir masuk waktu Asar baru Ajis sampai, teringat pulak dia tak sempat solat Zohor tadi & dia terpikir, karang kalau terus pi sungai tu, tak sempat plak solat Asar.

tak lama kemudian Ajis nampak sebuah surau yg agak uzur kat tepi jalan sunyi kampung tu. bergegas dia berhenti, ditengoknya keliling tak ada orang, sunyi saja surau tu.

Ajis segera mengambil wuduk dgn tergesa2 sbb waktu Zohor dah hampir nak habis.

Masa Ajis di rakaat yg kedua, Ajis tiba-tiba terdengar bunyi suara orang ketawa. Bulu romanya tiba2 meremang, “Hish, sapa pulak yg gelak2 tu?” bisik hati Ajis, setiap kali Ajis sujud, Ajis terasa kepala & tengkuknya berat dr biasa, Ajis tak sedap hati, ni surau tinggal ker, sbb dah uzur sangat dan alahai, sapa pulak duduk kat tengkuk dia ni.

Sedaya-upaya Ajis tenangkan hati, selesaikan solat dgn segera, dia nak tinggalkan cepat surau tu. Bulu romanya semakin meremang-remang sbb suara org ketawa semakin ramai, ada yg sampai terbatuk-batuk.

Syukur, Ajis dah berada di tahiyat terakhir, selesai memberi salam ke kanan dan ke kiri, Ajis meraup mukanya dgn tangan dr atas ubun2 kepala sampai ke dagu, then tiba-tiba Ajis tersedar.

hehehe…rupa-rupanya dia terlupa nak tanggalkan helmet masa nak sembahyang tadi, sbb terlampau nak cepat, bila dia toleh belakang, patutlah dengar orang ketawa, rupa-rupanya tok imam, bilal dan orang2 kampung yg dtg nak sembahyang Asar duk gelakkan dia sebab Ajis sembahyang pakai helmet, patut ler kepala dia rasa berat semacam.

Terus Ajis blah macam tu ajer, tak jadi pi memancing, dia pusing balik, sembahyang Asar kat rumah sendiri sajalah jawabnya..
Back to top Go down
Sponsored content





CERITA LAWAK - Page 9 Empty
PostSubject: Re: CERITA LAWAK   CERITA LAWAK - Page 9 I_icon_minitime

Back to top Go down
 
CERITA LAWAK
Back to top 
Page 9 of 12Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 8, 9, 10, 11, 12  Next
 Similar topics
-
» Video Lawak~
» ~~!!!Cerita SERAMmmmmm!!!~~
» Cerita bersambung
» PANDUAN DOA,CERITA,RIWAYAT,HADIS AGAMA ISLAM

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Mambang Records :: KEDAI KOPI :: Ruangan Cerita Lawak/Serammmm-
Jump to: