Mambang Records
SELAMAT DATANG KE FORUM MAMBANG RECORDS
KITA BERKONGSI MAKLUMAT DAN MENGETAHUI
PERKEMBANGAN MAMBANG RECORDS BERSAMA-SAMA!

TERIMA KASIH


FORUM UNTUK FAMILY MAMBANG RECORDS
 
MBG FrontpageHomeCalendarGalleryFAQSearchMemberlistUsergroupsRegisterLog in
Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak dari kami Mambang Records...CD EP Mambang Records telah pun rasminya dikeluarkan..pada harga RM15...jika anda ingin mendapatkan CD Ep Mambang Records sila berurusan dengan JhoeBling@Raja_Mambang@Lil^Fiz...jangan ketinggalan~~...
Log in
Username:
Password:
Log in automatically: 
:: I forgot my password
December 2016
MonTueWedThuFriSatSun
   1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031 
CalendarCalendar
Top posters
Raja_Mambang
 
DenGz_aDzmieRa
 
~~MiSsSaRaToKyO~~
 
NU^UL89
 
LILFIZ89
 
JhoeBling
 
♪Mya_Mya♪
 
comei_ika
 
pUrple_mambAng
 
Da_MoRBiD69
 
Latest topics
Statistics
We have 168 registered users
The newest registered user is squirchris

Our users have posted a total of 16669 messages in 171 subjects
Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

Most users ever online was 106 on Mon Aug 29, 2011 10:21 pm

Share | 
 

 CERITA LAWAK

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6 ... 10, 11, 12  Next
AuthorMessage
Admin
Administrator
Administrator


Posts : 37
Join date : 2009-05-05
Age : 30
Location : PineappleCity

PostSubject: CERITA LAWAK   Tue May 05, 2009 10:00 pm

First topic message reminder :

KUMPULKAN KOLEKSI CERITA LAWAK ANDA DISINI.... clown
Back to top Go down
View user profile http://mbgrepublic.forumotion.com

AuthorMessage
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 10:38 am

Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di
Gunung Semanggul.tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam
betina dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya
sudah lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam lam novel percintaan lak).
Karena
merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa
suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor
ayam jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu
nganya. Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua
menjadi
merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai
dirinya, mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan
seperti ini :


Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.


Si
ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka,tua tak sedarkan diri.Hang
tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.

Si ayam
jalak tua : Eh a...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua bercakap lam
ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang rendah pada
aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan budak
hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksennyer) so apa kata kalau
kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan.
Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam
ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh
sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak buat pertandingan apa ni... cabut
bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak loya beruk yer)

Si ayam jalak tua : Dak'ah! Senang jer pertandingan lumba lari. Sambil tersenyum kambing,

Si ayam jalak muda:Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka
pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam
jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang
mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda
ditembak langsung oleh pemilik peternakan.
Kenapa?????

[jawapan ada di bawah]












Kata
Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap kali
aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (depa banyak trick yer,) HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 10:39 am

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka
pun berborakla untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai
hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis
menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni pun bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil je?"

"Oh..cara aku mati dulu teruk..aku mati dalam peti ais...sejuk!!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Ooo..kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata Hantu A ramah.

"Kau
memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau
tak, sure kau tengah lepak-lepak ngan family kau sekarang." Balas Hantu
B.

"Dah,aku dah buat dah !In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya..." jawab Hantu A sayu.

"Ceritala sikit..Sambil-sambil lepak nih.."

"Camni..Aku
syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak
perangkap la isteri aku..Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park
keta aku kat simpang hujung umah aku je. Seperti yang aku syak, masuk
sebuah keta kat carpark umah aku. Aku rilex dulu sebab nak carik mase
sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatla tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak.
Aku cume jumpe isteri aku je kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku
masuk umah tu, aku nampak ade kasut laki kat pintu umah aku. Aku tanye
isteri aku tapi die takmo jawab. So aku pun lari-lari sekeliling umah
aku nak carik jantan tuh. Abis sume bilik aku carik tapi takde pun..
Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tuh, aku pun
jatuh pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak..."
kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengarkan cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi.
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 10:41 am

pontianak,pocong dan toyol da x tertahan lg nk pegi kat restoran tomyam pak usup..

pontianak: weh.. aku dgr restoran tomyam yg baru bukak tu kn.. ummphh!!!!
drakula: ye la.. aku pun terliur.. aku rasa da x nk isap darah lg.. aku nk tomyam lak..
toyol:cakap pun x guna la cik pon.. kte tetap x ley gi sana..
pontianak: aku ade idea laa.. kte kn bley tuka rupe.. smlm aku try da de rupe angelina jolie ckit..
drakula: geliga gak otak ko.. ms aku idop rupe aku mmg cam tom cruise..
toyol: prasan'' tp.. aku mane boley.. erm.. cik pon tulun balutkn sy eh..
pontianak: okie.. nk ajak si pocong x?
drakula: xyh la.. yg dier tau lompat2.. x lompat lari bogel.. tu jela(review hantuooo ep lepas2)..
pontianak: tol gak.. okie.. lepas maghrib kte tros tolak..

lepas
maghrib.. kat restoran tomyam pak usup.. tom krus(drakula) dtg ngan
angelina jolie(pontianak) sambil mendukung bayi(toyol).

pelanggan: wah.. artis datang restoran ni r..
angelina: order please. erm.. i nk tomyam yg plg sedap kat cni..
waiter: okie..(tau ckp mlayu rpenyer)..

50 saat kemudian.

waiter:siap cik..
tom: wah.. cam sedap neh.. biar aku mencekik dlu..

sorg pelanggan nmpk sesuatu...

pelanggan: wah!!! tom cruise de taring panjang!!!

suasana senyap sunyi... drakula pun panic.. dengan spontannyer dier patahkn kedua2 taringnyer..

tom: ii.. ini..cu..cuma.. taring palsu.. sy baru balik dari penggambaran cite jaws tu.. sy r yg jd jaws tu..
pelanggan: (jaws de taring???!!!).. oooOOoOOoo..

keadaan kembali sedia kala..
angelina: tu r ko.. mkn x reti nk cover.. biar aku lak mkn..

pontianak habiskn satu mangkok besa tomyam skali hirup.. akibat x tahan pedas.. air mata pontianak kuar..
air mata darah!! sorg pelanggan nmpk...

pelanggan: wah!! angelina kuar air mata darah!!!

sume pelanggan tkezut.. suasana jd riuh.. pontianak pun mule menggelabah..

angelina: sa..saya.. rindukan mak sy!! da lame x jumpe dia di england..
pelanggan:ooOOoo..(tp nape air mata darah???!!)..

keadaan jd tenang semula.. toyol yg da x tahan kelaparan trus melompat atas meja utk mencekik tomyam..
sorg lg pelanggan nmpk..

pelanggan:wahh!! anak dier kaler ijau!!

sume menjadi panic.. ade separuh yg bangun utk melarikan diri..

angelina: er..anak sy ni baru je balik penggambaran cite incredible hulk ni.. kami juz nk wat surprise kat cni..
pelanggan:oooOOoo.. hebat la lakonan kamu.. kami sume panic td.. haha..

keadaan jd ok balik.. tanpa disedari oleh para hantu-hantuoo, azan isyak pun berkumandang..

pontianakdrakulatoyol: warRRrrgGGghhHH!!!!!!!!!!!!(terbakar).

semua pelanggan berdiri sambil bertepuk tgn dan bersorak sbb ingatkn tu lakonan dari mreka lg..
Back to top Go down
View user profile
Raja_Mambang
Artis Mambang Records
Artis Mambang Records


Posts : 2731
Join date : 2009-05-05
Age : 33
Location : PIneApPleCITy

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 10:47 am

afro

hahhahahhahhahaha....
nang lawak aie....huhuhuhuhuhuhu....
mun org x tetak eh, bkn normal nya,,,,,,
xda g urat tetak bh...ahahhahahhahaha.....aduh....

lol! lol! lol! lol! lol!
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 10:50 am

Seorang wanita berjalan di sebuah kawasan dusun. Tiba-tiba dia bertemu
sebuah kolam. Lalu dia segera menanggalkan pakaian dan bersedia untuk
terjun.

Tiba-tiba pemilik dusun itu muncul dan menjerit dari
tempat persembunyiannya, "Dilarang berenang! Saudari tidak dibenarkan
berenang di dalam kolam ini!"

Wanita tersebut tergesa-gesa
mengambil pakaiannya. "Kenapa tak melarang saya sejak tadi, sebelum
saya menanggalkan pakaian?" soal wanita tersebut. "Memanglah disini tak
dibenarkan berenang, tetapi saudari tak dilarang untuk menanggalkan
pakaian," jawab pemilik dusun dengan selamba.
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 10:51 am

Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala. Seorang
pekerja memerhati keadaannya, lalu bertanya, "Kenapa bos? Nampak macam
sakit sahaja?" "Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat!" kata bos.
"Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos. Tapi bila balik, isteri
saya bawa ke katil, peluk dan mencium saya. Lepas itu kami bercumbuan.
Habis saja kami bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun
patut buat macam tu juga," terang Semaun.

"Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri engkau sekarang!!!"
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 10:51 am

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

"Seberapa burukkah pendengarannya?" tanya doktor.

"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."

"Okey,
cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan
sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat
sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak
juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya
akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya."

Maka, Udin
pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari
jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?" Tak ada
jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter
dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga
pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 10:52 am

Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang
baru sahaja kematian suami.... Hasnah seorang janda kaya yang baru
sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda
lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik.

Sejak kematian
suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudah
lama memendam rasa kepadanya. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan
karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi
merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika
waktu ini. Lebih-lebih lagi di waktu malam... Rasa sepi hatinya tiada
siapa yang tahu...

Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi....
beliau bangun dari katilnya... badannya terasa panas.... tekaknya
terasa haus.... beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan
keluar dari bilik menuju ke dapur,... sampai saja didapur... beliau
terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang
kedalam cawan dan meminumya... Setelah meminum air tersebut.. beliau
kembali kedalam bilik dan tidur semula... Sekian... Terima Kasih Itulah
kisah seorang janda yang dahaga...........

Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer. Ha...haa...haaa....
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 10:53 am

Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama.
Anak : "Ayah, di..."
Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"
Setelah selesai makan...
Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!"
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 10:53 am

Seorang penjenayah tua yg menyorok di pinggiran kampung sedang sakit
berat. Dia sedang berbaring di atas katil lusuhnya. Tiba-tiba terdengar
ketukan keras di pintu luar.
"Siapa di luar?,"teriak orang tua itu dengan ketakutan.
"Saya Malaikat Maut!"
"Oh, syukurlah. Saya ingat yang datang anggota polis!"
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 10:54 am

Seorang pakcik yang berumur dalam lingkungan 60-an telah berkunjung
kesebuah kedai elektronik. Beliau ingin membeli sebuah radio yang
berjenamakan "SONY". Hendak dijadikan cerita pakcik ni bertanyalah
kepada tauke kedai tersebut.

Pakcik : Tauke a,.. sini ada jual Radio Sony kah ??
Tauke : Uihhh ada semua jenis Radio ada dijual disini..
Pakcik : Tapi a saya mahu radio SOny juga jangan tauke bagi
saya radio lain ahhh kalau tidak saya kembalikan
kepada tauke,...
Tauke : Ya jangan susah Pakcik di gerenti ada punya lah
pakcik... Pakcik mo Radio SOny kan sekejap ahh
saya ambil

Seketika,....

Taukeh : Nah ini dia radio yang pakcik nak tu ...

Sooo
pakcik tu pun belilah radio tu.. ngan excitednya pakcik tu membawa
radio barunya kerumah dan terus memasang radio tersebut. Betapa
berbunganya perasaan orang tua pada ketika itu memiliki Radio Sony,...
ekekekk... then pass tu time pakcik tu syok habis dengar radio
tiba-tiba pakcik ni terdengar slot yang mengatakan " Inilah Radio
Saluran Emas anda yang akan menghiburkan saudara dan saudari selama 24
jam". Then pass tu pakcik tu naik berang mengalahkan the hulk. Pakcik
tu balik semula ke kedai elektronik tempat dimana dia beli Radio itu.

Pakcik : Tauke,.. tauke kasih tipu saya hidup-hidup oooo
Tauke : Kenapa ???
Pakcik : Tauke bilang sama saya ahhh ini Radio Sony ,.. ini
bukan Radio Sony pun
Tauke : Ini memang Radio Sony pakcik
Pakcik : Masakan orang didalam radio itu boleh
mengatakan "Inilah Radio Saluran Emas anda" apa ni
Tauke ni bukan Radio Sony tapi Radio Saluran Emas.
Tauke : blur...
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 10:54 am

Satu pertandingan berenang telah diadakan. Dalam pertandingan tersebut
hanya 3 peserta yang mengikuti pertandiangan tersebut. Peserta pertama
( si tangan )mempunyai kepala dan tangan namun tiada kaki. Peserta
kedua (si kaki) mempunyai kepala dan kaki namun tiada tangan dan
peserta terakhir ( si kepala )hanya kepala sahaja.

Pada pusingan
yang pertama si Kepala mendahului si Tangan dan juga si Kaki. Si Tangan
berada di belakang si Kepala dan si Kaki berada di belakang si Tangan.
Si Kepala berkata kepada si Tangan. "Tangan si kaki dimana ??". Then si
Tangan menyahut "dibelakang akulah~!!!". Tidak lama kemudian pada
pusingan kedua juga penentu siapa pemenangnya si Kepala tiba² berhenti.
Si Tangan telah mendahului si Kepala begitu juga dengan si Kaki.

Akhirnya
si Tangan berjaya merebut gelaran sebagai perenang nombor satu ~!!! Si
Kepala pulak terpaksa di bantu oleh penyelamat sukarelawan. Si Kepala
sempat berkata kepada penyelamat sukarelawan " chissss~!!!! Kalau tidak
aku yang menang tadi tu ,...apa tidak kalau telinga aku tak kremmmmmm (
lenguh ) tadi memang saya nombor satu~!!!
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 10:55 am

Seorang lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan bertanyakan kepada petugas di resepsi adakah kamar no. 27 ada pesakitnya.

Petugas
tersebut lalu memeriksa kamar tersebut dan segera kembali ke telefon,
memberitahu lelaki tersebut bahawa kamar no. 27 itu memang kosong.
"Bagus sekali!" kata si lelaki. "Itu bererti aku sudah betul-betul
berjaya melarikan diri
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 10:56 am

Cikgu Aiman hairan kenapa Aiman datang lambat hari tu.. "Aiman kenapa datang lambat?"
"Kerana papan tanda cikgu" jawab Aiman. "
"Apa hal pulak dgn papan tanda tu?" tanya cikgunya lagi.
AWAS SEKOLAH DI HADAPAN, PERLAHAN-LAHAN.
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 10:57 am

Micheal warga Australia tidak boleh berbahasa Melayu telah berhijrah ke Malaysia...

Semasa
berhijrah ke Malaysia teman-temannya mengajar dia untuk berkata "kuih
donut dan kopi" dalam bahasa Melayu agar ia dapat memesan makanannya
sendiri.

Keesokan harinya, Micheal masuk ke sebuah warung.

"Nak makan apa?" tanya pelayan.

"Kuih donut dan kopi," kata Micheal.

Kerana hanya itu yang dapat dikatakannya, ia terpaksa memakan kuih donut dan kopi setiap hari selama satu
bulan. Ketika dia mengeluh pada teman-temannya, mereka mengajar pula untuk mengucapkan "roti daging".

Dengan berbekal tambahan kata-kata barunya, Micheal masuk ke restoran dan terus memesan,

"Roti daging."

"Ayam atau Lembu?" tanya si pelayan.

"Kuih donut dan kopi," kata Micheal.
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 10:58 am

Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan kaca TV,
tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman depan dah
terbakar tolong ganti yang baru ye".

"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.

"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.

"Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan Air ke?", jawab Akob mengelak.

"Kalau
semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi kalau abang ke kedai nanti
jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah
kehabisan gas", kata isteri Akob.

"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab Akob dengan sinis.

Kerana
merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah kawannya untuk menyambung
menonton perlawanan bolasepak. Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun
pulang kerumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman
terang benderang, Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut
apabila mendapati paip air tak ada masalah lagi. Apabila ia ke dapur
Akob mendapati tong gas juga penuh.

Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak minta tolong pada siapa...?".

"Begini
bang, setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman
rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah
kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segala-galanya
kepadanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan
bersyarat".

"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.

"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti atau tidur dengannya".

" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.

"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 10:59 am

Pulang dari kekalahan dalam sebuah perlawanan persahabatan... pemain-pemain bolasepak Kg. Pandan
dirundung rasa malu yang amat sangat.

Kerana itu Hashim dan Roslan bercadang untuk menyamar agar tidak dikenali orang.

Hashim
yang menyamar sebagai koboi.. berjalan-jalan ke kedai di kampungnya...
Tiba-tiba seorang nenek menegurnya.. "Hey Hashim..."

Kerana terkejut yang beliau masih dikenali orang... dia segera mengubah penyamarannya... kali ini sebagai Syeikh Arab....

Sekali lagi dia keluar ke kedai untuk membeli barang... Untuk kali kedua dia bertembung dengan nenek....
Dalam hatinya berkata.. Dia takkan mengenali aku lagi.."

Tiba-tiba nenek berkata " Hey Hashim"

Kerana kehairanan yang amat sangat...
"Maaf , bagaimana nenek dapat mengenali saya?"

Nenek itu menjawab..
"La engkau ni... ini aku la... Roslan
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 11:00 am

Anna merupakan pelajar tadika di sebuah sekolah tadika di dalam negara
Malaysia. Beliau merupakan belajar yang nakal dan sering dimarahi oleh
guru-gurunya. Walaubagaimana pun Anna telah mendapat pendidikan yang
terlebih dalam ilmu sains dan teknologi. Sehinggakan Anna kadang-kadang
lupa daratan.

Cikgu Laily: Anna bangun... saya nak tanya awak. Bagaimana ingin mengeja perkataan air.

Anna: Alah cikgu mudah je ejaan air. Adik saya yang tak sekolah tu pun tahu.

Cikgu Laily: Bagaimana ejaan nya?

Anna: 'HIJKLMNO'

Cikgu Laily: Kenapa awak mengeja perkataan air begitu?

Anna: Bukan kah ejaan air bererti 'H to O' (H20). Betul tak cikgu?

Cikgu Laily:?????
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 11:02 am

Ada tiga nasihat dari datuk saya mengenai cara memilih calon isteri:

1.
Jangan mencari isteri seorang peniaga, kerana bimbang kebiasaan
peniagaannya akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, nanti dia akan
selalu cakap "Mahu yang macam ini tak mahu yang macam tu!"

2.
Jangan mencari isteri seorang jururawat, kerana bimbang kebiasaan di
hospital akan terbawa-bawa sampai malam pengantin, nanti dia akan
banyak mengatur dan selalu cakap "Awas jangan banyak gerak, jangan
turun dulu !"

3. Tapi carilah istri seorang cikgu tadika,
kebiasaan di sekolahnya akan terbawa-bawa sampai malam pengantin,
paling tidak dia akan cakap "Awas hati-hati, depan luruskan, baguus,
ayuh ulangi lagi, pintaarrr...!"
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 11:02 am

Tahun 1441- Sebelum memulakan perjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui rakan yg cukup dipercayainya.

PANGLIMA:
Simpan anak kunci ini! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah cawat besi
isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg disukainya.

RAKAN : Baiklah sahabat ku.

Menjelang
petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah lembah,
kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup pantas
menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir, barulah panglima
mengenalinya - dia ialah rakan yg cukup dipercayainya itu.

RAKAN : Maaf...panglima bagi kunci yg salah!!
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 11:37 am

Alkisah seorg anak pompuan yang baru masuk tadika bertanya kepada mummynya.. 'Mummy, mummy? sex tu apa Mi?'..

Terkedulah si ibu.. Terasalah akan kemodenan zaman skrg yg berjaya membuatkan manusia berfikiran lebih terbuka.

Sesuai
dgn konsep pendidikan seks yg sedang hangat diperkatakan, mulalah si
ibu mencari jawapan yg sesuai utk anaknya dengan harapan anaknya takkan
tertinggal dlm arus pendidikan sejagat. Maka si ibu pun mula memberikan
jawapan mengenai apa itu sex dengan perumpamaan antara kumbang dan
bunga, diikuti dengan pembentukkan bayi dalam kandungan dan diselitkan
juga dengan kisah percintaan antara mummy dan
daddynya dari zaman universiti lagi sehinggalah dengan kehadiran si comel iaitu anak gadisnya yg bertanya itu..

Tiba-tiba
si anak menangis teresak-esak... Si ibu kehairanan dan bertanya. Si
anak menjawab dalam tangisan.. Jawapan mummy tu panjang, ruangan
jawabannya pendek saja ni...seraya meyerahkan buku latihan yang
tertulis kat depannya (cover)..

NAME:...........
SEX:............
Class:..........
Subject:..........
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 11:38 am

Fauzi dan isterinya, Maria pergi ke Pesta Pulau Pinang setiap tahun.
Apabila terpandang pesawat ringan yang membawa dua penumpang
berlegar-legar di udara Fauzi termenung.

"Maria, abang teringin naik pesawat tu," kata Fauzi.

Setiap tahun Maria akan memberikan alasan yang sama bagi menghalang hasrat suaminya.
"Tak payahlah bang, RM 50 untuk sekali naik, oii... mahal tu, membazir saja. Duit sebanyak tu boleh beli banyak benda lain."

Tahun berikutnya, Maria dan Fauzi pergi lagi ke pesta tu. Fauzi masih ingin menaiki pesawat ringan.
"Maria,
abang dah berumur 65 tahun sekarang. Kalau abang tak naik hari ini,
mungkin abang tak akan dapat peluang buat selama-lamanya." kata Fauzi.

"Abang, RM 50 tu mahal, membazir saja," kata Maria.
Sedang
mereka berbual, tiba-tiba juruterbang datang dan mempelawa kedua-dua
menaiki pesawat itu dengan percuma tetapi dengan satu syarat.

"Makcik
dan pakcik mesti duduk diam dan tidak berkata sepatah pun semasa di
udara. Tetapi kalau makcik dan pakcik menjerit, saya kenakan bayaran RM
50," kata juruterbang.

Maria dan Fauzi setuju. Sewaktu di udara,
juruterbang melakukan berbagai-bagai aksi, menjunam, tunggang terbalik
dan berpusing-pusing tetapi tidak ada sepatah pun perkataan yang keluar
dari mulut kedua-dua mereka. Berulang kali juruterbang melakukan
aksi-aksi ngeri namun pasangan itu tetap tidak menjerit.

"Wah
hebatnya... saya dah lakukan macam-macam cara untuk membuatkan pakcik
dan makcik menjerit tapi tak berjaya," kata juruterbang.

"Sebenarnya saya nak menjerit tadi semasa Maria terjatuh dari pesawat tapi RM 50 tu besar, membazir saja," kata Fauzi.
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 11:39 am

"Sungguh memalukan!!"

"Maafkan saya bapak, sa..saya..saya menyesal!", Liana terisak-isak di hadapan bapaknya.

"Menyesal????
Dah terlambat! Kau tahu tak? Nama keluarga kita dah tercemar! ... belum
pernah keturunan kita kena macam nie? Kau tahu tak!" herdik bapak Liana.

"Sudahlah bang", mak Liana menyampok, "Kita bincangkan sekeluarga."

"Nak
bincang aper lagi? ...anak awak nie dah mengaku...... issshhh......."
balas bapanya sambil memalingkan mukanya ke arah pokok di luar.

Liana
betul betul menyesal dgn pengakuannya itu... kalau dia tahu bapaknya
jadi camnie dia diam je... toksah mengaku lagi baik. Seluruh hidupnya
seakan-akan runtuh di depan matanya, masa depan dia
gelap? ... dia
telah mencemarkan nama baik keluarga dan keturunannya. Dia tahu
masyarakatnya tidak akan dapat menerima dia lagi. Dia tahu keluarganya
dah kecewa. What a letdown? (Sigh).

Di satu pagi yg hening dia
keluar berjalan ke arah satu bangunan pencakar langit yg tinggi.
Perlahan-lahan dia menaiki tangga sampai ke atas bumbung bangunan itu.
Dia memandang ke bawah... dia lihat kereta dan org ramai bersepah kat
bawah macam semut-semut yg baru kena spray dgn Baygon. Liana dah nekad
apa terjadi.... jadilah..... Dia dah memalukan keluarganya, dia
mencemarkan keturunannya, bapanya tidak mahu menerima atas kelemahannya
itu.

Liana tebayangkan wajah maknya, air matanya menitis.
Emaknya lah tempat dia bermanja, emaknya la yg akan meyelimutkan dikala
sejuk, menyuapkan dikala lapar, wajah adik-beradik kembarnya juga
terbayang dimata. Sambil mengesat airmatanya, dia menarik nafas
panjang... berjalan kehadapan hingga ke hujung bangunan itu. Setapak
demi setapak dia melangkah ke hadapan hingga dirinya terjatuh melayang
ke bawah... dia dapat rasakan angin yg begitu deras memukul mukanya...
jantungnya berdegup pantas bila dia melihat bumi semakin dekat..... dgn
satu tarikan nafas yg dalam, Liana mengembangkan sayapnya,
SWOOOOOSSSSHHHHHHHHH!!!........ dia terbang???.

"Yessss! Yessss! Yessssssssssssssss! I've made it!!!!!", dia memekik keriangan.

Finally
dia dapat melawan fobianya... dia dah no longer afraid of height...
sebagai seekor burung, itulah yg sepatutnya menjadi fitrah
semulajadi... selama ini dia takut..... ye dia takut pada tempat tinggi
dan kerana ketakutan inilah membuatnya tidak mahu terbang... dah
bertahun dia rahsiakan hal ini dari keluarganya.... Sebab tu bapak dia
kecewa bila dia membuat pengakuan itu kerana memang tak pernah seumur
hidup seekor burung takut pada ketinggian. Tapi sekarang dia dah tak
takut, dia dah berani.... dia dah boleh terbang...
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 11:46 am

Seorang pengarang sudah menulis enam buah novel, tiga yang terakhir
termasuk dalam buku paling laris. Kerana itu dia sering muncul di TV
dan radio, sering diundang ke berbagai pesta dan sering disanjung.
Semua peristiwa ini akhirnya menyebabkan dia suka menceritakan tentang
dirinya dan bukunya tanpa memberi peluang kepada orang lain untuk
bercakap sama..

Pada suatu hari, dengan lembut isterinya menegur
sikap baru suaminya.. Lalu isterinya memberikan cadangan yang mana bila
suaminya terlalu asyik bercakap dia akan membunyikan batuk supaya
suamimnya akan berhenti dan memberi peluang kepada orang lain pula..

Suatu
hari ada seorang tetamu datang kerumah pengarang.. Mereka berbual..
Pengarang itu terlalu asyik menceritakan tentang dirinya selama
berjam-jam.. melihat suaminya bercakap terlalu banyak bercakap tentang
dirinya sendiri, maka Isterinya batuk memberikan isyarat... tiba2
pengarang itu berhenti bercakap mengenai dirinya dan berkata...

"Cukuplah
saya bercerita tentang diri saya. Mari kita berbual tentang diri Anda
sejenak. Apakah pendapat Anda mengenai kejayaan saya?"
Back to top Go down
View user profile
DenGz_aDzmieRa
Mambang
Mambang


Posts : 2117
Join date : 2009-05-08
Age : 30
Location : GaGo~!!!!

PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Sat May 09, 2009 11:47 am

Pesanan nenek moyang....

Kalau kamu marah, keluarkanlah amarahmu sepuas-puasnya
agar tidak menyakitkan mindamu....

Kalau kamu sedih, keluarkanlah air matamu jika itu dapat
melegakan kesedihanmu....

Kalau kamu benci, keluarkanlah kebencianmu agar tiada
lagi rasa kebencian itu....

Kalau kamu gembira, keluarkanlah kegembiraanmu dan ketawalah
sepuas-puas hatimu....

TAPI INGAT........................!!!!!!!!!!

Kalau kamu malu....JANGAN SEKALI-KALI MENGELUARKAN KEMALUANMU...!!
KELAK BINASA DIRI!!!
Back to top Go down
View user profile
Sponsored content




PostSubject: Re: CERITA LAWAK   Today at 10:05 pm

Back to top Go down
 
CERITA LAWAK
View previous topic View next topic Back to top 
Page 5 of 12Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6 ... 10, 11, 12  Next
 Similar topics
-
» Buku yg Akhir2 ini Kamu Baca
» [DONE] VocaPost Year-end Gathering @Jakarta
» Suka Duka Role Play World
» Vocaloid 3 China
» siapa Utaite,producer,dan lagu vocaloid favorit kaliaan?

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
Mambang Records :: KEDAI KOPI :: Ruangan Cerita Lawak/Serammmm-
Jump to: